CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI IX, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 8-10-2010 12:21 PM | Show all posts
Jelly, tu lah mcm zaman atok nenek kita dulu pergi haji dulu kan.  boleh merasa le jugak mcm man ...
hajar53 Post at 8/10/2010 11:23



kak hajar, best la kan klu dpt join kembara mereka..kita ni merasa ikut udara jer..thn ni dorg wat ikut darat..akan dtg ikut lautan...bertuah badan sape yg join tuu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2010 01:50 PM | Show all posts
Haji: Kumpulan pertama jemaah berlepas 9 Okt.

SEREMBAN 3 Okt. - Kumpulan pertama daripada 26,000 jemaah haji Malaysia akan berlepas ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu pada 9 Oktober ini.

Pengurus Besar Kanan (Pelaburan) Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Abd. Kadir Sahlan berkata, kumpulan seterusnya akan menyusul setiap hari selepas tarikh tersebut.

''Kumpulan terakhir jemaah haji pula akan bertolak pada 9 November depan," katanya ketika ditemui pada majlis penutup Kursus Haji Perdana Peringkat Negeri Sembilan di Stadium Tertutup Nilai di sini hari ini.

Menurutnya, setiap kumpulan itu akan berada di Mekah selama 42 hari.

Dalam pada itu Abd. Kadir memberitahu, pada tahun ini Tabung Haji telah membelanjakan hampir RM3 juta untuk menyediakan kursus haji kepada jemaah terlibat.

''Kita menjalankan kursus ini bukan sahaja di peringkat negeri malah di peringkat daerah. Ia bertujuan meningkatkan kefahaman serta memberi panduan kepada jemaah mengenai ibadat haji secara terperinci,'' katanya.

Menurutnya, kursus berkenaan dijalankan secara bersiri sejak awal Mac lalu.

''Melalui kursus intensif ini, kita percaya ia dapat membantu jemaah untuk meningkatkan keyakinan diri semasa mengerjakan ibadat haji," ujarnya.


Alhamdulillah..
Sekejapnya masa berlalu..
Esok bermulalah..Penerbangan Pertama Haji..
Selamat Menunaikan Haji Rukun Islam kelima..
Moga mendapat Haji Yang Mabrur..
Aminnn..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 01:53 PM | Show all posts
Salam mimi..
mimi akan bertolak mengerjakan Haji pada 15 Oktober ini..
Berharap utk berjumpa dgn mimi di Kelana Jaya..
Husain no problem dekat..
Akak ni tgh nak cari teman..cari driver..
Insyallah mimi..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 01:59 PM | Show all posts
Reply 782# aziefa


    Amin...amin...

kursus perdana peringkat negeri Penang dulu , bakal jemaah 1300 org....belanja RM40K.....PUZ bg peruntukan.

nk tanya...tukaran Saudi Riyal s'rang berapa?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 02:06 PM | Show all posts
Reply 783# aziefa

W'salam Kak,

InsyaAllah kita jumpa nanti ye...Jumpa akak 14hb mlm kat Kelana Jaya, insyaAllah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 03:19 PM | Show all posts
Reply 778# hajar53

Assalamualaikum ,


Tentu hajar dah ada plan nak pergi sebulan Ramadan lepas bersara nanti ...
I dah pm you ye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2010 04:13 PM | Show all posts
Reply  hajar53

Assalamualaikum ,


Tentu hajar dah ada plan nak pergi sebulan Ramadan lepas b ...
Rosputih Post at 8-10-2010 15:19



Salam Kak Ros..
Tak nak hantar mimi kat Kelana Jaya ke??
Boleh rasakan suasana Haji...Nostalgia..
Atau..tgk org berniaga Jubah..he..he..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 04:55 PM | Show all posts
Salam mimi..
mimi akan bertolak mengerjakan Haji pada 15 Oktober ini..
Berharap utk berjumpa dgn m ...
aziefa Post at 8-10-2010 13:53


Aziefa, akak dah mengira ngira nak pergi lihat bakal haji penerbangan pertama haji tahun ni (malam ini), tuk tuk pagi tadi kakak saya tel beritahu sepupu akak nak pergi malam ni, kapal pertama, betapa teruja nya nak melihat mereka malam ni, nak menghantar mereka kat TH Kelana Jaya.  nampak nya apa yg diharap kan menjadi kenyataan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2010 04:57 PM | Show all posts
Reply  aziefa

W'salam Kak,

InsyaAllah kita jumpa nanti ye...Jumpa akak 14hb mlm kat Kelana Ja ...
mimi_19 Post at 8-10-2010 14:06



   Mimi, nak jugak hantar mimi pada 15 Okt, kalau jadi pergi mcm mana nak kenal mimi ni.  Pegawai tempat kerja akak kena bertugas untuk Tabung Haji thn ini bertolak sama dgn mimi 15 Okt 2010 malam KT 21.  Seronoknya dia.  Mungkin satu kapal dgn mimi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2010 04:58 PM | Show all posts
nk tanya...tukaran Saudi Riyal s'rang berapa? ...Mas916 Post at 8-10-2010 13:59


Best rate minggu ni SR100 = RM82

Tapi semalan dah naik .... SR100 = RM82.50
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 05:03 PM | Show all posts
Reply 787# aziefa

Waalaikumusalam Azie,

Memang rasa ralat tak dapat nak hantar mimi di Kelana Jaya tu...
terbayang-bayang air muka mimi yang syahdu tu...

Ahad lepas akak ke JB jumpa abang dan kakak ipar yang akan berangkat ke tanah suci pada 14hb juga
hari Selasa  pulak akak balik  ke KL semata-mata bertujuan untuk  jumpa Mimi . ..
Tak dapat dinafikan,  sememangnya rasa teruja dan  tumpang seronok kalau berjumpa dengan mereka yang nak berangkat ke tanah suci ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 05:24 PM | Show all posts
Mimi, nak jugak hantar mimi pada 15 Okt, kalau jadi pergi mcm mana nak kenal mimi ni.  Pega ...
hajar53 Post at 8-10-2010 16:57



    mimi sorry, KT21 14 okt malam ke?,  

Ros, u datang ke hantar mimi kat Kelana Jaya, wah ni mesti meriah.  I dah baca PM u.
Azie, datang juga ke hantar mimi?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 05:36 PM | Show all posts
Reply 792# hajar53

Hajar, Azie,

Tak dapat hantar di Kelana Jaya, dah jumpa mimi Rabu lepas....

Sebagaimana yang diberitahu, mimi berlepas dari Kelantan dan cuma berada di Kelana Jaya lebih kurang sejam sahaja sebelum urusan pendaftaran jam 11 malam.  Kalau nak berjumpa denganya kena berada di sana lebih kurang jam 10.00 malam.

Harap mimi dapat betulkan kalau statement ibu ni salah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 05:43 PM | Show all posts
mimi sorry, KT21 14 okt malam ke?,  

Ros, u datang ke hantar mimi kat Kelana Jaya, wah ...
hajar53 Post at 8-10-2010 17:24


Yer..mimi KT 21, lapor diri 14 oct malam...Mimi akan ada kat Kelana Jaya insyaAllah dari pukul 10mlm..Sejam lebih berkesempatan jumpa kawan2..flight bertolak ke Madinah, 15 Oct 5.30 pagi..Apa2 hal, akak boleh sms/call mimi, nti mimi pm no hp yer..

Kak Azie, jgn dtg 15 oct mlm pulak ye..hehehe..Apa2 hal sms or call mimi ye..InsyaAllah kita jumpa nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 05:47 PM | Show all posts
Reply  hajar53

Hajar, Azie,

Tak dapat hantar di Kelana Jaya, dah jumpa mimi Rabu lepas....

...
Rosputih Post at 8-10-2010 17:36


Ibu, terima kasih byk2 sudi jumpa mimi..Bersusah payah dr Muar dtg ke KL, hanya Allah yg mampu membalas segala2nya..
Doakan kami ye...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 06:56 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua,

Ni mungkin merupakan posting terakhir mimi disini, InsyaAllah panjang umur dpt lagi kita bertemu di ruang cyber ini selepas mimi balik...

Dikesempatan ni, mimi ucapkan Selamat menunaikan haji kpd bakal2 haji & hajjah...semoga Allah menerima taubat kita, meredhai kita dan mengurniakan kita haji yg mabrur...Buat kawan2 yg berada disini, mimi doakan semoga sentiasa didalam kasih sayang & rahmat Allah...

Dgn kerendahan hati, mimi mohon ampun ats segala salah silap & keterlanjuran yg telah mimi lakukan..mohon dihalalkan segalanya..

Semoga kita bertemu lagi, andai tidak didunia, pasti diakhirat kelak..InsyaAllah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2010 07:32 PM | Show all posts
Mimi .. selamat pergi dan selamat kembali nanti. Tumpang seronok dengan orang yg dapat panggilan untuk mengerjakan haji ni. Moga memperoleh haji yang mambrur.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 07:59 PM | Show all posts
Reply 796# mimi_19

Waalaikumusalam Mimi,

Ibu doakan mimi, ibu mimi, ahli rombongan serta tetamu-tetamu Allah yang lain dipermudahkan Allah dalam segala urusan dan dapat  melaksanakan Rukun Islam Yang Kelima dengan sempurna dan memperolehi haji yang mabrur.

Selamat pergi dan Selamat Kembali Mimi...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 06:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by ustaz at 9-10-2010 18:22

diam tak diam... hari untuk mimi untuk menunaikan haji sudah hampir tiba.
Beruntungnya dapat menunaikan rukun Islan kelima pada usia yang muda...
Nanti bila kat sana... tanya2 TH untuk jadi 'Sahabat TH'...
Sahabat TH adalah sukarelawan untuk membantu petugas TH semasa di arafah, muzdalifah & mina nanti...
Apa2 pun pesanan saya... jadikan Arafah mimi & bonda yg teristimewa agar haji kamu berdua haji yang bermakna sekali... apabila ia bermakna... itulah haji mabrur. InsyaAllah.

Semoga selamat pergi dan kembali dengan haji mabrur... Allah telah janjikan syurga.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 12:12 AM | Show all posts
Assalamualaikum semua,

Ni mungkin merupakan posting terakhir mimi disini, InsyaAllah panjang umur ...
mimi_19 Post at 8/10/2010 18:56



Waalaikumsalam mimi,

El doakan mimi dan ahli rombongan selamat pergi dan selamat kembali dgn haji mabrur..semoga dipermudahkan segala ibadah haji dgn sempurna..maaf tidak dpt menghantar mimi hanya doa dr kami iringi mimi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.059386 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list