CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Saya Tidak Akan Sekali-kali Menyerah Kalah-Najib UPDATE #103 Tun M Jawab

[Copy link]
Post time 29-4-2015 11:08 AM | Show all posts
Saya sedia terima kritikan membina, bukan main hentam, kata Najib

OLEH MD IZWAN
Published: 28 April 2015 9:41 PM
http://www.themalaysianinsider.c ... n-hentam-kata-najib

Susulan kecaman berterusan dibuat terhadap pentadbirannya, khususnya daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, beliau sedia menerima kritikan daripada sesiapa saja tetapi ia mestilah membina. Perdana menteri berkata, hanya dengan kritikan membina, sesebuah pentadbiran dapat membetulkan kesilapan dan membaiki kelemahan untuk memberi yang terbaik kepada rakyat. "Namun, harus barang diingat, apa jua bentuk kritikan dan saranan, perlulah bersifat membina dan tidak semberono atau main melulu hentam saja.

"Kerana hanya dengan kritikan dan saranan yang membina, barulah kita mampu memperbetulkan, mengislah dan memperbaiki segala yang kurang dan kelemahan yang wujud di sana sini," kata Najib pada majlis Pelancaran Laporan 2014 Program Transformasi Kerajaan malam ini.

Dalam ucapannya juga, Najib menyifatkan jika kritikan tersebut disampaikan secara melulu, ia akan memberi kesan kepada pembangunan negara sekali gus menyebabkan rakyat terkeliru. "Proses pembangunan negara akan menjadi terganggu, kacau bilau dan boleh merumitkan keadaan, sekali gus mengelirukan rakyat," katanya.

Najib berkata, usaha ke arah membangunkan negara dapat dilihat menerusi program transformasi yang dijalankan kerajaan seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang berlandaskan maklum balas daripada rakyat yang diterjemahkan untuk kepentingan rakyat. "Dalam bahasa mudah budak-budak sekarang, apa yang pentadbiran kerajaan sedang buat kini, bukanlah yang syok sendiri. "Sebaliknya, segala perencanaan ini berlandaskan maklum balas dan proses merundingkan lapisan masyarakat," katanya.

Najib berkata, hasil kedua-dua program transformasi itu membawa kepada pembentukan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) yang akan memainkan peranan dalam memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. "Antara inisiatif utama kerajaan sejak September 2009 ialah menubuhkan Pemandu di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri.

"Tujuan utama dan objektif Pemandu di bawah lembayung Dasar Transformasi Negara atau DTN, adalah menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudah cara serta menyokong penyampaian dan memacu kemajuan GTP dan ETP. Ini semua dilaksanakan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi dan ekonomi maju menjelang fajar 2020 atau lebih awal dari itu," katanya. Najib juga menggariskan pencapaian sepanjang di bawah pentadbirannya, seperti peningkatan pendapatan per kapita rakyat Malaysia dan jumlah pelaburan yang meningkat sejak 2009.

"Pendapatan per kapita rakyat Malaysia meningkat daripada AS$7,059 pada 2009 kepada AS$10,436 pada 2014. "Kedua, nilai pelaburan kekal tinggi dengan pelaburan RM142 bilion pada 2009 dan meningkat kepada RM228 bilion pada 2014. Ketiga, 1.5 juta pekerjaan diwujudkan setakat 2014 dalam sektor NKEA sejak 2010 , keempat lebih 5 juta rakyat di kawasan luar bandar mendapat manfaat kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air bersih sejak GTP dan ETP diperkenalkan dan kelima, hampir 170,000 golongan miskin berjaya dibawa keluar daripada kepompong kemiskinan," katanya.

Najib berkata, beliau yakin pentadbirannya mampu membawa negara ke arah negara maju berpendapatan tinggi dengan meletakkan 3 sasaran dalam usaha berkenaan iaitu mencapai pendapatan per kapita rakyat AS$15,000, mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan dan memperoleh AS$444 bilion pelaburan menjelang 2020.

Kebelakangan ini, kritikan dan kecaman terhadap pentadbiran Najib semakin kuat kedengaran, malah ia datang daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyerangnya secara terbuka. Dr Mahathir juga tidak yakin dengan keupayaan Najib membawa Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020, malah mengkritik secara terbuka dengan mengatakan sesebuah negara maju bukan dilihat semata-mata pada pendapatan per kapita tetapi mestilah mengikut acuan negara itu sendiri.

Dr Mahathir menyenaraikan pelbagai tuduhan terhadap Najib dan mendakwa jawapan yang diberikan tidak mencukupi. Antaranya membabitkan perkara seperti pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan dakwaan salah seorang pembunuh dalam kes itu, Sirul Azhar Umar yang juga bekas pengiring Najib. Beliau turut membangkitkan skandal syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mencatatkan kerugian hampir RM42 bilion.

Dr Mahathir juga mempersoalkan keborosan dan beberapa polisi yang diperkenalkan Najib yang dianggap merugikan negara dan punca kerajaan Barisan Nasional lemah ketika ini. Pemerhati melihat keadaan dan kritikan berterusan ini akan memberikan kesan kepada kerajaan pemerintah jika tidak ditangani segera.

28 April, 2015.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2015 11:12 AM | Show all posts
freebird replied at 29-4-2015 11:07 AM
bagus lah kalau bijan dan mamak kerala ni bergaduh lama lagi. kalau boleh, huruharakan parti celaka  ...

sebaik gomen keluarkan
fact n figures terkini
pencapaian program transformasinya

maka sibuklah macai2 led bean
cina the malaysian dogs untuk ubahsuai, tokok tambah
dan edit di sana sini bertujuan
mengabui mata pengikut





Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana najib ni still ada macai? Macai buta ke bodoh ke or dpt duit? Mzz tak boleh hadam lah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang tak suruh ko jawab pepatah bugis la...minang la..jawa la.....orang nak kau jawab segala tuduhan 1Mdb tu semua??? Ko memang muka tak tau malu najib, hari2 ko disumpah....memang tebal muka ko anak bini......Tun M merayu rayu suruh resign, ko aman2 jer berronggeng rokiah kat Kazak.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 11:29 AM | Show all posts
mzzenma replied at 29-4-2015 11:19 AM
Macam mana najib ni still ada macai? Macai buta ke bodoh ke or dpt duit? Mzz tak boleh hadam lah.

dan tepukan2 gemuruh sepanjang
tempoh penyampaian beliau semalam
juga jelas bukan dibuat2 jika
kita teliti



Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 11:34 AM | Show all posts
wei...korang x bangga ke punya pm berjiwa kental dan bersemangat jawa..eh waja ni wei.....kagum siyottt...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2015 11:36 AM | Show all posts
kecimpret replied at 29-4-2015 09:06 AM
bagus laa jgn resign..senang skit nak pelingkup BN bila PRU nnt

i pon harap bijan kekal.
even nak ganti pm pon, ambik la yg paling bijak tu (cgpa 3.85)
sementara nak tunggu pru.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
"I will not back down for the sake of public and country" ( main issue nye rakyat n negara yang taknak kau lagi )....... kesimpulannye....ko Pm yang syok sendiri......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2015 11:37 AM | Show all posts
slavehunter replied at 29-4-2015 11:26 AM
Orang tak suruh ko jawab pepatah bugis la...minang la..jawa la.....orang nak kau jawab segala tuduha ...

betui sungguh engko cakap ni..aku ada video najib bergelek dlm majlis kawin anak dia...yaakkkksss geli aku tgk...base x sedar diri..memalukan n sooooo pathetic!!!

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 11:38 AM | Show all posts
melia_star replied at 29-4-2015 11:34 AM
wei...korang x bangga ke punya pm berjiwa kental dan bersemangat jawa..eh waja ni wei.....kagum siyo ...

kalau pun tak mampu terbit
rasa bangga walau sedikit,

cukuplah untuk tidak
membenci secara bodoh
dan tak tentu hala



Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
missdior replied at 29-4-2015 11:37 AM
betui sungguh engko cakap ni..aku ada video najib bergelek dlm majlis kawin anak dia...yaakkkksss  ...

Pm anak beranak syok sendiri.....kalau pm kat Japan confirm pm dia dah bunuh diri dari memalukan macam ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 11:40 AM | Show all posts
cemolot replied at 29-4-2015 08:09 AM
Atas nama kebenaran, sila jelas kan perkara2 berikut wahai jib;

1) 1MDB

Bravo cemolot....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 11:46 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 29-4-2015 10:58 AM
Susah nak terangkan.... macam sorang lelaki yg nak kat sorang perempuan ni... perempuan tu tak mau ...

okey,mcm hidung tak mancung, pipi tersorong2.Gigih!
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
demi kebaktian kepada rakyat dan negara, katanya
Katanya lah
Puiiiiii
Tebal muka beliyau
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 11:51 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 29-4-2015 10:58 AM
Susah nak terangkan.... macam sorang lelaki yg nak kat sorang perempuan ni... perempuan tu tak mau ...

Hemoi - level paling tinggi utk describe seseorg tu tak malu or kulit muka paling tebal
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Alah, semua pemimpin ade dugaan camni. Tengok tun det dulu, ape tuduhan yg org kata kat dia. Maha zalim la maha firaun la. Ok je tun det survive.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2015 12:01 PM | Show all posts
d'zeck posted on 29-4-2015 11:29 AM
dan tepukan2 gemuruh sepanjang
tempoh penyampaian beliau semalam
juga jelas bukan dibuat2 jika

tepukan tu ada tambahan editing pakai 4D Dolby System surround oleh KRU untuk tambah power. kalau tak edit, rasanya taklah gemuruh sangat, cuma alJibby saja yg dok rasa darah gemuruh.


Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 12:05 PM | Show all posts
boyagombak replied at 29-4-2015 12:01 PM
tepukan tu ada tambahan editing pakai 4D Dolby System surround oleh KRU untuk tambah power. kalau  ...

sila kaji ala
video seks cina dolls
anwar

bab2 gini memang
kegemaran macai



Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 12:23 PM | Show all posts
Innrukia replied at 29-4-2015 11:51 AM
Hemoi - level paling tinggi utk describe seseorg tu tak malu or kulit muka paling tebal

Tp dalam bahasa Siam hee moi tu ape??? Lucah tau!
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu najib step down, sapa pulk yg nak ganti? Yg ad ni pon xde selera nk tgk..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.065948 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list