CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Dunia] Metal Band Di Perancis Namakan Kumpulannya Mutiara Damansara!

[Copy link]
Post time 24-6-2015 07:35 PM | Show all posts
Mutiara Damansara mcm lebih cenderung ke arah pop rock jah...
Cer bg nama Pengkalan Kubor. Barulah metal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2015 12:05 AM | Show all posts
omputih2 tu kecoh tak band malaysia buh nama omputih?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
hahaha. kenapa tak bubuh kampung bongek? lagi komersil hapaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 12:30 AM | Show all posts
mujur bukan Batang Berjuntai
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 12:42 AM | Show all posts
pasni band sepanyol boh nama Guar Napai plak...tapi pronounce Guaq Napai...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 07:26 AM | Show all posts
espri6006 replied at 24-6-2015 08:00 AM
kerteh pun ada Damansara uols.... Taman Damansara Kerteh, siap ada Kerteh Damasara Inn, terletak ber ...

akak ingat ms mula2 pindah dulu..ronda2 area situ..terkejut rumah besar,cantik terbiar gitu.Sayang sungguh..mujur ada insiatif nak perbaharui area tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-6-2015 08:11 AM | Show all posts
'Mutiara Damansara' tidak cukup duit untuk datang ke MalaysiaAstro Awani | Kemas kini: Jun 24, 2015
(Diterbitkan pada: Jun 24, 2015 12:24 MYT)        




                                                                         Dianggotai oleh tiga pemuda, Charlize Ann Myers, Cyanure Nevermore dan Grumppy Woodcutter yang berasal dari Caen, Lower Normandy, kumpulan band ini dikatakan mula bertapak sejak tahun 2010 lagi.

                 
The content may have been removed, or is temporarily unavailable.
We apologize for the inconvenience. Please try again later.                      


KUALA LUMPUR: Nampaknya, nama kumpulan band metal dari Perancis, ‘Mutiara Damansara’ menjadi buah mulut orang ramai di Malaysia.

Menjadi terkenal secara mengejut di Malaysia hanya kerana nama mereka, "Mutiara Damansara", kumpulan indie itu berjaya menawan hati rakyat tempatan dengan pilihan nama kumpulan mereka.

Dianggotai oleh tiga pemuda, Charlize Ann Myers, Cyanure Nevermore dan Grumppy Woodcutter yang berasal dari Caen, Lower Normandy, kumpulan band ini dikatakan mula bertapak sejak tahun 2010.

Walaupun pilihan nama Inggeris menjadi kebiasaan untuk sesebuah band, memilih nama “Mutiara Damansara” sememangnya menarik perhatian golongan muda di Malaysia.

Menerusi laman Facebook rasmi mereka "Mutiara Damansara", dilihat beberapa rakyat tempatan berinteraksi bersama mereka menerusi laman rasmi tersebut.

Rata-rata mengajak kumpulan indie itu untuk terbang ke Malaysia bagi mengadakan persembahan di sini.

Gambar diperolehi dari Facebook Mutiara Damansara


Ada juga yang mengajak mereka mengadakan persembahan di Mutiara Damansara  bagi menjadikan kunjungan dan persembahan mereka lebih istimewa.

Namun, menurut kumpulan band tersebut menerusi kenyataan dalam Facebook semalam, mereka buat masa ini tidak mempunyai dana kewangan yang mencukupi untuk membuat lawatan di Malaysia tetapi mereka akan meminta beberapa bantuan yang boleh bagi merealisasikan permintaan peminat metal di Malaysia.


Gambar diperolehi dari Facebook Mutiara Damansara


Mereka turut mencadangkan peminat untuk melancarkan kempen crowdfunding untuk membiayai konsert jelajah mereka ke Malaysia.

Difahamkan, kumpulan band metal ini hanya beroperasi secara kecil di Perancis dan masih belum mendapat perhatian ramai.

Setakat ini, Mutiara Damansara telah melancarkan dua EP ‘Annual Winter Depression’ dan  ‘Pearls’ dan sebuah album penuh berjudul “Every Soul is a Shining Star”.

Gambar diperolehi dari Facebook Mutiara Damansara


Sebelum ini, sebuah portal tempatan melaporkan, nama Melayu itu diperoleh ketika ahli-ahli kumpulan tersebut membuat carian nama yang unik untuk nama kumpulan mereka dan “Mutiara Damansara” muncul sebagai pilihan.-awani

                                         
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 11:13 AM | Show all posts
waa dah viral dh benda ni semua media ada kuarkan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2015 11:24 AM | Show all posts
Waa, mesti bangga gitu penduduk mutiara damansara

Teringat zaman skolah tunggu bas kat 1 utama.. mutiara damansara dulu.. hutan semak aje. Damansara yg lain pun belum wujud lagi gitu..

Bila nak wujud Majlis Pebandaran Damansara ek?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 12:40 PM | Show all posts
Diorg gugel2 je carik nama band....pastu tgk bunyi nama tu mcm best je, mungkin pada diorg la.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha.
Win punya nama band.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2015 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize replied at 24-6-2015 09:48 AM
segambut dalam aka nama glamour mont kiara next

I didnt it b4.sampai my fren ckp.frust betul bila tau mont kiara tu segambut dek.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2015 05:01 PM | Show all posts
nour2001 replied at 24-6-2015 01:53 PM
camna lah agaknya bunyi mutiara damansara dlm slang peranchi ni....mutiyegho domansagho?

hahaha itu dh mcm org klate plak sebut..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2015 05:07 PM | Show all posts
milo_888 replied at 24-6-2015 02:12 PM
Teringin pulakk nak dengar lagu metal versi ereb.. agak2 mcm mana agaknya pak arab head banging samb ...

arab metal mmg ada. persian metal, turkish metal. in fact afrika negro hitam berkerak tu pun ada metal. india, bangladesh, pakistan, sri lanka tu pun berlambak. chinese metal pun banyak.

aku mmg peminat metal dulu2.. tp skrg aku minat elizabeth tan je
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2015 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Bole tersedak nak jerit nama kumpulan sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2015 06:22 PM | Show all posts
raxief replied at 27-6-2015 05:07 PM
arab metal mmg ada. persian metal, turkish metal. in fact afrika negro hitam berkerak tu pun ada m ...

lawak plak komen ko neh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2015 07:21 PM | Show all posts
they pronounced....Mutiagha Damansagha..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2015 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
applemy replied at 25-6-2015 11:24 AM
Waa, mesti bangga gitu penduduk mutiara damansara

Teringat zaman skolah tunggu bas kat  ...

Dulu tmpt tu adalah bukit lanjan kawasan org asli
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2015 10:26 PM | Show all posts
biasa je.

kat msia lagi la mcm2 band melayu tp guna nama mat saleh.

mcm tu la mat saleh pelik sama mcm kita pelik tgk nama band mutiara damansara ni kot
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2015 01:05 PM | Show all posts
raxief replied at 27-6-2015 05:01 PM
hahaha itu dh mcm org klate plak sebut..

hahaha....aku agak je lah bunyi mcm tu, dah pelat org perancis kan semacam..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.059219 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list