@maxim
Raja Azmi & Eddie Bercerai Talak Satu[size=0.688em]Diterbitkan: Selasa, 11 November 2014 3:27 PM
[size=0.75em]Raja Azmi bersama Eddie ketika hadir untuk proses lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Ampang Selangor pada Selasa. FOTO: MUHAMAD SHAHRIL ROSLI
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]AMPANG: Masalah rumah tangga produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman dengan suaminya Mohd Eddie Ghazali tidak dapat diselamatkan apabila kedua-dua mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Selasa.
Lafaz cerai dilakukan oleh Mohd Eddie, 46, di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin kira-kira pukul 3.07 petang.
Shaiful Azli kemudiannya memerintahkan Raja Azmi, 55, menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula dari tarikh lafaz cerai di buat iaitu pada Selasa.
[size=0.75em]Raja Azmi ketika hadir ke mahkamah untuk proses lafaz cerai.
Eddie yang popular dalam kumpulan CRK dengan lagu Cinta Dan Air Mata (tahun 1990-an) bernikah dengan Raja Azmi pada 13 Oktober 2013 dengan sekali lafaz.
Majlis akad nikah dilakukan di Laman Beringin, Istana Budaya dekat sini.
Raja Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 30, Puteri Suaida, 26, dan Megat Deli, 21.
Eddie pula memiliki dua orang anak bersama arwah isterinya iaitu Daniel, 23, dan Effy, 21.
Berita penuh akan dilaporkan kemudian.
|