|
Credit: Azwien
 |
|
|
|
|
|
|
|
Besday RIZ n a nite with angels
Credit: kj
 |
|
|
|
|
|
|
|
Credit: kj
 |
|
|
|
|
|
|
|
Credit: kj
 |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 27-12-2009 22:33
Kenapa perlu kebenaran Alyah?
Credit: Berita Harian Online Jumaat, 25 Disember 2009
Oleh Farihad Shalla Mahmud
Keizinan Ajai sebagai pencipta lagu Ku Pinjam Satu Bintang sudah mencukupi
PENYANYI, Riz menegaskan dia sepatutnya tidak perlu memaklumkan Alyah untuk merakamkan semula lagu Ku Pinjam Satu Bintang sebaliknya sudah memadai mendapatkan keizinan daripada Ajai yang mencipta dan juga pemegang hak cipta lagu itu.
Menurutnya, ia juga sudah jelas tertera dalam kontrak yang menyatakan lagu Ku Pinjam Satu Bintang adalah hak milik Ajai dan selepas tempoh enam bulan, komposer boleh memberikan hasil karyanya itu kepada mana-mana penyanyi.
“Dalam hal ini, saya sudah meminta kebenaran Ajai sebagai komposer dan juga pemegang hak cipta untuk memuatkan lagu itu dalam album solo saya iaitu Bermula Semula.
“Dakwaan Alyah mengatakan saya tak membuat tindakan susulan adalah tidak benar. Saya sudah beberapa kali menghubunginya untuk memberitahu bahawa saya akan memuatkan lagu itu dalam album solo saya. Tapi dia (Alyah) tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai hal itu walaupun sudah berkali-kali saya menyatakan perkara itu kepadanya dan juga pembantu peribadinya.
“Walaupun pada dasarnya saya tak perlu berbuat demikian kerana dari segi pelesenan, lagu itu bukanlah miliknya namun apa yang saya buat itu adalah sekadar rasa hormat saya pada Alyah. Namun, dari apa yang dikatakannya, saya seolah-olah tidak menghormatinya,” kata bekas naib juara Akademi Fantasia 6 (AF6) ini kepada Hip sewaktu berkunjung ke Balai Berita, baru-baru ini.
Riz atau Mohammed Idris Mohd Zaizizi berkata demikian sebagai menjelaskan dakwaan Alyah kononnya dia tidak sensitif kerana merakamkan lagu Ku Pinjam Satu Bintang secara solo tanpa tanpa pengetahuannya seperti yang disiarkan menerusi dalam ruangan Jawablah dalam Hip pada Rabu.
Alyah mendak tindakan Riz itu benar-benar melukakan hatinya kerana lagu itu adalah miliknya dan dihasilkan daripada wang sakunya sendiri. Sehubungan itu, dia terkilan kerana penyanyi itu (Riz) asesuka hati merakamkan kembali lagu itu tanpa kebenarannya.
Riz menjelaskan, apabila merakamkan semula lagu Ku Pinjam Satu Bintang secara solo, bukanlah maknanya dia merakamkannya sepenuhnya mengikut cara lagu asal sebaliknya dibuat dalam versinya sendiri.
“Bukan saja merakamkan kembali lagu itu selepas tempoh promosi album dia (Alyah) tamat, tetapi saya juga mengubah susunan muziknya. Saya juga mengeluarkan wang sendiri untuk mengubah susunan muziknya. Ini saya lakukan supaya senang jika saya nyanyikan lagu ini, tak perlulah nak cari rakan duet,” katanya.
Ditanya apakah benar hubungannya dingin sebaik saja kejadian itu berlaku, Riz berkata pada awalnya dia tidak mengetahui yang Alyah menyimpan amarah terhadapnya berhubung perkara itu.
“Apabila mendapat tahu yang dia marah dengan saya kerana merakamkan lagu itu, saya ada menghubunginya. Malahan, saya juga ada meminta maaf padanya jika benar perbuatan saya itu menyinggung perasaannya. Tapi masa itu dia sendiri tidak berkata apa-apa. Sama ada dia sudah memaafkan saya atau tidak, saya memang tak tahu. Jadi apabila saya terbaca yang dia sudah memaafkan saya, saya sendiri merasa pelik. Kalau betul dia sudah maafkan saya, kenapa perlu memperbesarkan perkara ini.
“Pun begitu, ada insiden yang membuatkan saya tahu yang dia memang marahkan saya. Sewaktu sesi latihan untuk acara Muzik Muzik separuh akhir yang lalu, kami duduk berehat sementara menunggu kedatangannya. Sebaik saja sampai, dia bersalaman dengan semua orang di sekeliling kecuali saya. Selepas bersalam dengan orang di sebelah saya, dia berlalu begitu saja.
“Jadi dari situ saya dapat rasakan yang dia memang marah betul dengan saya. Dan kenyataan yang dikeluarkannya iaitu dia kini sudah tidak boleh senyum dengan saya membuatkan saya lebih yakin yang dia benar-benar terguris. Jadi apa lagi yang boleh saya lakukan? Apapun, saya bersikap profesional, kalau ada yang mahu menjemput saya nyanyi berduet dengannya, saya tak kisah. Rezeki jangan ditolak,” katanya.
Sementara itu, Riz yang baru saja menjalani pembedahan apendiks selepas dirawat selama dua minggu kini sudah kembali meneruskan tugasnya untuk mempromosikan album sulungnya yang sudah pun berada di pasaran, Selasa lalu.
“Malahan, sebaik saja keluar dari hospital, saya sudah pun menjayakan persembahan. Bagaimanapun, kesan luka saya ini perlu dibuka semula kerana berlaku jangkitan. Biarpun terpaksa menyanyi dalam kesakitan, saya cuba tahan dan tidak mahu itu menjadi satu halangan untuk saya. Selepas membuka jahitan nanti, saya akan terus kembali aktif seperti biasa,” kata Riz yang mengakui berat badannya turun gara-gara penyakitnya itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Credit: kj
 |
|
|
|
|
|
|
|
MEDIA HIBURAN
19-25 Disember 2009
 |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 27-12-2009 22:37
Berdamailah Alyah-Riz
Credit: Kosmo! Online 27 Disember 2009
DIVA tak nak salahkan sesiapa dalam hal Alyah dan rakan duetnya, Riz gara-gara lagu Ku Pinjam Satu Bintang yang dirakamkan semula Riz dalam versi solo.
Bila baca kenyataan Alyah, Riz tak patut berbuat demikian terhadap 'haknya', Diva kasihan juga.
Diva faham perasaan bila keringat kita dicuri orang. Tapi bila dengar penjelasan Riz yang mengatakan dia berusaha mengajak Alyah berbincang termasuk usaha menghantar surat kepada pihak Alyah tetapi tidak dilayan, Diva pun kasihan juga.
Tambah Riz, dia tak ada wang yang banyak untuk bayar ganti rugi kepada Alyah seperti yang dituntut.
Masalahnya, Diva rasa Alyah dan Riz lebih baik berunding tanpa menggunakan media sebagai orang tengah menjaja cerita yang boleh selesai ini.
Kalau tak silap, Diva ada terbaca kenyataan Alyah dalam akhbar yang mengatakan Alyah sesuai bergerak solo. Intepretasi Diva, mungkin Alyah memang benar-benar maksudkan itu kerana setiap kali Alyah berkolaborasi, pasti ada insiden yang berlaku.
Untuk Riz pula, tak perlulah risau sangat sebab setahu Diva, sesiapa saja berhak untuk membawa lagu cover version dan lagu tersebut adalah hak komposer.
Jadi, jika Ajai sendiri selaku komposer sudah memberi lampu hijau, Diva yakin masalah ini tak sepatutnya terjadi.
Bawa-bawalah berbincang. Jangan sensasikan nama secara kontroversi begini. Industri muzik kita kecil sahaja, esok lusa berlaga punggung juga.

Diva:Hidup lagi damai kalau semua saling memaafkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Metro Ahad
27 Disember 2009
 |
|
|
|
|
|
|
|
Credit: kj
 |
|
|
|
|
|
|
|
Credit: kj
 |
|
|
|
|
|
|
|
Credit: kj
 |
|
|
|
|
|
|
|
Credit: kj
 |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Pepari.
Kod Riz for ABPBH tu sebenar A49.Yang terbaru nye.
Don't forget utk dptkn album BERMULA SEMULA dr RIZ ye.
Insyaallah 22/12/09 ada di psrn.Dptkn yg ori.
Nanti kita leh syer pndpt ...
wanyta Post at 21-12-2009 13:53 
Dah beli semalam. Ai bagi 3 bintang out of 5. |
|
|
|
|
|
|
|
Credit: kj
 |
|
|
|
|
|
|
|
credit: kj
 |
|
|
|
|
|
|
| |
|