CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V136'

 Close [Copy link]
Post time 28-2-2022 12:37 PM | Show all posts
Salji turun di Gunung Kinabalu
ASYIKIN ASMIN | | 28 Februari 2022


Pelatih laluan Via Ferrata, Hajiri Sulumin sempat merakam suasana ketika salji turun ketika sedang menunggu pendaki di Sayat-Sayat pada jam 7.18 pagi hari ini.


RANAU - Fenomena salji turun kira-kira tiga minit di Sayat-Sayat sehingga ke puncak Gunung Kinabalu iaitu di Kilometer 8.72 pada Isnin menggemparkan pendaki termasuk malim Gunung Kinabalu.


Kehadiran salji itu sempat dirakam oleh pelatih laluan Via Ferrata, Hajiri Sulumin, 47, ketika sedang menunggu pendaki di Sayat-Sayat pada jam 7.18 pagi.


Menurut Hajiri, kejadian itu berlaku secara spontan tetapi dalam tempoh masa yang pendek antara dua hingga tiga minit.


"Ketika itu saya sedang menunggu pendaki yang berada di puncak dan tiba-tiba ada salji turun tetapi sekejap saja antara dua hingga tiga minit.


"Ketika kejadian, saya berada di Sayat-Sayat Check Point dan saya percaya ia sehingga di puncak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.


Jelasnya lagi, strukturnya memang salji dan bukannya seperti ketulan ais yang biasa mereka lihat ketika di puncak Gunung Kinabalu.


"Ia memang salji seperti kepingan ringan, kalau ketulan ais ia berat.


"Ada ramai pendaki ketika itu dan saya terpaksa menunggu mereka lebih lama sedikit kerana pendaki yang lain sedang menyaksikan kehadiran 'salji' di atas puncak," katanya.


Katanya lagi, sejak 11 tahun menjadi pelatih Via Ferrata, kejadian itu bukan kali pertama ia berlaku dan dia pernah saksikan fenomena yang sama pada 2018.


Sementara itu, Pengurus Taman Kinabalu, Justinus Guntabid memaklumkan fenomena salji turun di Gunung Kinabalu turut pernah direkodkan pada 1975 dan 1993.


"Purata suhu di Panalaban pada jam 2 hingga 10 pagi tadi kira-kira 6.9 hingga 12.3 darjah celsius.


"Kiranya hari ini lebih sejuk daripada biasa tetapi kalau di atas mungkin lebih sejuk lagi dan mereka yang melihat salji hari ini dianggap bertuah," katanya.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -di-Gunung-Kinabalu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2022 12:38 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 28-2-2022 12:43 AM
owh abg ipar nay org n9. klu mcm tu selalulah kakak nay balik n9.
skrg kakak nay ada kena gangguan  ...

haah abanp ipar nay dari n9

sekarang dah kurang dah gangguan tu

Pusat Perubatan Islam Al Hidayah - ni hah ayah bini pertama punya
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2022 12:41 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 28-2-2022 12:44 AM
kaka dengar iklan kt radio mcm tu la.
tp kaka tak boleh pakai baju siap.
nti tak selesa.

kaka mmg kena tempah ye?

kaka selalu pakai baju kurung ke

blouse semua tu tak pakai ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2022 12:41 PM | Show all posts
Peralihan ke fasa endemik perlu dibuat berhati-hati

Februari 28, 2022 @ 11:30am



Al-Sultan Abdullah menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat hari ini. - Foto Bernama



KUALA LUMPUR: Peralihan Malaysia menuju ke fasa endemik COVID-19 perlu dilaksanakan secara berhati-hati, titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda bertitah, Malaysia berada di kedudukan ke-13 dari 122 negara dalam indeks pemulihan COVID-19 Nikkei Asia dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sudah berjaya mencapai liputan vaksinasi lengkap sehingga 98 peratus populasi dewasa.

Titah Seri Paduka, sebagai langkah pertahanan menghadapi penularan varian baharu, rakyat diseru mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19.

"Bagi memastikan imuniti kekal pada tahap optimum dan sebagai benteng dalam menghadapi varian baharu, beta menyeru rakyat mendapatkan dos penggalak menerusi program yang sedang dilaksanakan kerajaan.

"Walaupun negara semakin bersedia beralih ke fasa endemik, beta berharap peralihan ini dilaksanakan secara berhati-hati," titah baginda pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat hari ini.

Al-Sultan Abdullah turut menyokong Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan dan tindakan afirmatif kerajaan untuk mengurangkan harga kit ujian kendiri sebagai langkah pengukuhan tindakan kesihatan awam dan pemerkasaan komuniti.

"Melalui pendekatan ini, pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial boleh direalisasikan secara selamat," titah baginda.

Al-Sultan Abdullah turut menghargai Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) termasuk strategi pembangunan vaksin sendiri, sebagai usaha meningkatkan kesediaan negara mendepani pandemik dan ancaman wabak lain pada masa depan. -- BERNAMA





Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2022 12:41 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 28-2-2022 12:47 AM
kaka pun rasa tak sama. yg utk rambut lain
yg utk masak lain.

lain pulak rasa dia kaka kalau consume yang minyak rambut tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2022 12:43 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 28-2-2022 12:49 AM
klu ada nti boleh kaka pegi. kaka nk antar balik modem dan byr tunggakan.
maxis tu pun sama. kaka  ...

ni ada lagi maxis kat sunway piramid
F1.99, First Floor, Sunway Pyramid Phase 2,No.3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, Petaling Jaya, 46150 Petaling Jaya, Selangor


yang ni Digi


Lot LG2.69, Lower Ground 2, Sunway Pyramid Shopping Mall, No. 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2022 12:44 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 28-2-2022 12:53 AM
kaka penah nk beli samsung tp mahal lah nay.
jd kaka beli vivo je.

samsung mmg mahal

no 1 Apple
no 2 Samsung

kalau dari segi harga lah

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2022 12:45 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 28-2-2022 12:55 AM
dah bertahun2 dia mengajar kt sana. agaknya dia, mak dan family dia pun dah tak kisah asalkan dia  ...

mungkin dia dah selesa kaka
dah jodoh belum sampai kan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2022 12:48 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 28-2-2022 12:57 AM
asben kaka jenis tak sabar nk tunggu. benda lain dia boleh sabar tp bab memasak dia tak nak tunggu ...

haha .. sama lah dengan asben nay kaka
benda lom lama mendidih dia dah g tutup dapur
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2022 12:49 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 28-2-2022 12:59 AM
anak kaka esok ada appt amik suntikan ATT. geram jgk dgn pihak sek sb thn ni byk sangat yg last mi ...

suntikan ATT ni untuk apa kaka
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2022 12:51 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 28-2-2022 01:01 AM
klu simpan kt ar rahnu nu kira mcm mana.

ar rahnu ni sama jer dengan kedai pajak gadai kaka
tapi yang ni kita boleh bayar secara bulanan
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2022 12:52 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 28-2-2022 01:04 AM
pastu caner ibu jari tu. kena pegi jgk kt gomen atau ikhtiar lain.

dia tak nak g hospital kaka
lambat dia kata
so g urut lah
sekarang dah okay dah
cuma ada masa sakit juga ibu jari dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2022 12:54 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 28-2-2022 01:07 AM
owh... derang kira kena ada byk bukak benang kot baru derang byr.
ke cemana. mgkn takat 3-4 benan ...

bukan kira ikut banyak benang kaka

kira berapa banyak view tak silap
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2022 12:55 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 28-2-2022 01:10 AM
itu baru 1 kes nay. ntah2 ada byk lg kes yg dipinggirkan
patutnya jkm turun padanglah cari asnaf.
...

tak tahu nak cakap apa lah kaka
jkm ni sambil lewa jer
bila viral baru nak buat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2022 01:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2022 01:35 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 28-2-2022 01:14 AM
utk kaka sedap. kaka mmg suka peria.
nescafe kaka selalu beli yg peket hijau. yg strong dan pahit ...

agaknya sebab tu lah napa nay
boleh trigger kencing manis awal sangat
sebab kurang makan sayur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2022 01:39 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 28-2-2022 01:16 AM
anak musa aman ni masuk politik jgk kan nay.

kaka dulu respek juga dgn anifah aman db dia nmpk c ...

haah kaka tak silap dia
sekarang ni Deputy Minister of Finance II


Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2022 01:40 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 28-2-2022 01:19 AM
opismate nay yg kena scam aritu apa cerita skrg.

burn macam tu jer kaka

bank kata bukan salah derang

so derang tak nak tanggung apa2
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2022 01:40 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 28-2-2022 01:21 AM
asben kaka pun dah biru
tp masa kuning takde pulak dia update apa2.
ini dia dah dpt appt booster h ...

anak nay pon dah dapat tarikh vaksin
yang no 2 tu

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2022 01:41 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 28-2-2022 01:22 AM
nay pasang api besar kot.

nay pasang api sederhana
rupanya dia tak g tgok kat dapur kaka
masa nay g toilet tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.201563 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list