CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Mary_jane

[Dunia] Pertandingan ratu Muslimah [Update: #72 Tunisia Pemenang]

[Copy link]
Post time 23-11-2014 06:30 AM | Show all posts
tuun posted on 23-11-2014 03:53 AM
Macam-macam. Perlukah ada Ratu Muslimah? Hal yang ni pun tak nak kalah dengan West.

dah tentu tak perlu & tak sesuai. mudah benar diperdaya dek iblis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2014 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm cara sembah keraton je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
poqdiang posted on 22-11-2014 07:42 PM
pasepa kena buat tangan cenggitu?

tu sembah karaton.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby posted on 23-11-2014 06:30 AM
dah tentu tak perlu & tak sesuai. mudah benar diperdaya dek iblis.

Apa apa dari depa ni kalau berlabelkan islam just be cautious.sebab? Ntah ape ape...buat ape la kejar iktirafan dunia...hal hal cantik? Ratu? Mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Klakar la jugak....

ini naluri semulajadi wanita ...disuruh berbungkus bagaimana pon akan carik jalan untuk cantik

They will find a way...

Dipaksa2 akhirnya buat cara ni pulak..

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 09:22 AM | Show all posts
Tunggu saja!!!
Fashion muslimah pun akan evolve nanti
jikalau pertandingan ini diakan setiap tahun lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2014 09:44 AM | Show all posts
lavasalmon posted on 22-11-2014 09:34 PM
apa2 jer la..

idea bodoh wa tak layan...

La si sutung tool dua hinci setengah ni lagi
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 10:28 AM | Show all posts
Muntz posted on 22-11-2014 08:45 PM
Tudung org zaman 80an/90an dulu simple jah. Takder mcm buat pelamin atas kepala.

hahahahah sakit perut baca.. "buat pelamin atas kepala"..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2014 10:28 AM | Show all posts
Apa kata mufti Malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 10:46 AM | Show all posts
melinda_kerr posted on 22-11-2014 05:43 AM
ni setuju. sama je konsepnya tp asal bertudung terus di halalkan

Mempertandingkan rupa paras manusia tak kira wanita atau kanak kanak hukum nya tetap dilarang
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 11:51 AM | Show all posts
orglama posted on 22-11-2014 03:36 PM
Kelubong dorang mcm pesen2 nenek2 kita zaman dulu2 ke sawah bendang je rupa

Yuna pelopornya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2014 01:38 PM | Show all posts

Wanita Tunisia Dinobat Ratu Cantik Muslimah Sedunia
Keanggunan dan keikhlasan Fatma Ben menyuarakan mengenai penderitaan rakyat Palestin menarik perhatian juri.

YOGYAKARTA: Mesej pembebasan Palestin yang disuarakan peserta Tunisia membawa tuah apabila berjaya menewaskan 17 wakil negara lain, sekali gus memenangi pertandingan ratu cantik khusus untuk wanita Muslimah di Indonesia, Sabtu.

Berbeza dengan pertandingan ratu cantik barat, semua peserta pertandingan itu wajib memakai tudung dan mereka bukan sahaja dinilai berdasarkan penampilan, malah pengadil menilai kebolehan mereka membaca al-Quran dan pandangan mengenai Islam dalam dunia moden.

Penyertaan 18 finalis, termasuk yang bekerjaya sebagai doktor dan saintis komputer itu menampilkan gaya sopan dan sedap mata memandang.

Kali ini, Fatma Ben Guefrache yang juga saintis komputer diumumkan sebagai pemenang dan berjaya membawa pulang hadiah seperti jam tangan emas, dinar emas dan pakej umrah.

"Semoga Allah membantu saya dalam misi ini dan membebaskan Palestin. Tolonglah untuk sama-sama membebaskan rakyat Palestin dan Syria," kata wanita berusia 25 tahun itu dalam nada sebak.

Acara peringkat akhir ratu cantik Muslimah itu diadakan dengan latar belakang tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu Kuil Prambanan di sini, bagi menandakan bahawa umat Islam menghormati penganut agama lain.

Pada awal pertandingan ini, beberapa cabaran dilalui termasuk membabitkan peserta Singapura yang terpaksa berhenti kerja kerana majikan tidak membenarkan dia menyertai pertandingan tersebut serta masalah visa yang menyebabkan tujuh finalis terpaksa membatalkan penyertaan.

"Kami mahu mereka memahami segalanya mengenai cara hidup Islam, termasuk pemakanan, pakaian dan cara menjalani kehidupan," kata seorang penganjur, Jameyah Sheriff.

Anugerah Muslimah Sedunia kali pertama dijayakan padda 2013 apabila penganjurannya bagi membantah acara Ratu Cantik Dunia yang berlangsung pada masa sama di Bali. - mStar online

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 01:45 PM | Show all posts
baik aku kagum ndgn makcik india yg kerja angkat batu bata kat construction site tepi jalan dr whoever lagi ratu cantik yg dipilih org ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2014 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Fatma Ben Guefrache ni muka ala2 fatiha. Wah saintis komputer plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 07:53 PM | Show all posts
True-X posted on 23-11-2014 09:02 AM
Klakar la jugak....

ini naluri semulajadi wanita ...disuruh berbungkus bagaimana pon akan carik  ...

naluri nak menayang kecantikan.  walaupun Allah kata nak bertabarruj & tayang pada suami saja depa tak kira.  nak jugak bertabarruj di luar rumah utk orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 07:54 PM | Show all posts
SURAT TEGURAN dari Seorang Muslimah Untuk Majalah HIJABISTA



Kehadapan Hijabista dan Hijabisters yang disayangi…

Saya menulis untuk melahirkan rasa risau saya dengan cara majalah anda ‘mempamerkan’ wanita berhijab. Saya amat percaya bahawa konsep ‘kesederhanaan’ haruslah diseiringkan dengan pemakaian Muslimah (termasuklah hijab) dan kesederhanaaan ini merupakan perkara yang teramatlah penting sekali. Kesederhanaan oleh itu, perlulah diberi keutamaan dan penekanan oleh setiap wanita berhijab dan bertudung termasuklah majalah anda

Tudung ini bukan berfungsi sebagai ‘ganti’ rambut yang kami tutup. Ianya juga bukanlah hanya sekeping kain atau berkeping-keping kain di atas kepala. Hijab datang dengan pakej lengkap, ianya merangkumi akhlak, intelek dan adab. Hijab simbol wanita beriman, kesederhanaannya dalam setiap yang dilakukan, kelembutan, kesopanan. Maruah dirinya. Kebanggaan dirinya. Majalah anda tidak langsung menampilkan ‘kesederhanaan’ yang dituntut’ Islam ini dan biarlah saya berterus terang ini ternyata salah sama sekali.

Meletakkan wanita yang hanya berhijab tetapi disolek bak patung seolah model antarabangsa dalam majalah Vogue (beznya cuma tutup rambut) adalah satu bentuk penghinaan buat kami wanita Muslim. Juga menyedihkan apabila wanita berhijab tersebut sendiri rela diperlakukan sebegitu rupa, dieksploitasi dan cuma menipu diri bahawa mereka berada di jalan yang benar dan membuatkan Tuhan mereka gembira hanya dengan menutupi rambut mereka. Ya Allah, bagaimanalah anda boleh berfikir anda menggembirakan Allah dengan berhias dan bertabaruj sebegitu rupa sambil menayang kecantikan rupa paras dan tubuh badan anda?

Majalah anda seperti juga Vogue dan Cosmopolitan dan majalah-majalah seangkatan dengannya tiada LANGSUNG dimensi intelek mahupun spiritual didalamnya menjadikannya majalah ini kosong. Majalah anda secara tidak langsung berjaya ‘brainwash’ minda para hijabisters dengan menaikkan hawa’ nafsu mereka untuk berbelanja lebih banyak barang, lagi dan lagi. Hakikatnya wanita yang benar-benar beriman, seorang Muslimah sejati TIDAK perlu menayang segala aksesori kepada orang lain. Nilai wanita Islam BUKAN pada barangan tetapi keyakinan dirinya bahawa apa didalam hati mereka dan minda mereka lebih berharga dari segala gelang, kacamata hitam, kasut tinggi, tas tangan yang anda sogok di setiap muka majalah anda.

Majalah mempengaruhi pemikiran anak-anak muda yang masih mentah untuk menipu diri mereka dengan merasakan bahawa mereka akan lebih cantik dan dihormati dengan KASUT, AKSESORI dan style tudung yang merapu dan merepek.

Di dalam Quran Allah menegaskan bahawa Taqwa adalah pakaian yang terbaik. Tolonglah beritahu dan tunjukkan kepada saya dimana, di muka surat mana and tampilkan mesej ini? Malangnya tiada, tidak di satu muka pun. Ianya majalah yang menjual baragan semata, majlah berbentuk konsumer membuatkan para wanita jadi gila, menurut nafsu untuk membeli, untuk mahukan barangan material yang mungkin tidak langsung diperlukan atau mampu mereka miliki. Lifestyle yang anda tampilkan tidak berapa kena dengan syariat Islam. Masalahnya anda menggunakan Islam untuk menjual. Ini amat mengecewakan. Kemudian ramailah para gadis berangan untuk menjadi seperti covergirls yang telah pun anda tampilkan dengan badan yang ramping, barangan yang hebat dan muka yang gebu yang semestinya sudahpun anda photoshopkan wajahnya. Ianya palsu semata.

Saya jujurnya risau anda merosakkan nilai hijab dan wanita Islam dengan majalah ini. Yang cuma diberikan penekanan adalah kecantikan yang palsu. Saya merayu, tolonglah dengan sepenuh hati nilailah dan muhasabah majalah anda dan isi kandungannya. Kami perlukan majalah yang menaikkan iman kami, yang menjadikan kami Muslimah yang lebih bertaqwa dan disayangi Allah. Majalah yang membantu kami mengubati penyakit-penyakit hati kami, bukan majalah yang membawa mesej apa yang penting adalah rupa anda pada LUARAN, baju apa yang anda pakai dan cara anda mengikat tudung. Walahu’alam

Ikhlas,
Muslimah yang Risau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54446 Replies : 4
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54459 Replies : 20
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 282532 Replies : 8329
Konsert Biduanita-Judika bak 'hadir muktamar PAS, kerusi takde nombor' mutu penganjuran hauk-sehauknya (level funfair)!!!
maklukpenggodaKonsert Biduanita-Judika bak 'hadir
Views : 8657 Replies : 26
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 146957 Replies : 2475
Pasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Bedah Siasat/Ulasan/Gosip Santai (Post #1 UPDATED)
kakasotongPasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Beda
Views : 191790 Replies : 10011
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2250 Replies : 17
[tvN/Disney+ 2024] LOVE YOUR ENEMY - Ju Ji Hoon, Jung Yu Mi ~ 23 November 2024
Rahah[tvN/Disney+ 2024] LOVE YOUR ENEMY - Ju
Views : 28687 Replies : 152
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 98619 Replies : 1016
Selebriti lelaki ditahan bersama ganja.
PerawankotaSelebriti lelaki ditahan bersama ganja.
Views : 44030 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.042503 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list