CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mohdmus

Ilmu tasauf dan tarikat [+ gabungan thread mohdmus]

[Copy link]
Post time 23-12-2009 02:19 PM | Show all posts
mohdmus..
sy mtk maap ye...

soklan utk syeikh salikin...

ASWJ sering dikaitkan dgn amalan sufi..
Yg sy naik heran(..bukan naik syeikh tauuu...)
tang mana hubungkaitnya amalan tarikat/su ...
ana_una Post at 22-12-2009 10:20


Salam sejahtera..

Tasawuf bukanlah ilmu baru, ia berpangkal pada peribadi Rasulullah saw, yang gaya hidupnya yang sederhana tetapi penuh kesungguhan dan serba mendalam. Akhlak Rasulullah yg bersendikan kemurniaan dan kesucian Al-Quran itulah yg menjadi garis panduan tasawuf Islam.

Imam Al-Junaid, penghulu sufi Islam menegaskan bahawa yg mungkin menjadi ahli tasawuf itu, hanyalah barangsiapa yg mengetahui keseluruhan kandungan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw. Kerana yg sebenarnya tasawuf itu memfanakan diri ke dalam kemurnian Al-Quran dan Sunnah. Dan beliau berkata lagi, barangsiapa hendak menyebut bahawa dirinya termasuk sufi dan mengamalkan tasawuf Islam, hendaklah sanggup mengetengahkan 2 saksi jujur atas pengakuannya. Saksi pertama ialah Al-Quran dan saksi kedua ialah As-Sunnah Rasulullah saw.

Umumnya ahli sufi ini sangat mengutamakan latihan2 kebersihan hati dan berjaga2 tentang penyakit hati iaitu sifat mazmumah spt riak, ujub, takbur, dengki, hasad, dsb..yg boleh menyebabkan seseorang itu rosak imannya dan syirik kpd Allah swt..

Memang kehidupan sufi itu sudah terdapat pada diri Nabi. Sehari-hari ia hidup sederhana dan menderita, di samping ia menghabiskan waktunya dlm ibadah , dlm mendekati Tuhannya. Jangankan perabot Wella Design, makanan pun jarang2 ada. Tidornya bukan bertilamkan tilam dunlop, atas sepotong tikar sampai berbekas pipi Baginda. Byk lagi yg kita ketahui tentang kesederhanaan Rasulullah saw dlm hidupnya..

Bukan Rasulullah saw tak mampu nak hidup mewah, doanya makbul tp Baginda lebih mengutamakan akhirat dr dunia. Pernah di ceritakan, pada suatu waktu Nabi sakit hendak meninggal dunia, teringat olehnya dirumahnya masih tersimpan 7 dinar emas. Maka dipanggillah ahli rumahnya untuk membahagi-bahagikan dgn segera wang itu kpd fakir miskin. Cerita ini dibenarkan oleh Siti 'Aisyah, yg mengaku bahawa terlupa menyimpan wang itu krn kesibukannya mengurus Nabi sakit, sehingga tidak teringat olehnya sampai hari Ahad, sehari sebelum Nabi wafat.

Tatkala orang bertanya kpd 'Aisyah, apa yg diperbuatnya 7 dinar itu. Ia menjawab, bahawa ia dgn segera pergi mengambilnya dan menyerahkan kpd Nabi, Nabi meletakkan wang itu di atas telapak tangannya dan berkata kpd 'Aisyah :"Bagaimanakah perasaan Muhammad pada waktu ia mengadap Tuhannya dengan wang ini di tangannya?".

Yang dikatakan Ahlus Sunnah wal Jamaah itu, mengambil Rasulullah saw dan sahabat baginda sebagai ikon atau idola. Melatih diri mengikut aqidah , syariat dan akhlak Rasulullah saw untuk keluar dari daerah kufur maksiat ke daerah iman dan taat.

Jadi, fahamlah kita kenapa ASWJ selalu dikaitkan dengan ahli sufi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2009 03:08 PM | Show all posts
syukran..
berdasarkan posting2 yg sbm ni..
sy lihat ada diantara posting2 tu mengaitkan..
ASWJ dgn Wahdatul Wujud...
yg bersenyawa dgn Batiniah..
sedangkan yg sy tau..
golongan yg berpegang dgn tanzih tak bole terjerumus ke dlm konsep itu..
malahan rsnya ASWJ pun tau..
stiap kitab Ilmu Tauhid bila tang sentuh mazhab2 akidah dlm Islam..
mrk byk menyebut hadis yg berlainan nas matannya..
tp sm maksudnya..
iaitu umat Nabi Muhammad berpecah kpd 73 puak..
tp masih jg timbul ajaran2 sesat..

Soalan:
dimanakah slalunya bermula punca..
atau penyelewengan terhadap garis panduan..
yg dipegang oleh ASWJ..
sehingga timbulnya..
beberapa ajaran sesat...
adakah sbb mrk tatau sempadan mn yg harus mrk berhenti?
hingga mrk(ajaran sesat) terkucil dr landasan yg lurus..


** skemanya ayat arini...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 05:04 PM | Show all posts
syukran..
berdasarkan posting2 yg sbm ni..
sy lihat ada diantara posting2 tu mengaitkan..
ASWJ dgn Wahdatul Wujud...
yg bersenyawa dgn Batiniah..
sedangkan yg sy tau..
golongan yg berpegang dgn ...
ana_una Post at 23-12-2009 15:08


Salam akakku ana_una..

tak kira la akak tanya sapa tp sy beminat dgn soklan ini.(pssst akak pnh mengaji tarikat ke?) soklan ini takde kena
mengena dgn syiah or wahabi. jd sirri rilek dulu arr.. saudara akan dilayan sebentar lg.

soklan ni sgt menarik kak. Utk pgetahuan akak,tasawuf terbahagi kpd 2. Tasawuf ittihad atau hulul atau wusul atau wahdatul wujud yg dipelopori oleh al-Hallaj, Ibn Arabi dn mrk yg spendirian dgn keduanya. Tasawuf mrk ini jelas menyalahi zohir alquran dan alsunnah, maka ia digelar tasawuf falsafah. Ia mmbicangkan mslh ketuhanan berasaskan pemikiran manusia dgn tidak merujuk kpd alquran dan alsunnah. Batiniyah pun sama begitu.
Tasawuf sunni spt tasawuf Imam Al Ghazali yg pd dasarnya tidak menyalahi alquran dan alsunnah yg kemudian dpd itu lahir dua lg tokoh yg paling besar iaitu Syed Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani dan Syed Syeikh Ahmad Al-Rifa'i. Tasawuf mrk ini melatih manusia dr segi rohani dan jasmani dgn sifat2 yg terpuji dan menjauhi sifat2 yg terkeji tetapi tidak sampai kpd fahaman al tajalli(seluruh alam semesta ini pd hakikatnya tajalli atau penampakan/penjelmaan Allah dan wujud alam semesta ini adalah wujud wahmi tiada wujud yg sebenar) spt yg dikatakan oleh tasawuf falsafah.

Yg menyebabkan berlakunya kegelinciran dan timbulnya ajaran2 sesat apabila iktiqad mrk menjisimkan zat, sifat dan af'al Allah iaitu byk berlaku pd mrk yg mengambil tasawuf falsafah(iaitu yg byk pd ms skarang).
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 12:29 AM | Show all posts
716# Nazrulism
Dikalangan golongan sufi, Laduni ini bermaksud disingkapkan alam ghaib dengan kasyaf, Tajliyah serta hubungan langsung dengan Allah dan RasulNya. Ilmu ini diperolehi dengan mengikut tariqat syeikh sufi yang merupakan Guru Mursyid yang bebas dari dosa (Ibn Arabi kata; syarat imam batin mesti maksum) dan murid tidak boleh mengambil Ilmu sufi dari guru yang lain (diibaratkan sebagai Perempuan bersuami dua).

Al-Junaid berkata: "Yang paling aku suka seorang pemula, bila ingin berubah keadaannya, jangan menyibukkan hatinya dengan tiga perkara; Mencari penghidupan, menimba Ilmu (hadith) dan menikah. Dan yang lebih aku suka lagi pada penganut sufi, tidak membaca dan menulis, kerana hal itu hanya akan mengalihkan perhatiannya"

kesannya.
1. Menghancurkan  sanad-sanad hadith, mensahihkan yang dhaif, mungkar dan maudhu dengan cara 'Kasyaf' dengan alasan seperti kata Abu Yazid Al Bustami; "Kalian mengambil Ilmu dari mayat ke mayat, sedang kami (sufi) mengambil Ilmu dari Yang Maha Hidup dan tidak pernah mati."

2.Menganggap menimba Ilmu (hadith) sebagai perbuatan aib dan merupakan jalan kemaksiatan dan kesalahan. Ungkapan syeikh2 sufi " barang siapa gurunya kitab, maka salahnya lebih banyak dari benarnya " untuk menjauhkan kitab2 peninggalan salaf.


Jangan la sebarkan fitnah mcm ni...mana Tuan dapat nih?

Jangan amik dari kitab wahabi atau muktazilah, semua tu menentang salafi, mesti lah penerangannya tidak bertepatan dengan fahaman ASWJ...

Saya kenal idola saya, Imam Junaid Al-Baghdadi..dia takkan cakap mcm tu..begitu jugak dengan Abu Yazid Al-Bustami..

Saya rasa lebih baik Tuan jangan cerita bab sufi atau tasawuf;
         .pertama krn Tuan xfaham
         .Kedua krn sumber rujukan Tuan salah.
         .Ketiga krn apabila salah, ia akan jadi fitnah..hukum fitnah itu lebih teruk dr membunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 01:27 AM | Show all posts
759# sirrikhafi

AlQuran hanya menyebut selawat ke atas nabi shj.
langsung tiada menyebut sahabat pun.
di harap anda jangan menokok tambah perkara yg tiada di sebut dlm AlQuran.
di takuti ianya menjadi bid'ah.
ingatlah,
setiap bid'ah itu adalah sesat


Ertinya:"YaAllah, limpahkanlah selawat kepada Saidina Muhammad yg telah Engkau penuhihatinya dengan keagungan Mu dan telah Engkau penuhi matanya dgn sifatkeindahanMu, sehingga ia menjadi senang gembira, terbantu dan tertolong; jugakpd keluarganya dan para sahabatnya. Limpahkanlah pula kesejahteraan yg banyakkpd mrk semuanya.Segala puji bg Allah atas semua itu."

Abu 'AbdullahAl-Nu'man pernah bermimpi melihat Nabi saw, lalu ia bertanya, "YaRasulullah, selawat manakah yg paling utama? Beliaumenjawab,"Katakanlah…(lalu Baginda menyebut selawat ini)."


Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 02:05 AM | Show all posts
Muslim hanya di tuntut berpegang dgn AlQuran, Sunnah &Ahlulbait.
sirrikhafi Post at 22-12-2009 17:35


Berikan dalil Tuan..boleh kita bincang...

Nampaknya anda cuba menyembunyikan sesuatu mengenai silsilah sanad guru-guru kamu.
bukankah hadis ada menyatakan:
sampaikan dari ku walau satu ayat.
adakah anda cuba menyembunyikan kebenaran?


Nabi kata sekurang-kurangnya satu ayat...saya rasa dah beribu-ribu lemon ayat dah saya tulih...saya dah ikut sunnah Nabi..

Yang dikatakan kebenaran (hakikat) ialah Zat Allah Taala..Allah Taala juga merahsiakan kebenaran diriNya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2009 02:36 AM | Show all posts
Salam sejahtera..

Untuk kita pastikan kita selamat, sebaiknya kita selamatkan diri dari ilmu  dan amal yg sesat lagi menyesatkan..

Di bawah ini adalah iktiqad 72 puak yg sesat aqidah;

1. Kaum Rafidhiyah - 12 puak
    Antara iktiqad atau pegangan mrk ialah;

a. Mereka beriktiqad bhw Saidina Ali kwh akan turun dr langit pd suatu hari nanti dgn rupa awan ketuhanan lalu berupa dgn seorang manusia, maka beliau akan melakukan bbrp pekerjaan yg di bangsakan kpd sifat ketuhanan. Setelah itu beliau akan naik semula ke langit.

b. Mereka juga berpegang bhw Malaikat Jibril telah tersalah memberi wahyu kpd Nabi Muhammad, sedangkan sebenarnya wahyu tersebut adalah untuk Saidina Ali kwh.

c. Mereka juga percaya bhw Nabi Muhammad saw dan Saidina Ali kwh bekerjasama dan bersyarikat dlm melakukan pekerjaan keNabian.

d. Mereka juga mendakwa bhw jawatan khalifah itu hanyalah khusus kpd Saidina Ali kwh shj. Oleh itu Saidina Abu Bakar , Saidina Umar dan Saidina Uthman sentiasa berada dlm kafir krn menerima dan menjawat jawatan Khalifah Rasulullah saw. Mrk juga mengkeji dan menyumpah sahabat2 agung Rasulullah saw dan sahabat2 lain yg tidak seketurunan atau sebangsa dengan Saidina Ali kwh.

e. Mrk percaya bhw apabila telah keluar roh dr seseorang anak Adam (mati), maka roh orang yg mati itu akan masuk pula ke dalam jasad orang lain dengan nama dan rupa yang lain atau serupa.

f. Mrk juga mendakwa bhw Saidina Ali kwh juga akan kembali hidup semula di akhir zaman sebelum berlakunya hari kiamat. Beliau akan datang dan menghukum semua musuh2nya, tempat beliau sekarang ialah di awan. Bunyi guruh dan kilat itu adalah suara cemeti Saidina Ali kwh.

g. Mrk percaya bhw kdg2 Zat Allah Taala akan zahir dlm rupa bentuk manusia, maka ketika itu dinamakan zat tersebut sebagai Nabi atau Imam, lalu mengajak manusia kpd agama Islam yg lurus. Jika zat Allah tidak zahir secara demikian sudah tentulah semua manusia akan tersesat. Mrk juga percaya bhw zat Allah itu boleh menjelma dan masuk ke dlm sesuatu lalu sebati dgn benda tersebut.

Sekiranya iktiqad kita juga menyamai salah satu dr iktiqad mrk, segeralah bertaubat dan nerujuk kembali kpd ASWJ..

bersambung utk iktiqad puak yg seterusnya....
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 09:23 AM | Show all posts
784# baghal
mmm.... naz! ambik dr mana? Bukti pls!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2009 09:30 AM | Show all posts
780# baghal
noted. Memang ramai yg kata beliau ni ahli sufi. Apa kata pembangkang? Saudara naz? sirri?
Well, apakah pula aqidah rabiatul adawiyah? Salah jugak ke?

blur lagik sebenarnya. Ahli sufi ni bukan ke org2 yg memperhambakan diri pd Allah swt aka tinggal dunia aka abid?
Kenapa plak dikatakan salah aqidah? Takkan lah nak borong habis semua sufi salah aqidah.  
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 09:45 AM | Show all posts
775# izzansdy
Maaf mencelah saudara izan. Kenapa pula kita x boleh mengharap pemberian dr Tuhan? Bukankah byk hadis2 kelebihan dr Baginda saw spt kelebihan solat, kelebihan bersedekah, kelebihan seorg yg hafaz Quran, kelebihan surah2 tertentu dlm Quran pun ada.

For myself, YES, ku mengharap pemberian dariNYA. Aku x mahu dicampakkan ke dlm api neraka. Aku mahu diberikan syurga walau pun mcm x layak namun aku masih mahukan syurga sebab aku takut api neraka. Paling tidak pun biarlah aku mati bersebati dgn tanah dan tidak kembali lagi. Salah kah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 02:19 PM | Show all posts

Banyak dari perkataan dan perbuatan Rasulullah saw tidak ada dalam Al-Quran, misalnya rukun solat..adakah bermakna Baginda tidak ikut Al-Quran??


Maaf.
AlQuran memerintahkan kita supaya mencontohi nabi.
berpegang dgn Sunnah itu adalah selaras mengikuti perintah AlQuran.
dan sudah pastilah nabi berpegang dgn AlQuran.


Pengalaman Tuan terjun dalam bidang sufi yg sesat, takyah cerita la...xboleh dijadikan rujukan pun..nak tau sufi yg betui, mari ikut kami dulu, lepaih tu baru nilai semula..pengalaman Tuan yg lepas xboleh buat bandingan, Tuan dah salah terjun lubang, awal2 lg Syeikh Salikin dah cakap...


Maaf.
konsep Rabithah yg di amalkan ahli sufi tiada di sebut dlm AlQuran.
Rabithah yg di sebut di dlm AlQuran itu berlainan dgn apa yg di fahami oleh ahli sufi.
semua itu hanyalah tafsiran ahli sufi belaka.
tiada pengesahan pun dari nas yg zahir. ;)


Tuan xjawab soalan saya lagi, Kalu orang kafir tanya" Tuhan tu ada atau tidak? "

Tuan nak jawab apa?


Bertanya tentang sifat WUJUD adalah BID'AH.
sesungguhnya org-org yg terdahulu menjadi kafir lalu dihancurkan kerana akibat suka sangat banyak bertanya perkara-perkara yg tiada di sebut di dlm Kitab ALLAH.

Sikap org beriman ialah: Sami' Na wa ato' Na.


Nama ahlul bait takdak pun sebut dlm Quran, boleh pulak Tuan terima...Tp, sifat Tuhan xboleh?....DAHSYAT!!!!


Maaf.
Ahlulbait ada di sebut di dlm AlQuran.
cubalah rujuk dlm surah Al-Ahzab.


Firman Allah;
Ertinya;" Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, Allah mengajar kamu."
(Surah Al-Baqarah : 282)

Allah ajar kepada orang yg bertaqwa sja, yg xbertaqwa memang xtau ilmu ni...


Maaf.
Anda telah melakukan kesalahan terjemahan &tafsiran di dlm ayat ini.

Terjemahan &tafsiran yg sebenarnya ialah berikut:

Dan bertaqwalah kamu kpd ALLAH, Dan ALLAH lah yg mengajarkan kamu.

Ayat ini bermaksud:
hendaklah bertaqwa kpd ALLAH.
sesungguhnya ALLAH lah yg mengajar manusia.
tak kira samaada siapa yg bertaqwa mahupun tidak,
tetaplah Dia yg mengajar manusia.
tidak khusus hanya utk org yg betaqwa shj.
sebab itu kamu hendaklah bertaqwa di dlm menafsirkan ayat AlQuran.
jangan menokok tambah perkara yg tiada ALLAH sebut.

Oh ya,
ayat ini berkaitan dgn hukum-hukum berhutang.
tiada kena mengena dgn ajaran sufi.


Berlapang dadalah sebelum komen..Nabi Muhammad itu kekasih Allah..Tentulah istimewa untuk menjadi kekasih kepada Allah swt..Iman , sabar, redha, qanaah, bijaksana, jujur, amanah, benar dsb..semua tu Rasulullah saw lah yg paling hebat, paling luarbiasa, paling kuat..sama ngan kita ka?

cermin kat rumah dah retak ka??


Katakanlah: Sesungguhnya aku seorg manusia seperti kamu yg di wahyukan kepada ku bahawa sesungguhnya Tuhan kamu ialah Tuhan yg esa.
Al-Kahfi: 110.

Nabi hanyalah manusia biasa seperti kita.
tak usah menokok tambah ajaran yg tiada di sebut di dlm AlQuran. ;)


Tuan ni beriman ngan qada' dan qadar tak? Samada Tuan terima atau tidak, sejarah dah buktikan mereka itu para Khalifah selepas Nabi walaupun Nabi tidak lantik..


Maaf.
sejarah telah membuktikan bahawa pelantikkan mereka itu bukan pelantikan dari ALLAH &rasul Nya.
pelantikan mereka itu hanyalah pelantikan dari golongan mereka @kroni mereka shj.


Saidina Ali sendiri mengarahkan tenteranya untuk menjaga keselamatan Saidatina 'Aisyah ..
sedap2 je Tuan salahkan dia..


Maaf.
sejarah telah membuktikan bahawa ummul mu'minin lah yg bertanggungjawab di dlm perang jamal.
namun,
imam ali as tetap shj menghormati ummul mu'minin walaupun ummul mu'minin telah melakukan kesalahan.
jelaslah menunjukkan bahawa imam ali as lah manusia yg patut dijadikan contoh tauladan selepas Rasul SAW.
yg benar tetap benar.
yg salah tetap salah.
ALLAH tidak malu dgn kebenaran.


Sabda Nabi saw, mafhumnya;
"Sebodoh-bodoh umatku ialah orang yang tidak kasih kepada orang alim dengan sebenar-benar kasih. Orang alim itu adalah pengganti aku, untuk menyampaikan apa-apa yg aku sampaikan kepada umatku.Sesiapa yg tidak kasih kepada orang alim, bermakna dia tidak kasih kepadaku. Sesiapa yg mengasihi orang alim, bermakna dia kasih kepada aku, sesungguhnya dia mengasihi Allah Taala.
Sesiapa yg mengasihi Allah, masuk syurga."


Adakah Hadis ini Saheh?
Adakah Hadis ini bertaraf Mutawatir?





WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 02:23 PM | Show all posts

Abu 'AbdullahAl-Nu'man pernah bermimpi melihat Nabi saw, lalu ia bertanya, "YaRasulullah, selawat manakah yg paling utama? Beliau menjawab,"Katakanlah…
(lalu Baginda menyebut selawat ini)."


Oh,
Sanad dari mimipi rupanya!
Saheh ke?




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 02:36 PM | Show all posts

Nabi kata sekurang-kurangnya satu ayat...saya rasa dah beribu-ribu lemon ayat dah saya tulih...saya dah ikut sunnah Nabi..


Itu hanya dakwaan kamu shj.
sebenarnya,
ajaran yg kamu bawa kebanyakkannya tiada yg di sebut dlm AlQuran &Sunnah.
apakah anda cuba menyembunyikan kebenaran silsilah sanad guru-guru kamu?
berani kerana benar.
takut kerana salah.


Yang dikatakan kebenaran (hakikat) ialah Zat Allah Taala..Allah Taala juga merahsiakan kebenaran diriNya...


Maaf.
AlQuran hanya mengatakan:
Kebenaran itu adalah dari Tuhan kamu.

AlQuran tiada menyebut pun bahawa kebenaran itu zat ALLAH.
di harap anda tidak membawa ajaran-ajaran yg tiada di sebut dlm AlQuran &Sunnah.

Oh ya,
ALLAH itu ZAHIR.
maka sudah tentulah ALLAH akan menzahirkan kebenaran cahaya Nya di atas agama-agama yg lain walaupun ia di benci oleh org-org yg musyrik.




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 02:41 PM | Show all posts

Paling tidak pun biarlah aku mati bersebati dgn tanah dan tidak kembali lagi.  


Salam kak,
AlQuran mengatakan bahawa manusia pasti akan di bangkitkan kembali di hari akhirat.
kata-kata akak boleh merosakkan iman.
di harap akak berhati-hati di dlm perkara-perkara yg berkaitan rukun iman.
nampaknya akak kena buat usaha atas iman lagi &lagi.
cepat,
pi tafakut keluar jemaah masturat he he he....



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 03:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by salikin at 24-12-2009 15:17
Salam kak,
AlQuran mengatakan bahawa manusia pasti akan di bangkitkan kembali di hari akhirat.
kata-kata akak boleh merosakkan iman.
di harap akak berhati-hati di dlm perkara-perkara yg berk ...
sirrikhafi Post at 24-12-2009 14:41


Cari le hujah best ckit......

setidak-tidak kak tu tak hina sahabat.......
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 03:35 PM | Show all posts
Maaf.
Ayat ini bermaksud:
hendaklah bertaqwa kpd ALLAH. sesungguhnya ALLAH lah yg mengajar manusia.tak kira samaada siapa yg bertaqwa mahupun tidak,tetaplah Dia yg mengajar manusia.tidak khusus hanya utk org yg betaqwa shj.
sirrikhafi Post at 24-12-2009 14:19


Letih sungguh, dah jd satu keje le plak, kami terpaksa asyik nak bagi maap jer......
Berapa kali mau cakap kami maapkan saudara.........
tp Syaidina Umar ra mcm mn dah mintk maap kt dia ke??

AHLUL BAIT

1) Dari keturunan/nasab terus (secara talian darah) dengan Rasulullah S.A.W. (menerusi Sayyidatina Fatimah r.a. dan Sayyidina Ali bin Abi Thalib k.w.), (biasanya menggunakan gelaran 'Syed' dan nama-nama keturunan - Al-Habshi, Al-Edrus, Al-Attas dll)
2) Dari satu keturunan/kaum keluarga/kerabat baginda S.A.W. (Bani Hashim),
3) Mereka yang diisytiharkan sebagai 'keluarga' baginda seperti Zaid bin Harisah dan Salman Al-Farisi,
4) Ulama Warisatul Anbia - mencintai Allah SWT dan Rasulullah S.A.W. (dan sunnahnya), memiliki akhlak/budi pekerti yang tinggi (zahir pada diri mereka Uswatun Hasanah, Rahmatul 'Aalamiin, Huluqin 'Azhiim dan Makarimul Akhlak) pembela agama - dikatakan sebagai pewaris asabah* keturunan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.

Firman Allah SWT :
”Dan orang-orang yang beriman dan anak cucu (dzurriyah)nya mengikuti mereka dalam keimanan, maka kami golongkan anak cucu itu kepada mereka (orangtuanya). (QS: Al-Thur :20)

5) Mereka yang memiliki kesemua ciri-ciri 1-4 (atau kesemua 1-4 juga dipanggil ahlul-bait)

(Khas untuk Sirikhafi)

nak soal ckit.....

1. Terangkann istilah Taqwa.....

2. Taqwa sehingga mcm mn? untuk mendapat pelajaran dari Allah......

3. Walaupun tak Taqwa Allah akan Ajar jg bagaimana tu...?

Tgu penjelasan......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2009 03:40 PM | Show all posts
794# sirrikhafi
Hisssyyy!!! Babab kang setat nih! Cuba faham kan bebetul ayat hakak tu. Ayat tu sekadar menggambarkan pengharapan pd Allah krn takutkan api neraka. Of course la harapan ini x mungkin tertunai sebab Quran kata kena bangkit jugak kat akhirat. Apo nak dikato!  Jadik den kena lah berhati2 di jln rayo! Tak berani den nak mengata2 org berlagak cam bagus ke hape.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 03:49 PM | Show all posts
794# sirrikhafi
Hisssyyy!!! Babab kang setat nih! Cuba faham kan bebetul ayat hakak tu. Ayat tu sekadar menggambarkan pengharapan pd Allah krn takutkan api neraka. Of course la harapan ini x  ...
HOTlips Post at 24-12-2009 15:40


Balun dia kak.....sekeh dia cukup2......xpaham bahasa dia nie....  
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 03:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by baghal at 24-12-2009 15:53

789# HOTlips

Ahli sufi ni bukan ke org2 yg memperhambakan diri pd Allah swt aka tinggal dunia aka abid?


Salam..

Suatu hari, Rasulullah saw mengunjungi parit2 kuburan, di mana terletak mayat2 yg sudah hancur, bangkai2 yg sudah bercerai daging dr tulangnya, sambil berkata:" Inilah dunia!".

Sebagaimana di ceritakan oleh Abu Hurairah, bhw Nabi pernah berkata kpdnya: "Wahai Abu Hurairah, tidakkah aku pernah memperlihatkan kpdmu dunia dgn seluruh isinya?" Maka jawab Abu Hurairah : "Belum, ya Rasulullah".

Maka Rasulullah pun memegang tangannya dan membawa dia kpd suatu jurang yg penuh dgn kerangka manusia, terletak dekat Madinah. Di antara kerangka itu jelas kelihatan tengkorak2 manusia, rambut dan bulu2 yg sudah terlepas berhamburan, kain buruk yg compang-camping bekas sisa pakaian, dan segala tulang-belulang yg sudah bercerai antara satu sama lain.

Menghadap mukanya kpd Abu Hurairah, Nabi berkata : " Wahai Abu Hurairah! Tengkorak2 ini pernah juga mempunyai cita2 dan keinginan spt cita2 dan keinginanmu, pernah juga berfikir dan berangan2 spt yg terdapat dlm otakmu sekarang ini, tetapi sekarang kosong. Abu Hurairah, tengkorak2 itu hanya merupakan tulang-belulang yg tidak dibalut kulit lagi, ia hancur dan menjadi debu yg ditiup angin ke sana ke mari.

Segala kotoran yg berhamburan itu adalah makanan yg lazat2 cita rasanya, yg pernah memuaskan dahaga dan lapar, dan pernah memberikan mrk segala mcm kelazatan cita rasa, sekarang berhamburan dr perut mrk itu, dijadikan kayu api dan onggok pembakaran kotoran oleh musafir yg berjalan lalu lintas.

Wahai Abu Hurairah, kain buruk dan perca, yg engkau lihat terserak di sana sini, berasal dr selendang dan pakaian mrk di masa hidup, sekarang ditiup angin ke sana ke mari dengan tidak ada harganya. Adapun tulang-belulang, selain drpd kerangka mrk sendiri yg sangat dicintainya, adalah tulang belulang kenderaan manusia yg merasa dirinya megah itu, dan yg membawanya dgn segala kebesaran dr dusun ke dusun, dr kota ke kota.

Sekarang beginilah keadaannya. Maka barangsiapa yg ingin menangisi dunia itu, menangislah ia sepuas-puasnya!".

Itulah pandangan Rasulullah saw terhadap dunia dan seisinya. Baginda juga pernah bersabda, mencintai dunia itu punca kejahatan. Jadi,org yg mengikuti kesederhanaan Rasulullah itu adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, yg melebihkan akhirat yg kekal , dan hidup dlm kesederhaan di dunia yg fana (binasa). Itulah ahli sufi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 03:57 PM | Show all posts
798# salikin
akak bersangka baik jek lah.... dia cuma faham secara mendalam bahasa Al Quran aka bahasa arab.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.063881 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list