BAB 29
DANIEL bersandar di kerusi. Hilang rasa rindu pada Arissa. Gadis pertama yang berjaya mencuri hati dan menyebabkannya rasa tidak senang duduk.
“Oh..what’s wrong with me??” Daniel pandang siling di bilik pejabatnya. Terbuai-buai dengan perasaan yang semakin hari semakin kuat pada Arissa. Lamunannya terhenti dengan bunyi kuat deringan telefon bimbit di atas meja.
“Yes Robin! You got it? Good! I’ll be right there shortly!”
Daniel senyum. Maklumat tentang Bennett dan juga Arissa sudah berada dalam tangan Robin. Dia jeling jam di pergelangan tangan. Sudah menghampiri lima petang.Bergegas dia melangkah ke tempat letak kereta. Kereta Lamborghini kelabu dipecut laju menuju ke sebuah restoran terkemuka di Pavillion. Tadi kereta Mercedes hitam seven series sudah masuk bengkel gara-gara disondol oleh kereta Arissa. Setibanya di pusat beli belah Pavillion, Daniel menapak ke tempat Robin dan Gagak yang menunggu di situ.
“Bos!”Robin dan Gagak mula bangun sebaik sahaja Daniel melabuhkan punggung di kerusi.
“Please sit.” Daniel senyum. Tidak sabar mengetahui maklumat Arissa sebenarnya.
“Ni maklumat yang bos nak. Sampul biru tu tentang Arissa dan sampul merah tu,Bennett.” Robin hulur dua sampul surat berlainan warna.
Daniel angguk-angguk. Sampul berwarna biru dicapai dahulu. Isi kandungan sampul itu dibelek perlahan. Lama dia menatap butiran yang terdapat dalam dokumen itu.
“Hmm...that’s all?” Daniel pandang Robin dan Gagak.
Keduanya mengangguk serentak.
Daniel capai pula sampul berwarna merah. Semua maklumat tentang Bennett diteliti.
“Hmm..”Daniel berkerut kening.
“Ok, good job! Tunggu arahan seterusnya..” Daniel segera beri arahan.
Daniel bingkas bangun. Dua sampul yang berada di dalam genggaman tangannya dipegang kemas. Dia menapak ke kereta semula.
“Arissa...you are really Korean girl!”Daniel senyum. Maklumat tadi memang amat dinantikannya.
Kereta Lamborghini kelabu dipecut laju ke Bangsar.
HAMPIR sembilan malam. Daniel masih di meja kerja di bilik. Pajamas coklat yang tersarung di tubuhnya ditanggalkan. Hanya tinggal boxer. Sempat dia membuat tekan tubi sebelum meneliti maklumat yang diterima siang tadi. Daniel beralih pada cermin besar. Dirinya diperhatikan seketika.
“Why she’s so mean to me?” Daniel merenung imejnya sendiri. Takkan lelaki kacak macam aku ni dia tak pandang? Tak jatuh cinta? Berlambak gadis di luar yang menawarkan diri untuk dekat dengan aku, tidur dengan aku tapi Arissa?? Atau...sebab kejadian aku merogol dia dulu,dia jadi bencikan aku??
“Ah..we don’t know what’s gonna happen in future..” Daniel senyum. Dia kembali ke meja kerja.
Maklumat mengenai Arissa dan Bennett mula diteliti satu persatu. Lama Daniel menatap maklumat Arissa.
“Hmm..dia belajar sama universiti dengan Zarul. What else...no wonder dia jadi saintis..ambil bidang mikrobiologi rupanya.” Daniel senyum. Dia baca lagi.
“Hah? Dia anak pekerja Tan Sri JN??” Daniel menelan liur. Laju saja tangannya membelek satu persatu maklumat Arissa.
“Tinggal di kondominium Villa Indah di Sri Hartamas. Kondo ni atas nama Tan Sri JN...something wrong...” Daniel mengusap dagu. Masih keliru dengan maklumat yang diterima.
“Hmm...jadi dia ni masih ada ibu yang tinggal di Seoul. Siapa?” Daniel renung foto Arissa sekeluarga. Foto lama yang diabadikan dua puluh tahun yang dulu. Ada tercatat di belakang foto.
“Too nostalgia..” Foto itu ditatap lama.Jelas wajah Arissa masih zaman kanak-kanak.
Maklumat Arissa dibaca lagi. Satu persatu. Tidak satu pun tertinggal.
“What?? That mean..she....” Daniel menelan liur. Maklumat itu dibaca lagi. Mana tahu dia silap baca atau silap tengok.
“Then...it’s true...oh my...” Daniel bersandar di kerusi. Maklumat yang baru diterima itu dirasakan cukup untuknya membela Arissa dari Tan Sri JN yang nyata tidak berhati perut.
Daniel sengih. Dendamnya selama ini turut terbalas! Namun dalam hati, Arissa bukan gadis biasa. Arissa gadis yang pertama membuatkannya jatuh cinta! Sampul merah pula dibuka perlahan.
“Bravo Bennett! So, you are the one behind all these!” Daniel mengetap bibir.
Maklumat itu disimpan kemas dalam laci. Baharu kini dia tahu, Bennett yang menjadi talibarut Datuk Mustafa dan Datuk Mustafa pula talibarut Tan Sri Johari!
“I can’t wait to see all of you suffered!”Dendam Daniel semakin membara.
Sekali lagi nombor Robin dan Gagak dihubungi.
KERETA hitam Murano Bennett diparkir di tempat biasa. Bennett jeling jam dipergelangan tangan. Sepuluhminit lagi Daniel akan muncul. Dari tadi, dia merasa tidak sedap hati. Daniel tiba-tiba ingin bertemu dengannya.
“What’s he really up to?” Mundar mandir Bennett di tepi keretanya.
Daniel hanya memerhati dari dalam kereta.Bennett dilihat masih mundar mandir di situ. Jelas di wajah lelaki itu ada riak resah.
“Robin, proceed!”
Robin mengangguk. Dia mula menapak bersama Gagak ke tempat Bennett berdiri.
“Ikut kami!” Gagak pegang tangan Bennett. Robin berdiri di sebelah kiri Bennett.
“Where?” Bennett cuba melepaskan tangannya yang dipaut ke belakang oleh Gagak tadi.
“Ikut saja!”
Mereka bertiga mula menaiki kereta waja hitam yang sudah sedia menunggu di situ.Kereta itu meluncur laju ke suatu tempat.
DI BILIK yang agak suram, penutup kepala Bennett dibuka.Terkebil-kebil Bennett melihat sekitar bilik. Hanya ada dua orang lelaki tadi yang mengarahkannya menaiki sebuah kereta bila kepalanya sudah ditutup dengan kain hitam. Bila sedar,dia sudah berada di dalam bilik itu.
“Apa yang kau orang buat ni?” Bennett tinggikan suara.
“Diam!”Robin jeling tajam Bennett yang masih terpinga-pinga.
Daniel menapak perlahan ke bilik itu. Bennett dilihat masih terikat kedua tangannya ke belakang kerusi.
“So, ni semua kerja you Daniel?” Bennett terbeliak sebaik terpandang Daniel menapak masuk.
Daniel ketawa kuat.
“How are you Ben Ten?” Daniel cuba bergurau.
“What’s all these Daniel?” Bennett masih keliru.
“You tell me!” Daniel tenung mata Bennett.
“What??”
Sekali lagi Daniel ketawa kuat.
“These!!” Beberapa keping dokumen dicampak ke muka Bennett.
Bennett pandang kertas yang berterabur atas meja. Dia menelan liur.
“So, what do you think huh?” Daniel membongkok dan mula dekat dengan Bennett yang masih terikat di situ. Sebelah kakinya memijak kerusi yang diduduki Bennett.
“Err..what? What’s all these nonsense??” Bennett pura-pura tidak mengerti.
“Bravo Ben! All this while, kau memang pelakon hebat! Syabas!!” Ketawa Daniel semakin galak.
Bennett menelan liur. Dia tahu Daniel mempunyai ramai kuncu dan orang suruhan. Perkara macam tu mudah saja disiasat! Dia tunduk.
“Sekarang aku nak kau beritahu aku. Siapa yang arahkan kau paksa ayah aku tandatangan pada surat perjanjian itu?” Daniel bisik ke telinga Bennett.
Bennett masih diam. Kalau aku berterus terang, Datuk Mustafa akan mencarinya sehingga ke lubang cacing.
“Speak up!!” Jerit Daniel.
“Ayah kau sendiri yang setuju tandatangan di surat perjanjian itu!” Bennett jeling Daniel yang sudah merah mukanya.
“Oh really?? Then watch this!” Daniel mengarahkan Robin mainkan semula cctv.
Bennett terbeliak. Jelas dalam video rakaman melalui cctv di lobi hotel itu, dia paksa Datuk James menandatangani surat perjanjian itu. Sebilah pisau diletakkan di perut Datuk James . Terpaksa Datuk James menurunkan tandatangannya pada kertas itu. Surat perjanjian yang mengatakan pemilikan sepenuhnya syarikat JN Biotech kepada Tan Sri Johari Nasir!
“So, what say you??” Daniel sudah geram.Tak sangka Bennett pandai berlakon. Selama ini Bennett dianggap sebagai kawannya.
“And it was not just that, watch this!”Sekali lagi Daniel arahkan Robin mainkan semula rakaman cctv di bilik mendiang ayah menginap di hotel terkemuka di kota Kuala Lumpur.
Sekali lagi Bennett ternganga. Tak sangka segala perlakuannya dirakam. Tidak pernah dia terfikir mengenai cctv yang dipasang di bilik itu. Jelas dalam rakaman itu,dia masukkan ubat tidur dalam minuman Datuk James dan setelah Datuk James pengsan, dia segera mengambil cap ibu jari kanan Datuk James untuk pemalsuan cek dan hak milik syarikat. Bermakna seluruh pelaburan Datuk James akan hangus.
“Sekarang ni, kau nak mengaku atau tidak?” Daniel dekatkan mukanya ke muka Bennett.
“Aku hanya ikut arahan!” Bennett masih tidak mahu beritahu siapa dalang di sebalik semua itu.
“Arahan siapa?”
Bennett diam.
“Tell me!!” Jerit Daniel kuat.
Serentak itu pipi Bennett jadi mangsa penampar Gagak!
Bennett ludah darah yang mengalir di bibirnya. Dia ketawa terbahak-bahak.
“Aku dah lama dendam dengan kau Daniel! Kau rampas Sharon dari aku! Kau berseronok dengan dia!” Sekali lagi Bennett meludah.
“Sharon? You know what? Perempuan tu yang tinggalkan kau dan serah diri pada aku! So,aku bukan rampas dia dari kau! FYI, Sharon ada banyak lagi jantan lain!” Daniel mengetap bibir. Bodoh! Kerana seorang perempuan Bennett diperdaya untuk kepentingan orang lain!
“Now, tell me who was that guy?”
Sekali lagi Gagak menampar pipi Bennett setelah melihat Bennett berdiam diri.
“Ok! Robin!” Daniel petik jari mengarahkan Robin mengambil sesuatu. Seketika kemudian, muncul seorang perempuan muda bersama Robin.
“Vanessa!”Bennett terbeliak. Wajah adik perempuannya sudah pucat lesi.
“Now, if you do not want something happen to her, just tell me!” Daniel pujuk Bennett.
Bennett masih diam.
Daniel beri arahan pada Robin. Baju Vanessa direntap kuat. Terdedah luas!
“Dont touch her!!” Jerit Bennett.
“So, tell me..” Daniel senyum. Aku gertak sikit dah takut mamat ni!
“Datuk..Datuk Mustafa!” Bennett akhirnya bersuara.
“Siapa lagi?”
“Datuk Wong!”
“Lagi??”
“Tan Sri Johari Nasir!”
“How much did you get?”
“10 percent!” Bennett tunduk.
Daniel ketawa terbahak-bahak.
“Kerana sepuluh percent tu kau sanggup jadi keldai tunggangan??” Daniel ketawa.
Bennett diam.
“Kau tahu, kerana sepuluh peratus tu, ayah aku meninggal!!” Daniel letak kelima jarinya di tengkuk Bennett. Tengkuk Bennett dicengkam kuat. Ikut hati ingin saja dia cekik Bennett sampai mampus!
Bennett tercungap-cungap menahan nafas. Terasa lehernya sudah dijerut kuat.
“Ini pengajaran untuk kau! Lepaskan adik dia!” Daniel mula beri arahan. Vanessa mendekati Bennett.
“Kenapa abang buat macam ni pada abang Daniel?” Vanessa menangis di depan Bennett.
“Apa?”Bennet tercengang. Kenapa adik aku menyebelahi Daniel?
“Abang tahu tak, abang Daniel telah banyak berjasa pada famili kita. Dia tanggung semua kos pembedahan mak kita. Abang tahu tak??” Vanessa menjerit kuat.
Bennett terkedu. Dia menelan liur. Pantas dia berpaling pada Daniel. Kemudian matanya beralih pula pada Vanessa.
“Bila dia buat semua tu?” Bennett masih tidak percaya. Mungkin adiknya dipaksa berkata macam tu.
“Masa abang minta tolong dengan Uncle Wong! Adik tahu, Uncle Wong tak akan tolong abang. Vanessa yang beritahu abang Daniel. Mak sudah kritikal. Kalau tak dibedah cepat, mak mungkin meninggal.” Vanessa mengesat air mata.
Bennett terdiam. Terkedu. Dia tunduk. Malu pada Daniel.
“How much Datuk Mustafa and Datuk Wong got?”Daniel pandang lagi Bennett. Dia perlu dapatkan maklumat lengkap sebelum tindakan seterusnya diambil.
“Twenty five percent each..” Suara Bennett sudah perlahan.
“No wonder, Datuk Mustafa can buy another Merc!” Daniel teringat kereta terbaharu Datuk Mustafa yang diparkir dilaman rumahnya semasa membuat majlis keraian kejayaan syarikat kosmetiknya dulu.
Bennett dilepaskan. Daniel segera menaiki Lamborghini kelabu meninggalkan rumah kosong itu. Dia segera memecut ke arah Bangsar.
HATI Daniel sudah panas! Nyata ada satu pakatan yang dirancang rapi untuk mengenakan mendiang ayahnya dulu. Terang-terang ayahnya ditipu!
“Datuk Mustafa, Datuk Wong and Tan Sri Johari..”Daniel menyebut nama setiap mereka yang terlibat dengan kematian ayahnya.
Tumbukan padu singgah di meja kerja. Laci terbuka sedikit. Mata Daniel menala pada sebuah Quran terjemahan hadiah dari Zaki. Perlahan dia ambil dari laci. Dia menapak perlahan ke katil. Quran terjemahan itu dibelek lagi.
“Please...give me strength to change..”Daniel menekup muka.
Sekali lagi dia membaca halaman kedua. Surah al Baqarah.
“Alif Lam Mim...what is the meaning?”Daniel berkerut kening. Ayat kedua pula dibaca.
‘This is the Book in it is guidance sure,without doubt, to those who fear Allah.
“Jadi kata-kata Zaki hari tu memang tercatat dalam ayat ni. Buku ni adalah guidance untuk sesiapa yang ingin menuju kebaikan. So impress!”Daniel mula bersandar di kepala katil. Satu halaman demi satu halaman dibaca. Entah kenapa jiwanya terasa tenang bila membaca setiap ayat dalam buku itu. Telefon bimbit Daniel berdering kuat. Dia capai dari atas meja kecil di sebelah katil.
“Hai Zaki! It’s been quite sometimes not tohear from you!” Daniel teruja. Baharu terbayang wajah Zaki sebentar tadi.
Lama Daniel bersembang. Berita perniagaan kosmetiknya di Seoul turut dikongsi oleh Zaki. Sesekali Daniel mengukir senyum. Nampaknya kosmetik keluaran syarikatnya mendapat sambutan hangat di Seoul. Memang itu yang diharapkan. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kosmetik terutama krim kecantikan adalah dari herba tempatan.
“Dua minggu lagi, Zaki dan makcik Fatimah nak datang sini...I miss them a lot..” Daniel senyum. Kini dirasakan hanya Zaki dan makcik Fatimah sahaja yang menjadi ahli keluarganya secara tak rasmi. Zaki sudah dianggap seperti adik sendiri. Umur Zaki hanya dua tahun lebih muda darinya.
Daniel letak telefon di atas katil. Pajamas coklat yang tersarung di tubuhnya ditanggalkan dan dia menapak ke bilik air. Bersiul-siul Daniel di dalam bilik air. Hilang seketika rasa panas tadi.
Last edited by Ipo on 23-4-2014 07:02 AM
|