CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Jenayah] The EDGE telah digantung 3 bulan.

[Copy link]
Post time 25-7-2015 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori replied at 25-7-2015 02:37 PM
Editor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 25 July 2015| Kategori: Kunta Kinte,Utama | Add Comm ...

7. Bestu agency gomen selama ni buat apa? Garu telur? Mana check and belen? Kalu check and belen epf lth kwap pnb khazanah semua tiptop kenapa 1mdb sekor je mcm toyol terlepas? Dan kesudahannya sampai la ni?


9. Konspirasi kapla dongga habah dia. Ppl in financial services bertuankan duit semata. And numbers dont lie. Konspirasi babi apa plak foreign net selling on malaysian equities beterusan tanpa henti sejak 17 bulan lepas? Malaysian sovreign cds dah setengah tahun priced 40bps above its 3-yr mean?

RM merudum salah konspirasi the edge? Well if the shitty 1mdb byr utang bila due 30 nov ini semua tak berlaku.

If the shitty 1mdb tak mintak penangguhan lepas penangguhan merudumnya myr ini takkan berlaku.

If the shitty pm in his hansard recorded statemrnt didnt lie abt cash belen of shitty 1mdb, merudumnya 1mdb ini takkan berlaku.

If the shitty 1mdb and the shitty pm was dilligent enough, there would not have been a lie to parliament - and this merudumnya myr tidak akan berlaku.

If the shitty pencacai ministers didnt lie about bagi duit kpd 1mdb on pretext of "kemudahan mudah tunai sedia" or some shit like that, merudumnya myr kini tidak akan berlaku.

Between the shitty representations of 1mdb and the rebuttal of claims by monetary authority of singapore upon their confirmation with bsi, merudumnya myr kini tidak akan berlaku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2015 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
And you think myr merudum is sabotaj?

Ofkos the whole world knows myr is undervalued. Semua org.

Sbb nilai myr not reflective of economic fundamentals - reserves nowhere near distresstd levels, GDP on track for 3.5-4%. SBB myr jatuh adalah disebabkan sentiment.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2015 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sentiment yg bukan disbbkan Sarawak report or the edge, tp sentimen tak elok disbbkan oleh the shitty 1mdb and propagated by the shitty pm and much shittier pencacai mamanda munturi in trying to deflect the issue, in denial, bwk auta and propa.

Ppl in financial services ramai cerdik pandai, entry level aptitude and technical base requirement jauh lebih tinggi Dari umno yg pakai pmr or dap yg punya bodoh tak reti pakai excel or pas yg berbaiah berwadah berakujanji cerai bini atas nama politik or pkr yg accomplishment dia DLM bidang IT is video ketua cabang melancap.


Jesus farking Christ the politaiks the country has.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2015 03:37 PM | Show all posts
ado oghe mabuk lemey kor?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2015 04:05 PM | Show all posts
apa lagi nak tutup lepas ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2015 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori replied at 25-7-2015 01:22 PM
Kerajaan saman Fitnah???.kehkehkehkehkeh....kerajaan ada kuasa melalui SKMM utk mengantung mana2 m ...

Memang la kerajaan ada kuasa, tapi undang2 tu sendiri menyekat kebebasan media. So apa nak dibanggakan?? Dah macam negara diktator komunis jah nak sekat2 kebebasan media ni. Haha. Media perlu laporkan apa2 saja yang ada kepentingan umum, tak kiralah betapa negatif kepada kerajaan. Kalau tak kerajaan akan buat apa saja mereka suka. Kalau laporan fitnah, saman sahaja. Itu cara yang sepatutnya. Sekat kebebasan maklumat tak relevan lagi dah, lebih2 lagi zaman internet sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-7-2015 05:28 PM | Show all posts
flying_cow replied at 25-7-2015 04:16 PM
Memang la kerajaan ada kuasa, tapi undang2 tu sendiri menyekat kebebasan media. So apa nak dibangg ...

apa plak kerajaan boleh buat apa saja..the Edge diberi peluang utk menyaman kerajaan apa.

bukan nak bangga...kebebasan media bukan bermakna boleh juga membuat apa2 juga kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2015 10:53 PM | Show all posts
Editor: Adamyan | Diterbitkan pada: 25 July 2015|

Gantung The Edge Macam Nak Kiamat Dunia


edge-financial-daily-suspended

SEBETULNYA tindakan menggantung The Edge ini bukanlah satu tindakan yang pertama kali di buat oleh mana-mana negara di dunia.  Tak payah tengok jauh, jiran di selatan Singapura tu cukuplah, jangan kata gantung dan saman, tutup pun ada.

Jaguh demokrasi dan kebebasan bersuara di negara kita, Tun Mahathir Mohamad pun paling dikenang kerana pernah gantung penerbitan The Star untuk beberapa lama kerana siar kolum tulisan Tunku Abdul Rahman (kritik dia) dulu.  Penggantungan ditarik balik hanya bila kolum itu ditutup.

Penulis rasa untuk yang ini tak payah ulas panjang, sebut nama saja semua orang tahu.  Nama Mahathir dan kebebasan media di negara kita adalah begitu ‘sinonim’ sekali, kes The Star tu hanya satu contoh dari banyak yang ada.

Apa pun, seperti yang banyak sudah dituliskan, penggantungan The Edge tidak ada kaitan dengan kebebasan media kerana orang kampung tak beli The Edge ni, orang bandar pun kurang sebab keluar hanya seminggu sekali.  Kalau nak baca sangat, versi online ada.

Penggantungan ini lebih kepada tindakan sabotaj negara yang cuba dilakukan pemiliknya  Beli dan ubahsuai dokumen curi seperti yang di dakwa tu memang salah satu cara nak sabotaj negara, polis Thailand dah sahkan, tukang jual dah sahkan, akhbar Singapura pun dah sahkan.

Paling penting, individu yang berkenaan pun dah mengaku!!

Yang menarik perhatian penulis sekarang ialah kelam kabut beberapa orang ‘besar’ lanjutan dari penggantungan tersebut – kononnya simpati dengan kakitangan The Edge.  Hanya sebab salah seorang yang berkata tu adik Perdana Menteri, macam teruk sangatlah penggantungan 3 bulan ini pun, kebebasan bersuara dah matilah dan sebagainya.

Walhal, baru beberapa hari ni saja, seorang kakitangan di bank yang dipengerusikannya, dipecat kerana buat kenyataan di Facebook, kebebasan bersuaralah sangat tu?

Ironinya, mereka ini ada diantaranya pemilik dan orang penting dalam organisasi ternama di negara kita yang boleh saja ambil kakitangan The Edge ini bekerja dengan mereka kalau simpati sangat, bukan ramai mana pun kakitangan The Edge tu.

Tindakan menggantung The Edge ni pun ikut undang-undang, kalau ada tak kena bawak ke Mahkamah, apa yang susah sangat?

Ini cerita macam besok dunia nak melingkup,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2015 12:03 AM | Show all posts
Ting Tong.......dah mengaku yang dia salah...cer2 ni mcm drama...case dh solve ke.ending dh selesai ke belum
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2015 07:56 AM | Show all posts
Dua NGO desak Kooi Ong segera didakwa
26 Julai 2015 1:12 AM
  0  0 Google +0
KUALA LUMPUR 25 Julai – Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendesak kerajaan supaya segera mengambil tindakan terhadap pemilik Kumpulan Media The Edge dan portal propembangkang, The Malaysian Insider, Datuk Tong Kooi Ong yang didakwa berniat jahat dan mempunyai agenda untuk menjatuhkan kerajaan.

Khairul Anuar Ramli
Mereka berpenda-pat, Kooi Ong dan ahli lembaga pengarah kum--pulan media itu juga perlu segera disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, hal ini berikutan Kooi Ong didapati secara terang-terangan membuat pengakuan mengenai tawaran pembayaran bagi mendapatkan maklumat daripada bekas eksekutif kanan PetroSaudi International Ltd. (PetroSaudi), Xavier Andre Justo.

Katanya, tujuan mendapatkan maklumat daripada Justo walaupun dengan cara tidak betul itu juga dilihat sebagai satu pengkhianatan kepada negara kerana boleh menjatuhkan kerajaan.

“Bukti sudah ada. Kooi Ong secara terang-terangan membuat pengakuan mengenai pembayaran bagi mendapatkan maklumat itu. Tindakan kumpulan media tersebut dalam mendapat-kan maklumat pen-ting mengenai 1Ma-laysia Develop-ment Berhad (1MDB) sangat dikutuk dan dianggap pengkhia-natan kepada negara,” katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Kooi Ong membuat pengakuan memperdaya Justo dengan menjanjikan bayaran bagi mendapatkan dokumen berkaitan syarikat 1MDB.

Sementara itu, Pre-siden Badan Ber-tindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khai-rul Anwar Ramli berkata, kerajaan tidak perlu melengah-lengahkan lagi tindakan terhadap Kooi Ong dan kumpulan media itu berikutan bimbang terhadap kesan yang lebih buruk berlaku.

Katanya, hal ini kerana sudah jelas kumpulan media tersebut menjadi dalang dalam kemelut yang berlaku dalam negara membabitkan maruah kerajaan, 1MDB dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pendedahan tentang siasatan yang dijalankan perlu diberitahu kepada rakyat supaya pihak berkuasa dilihat telus.

Kami juga meminta pihak ber-kuasa negara ini tidak melindungi mana-mana pihak yang melakukan kesalahan,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.RvvgP3xU.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2015 08:04 AM | Show all posts
Hanya pemberi maklumat tulen dilindungi undang-undang
26 Julai 2015 1:12 AM
  0  0 Google +0

Kuala Lumpur 14 Julai 2015 - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid
KHALID ABU BAKAR
KUALA LUMPUR 25 Julai – Individu yang mendedahkan maklumat ha-nya akan dilindungi mengikut undang-undang negara jika mereka me-lakukannya mengikut saluran yang betul.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Kha-lid Abu Bakar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mengalu-alukan pemberi maklumat secara tulen.
Kata beliau, sebaliknya tindakan memberikan maklumat secara terpilih atau pendedahan hanya kepada media tertentu, mungkin menimbulkan suasana huru-hara dalam kalangan masyarakat.
“Pemberi maklumat akan dilin-dungi di bawah peruntukan undang-undang Malaysia apabila mereka hadir dengan cara yang betul dan sah. PDRM juga mengalu-alukan pemberi maklumat yang sebenar.
“Perbuatan mendedahkan maklumat yang didakwa ‘maklumat sebenar’ melalui media hanya akan mengakibatkan salah faham, persepsi yang bercanggah serta keadaan huru-hara,” kata beliau melalui laman twitter miliknya di sini hari ini.
Malah, Khalid turut mengingatkan orang ramai tentang peranan PDRM yang sentiasa mahu memastikan kesejahteraan dan keamanan masyarakat Malaysia sentiasa terjamin.
“Kami berkhidmat untuk rakyat dan tidak akan membenarkan rak-yat dikelirukan oleh pihak yang mempunyai motif tertentu,” katanya.
Menerusi laman twitter miliknya itu juga, Khalid turut mencadangkan memperkemaskan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat untuk mengesan pemberi maklumat tulen.
“Menerusi akta tersebut, pemberi maklumat tidak berhak mendapat perlindungan jika bertindak mendedahkan maklumat yang diketahui mereka kepada media,” katanya.
Kementerian Dalam Negeri semalam bertindak menggantung permit penerbitan akhbar The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily, selama tiga bulan berkuat kuasa Isnin depan.
Tindakan itu diambil kerana Kementerian Dalam Negeri berpendapat, dua laporan oleh akhbar tersebut berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh memudaratkan kepentingan awam dan negara.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.Qzbfp2LT.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 09:25 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 25-7-2015 02:50 PM
So...hang tau la mai mana duit tu...? I'm all ears kalau najib nak come clean mai mana duit tu.. ...

?????????

kalau ni point hang nak buat kesimpulan duit tu najib songlap n ke hulu ke hilir nak meratib najib songlap duit 2.6 b, tu hang punya pasal la, jgn expect org lain pun kn ikut apa rentak hang,



Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 09:26 AM | Show all posts
badaksumbu replied at 27-7-2015 09:25 AM
?????????

kalau ni point hang nak buat kesimpulan duit tu najib songlap n ke hulu ke hilir nak  ...

Ni open forum kan? Ikut suka aku ler nak kata apa.... kalau hang sakit hati sangat nak terima point of view orang...hang boleh skip saja komen aku...... sbb aku tak suruh pun hang terima poin of view aku tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 09:30 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 25-7-2015 01:43 PM
sebab tu awai2 lagi dah diingatkan...tunggu lah audit dan PAC siasat....kan senang...ni tak?...sem ...

YG tangkap tangkap napa tak tunggu PAC..hehe terus tangkap..kan lum tentu lagi document or report tu benar ke tidak................saman jer lah kalau rasa tak benar......kenapa perlu tangkap tangkap segala..........just because mereka mereka ada power?

kalau ikut semuanya kena tunggu lah PAC kan......yg tu tak pulak sabar sabar..berebut rebut tiap minggu tangkap orang.....what a joke lol
dispatch pun masuk dlm list tangkapan....... nak tunjuk buat kerja or nak alih main issue nyer?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2015 10:58 AM | Show all posts
Batalkan permit penerbitan
Jika The Edge terbukti terlibat rancangan guling kerajaan
ASRON MUSTAPHA  |  27 Julai 2015 1:39 AM

KUALA LUMPUR 26 Julai - Tindakan menggantung permit penerbitan ke atas The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily tidak mencukupi seandainya siasatan pihak berkuasa kelak menemukan bukti kukuh bahawa akhbar tersebut bertanggungjawab dalam rancangan menggulingkan kerajaan.

Mustapha Yaakub
Sebaliknya Setiausaha Kelab Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub mendesak Kementerian Dalam Negeri bertindak lebih tegas iaitu menarik balik permit penerbitan akhbar berkenaan bagi memastikan pada masa hadapan, tidak berlaku lagi pihak menyalahgunakan permit penerbitan.

Tegasnya, tindakan menarik balik permit penerbitan menerusi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 juga tidak boleh hanya terhad kepada The Edge semata-mata, tetapi perlu diperluaskan kepada semua media termasuk arus perdana jika pihak berkenaan terbabit menyebarkan dakyah palsu.

“Apa yang berlaku sekarang ini jelas memperlihatkan bahawa kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri perlu kepada suatu tindakan segera yang cepat dan tegas. Kerajaan tidak boleh berlengah dan berlembut dalam mengambil tindakan hingga mudah diperkotak-katik pihak tertentu.

“Sekarang adalah masa untuk tindakan, jangan nanti apabila semua sudah menjadi kelam-kabut dan tidak terkawal baru kita terhegeh-hegeh mahu bertindak. Tindakan tegas mesti dilakukan sekarang tanpa memilih bulu,” katanya ketika -dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas langkah Kementerian Dalam Negeri menggantung permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan bermula esok berikutan laporan akhbar tersebut dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang boleh menggugat kestabilan negara.

Kementerian berkenaan menjelaskan tiga faktor menjadi punca permit penerbitan akhbar itu digantung iaitu tajuk dan cara pelaporan pemberitaan menimbulkan persepsi negatif, bersumberkan maklumat meragukan dan untuk berlaku adil kerana siasatan menyeluruh isu 1MDB sedang berjalan.

Dalam pada itu, Mustapha menjelaskan sudah sampai masanya bagi kerajaan mengkaji semula secara menyeluruh mengenai dasar kebebasan Internet yang diamalkan sekarang, kerana terbukti banyak kemudaratan kepada bangsa, agama dan negara telah berlaku akibat dasar kebebasan itu.

“Sekatan perlu dikenakan kepada Internet untuk memastikan orang ramai, penulis blog dan media alternatif lebih bertanggungjawab. Jangan nanti lahir lebih banyak Sarawak Report akibat kelemahan kita sendiri baru nak menyesal, tetapi masa itu kerosakan sudah berlaku,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.f3WnG6oy.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 11:12 AM | Show all posts
kasibiman replied at 24-7-2015 04:53 PM
tindakan bodoh.

saman the edge. bukan tarik permit.

itu tindakan paling bijak arr!
u mana taw!

kalu takcaya
tunggu penjelasan 3-4 org prof kat tv1 ngan tv3.
mesti puji melambung tindakan 'sangat berani' tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2015 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
apa bukti the edge menipu? apa bukti najibun x bersalah lg suci murni?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 11:18 AM | Show all posts
zidane_ziege replied at 27-7-2015 11:16 AM
apa bukti the edge menipu? apa bukti najibun x bersalah lg suci murni?

kan permit dah diigantung..tu lah buktinya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 11:22 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 25-7-2015 01:22 PM
Kerajaan saman Fitnah???.kehkehkehkehkeh....kerajaan ada kuasa melalui SKMM utk mengantung mana2 m ...

lol...........memang kerajaan ada KUASA tu yang polon guna kuasa cam tak ingat dunia...and tak perasan  langit tinggi ke rendah... belasahjerlah.
Nanti orang luar kata melayu GILER KUASA.........mereka mereka meraung dan sentap cam pompuan ......ayat teraniaya segala.......dan ayat pantang pahlawan segala keluarr lol. Macam kelakar tak bijak jer ayat semua keluar..buat malau kaumjer pastu..bukan dia jer malau..........semua marhein pun malu ..

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 11:23 AM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 27-7-2015 11:18 AM
kan permit dah diigantung..tu lah buktinya..

lepas digantung..nanti..silap silap dispatch ....... cleaner semua ditangkapnyer lol...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.209466 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list