|
Rumah 3 : LESTARY : ASMARA 2 [coming soon MAC 2011]
[Copy link]
|
|
lawo.....kalah gigi kita... iklan darlie tu dngar sapa kata entah...?? dlm tread ni juga...tapi Vanish & Radox tu mmg ada....dgn senyuman dia Asmara pun boleh cair... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 770# Sue_honey
Setuju, setuju.... kita pun suka gak... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada speku ker ..semua tengah carik idea yer..tak per ...sbb kebosanan ..saya cuba buat speku jugak laaa...nak asah skill karangan yang dah tumpul...ok ..jemput baca...
Part 1
Keadaan rumah teres dua tingkat amat riuh. Marini dan nenek gen kelihatan amat sibuk membetulkan hantaran dan mengatur susunan barang-barang hiasannya. Mereka tersenyum-senyum sesama sendiri. Asmara duduk sendirian di bilik sambil membetulkan kolar baju melayu putih dan songkok yang dipakainya. Dia melihat wajah di cermin. Hatinya berdebar sekali, hari ini hari pernikahannya dengan Melati setelah setahun mereka mengikat tali pertunangan. Dia melihat kotak cincin dihadapannya…..kenangan lama mengusik jiwa……….Zaliya…..hatinya berbisik…..
Puas dia cuba memadam kenangan itu namun dia tidak berdaya.Hati kecilnya terus merintih … “saya amat rindukan awak Zaliya…saya amat rindukan awak……hari ini hari pernikahan saya…tapi kenapa saya tak dapat merasakan kebahagiaannya…”, airmatanya mula gugur.
Marini menjenguk ke bilik Asmara…dia memanggil.
“Asmara…semua dah siap…kita bertolak sekarang..”
Lamunan Asmara terhenti..dia menoleh…sambil mengesat matanya. Dia mengukir senyum. Marini memerhatikan Asmara…dia membetulkan songkok dan sampin Asmara. Kacak dan bergaya sungguh. Berbeza dengan majlis pernikahan pertamanya dahulu…namun Marini tahu Asmara masih menyimpan kesedihannya.
****
Asmara ingin memandu sendiri ke masjid tempat berlangsungnya majlis pernikahan. Marini dan nenek gen mengikutinya sama. Nenek dan Marini berpandangan sesama sendiri…Asmara hanya membisu. Entah kemana fikirannya menerawang tak ada sesiapa yang dapat mentafsir.
“Asmara?”, tegur nenek.
“Ye, nek..” Asmara menoleh , menjawab sepatah pertanyaan nenek.
“Sudahlah Asmara..….lupakan hal yang lepas”
Asmara tidak menjawab…terus sahaja memandu. Matanya berkaca lagi dan terus memberhentikan kereta dihadapan lampu isyarat yang berwarna merah.
Seorang gadis melintas dihadapan keretanya….Asmara memandang…fikirannya kosong….dia memandang lagi …..Zaliya!!!..getus kata hatinya…..
Asmara pantas keluar dari kereta…dia cuba mencari gadis tadi. Marini dan nenek cuba menghalang.
“Asmara..nak kemana ….tengah jalan ni ….” Nenek memanggil.
Asmara bagai tidak mendengar apa-apa. Matanya meliar mencari kelibat gadis tadi. Dia pasti, itu adalah Zaliya. Dadanya sesak…buntu.
“Zaliya…, zaliya…..”, dia memanggil…
Kelibat gadis itu hilang. Mana dia pergi ? Asmara merintih lagi …
“Pin….” Satu deruan hon yang panjang mematikan lamunannya. Asmara berada betul-betul ditengah jalan. Pantas dia cuba bergerak ketepi….berjaya mengelakkan diri dari dilanggar…namun…sebuah motor tiba tiba mencelah dari tepi jalan…Asmara cuba mengelak lagi….namun tidak berjaya…Asmara jatuh terlentang di bahu jalan….darah mulai keluar melalui telinga dan hidungnya….dia pitam..dari jauh dia melihat gadis tadi cuba menghampiri….suara nenek dan Marini sayup-sayup kedengaran…..pandangannya gelap…. |
|
|
|
|
|
|
|
Marchie ...SJ dan FE berpengang tangan ke ..MF dgn SJ.. ko jgn buat gosip baru...
Ok next part ok my speku... ada byk masa pulak ari nih...rasanya nak update thread TDEI jugak..tgk mood rajin la...
Part 2
Asmara membuka matanya. Kepalanya terasa berat. Dia cuba mengingati apa yang terjadi tadi. Wajah gadis mirip Zaliya menjengah kotak fikirannya. Dia melihat sekeliling…tangan kiri dan kepalanya berbalut. Aku di hospital….ah…sunyinya…..
Jarum air yang menusuk ditangannya ditenung lama. Armara berfikir lagi….wajah Zaliya berasak-asak masuk kedalam fikirannya. Dia runsing. Pantas sahaja Asmara mencabut..jarum air yang ditusuk ditangannya. Darah mula keluar tidak berhenti. Asmara mencari tisu ditepi katil..lalu dia menekup darah itu supaya berhenti. Semua wayar mengukur nadi yang diletak ke tubuhnya di cabut. Asmara turun dari katil. Dia cuba keluar….
****
Diluar hospital ..Asmara menahan teksi…wajahnnya mula pucat..namun dia nekad…dia mahu mencari gadis tadi. Apa yang akan terjadi pada dirinya dia tidak mahu ambil peduli…
“ En nak kemana ni ?”…tanya pemandu teksi itu..kerisauan….
Asmara memandangnya lemah….
“Tolong bawa teksi ni pusing sekitar Kuala Lumpur…”
Pemandu teksi itu ..diam ..namun dia terus memandu. Sesekali dia mengerling ke cermin melihat keadaan pemuda yang memasuki teksinya.
Asmara menoleh ke kiri dan kanan…dia tidak tahu apa yang perlu dicari. Cuma dia mahu melihat gadis itu sekali lagi. Sudah lebih sejam teksi yang di naikinya berpusing-pusing. Asmara mula pening dan loya.
“En. …boleh berhenti ke tepi sekejap…” tegur Asmara kepada pemandu teksi memecah kesunyian. Pemandu teksi itu memperlahankan kenderaan dan berhenti di tepi jalan. Asmara membuka pintu…terus sahaja dia muntah ditepi jalan tersebut.
“En ni lari dari hospital ker?...nampak En lemah dah tidak sihat ..saya hantar En semula ke hospital “, tegur pemandu teksi itu kerisauan.
Asmara mengangkat mukanya…dia semakin lemah.
“Maaf..” balas Asmara perlahan. “Mintak hantarkan saya ke Taman Damai, No.67….”. Pemandu teksi itu, mengangguk. Pantas di menghidupkan enjin dan menderu ke Taman Damai. Asmara bersandar di kerusi belakang teksi. Wajah Zaliya bermain difikiranya..hatinya dihambat duka…matanya berkaca lagi.
****
Teksi yang membawa Asmara berhenti di rumah teres dua tingkat. Nenek dan Marini yang berada di dalam rumah menjenguk keluar. Wajah mereka kerisauan.
Pemandu teksi membuka pintu belakang…dia memapah Asmara yang gagal berdiri dengan seimbang.
“Asmara…..”’’ tegur nenek separuh menjerit …pantas dia memeluk cucunya itu. Kenapa lari dari hospital ni. Marini turut membantu. Dia membayar sejumlah wang kepada pemandu teksi itu.
Asmara di bawa masuk ke biliknya. Dia dibaringkan.
“Asmara nak ke hospital….”. tegur Marini kebimbangan melihat Asmara tidak bersuara dari tadi. Asmara mengeleng lemah.
“ Tak apa ..saya nak berehat di rumah sahaja…”,
“Tapi……”, bantah Marini
“Saya ok…cuma pening saja….Aunty dan nenek jangan risau ya…”, balas Asmara sambil memaksa bibirnya untuk bersenyum.
“Boleh aunty dan enek tinggalkan saya sekejap…saya rasa sangat mengantuk….”
Nenek dan Marini diam. Nenek mencari selimut dan menyelimutkan Asmara yang mula memejamkan matanya….hati nenek dihambat pilu. Asmara …kenapa jadi begini ????? |
|
|
|
|
|
|
|
Marchie ...SJ dan FE berpengang tangan ke ..MF dgn SJ.. ko jgn buat gosip baru...
Ok next part ok ...
oddxx Post at 28-12-2010 10:12 
aaarrgghh oddxx! so intense! bestnyer! xpe la kalo asmara xcident pun. janji xkawen ngan melati  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 789# NazilaSK
punyala tak suka ngan melati...sanggup asmara accident...ish...ishh... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply oddxx
patutla mesia menang semlm
manggis Post at 27-12-2010 19:37 
ha ha ha....manggis the Ultraman Mobius!.........aku benar2 hrp si Markus itu bertukar jd tikusss...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Sue_honey
ok tatapan sebelum tido....
manggis Post at 28-12-2010 01:05 
whuahhhh!!!!!....ayu nyer....mmm best dress code, tak cekci......menepati piawaian berpakaian, eh kain terbelah la pulak kot.....
best le ko manggis....nak lagi!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 786# marchie
"mlm smlm ada org nmpak SJ and FE kt ampang point"
biar betul marchie......SJ dgn FE!!????.....kang berdarah idung auntie Marini kang......bakper tak candid gambir tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Marchie ...SJ dan FE berpengang tangan ke ..MF dgn SJ.. ko jgn buat gosip baru...
Ok next part ok ...
oddxx Post at 28-12-2010 10:12 
verry nice to start for Asmara 2 kan.....mmmm well lets think about it, cepat oddxx teruskan speku u..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 792# Zammy
OOO....ko ada gambar FE kat ASK ehhh....awat tak tempek sini...mana aci tgk sorang2...huhhh....tapi agak serabut baju dia tu kann...nak je aku sound En. Shawal designer baju dia nieh...suh design cantik2 skit baju utk FE...ahahaha....
gambar2 yg aku upload tu adalah usaha dari kawan aku...dia yg gigih cari...peminat setia katanya...aku tukang tempek jee...senang skit bila rindu kat asmara ngan zahlia terus bukak thread...tak yah gigih google lagi...=) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply  Zammy
    OOO....ko ada gambar FE kat ASK ehhh....awat tak tempek sini...mana aci tgk s ...
manggis Post at 28-12-2010 12:00 
ruffles kt baju tu......adedehhhhhhhhhh naseb bek muke lawa. isk....isk.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 795# manggis
mn ada manggis, kan aku bgtau bat low......aku tengok jer...seb bek tak lilih ayaq liuq ku....aku tak bercdg pun nak ke situ, tersinggah jer....peh pi lepak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 797# Zammy
Alehh... tersingggah kunun... ko mmg nak skodeng FE kan... nagku jer, sesambil tuh ko pi tangkap gambar dia ngan ko ko interframe bergambar bagai tak brani tepek kat thread.... nnt bocor identiti ko yg miustirius ituhhh.... huhu... lariikkkk.... |
|
|
|
|
|
|
|
nak sambung lagi.... bos tengah tak der ....layang speku syok sendiri me pulak ...
Part 3
Melati menatap wajah Asmara yang dari semalam tidak bergerak. Sesekali kelihatan nafas Asmara turun naik dengan pantas. Melati meletakkan tangannya ke dahi Asmara. Panas. Dia menyentuh pula jari jemari Asmara. Merah inai dijari Asmara menyentuh tangkai hatinya. Melati merenung jari-jemarinya sendiri. Kosong. Aku masih belum menjadi milikmu Asmara…mengapa penuh ranjau jalan ke mahligai bahagia kita.
Asmara batuk…dan membuka matanya perlahan. Dia mengukir senyum. Melati….gadis yang setia disisiku. Lama matanya memandang Melati yang hanya diam.
“Dah lama ada kat sini…” Asmara menegur perlahan.
“Dari semalam….semua orang risau”, jawab melati tenang.
Asmara cuba bangun…dia memegang erat jari Melati.
“Maafkan saya wak….,majlis kita..” Asmara memohon maaf sambil menyentuh lembut pipi Melati. Airmata Melati yang dari tadi di tahan gugur jua. Entah kenapa dia bimbang dan gusar dengan perancangan tuhan pada hubungannya dengan Asmara. Apakah sudahnya?
“Melati…..bila saya sihat…kita bincangkan semula majlis kita….”, Asmara memujuk..tak sampai hatinya melihat airmata Melati tumpah kerananya. Melati tidak menjawab. Dia hanya berserah. Siapa yang awak cari Asmara… kenapa awak keluar dari kereta…..Asmara…..kenapa susah untuk saya masuk dalam sudut hati yang paling dalam awak itu. Siapa yang awak cari…., hati kecil Melati berkata sendiri. Dia memandang Asmara….dan merebahkan kepalanya ke dada Asmara…Melati terus menangis. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Zammy
Alehh... tersingggah kunun... ko mmg nak skodeng FE kan... nagku jer, sesambil tu ...
sellie003 Post at 28-12-2010 12:38 
mmm....bole la pakai xcuse ko tuh...walau aku bgtau yg bener pun, biasa lah CNN kalu boler korek dia korek sampai lubang cacing.....memang serabut pun baju dia tuh, nak wat camner....dah gitu kehendak designernyer..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|