|
[Tempatan]
Mana rakyat selangor nak dapat air nih ?
[Copy link]
|
|
blastoff posted on 26-6-2014 07:28 PM
Kau dapat tadah manyak ka ? Satu kole ada ?
Aku tadah ler.. urine aku lagi byk kot |
|
|
|
|
|
|
|
nape nak highlite kan selangor jah,melaka ngan batu pahat lagi teruk krisis air, |
|
|
|
|
|
|
|
estrelle posted on 26-6-2014 07:49 PM
nape nak highlite kan selangor jah,melaka ngan batu pahat lagi teruk krisis air,
...
daerah kluang, johor pun lagi teruk... sonyap je....
...
|
|
|
|
|
|
|
|
blastoff posted on 26-6-2014 07:49 PM
so camne plan kau seterusnya ?
Plan jangka pendek, tadah air isi balik tong2 air, ckp utk 2 hari kalu xde tetamu. Kalu abis aku g beli airla atau g tadah air kat air mata air, aku dah aim kat mana.
plan jangka pjg, aku buat rumah tangki air aku sundirik. Ok tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
estrelle posted on 26-6-2014 07:49 PM
nape nak highlite kan selangor jah,melaka ngan batu pahat lagi teruk krisis air,
Melaka dan johor tak pakai air lombong bertoksik . Sebab tu kena highlite kan selangor , sebab kat US sisa toksik kalau alir masuk sungai kena denda berjuta + masuk lokap , tapi kat selangor bley di anggap innocent lah plak . Tu yang jadi misteri nusantara tu so kena highlite lah .
Artikel bawah ni bukti melaka tak pernah guna air lombong untuk water supply . So nampaknya macai PR dok tabur fitnah lah kata melaka guna air lombong .
http://www.sinarharian.com.my/am ... -di-melaka-1.269033
MELAKA - Banyak kawasan di Lembah Kelang masih mengalami catuan air kerana kemarau yang melanda sejak awal tahun ini yang mengurangkan dengan drastik paras air di kawasan-kawasan tadahan di Selangor.
Walaupun sejak dua minggu lepas penduduk Lembah Klang mula melihat hujan yang membantu mengelakkan krisis air, catuan air masih berterusan sehingga paras air di kawasan-kawasan tadahan mencapai paras selamat.
Bagaimanapun, masalah air yang dihadapai penduduk Lembah Klang bukan seteruk sepertimana yang dialami oleh penduduk Melaka pada 1991. Apabila Empangan Durian Tunggal kering pada awal 1991, lebih 600,000 orang terjejas dengan maslah air mereka berterusan sehingga 1992.
Bagaimanapun, Melaka telah mengambil iktibar daripada titik hitam dalam sejarah negeri Hang Tuah itu dan kali ini ia berada dalam kedudukan lebih baik untuk menangani musibah yang dibawa musim kemarau. Dalam Selangor boleh mencontohi Melaka dalam mengurus dan mempertingkat dengan berkesan sumber-sumber airnya.
WAWASAN MELAKA
Menyedari bahawa krisis air membawa implikasi politik, sosial dan ekonomi, Melaka memulakan wawasan jangka panjang yang termasuk memeterai perjanjian bekalan air dengan Johor pada tahun 1993.
Tidak lupa pembinaan insfrastruktur baharu seperti empangan, kolam tadahan, loji dan tali air merupakan pelan jangka panjang Melaka yang dilihat membuahkan hasil apabila berjaya mengharungi kemarau panjang bermula awal tahun ini.
Pelan menaiktaraf sistem pembekalan air dilaksanakan Kerajaan Negeri Melaka selepas krisis air 1991 telah menghasilkan sistem pembekalan air yang terbukti berkesan untuk rakyat apabila tiada sebarang catuan dilakukan terhadap pengguna air di negeri ini pada musim kemarau tahun ini.
Pelan catuan sememangnya telah dirancang pada 29 Mac ini sekiranya musim kemarau itu berterusan, namun pelan catuan itu tidak menjadi kenyataan pada pertengahan bulan ini berikutan perubahan Monsun Timur Laut ke Monsun Barat Daya mengakhiri kemarau panjang itu.
KEBERKESANAN SISTEM
Bercakap mengenai keberkesanan sistem bekalan air diterajui Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron melihat keberkesanan sesebuah sistem pembekalan pada 'output' yang diterima pengguna.
Menjelaskan dengan lebih lanjut, sebagai seorang jurutera Tenaga Nasional dahulu beliau membandingkan keberkesanan itu dengan sistem pembekalan elektrik melalui tahap voltan yang diperolehi oleh pengguna.
"Dalam pembekalan air konsepnya sama cuma kita lihat pada kadar tekanan air yang diperolehi pengguna, saya lihat setakat ini kadar tekanan air di Melaka berada pada tahap yang tepat di seluruh negeri.
"Tekanan air tidak terlalu kuat yang boleh merosakkan sistem perpaipan dan tidak terlalu rendah hingga pengguna dapat kurang air...daripada ini saya lihat sistem pembekalan itu berkesan," katanya ketika ditemui Bernama di sini baru-baru ini.
Idris berkata keberkesanan sistem itu juga telah memberikan suatu bentuk keselesaan dan jaminan kepada rakyat di negeri ini bagi menghadapi musim kemarau panjang pada masa akan datang.
"Melaka mempunyai pelan kontigensi bekalan air yang mampu bertahan sehingga tempoh kira-kira tiga bulan sekiranya berlaku musim kemarau dan kita sentiasa berusaha untuk memanjangkan tempoh ini," katanya.
SISTEM BEKALAN
Melaka pada masa ini mempunyai tiga empangan iaitu Empangan Durian Tunggal, Empangan Jus dan Empangan Asahan yang mampu menampung isipadu maksimum iaitu kira-kira 75 bilion liter air.
Selain empangan, Melaka turut mempunyai tiga kolam tadahan utama iaitu Kesang Satu, Kesang Dua dan Tasik Ayer Keroh selain kolam tadahan kecil serta fasiliti yang lain.
Krisis air 1991 juga menyaksikan penukaran sumber air mentah bagi loji rawatan air utama negeri ini iaitu Loji Bukit Sebukor iaitu daripada Sungai Putat di Batu Berendam kepada Sungai Melaka di Batu Lapan, Durian Tunggal di sini.
Selain sumber air mentah daripada Sungai Melaka yang membekalkan lebih 300 juta liter air sehari, negeri ini juga memperolehi sumber air mentah daripada Sungai Gerisik di Muar sebanyak lebih 100 juta liter sehari dan Sungai Kesang lebih 54 juta liter sehari.
Menurut Idris, apa yang menarik adalah kesemua empangan, kolam tadahan, sungai dan fasiliti air di negeri ini sebenarnya 'berhubung' antara satu sama lain sama ada secara semulajadi atau buatan.
Memberikan contoh Empangan Durian Tunggal sekiranya dilihat daripada mata kasar terpisah dengan sungai dan kolam takungan lain, tetapi sebenarnya mempunyai 'talian air' semulajadi dengan Sungai Kesang dan kolam tadahan di Kesang.
"Sekiranya mahu kita boleh gunakan talian air itu sepenuhnya bagi mengalirkan air ke Empangan Durian Tunggal, tetapi proses itu tidak semudah buka tutup suis seperti bagi pengagihan elektrik...kita perlu pam air dan lakukan pelbagai perkara," katanya.
PELAN JANGKA PANJANG
Dilaporkan permintaan air di Melaka pada masa ini adalah kira-kira 500 juta liter sehari dan sistem pembekalan air sekarang mampu menampung permintaan sehingga tahun 2017.
Bagi memanjangkan tempoh ini, Melaka telah mengambil pelbagai inisiatif antaranya menandatangani perjanjian bekalan air mentah tambahan dengan Johor pada Disember 2013.
Dengan perjanjian baharu itu, Johor akan membekalkan 35 juta gelen (159.11 liter) air sehari kepada Melaka melalui Sungai Muar.
Selain itu, Idris berkata Melaka turut mengenalpasti sebuah lagi kolam tadahan air iaitu Tasik Biru terletak di Chin Chin, Jasin yang sesuai digunakan sebagai sumber bekalan air negeri ini.
Beliau berkata kolam yang mampu menampung lebih 100 juta gelen air (lebih 378 juta liter) itu boleh memenuhi keperluan air di negeri ini antara dua hingga tiga minggu sekiranya hujan tidak turun.
Selain itu, katanya, Melaka turut merancang pembinaan sebuah kolam takungan air di Sungai Jernih, Alor Gajah yang akan menampung permintaan air di utara negeri ini meliputi kawasan-kawasan seperti Kuala Sungai Baru, Simpang Ampat dan Lubuk Cina.
"Kita jangka dengan adanya kolam baru ini kita dapat memanjangkan keupayaan menampung permintaan air di negeri ini daripada tahun 2017 ke tahun 2040," katanya.
Namun Idris menegaskan semua yang dilakukan tidak akan memberi sebarang makna sekiranya rakyat negeri ini sendiri tidak mempunyai kesedaran untuk mengamalkan penggunaan air secara berhemah.
Peringatan beliau ada kebenarannya apabila dilaporkan tahap penggunaan air individu di Melaka adalah tinggi iaitu pada kadar 220 liter seorang sehari berbanding kadar penggunaan di peringkat nasional sebanyak 180 liter sehari.
"Jika kita mahu menjadi negeri maju yang sebenar, mentaliti rakyat mestilah maju," katanya. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
tebuanharimau posted on 26-6-2014 08:04 PM
mmg niat TT nak cucuk2 org selangor pasal air pun
musim kemarau ni paham2 la
Kalau musim kemarau Tuhan suruh minum racun sisa toksik ka buat minuman ? Haram la melantak sisa toksik . Air lombong ada racun toksik dalamnya , so haram menggunakan air lombong .
Last edited by blastoff on 26-6-2014 08:16 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
blastoff posted on 26-6-2014 08:10 PM
Kalau musim kemarau Tuhan suruh minum racun sisa toksik ka buat minuman ? Haram la melant ...
brapa banyak thread air selangor mau buka lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
tadah la air hujan macam belah sabah sarawak sana buat... satu tong biru bagi setiap rumah. apa susah belah sabah sarawak boleh buat, belah sana pun takda hujan sekarang ok saja takda isu pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana abam mus nak mandi wajib ...ke shia tak payah mandi? |
|
|
|
|
|
|
|
Bodohnye dok kl tak de air |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik aku bukan org Selangor dan tak duduk kat swlangor
|
|
|
|
|
|
|
|
lalalalalalala
saya tgh tadah air...
|
|
|
|
|
|
|
|
oh saya komen kat sini rupanya... pasal benda sama ingatkan thread yg sama.. patut la takda komen saya kat thread sebelah. |
|
|
|
|
|
|
|
zach2008 posted on 26-6-2014 08:31 PM
Nasib baik aku bukan org Selangor dan tak duduk kat swlangor
bukan satu selangor takda air pun... sesetengah kawasan saja. masa krisis air kat selangor hari tu ..kawasan rumah saya ka bangi ada saja air.
|
|
|
|
|
|
|
|
shabib posted on 26-6-2014 07:54 PM
...
daerah kluang, johor pun lagi teruk... sonyap je....
asek termimpi2 khalid ibrahim tu yg dok meratib siang malam pasal selangor.. |
|
|
|
|
|
|
|
estrelle posted on 26-6-2014 08:33 PM
kan?makin menjadi2 plak..org xda laif suka nau cari salah org...kesian dengar adik iols stu ...
iol pg johor ritu pun air bau klorin kuat tapi redha jelah dah kat negeri org kan
pegi bercuti kat negeri lain pun ada je mslh kualiti air sampai iol kena alergik tapi redha jelah negeri org kan
iol ni sensitip sikit dgn tahap kualiti air tp alhamdulillah kwsn umah iol ni ok lagi bekalan air utk mandi makan & minum
|
|
|
|
|
|
|
| |
|