CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

   Close [Copy link]
Post time 1-6-2016 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Jajabeans replied at 1-6-2016 11:19 AM
woahhh ada gambar. bagus jugak, sambil2 menunggu dammerung update, sambil2 layan gmbar supaya imag ...

terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2016 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
WeAiNe replied at 1-6-2016 09:21 AM
ya tuhannn haahaa
terjerit aku bila bhgn bapok tu pegang pintu van
punyalah menghayati sampai te ...

hahahah over sgt akak

tp cite damn ni mmg merasuk dlm jiwa

cite tipu tu pun bedebar2 bc
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
awanearisu replied at 1-6-2016 11:35 AM
(bukan lokasi sebenar kejadian)

semalam ingatkan nak tambah gambar rumah persediaan mayat je ...

tambah la lg plss


bole lg buat imagine kg yurizawa tu lg bole feel lg
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 11:57 AM | Show all posts
awanearisu replied at 1-6-2016 10:39 AM
bila malam memang... dengan bukit-bukit yang menghalang cahaya matahari, dengan susasana hening..

ni terjumpa kampung Nagoro di jepun
sebuah kampung yg dah ditinggalkan..
nak jadi hidup..buat patung ganti manusia


Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 12:24 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 1-6-2016 11:47 AM
hahahah over sgt akak  

tp cite damn ni mmg merasuk dlm jiwa

la adik ko kat sini gak ke layan cite dam ni
hug hug n kiss dik hahaha
bape kali refresh ni tgk kot dam dah masuk
dam ooo dam cakkk aaaa...x nampak pun dam hehee
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
WeAiNe replied at 1-6-2016 12:24 PM
la adik ko kat sini gak ke layan cite dam ni
hug hug n kiss dik hahaha
bape kali refresh ni tgk  ...

ni bod plg setia dr awal daftar forum tp x seaktif kt bod korea sbb sllu tggl jejak sikit2 je n SR bc cite2 best


Dam bz le tuwww..dia kan boss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2016 01:52 PM | Show all posts
dam mana hang pi dam oiiii.....44x dah mama masuk nii...tengah meeting boleh dok jeling tab!!!
penyakit yurizawa dgn harupa dan mai menyampuk!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 02:51 PM | Show all posts
thanx TT sebab sudi share and ambik masa untuk olah balik. Superb writing!! The best thing about your story tentang yurizawa ni is the element of mystery tu. Tak semua orang ada bakat untuk tarik perhatian readers and make it as if they were there themselves. Somehow cite ni buatkan teringat cerita M Night Shymalan - The Village.


Japan adalah heaven kepada urban explorers. Tempat cantik and full of mysteries.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2016 03:11 PM | Show all posts
buah mangga masak diperam
sedap dimakan tengahari
manalah abg dam
puas sudah adik mencari

hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 03:16 PM | Show all posts
awanearisu replied at 1-6-2016 11:35 AM
(bukan lokasi sebenar kejadian)

semalam ingatkan nak tambah gambar rumah persediaan mayat je ...

share ar, nak tengok jugak

kalau tak bagi link please


Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertambah peminat abam dam..merung....sabar menanti yurikawa aq datang..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
mizzmimi replied at 1-6-2016 03:16 PM
share ar, nak tengok jugak

kalau tak bagi link please

https://youtu.be/IqKpau5o850

video youtube..

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 04:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 05:35 PM | Show all posts
thoyol replied at 18-5-2016 07:09 PM
true. aku pun dalam normal communication mcm dammerung gak. mixed English dgn Malay.

aku selesa ...

sama gak. so rasa cam takde pape masalah baca.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 06:02 PM | Show all posts
seram btol...
harupa tu hantu raya versi jepun la erk???
dah la baca time kat opis nih.. hahaha
terbaikk laaaa.. sampai xkot aku nak stayback kt opis mlm2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2016 07:27 PM | Show all posts
Misteri Yurizawa (Bahagian V)

Siapa yang familiar dengan hutan di Jepun, or at least pernah pergi Aokigahara akan tahu betapa spooky nya hutan-hutan di negara matahari terbit itu. Tak seperti hutan tropika di Malaysia yang boleh dikatakan colorful, hutan di Jepun agak plain. Pokok kurus-kurus tapi tinggi dan ini membuatkan ground level lapang. Kepada mereka yang tak biasa hiking dalam hutan Jepun, mereka dengan mudahnya akan hilang orientasi dan akhirnya tersesat. Ini ditambah pula dengan kerendangan bumbung hutan membuatkan sesetengah bahagian tak dapat sinaran matahari langsung.

Rozman dan Yamazaki pernah camping di Aokigahara, antara tempat paling haunted di Jepun but still tak boleh beat the creepiness hutan di Yurizawa. Disebabkan Aokigahara technically ialah kawasan pelancongan jadi banyaklah kemudahan disediakan untuk pengunjung, berbanding dengan hutan yang mereka tengah explore sekarang mungkin orang kampong Yurizawa sendiri pun tak pernah masuk.

Perkara paling creepy ialah air terjun tersebut. Dari entrance lagi boleh dengar jelas deruan airnya macam betul-betul kat sebelah je, tapi bila mereka menjejaki arah berpandukan bunyi air, tak sampai-sampai ke air terjunnya. Jangan kata air terjun, jeram pun tak jumpa. Seperti seluruh hutan memantulkan bunyi air terjun dari pelbagai arah membuatkan mereka tak boleh nak pinpoint the exact location of the waterfall.

Mungkin kah group Kentaro tersesat dalam hutan?  

Kemungkinan itu membuatkan Rozman dan Yamazaki risau. Siang-siang pun meremang bulu tengkok, tak tahu lah malam macam mana. Diharapkan tanggapan mereka itu salah dan group Kentaro ada di tempat lain yang bukan dalam hutan. Segumpal benang merah diikat pada dahan sewaktu mereka mula-mula masuk dan di rolling sepanjang penerokaan sebagai petunjuk arah ke entrance. Terkejut mereka apabila mendapati gumpalan sebesar dua penumbuk kini hanya tinggal separuh penumbuk. Rasanya tak sampai 15 minit pun mereka masuk dalam hutan tu. Bunyi air terjun masih kedengaran di telinga masing-masing, seolah-olah mengejek mereka supaya mencarinya.

Kelima-lima berbincang dan membuat keputusan untuk meneruskan pencarian sehingga gumpalan benang habis kemudian baru patah balik pergi entrance tadi untuk ubah game plan. Dengan Yamazaki leading the pack, mereka masuk lebih dalam lagi ke dalam hutan menuju ke air terjun.

Kata Rozman, tak kisahlah tang mana dia putar kepala, semua bahagian sama je. Sampai tahap dirasakan seperti they're going in circle.

"Are we going in circle?" Tanya Rozman kepada rakan-rakan.

Yamazaki berhenti sebaik Rozman tanya macam tu. Tak perlu balas pun dah tahu semua pun rasa begitu. Yumi yang ditugaskan memegang benang menunjukkan baki benang yang tinggal hanya melilit jari telunjuk.

Mereka patah balik menuju ke entrance dengan Yumi di depan sambil menarik perlahan-lahan benang merah tersebut. Tiga atau empat minit into the journey, betul-betul sebelah mereka ada air terjun setinggi tiga tingkat dengan kolam air nan biru di bawahnya.

What the hell? Tadi takde pun. Padahal mereka ikut laluan yang sama masa mereka masuk tadi.

Tak tahu kenapa, mereka excited gila bila nampak air terjun. Macam first time dalam hidup tengok air terjun sampai terloncat-loncat semua. Yumi ikat tali kat ranting dan semua berlari ke waterfall.

Rozman dengan Yamazaki dah banzai dulu terjun tiruk masuk dalam air. Si Lily, Yumi dan Sonoko pula boleh buat tiger show tanggal pakaian satu-satu sampai tinggal bra dengan panties je sebelum tiruk sama. Yamazaki main simbah-simbah air dengan the girls tapi Rozman buat hal sendiri sambil berendam. Malu 'adik' dah terbangun

Dah puas berendam, mereka bersiap untuk meneruskan perjalanan keluar dari hutan. On the way keluar tu masing-masing bergelak ketawa, bergurau senda. By the way, untuk pengetahuan semua, sepanjang di Yurizawa, mereka tak pernah mandi sebab rumah tu takde tempat mandi. Cuma ada toilet dengan sinki kecil buat basuh muka dan gosok gigi. Kata Rozman, rasa segar gila dapat mandi-manda air terjun dan rasa best je sehingga lupa tujuan asal mereka masuk hutan tu.

Yumi tiba-tiba berhenti di tengah perjalanan...

"Guys..." Kata Yumi dengan suara terketar.

Benang tu dah putus. Kelam kabut cuba cari baki benang tapi mungkin sebab zig-zagging dalam hutan tadi sampai putus beberapa bahagian. Lagipun mereka tak berani nak spread out untuk cari benang sebab takut hilang. Baru je nak happy-happy dah psiko balik.
Sonoko dah cembeng, Lily dan Yumi pula mata dah berkaca-kaca. Yamazaki punyalah bengang dia menjerit sekuat hati sampai bergema satu hutan.
That feeling of knowing they're lost in the woods membuatkan Rozman rasa kepalanya berputar. Jam menunjukkan sekitar 4:30 petang. Hari semakin lewat dan amaran Himiko-sama untuk keluar sebelum hari gelap terngiang-ngiang di telinga.

"Yurizawa banyak sungai kan?" Tanya Sonoko.

"Kalau kita jejak sungai kat waterfall tu mesti tembus kat salah sungai di kampong. Betul tak?" Katanya lagi.

Kelegaan terpancar di wajah mereka. Segera mereka trace back laluan ke air terjun dan nasib baik lah terjumpa. Yamazaki sekali lagi lead kumpulannya menyusuri jeram bermula dari arah air terjun tersebut. Jalan punya jalan, hari pun semakin gelap.

Rozman dan Lily cuba menaikkan moral ahli kumpulan dengan memberi kata-kata sokongan. But it doesn't help that much since mereka sendiri pun tengah panik.

Tiba-tiba mereka bertembung dengan satu rantai besi tergantung depan mereka. Rantai itu dari jentera penarik kotak pengangkat arang batu yang mereka jumpa di tepi-tepi sungai perkampongan Yurizawa. This is good kata Yamazaki, at least mereka tahu kalau follow rantai tu for sure akan sampai ke kampong.

Masalahnya tak tahu arah mana. Rantai tersebut berada dalam kedudukan horizontal dan susah nak agak hujung mana dari arah kampong dan hujung mana mengarah ke lombong di kaki bukit. At that point of time, berpecah bukan satu pilihan kerana takda siapa sanggup pergi berlainan arah dan end up lebih sesat dengan hari pun nak malam ni.

Rozman mengeluarkan kompas. Mengikut tradisi orang Jepun biasanya mereka akan bina rumah menghadap matahari terbit. Katakanlah rumah-rumah di Yurizawa dibina dengan depannya menghadap matahari terbit which is arah timur, maknanya lombong adalah arah barat, arah belakang mereka. It's a far fetched idea but that's the only solution they have right now.

Kelima-lima mereka berputar ikut jarum kompas yang berpusing. Setelah mengenal pasti arah tujuan, mereka segera merentasi hutan Yurizawa berpandukan rantai besi tersebut. Bunyi paluan loceng dari jauh membuatkan mereka mula berjogging.

Loceng akan di palu tiga kali dengan setiap paluan ada interval lebih kurang 10 minit. Menurut kata Koyuda bersaudara, paluan pertama menandakan hari dah nak gelap dan semua kena balik rumah. Paluan kedua ialah pemberitahuan kepada Orang Hutan bahawa penduduk Yurizawa semua dah masuk rumah dan paluan ketiga adalah dimana mereka akan mula turun ke kampong dan naik ke tokong atas bukit.

Jika tadi berlari, sekarang dah mula mendaki, dan tak stop mendaki. Rozman dah rasa mereka sebenarnya menaiki tanah tinggi.

"Guys stop, stop running!" Kata Rozman.

"We're running towards the wrong end"

Keluhan dilepaskan dan semua terbaring di lantai hutan beralaskan daun-daun kering.

Paluan kedua sayup-sayup kedengaran. That's it. Mereka takkan sempat nak patah balik. Yamazaki paksa semua bangun. Mereka kena cari tempat untuk berlindung dan yang pasti bukan di kawasan terdedah macam sekarang ni.

Masalahnya nak pergi arah mana pun tak tahu, setiap sudut dalam hutan tu ibarat copy paste antara satu sama lain. Dah bertengkar si Rozman dengan Yamazaki. Lily pula cuba tenangkan dua jantan ni. Sonoko dan Yumi terduduk memeluk lutut.

Sebaik loceng di palu buat kali ketiga, rantai besi itu bergerak. Bunyi enjin membingitkan seluruh kawasan hutan.

Kegelapan menyelubungi hutan hanya dalam beberapa saat. Kalau tadi boleh lagi tengok muka masing-masing, kini teraba-raba sebab visibility zero. Kata Rozman, itulah situasi paling menakutkan dia pernah alami sampai mengigil kepala lutut, jatuh terduduk dan mengalami vertigo. Tengok atas, kiri, kanan gelap-gelita. Panik tu tak payah cakaplah, Tuhan je yang tahu.

Suara Yamazaki, Lily, Sonoko dan Yumi memanggil-manggil dalam tangisan di sebalik bunyi rantai besi dan enjin is the only reservation that he have to know that all of his senses are working. Rozman segera bangkit dan mengeluarkan lampu suluh dapat free dari beli bateri. Dia mencari rakan-rakannya, tapi tak berani randomly suluh kerana takut kalau tersuluh benda yang bukan-bukan, jadi dia hanya suluh ke tanah je. Rozman jumpa Lily, kemudian Sonoko dan Yumi berpegangan tangan dan terakhir Yamazaki tengah peluk pokok.

"We have to move, we have to move" Kata Rozman dan mereka berpegangan tangan dengan Rozman di depan dan Yamazaki paling belakang. Kelima-lima pelajar universiti berjalan dalam kegelapan malam tak tahu arah tujuan.

Jalan sikit ada je yang terjatuh. Nak jalan 5 meter pun susah. Last-last give up dan terbaring di lantai hutan. Semua mengenggam tangan antara satu sama lain seerat-erat yang boleh dan berdoa supaya tiada bala bencana terjadi pada mereka malam itu.

Lolongan seperti monyet kedengaran bersahutan. Setahu Rozman hutan macam ni mana ada monyet. Kalau ada pun siang tadi mesti dah dengar dah.

Bunyi seolah orang menyapu menandakan ada sesuatu sedang memijak daun-daun kering di lantai hutan. Bunyi tersebut bukan satu tapi banyak seperti orang ramai sedang berjalan di hutan.

Orang Hutan.

Rozman dapat merasakan tubuh Lily kaku dan genggamannya semakin kuat. Dia berharap supaya Orang Hutan tak sedar kewujudan mereka dalam kegelapan itu. Walaupun tak nampak tapi dengar bunyi mereka berjalan pun terkucil di buatnya.

"Lily..." Rozman dalam suara berbisik.

"Shut up" Balas Lily dengan suara seperlahan mungkin.

"If we're die tonight, I just want-"

"I swear to God I'm gonna kill you if you're not going to shut up!" Potong Lily dengan suara meneran yang terpaksa di control on lower register.

"If we're managed to get out from this shithole, I'll marry you" Kata Rozman lagi.

"For f**k sake Rosh, what the-"

"Shhh!" Yamazaki menyuruh mereka senyap.

Rozman cakap, dia sendiri pun tak tahu kenapa dia merepek-repek. Mungkin too many feelings on extreme level dan definitely dia rasa macam anytime akan mati, tu yang otak dia weng kejap. Lily jadi mangsa hehe.

Semalaman tak tidur dan kepenatan melampau membuatkan Rozman terlena. Jangan tanya bagaimana, he just did.

Pipinya rasa pedih.

Aduh. Ape ni?

Kali ni pipi lagi sebelah terasa pedih.

"WAKE UP!" Muka Lily betul-betul depan mata.

Rozman bingkas bangun dan lihat hari dah terang. Tapi...

"Where are-"

"I DON'T KNOW! I woke up and I saw you and then I looked around and then.." Lily tak mampu nak teruskan kata-kata. Air matanya dah terburai.

"Natures call? Natures call, it got to be natures call" Kata Rozman cuba berfikiran positif.

Mereka melaung-laungkan nama Yamazaki, Sonoko dan Yumi sampai sakit tekak. Apa kejadah jauh benar pergi kencing diaorang ni?

Now they are lost, hungry, thirsty, exhausted, scared and some of their friend are missing and probably hurt.

Rozman tak tahu what can be more worst than this.

Dia tenang kan Lily.

"We still have that chain, we follow it, either way, I don't care, we think of something once we got out. I'm sure they're okay, they're just lost"

Rozman lihat kiri dan kanan rantai besi yang tergantung.

Lat talilat lai li tamplum...okay sebelah kiri.


Rozman dan Lily berjalan lemah dalam hutan. Berpandukan rantai besi...jauh ke dalam hutan.

(Bersambung)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-6-2016 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Serius aku penat nak update citer yurizawa ni. Recording je dekat 5 jam. Kronologi pulak lintang pukang. Ini belum masuk part yang aku rasa macam tak logik (a.k.a reka-reka).

But then good story is a good story. Bila aku susun kronologi, mungkin 2-3 episod lagi habislah cerita ni. Boring dah. Aku nak start citer lain pulak haha
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 07:47 PM | Show all posts
Hahaha..

Good job damm. Good story vs actual story mmg payah nak decide mana satu. Tapi ko mmg ada good story telling skills. Jgn give up cerita..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 08:47 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 1-6-2016 08:15 PM

Boleh bygkan mcm mana diorang sesat...
Ala..damm...sambung je citer yurizawa ni
short the story...
but up to you lah..
good story memang takkan miss baca punya
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada part V Yurizawa...Tq dammerung.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.143934 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list