CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: I-chi-ban

ANGGUR

[Copy link]
Post time 15-7-2010 01:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by ayasofiya at 15-7-2010 01:52

~* delete post berulang *~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2010 01:50 AM | Show all posts
errrr.... banyaknye masuk..
tadi cam tak masuk jer bila reply... eshh..eshhh...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 10:55 PM | Show all posts
Salam sejahtera, lama juga saya tak jengok sini..tahniahlah kepada yang berjaya membuahkan anggur anda. Sebenarnya tanam anggur ni senang je, yang penting kena ada pokok anggur dan faham konsep anggur mengeluarkan buah dari tunas baru. Pasal penyakit kulat kuning bawah daun tu adalah paling common pada anggur di malaysia ni, kalau lembab je kena lah kulat tu. Kalau dah kena, u sembur macamana pun kulat tu takkan hilang, jadi saya biasanya akan buang daun yg dah kena jangkitan tu. Biasanya jangkitan akan kena pada daun yang paling tua dulu dan kemudian berjangkit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 11:36 PM | Show all posts
SAPA TENGOK MAJALAH TIGA MALAM TD,,BERKENAN LAH NGN POKOK KIWI TUUUUUUU,,,CARA TANAM DIA SAMA G ...
chomby Post at 9-5-2010 11:05


Kat rumah saya pun ada pokok kiwi tapi lum berbuah lagi. Semaian dari biji. Kat malaysia ni pokok kiwi dah pernah berbunga tapi berbuah rasanya belum jumpa lagi sebabnya pokok kiwi perlukan pendebungan dari pokok jantan. Maknanya kalau nak tanam mesti sepasang. Yg jadi masalahnya bila kita tanam dari biji kita tak kenal pokok jantan betina. Buat masa ini ada beberapa kawan2 yang dah tanam pokok kiwi dan kami sedang tunggu pokok2 ni berbunga untuk pastikan jantina pokok ni. Mungkin dalam masa 2-3 tahun lagi, kalau usaha ni berjaya, kita akan cerita pasal pokok kiwi pula. Kalau ada yang berminat nak semai benih kiwi, saya cadang beli buah kiwi yang dah nak reject kat supermarket, keluarkan bijinya dan semai. Kalau nak peratusan tinggi, simpan benih dalam peti ais selama sebulan kemudian baru semai.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 11:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by dolms at 15-7-2010 23:49

Teknik pembuahan melalui keratan ranting muda (pucuk anggur).

Saya ada terima banyak pertanyaan dari peminat anggur yang tanyakan adakah cara lain untuk membuahkan anggur selain dari memotong dahannya hingga botak. Kat sini saya nak kongsi teknik yang saya panggil teknik pembuahan anggur melalui keratan pucuk. Kalau nak buat cara ni, mula2 u pilih ranting anggur muda yg sihat, kemudian potong kira2 2 kaki dari hujung pucuk, kemudian buang semua tunas air (tunas yang tumbuh dipangkal daun) dan kemudian tunggu 2-4 minggu.  Teknik ni tak perlu buang daun cuma perlu buang tunas kecil dipangkal daun tu, sebabnya kalau tak buang, mata tunas yg terpendam dipangkal daun tu tak keluar. Tujuan kita nakkan tunas terpendam tu tumbuh dan mengeluarkan buah. Selamat mencuba...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 12:36 AM | Show all posts
Hoh!!!.... sifu anggur lama menghilang.. tapi sekali muncul... berderet tip2 dan ilmunya keluar. terimaksih banyak2 atas penerangan dan ilmu yang diberi encik dolms.

kak aya ada 'hutang' dengan sifu.. camner cara nak bagi kat sifu hutang ni ha??.. lama2 simpan nanti kojol lagi.. tak sesuai hidup dlm bekas kecik2 kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2010 08:29 AM | Show all posts
Reply 805# dolms


    TQ atas info....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 10:27 AM | Show all posts
Reply 805# dolms

Thanks sifu dolms,

masih dok ulang baca.. maknanya tunas air tu nak kena buang utk keseluruhan pokok? kalau ada 5 dahan, boleh dibuang kesemua tunas sekali gus?

tunas air tu mcm mana ek? nak kena balik belek ni.. teori saja kurang jelas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2010 10:52 AM | Show all posts
Reply 808# enfagrow


    Saya lagilah tak berapa paham, apakata kita buat lawatan sambil berkebun ke kebun En Dolms...bukan jauh sangat pun umah dier...he..he....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 10:58 AM | Show all posts
Reply 809# alifinara

ok ajer.. belom sampai lagi pun kat bkt mahkota ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 06:24 PM | Show all posts
kalaulah dekat2.. kak aya rasa nak jugak tumpang shida pergi melawat ladang sifu. silap2 haribulan, banyak rezeki dapat... rezeki mkn buah anggur fresh dr ladang n rezeki cutting free.... bestnyee.... tapi apokan dayo..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 06:24 PM | Show all posts
... sob.. sobb....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 06:33 PM | Show all posts
sifu.... camno akak nak bagi buah tangan yg di janjikan tuk sifu ari tu aa??... sebagai tanda penghargaan mengajar@memperturunkan ilmu  di alam maya ttg anggur. risau gak ni sbb lepas satu... satu mati walau dah tinggi 1 kaki lebih. kan putih mata sifu nak memiliki ANGGUR AYASOFIYA...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 06:40 PM | Show all posts
pokok baru dari biji benih  dah 2 pokok MATI walau dah tinggi 1.5 meter. satu lagi 1 meter. tak cukup tanah kot sbb dia duduk berkongsi pasu dengan pokok  cekur.pasunye kecik je. alkisah biji tu tumbuh sendiri. nak alih pada awal2 tumbuh takut mati.. so bio je la. nak cabut pokok cekur takut pulak akar anggur terputus@tension. tunggu beso.. last2 mati jugak
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 06:44 PM | Show all posts
yg 1 meter tu alihkan ke dalam pasu.. taruk le kepala ikan bilis agak banyak.... tengok2 penuh ulat walau dah timbus.. eeeeeiiiii idung lalat ni kuat tol derianya :@. lom sempat alih pokok dah mula layu. layu pun tukarkan jugak ke bekas lain. last2... tinggal batang kering terpacak kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 12:30 AM | Show all posts
enfagrow, tunas air ni (camna nak cerita ye-nak post gambar tak jadik-jadik-cuba u masuk akademianggurmalaysia. blogspot. com) memang kena buang, kalau tak buang tunasni yang membesar, yang kita mahukan, mata tunas yang terpendam tu keluar.

Asofiya, lama menghilang sebab ada masalah broadband kat rumah. sekarang dah ok, bolehlah selalu jengok sini. Pasal pokok anggur assofiya tu, kalau kat klang valley atau berdekatan saya tak keberatan untuk datang kat tempat u, saya pohon u PM ontact no u.
Kepada kekawan yang lain, rumah saya sentiasa terbuka menerima tetamu, sekarang ni separuh pokok anggur saya baru diprun botak. Kalau nak merasa buah kena tunggu lepas raya lah. Kalau nak borak2, jemputlah ke bukit mahkota kalau sudi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2010 10:38 AM | Show all posts
Reply 816# dolms


    nak tanya bukit mahkota tu kat mana ya?

best nya ada ladang anggur teringin juga nak makan buah anggur yg dipetik sendiri...sambil petik sambil makan hahaha..

saya ada tanya kawan yg dok perlis...dok kata kat dia best la boleh makan anggur fresh. dia jawab dia dok aje perlis tapi tak pernah pun tau ada ladang anggur di sana...huhuhu. malahan buah mangga madu yg dok popular dr perlis pun dia org tak pernah makan..coz kebanyakan buah tu di eksport...camne tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 11:50 AM | Show all posts
Reply 816# dolms

ptg smlm lepas baca tips dr mr dolms,trus andak cuba kat pkk anggur kat umah......potong pucuk muda dlm 2 kaki pahtu buang tunas air tu..................bila g ke blog anggur tu tgk tunas air tu..................sesekali dh silap buang daaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 11:32 PM | Show all posts
aina,  Bukit Mahkota ni dekat dengan Nilai3, sempadan negeri sembilan dengan selangor. Kalau lalu lebuh raya PLUS selpas je Bangi u akan nampak persimpangan tol PUTRA MAHKOTA. Kat situ lah Bukit Mahkota..

Pasal ladang anggur, kat Sendayan (Negeri Sembilan) ni pun ada, tapi sekarang dah tak leh masuk..Kalau nak makan anggur fresh kena tanam sendirilah.

Andak, jangan risau kalau tersalah, nanti boleh cuba kat dahan lain pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 12:24 AM | Show all posts
Reply 819# dolms

thanks,andak akan cuba semula
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.121324 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list