CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mohdmus

Ilmu tasauf dan tarikat [+ gabungan thread mohdmus]

[Copy link]
Post time 24-12-2009 05:25 PM | Show all posts
Maaf.
konsep Rabithah yg di amalkan ahli sufi tiada di sebut dlm AlQuran.
Rabithah yg di sebut di dlm AlQuran itu berlainan dgn apa yg di fahami oleh ahli sufi.


sirrikhafi Post at 24-12-2009 14:19


Dalil Rabitah

"yaa ayyuhaa alladziina aamanuu ishbiruu washaabiruu waraabithuu waittaquu allaaha la'allakum tuflihuuna"
Maksudnya " Hai Org2 beriman sabarlah oleh sekelian kamu dan Rabitahlah oleh sekelian kamu dan peliharalah oleh sekelian kamu akan hukum Allah yg ditaklifkan keatas kamu mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan di dunia dan di akhirat.."
(surah Al- Imran: 200)


Dalil Wasilah

"yaa ayyuhaa alladziina aamanuu ittaquu allaaha waibtaghuu ilayhi alwasiilata wajaahiduu fii sabiilihi la'allakum tuflihuuna"

Maksudnya "Hai Org2 yg beriman peliharalah oleh kamu akan hukum Allah yg Allah taqlifkan ke atas kamu dan Ambillah sekelian kamu Wasilah kepadaNya dan sungguh-sungguhlah kamu pada jalannya mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan"

(Surah Al-Maidah:35)

"wamaa arsalnaa min qablika illaa rijaalan nuuhii ilayhim fais-aluu ahla aldzdzikri in kuntum laa ta'lamuuna"

Maksudnya "Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (jika kamu tidak mengetahui)". (An Nahl:43)

Sesungguhnya Ulama'-ulama' sunni (org yg bkn menokok tambah, mrk jujur dlm menghurai ayat2 Quran) ada sandaran.......

Mana sandaran saudara (org yg suka menfitnah ulama' sunni).....????

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2009 05:46 PM | Show all posts

"yaa ayyuhaa alladziina aamanuu ishbiruu washaabiruu waraabithuu waittaquu allaaha la'allakum tuflihuuna"

Maksudnya " Hai Org2 beriman sabarlah oleh sekelian kamu dan Rabitahlah oleh sekelian kamu dan peliharalah oleh sekelian kamu akan hukum Allah yg ditaklifkan keatas kamu mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan di dunia dan di akhirat.."
(surah Al- Imran: 200)


Maksud Rabithah di sini ialah berwaspada @bersiap sedia menjaga sempadan negara islam.
ia tiada kaitan dgn konsep org-org sufi.

Oh ya,
dar mana dtgnya terjemahan:
dan peliharalah oleh sekelian kamu akan hukum Allah yg ditaklifkan keatas kamu???

Ingat,
jangan menokok tambah Kitab ALLAH seperti org-org Ahli Kitab.



"yaa ayyuhaa alladziina aamanuu ittaquu allaaha waibtaghuu ilayhi alwasiilata wajaahiduu fii sabiilihi la'allakum tuflihuuna"
Maksudnya "Hai Org2 yg beriman peliharalah oleh kamu akan hukum Allah yg Allah taqlifkan ke atas kamu dan Ambillah sekelian kamu Wasilah kepadaNya dan sungguh-sungguhlah kamu pada jalannya mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan"
(Surah Al-Maidah:35)


Maaf.
banyak tokok tambah di dlm terjemahan ayat ini
di sini saya akan tolong terjemahkan menurut kaedah nahu &sorof tanpa menokok tambah kalimah-kalimah yg tiada di sebut.

Yaa ayyuhaa alladziina aamanuu
Wahai org-org yg beriman.

Ittaquu ALLAAHA
Bertaqwalah kamu kpd ALLAH

Waibtaghuu ilayhi alwasiilata
Dan carilah kpd Nya akan wasilah (kedekatan)

Wajaahiduu fii sabiilihi  
Dan berjuanglah di jln Nya

La'allakum tuflihuuna
Mudah-mudahan kamu berjaya.


So,
dari mana datangnya terjemahan:
peliharalah oleh kamu akan hukum Allah yg Allah taqlifkan ke atas kamu???  

Diharap anda tidak menokok tambah ayat-ayat suci AlQuran.

Oh Ya,
Maksud Wasilah dlm ayat ini ialah mencari Wasilah kpd ALLAH.
bukan mencari Wasilah kpd makhluk mahupun mayat. ;)




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 10:25 PM | Show all posts

Tasawuf bukanlah ilmu baru,


Maaf.
Ilmu Tasawuf tiada di sebut dlm AlQuran &Hadis.


Kerana yg sebenarnya tasawuf itu memfanakan diri ke dalam kemurnian Al-Quran dan Sunnah


Maaf.
Ajaran Fana' tiada di sebut dlm AlQuran &Sunnah.


Pernah di ceritakan, pada suatu waktu Nabi sakit hendak meninggal dunia, teringat olehnya dirumahnya masih tersimpan 7 dinar emas. Maka dipanggillah ahli rumahnya untuk membahagi-bahagikan dgn segera wang itu kpd fakir miskin. Cerita ini dibenarkan oleh Siti 'Aisyah, yg mengaku bahawa terlupa menyimpan wang itu krn kesibukannya mengurus Nabi sakit, sehingga tidak teringat olehnya sampai hari Ahad, sehari sebelum Nabi wafat.

Tatkala orang bertanya kpd 'Aisyah, apa yg diperbuatnya 7 dinar itu. Ia menjawab, bahawa ia dgn segera pergi mengambilnya dan menyerahkan kpd Nabi, Nabi meletakkan wang itu di atas telapak tangannya dan berkata kpd 'Aisyah :"Bagaimanakah perasaan Muhammad pada waktu ia mengadap Tuhannya dengan wang ini di tangannya?".


Boleh saya tahu,
Adakah cerita ini Saheh?
Adakah cerita ini Mutawatir?


Yang dikatakan Ahlus Sunnah wal Jamaah itu,
mengambil Rasulullah saw dan sahabat baginda sebagai ikon atau idola.


Golongan Ahlussunnah tak pernah wujud di zmn nabi.
sedangkan di dlm Sunnah nabi,
ada menyuruh ummat islam supaya berpegang dgn AlQuran &Ahlulbait.
Oh ya,
saya di fahamkan bahawa istilah Ikon @Idol itu membawa maksud Berhala.
di harap anda berhati-hati membawakan istilah-istilah barat yg jelas bertentangan dgn Aqidah islam.




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 10:33 PM | Show all posts

Ia mmbicangkan mslh ketuhanan berasaskan pemikiran manusia dgn tidak merujuk kpd alquran dan alsunnah.


Maaf.
Aqidah Sifat 20 ciptaan ASWJ kebanyakkannya berasaskan pemikiran akal semata-mata.
tiada rujukan dari AlQuran &Sunnah.




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 10:37 PM | Show all posts
Tetapi ia tidak pula menerangkan perkara itu secara spesifik.


WALLAHU A'LAM.
sirrikhafi Post at 23-12-2009 00:10


Jika saudara menggunakan hujjah Al-Quran secara spesifik Ahli Badar dijamin Syurga baru nak percaya, bermakna tak boleh juga percaya ahlulbayt itu dijamin Syurga sebab tak disebut secara spesifik dalam Al-Quran.

Saya yakin ahlulbayt yang dimaksudkan Allah itu mereka yang disucikan dan sudah tentu dijamin Syurga walaupun tidak disebut secara spesifik. Namun, kategori ahlulbayt yang disebut secara spesifik hanyalah ISTERI-ISTERI Nabi. Selain itu, kategori ahlulbayt yang lain disebut dalam hadith.

Apa pendapat saudara?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 10:38 PM | Show all posts
1. Kaum Rafidhiyah - 12 puak
Antara iktiqad atau pegangan mrk ialah;



Tuduhan semata-mata.
kebanyakkan Sunni langsung tidak mengetahui dgn mendalam tentang Syiah lalu mempercayai segala tuduhan, tohmahan juga segala kecaman yg di lemparkan kpd Syiah.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2009 10:50 PM | Show all posts

bermakna tak boleh juga percaya ahlulbayt itu dijamin Syurga sebab tak disebut secara spesifik dalam Al-Quran.


Manusia tiada kuasa utk menjamin seseorg itu sebagai ahli syurga.


Namun, kategori ahlulbayt yang disebut secara spesifik hanyalah
ISTERI-ISTERI Nabi.


Maaf.
org yg mempunyai pertalian darah itu sebahagian mereka LEBIH UTAMA dg sebahagian yg lain di dlm Kitab ALLAH.
sudah tentulah S. Fathimah SA, Imam Ali as, Imam Hasan &Imam Husain as LEBIH UTAMA dari isteri-isteri nabi.




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 11:01 PM | Show all posts

Of course la harapan ini x mungkin tertunai
sebab Quran kata kena bangkit jugak kat akhirat


Sungguh Kami peringatkan kamu akan azab yg dekat,
(yaitu) Hari seseorg melihat apa yg telah di terdahulu dari kedua tangannya dan berkatalah org kafir:
ALANGKAH BAIKNYA AKU MENJADI DEBU TANAH.
An-Naba': 40.


Maaf ahkak,
harapan bersebati dgn tanah dan tidak akan kembali @ tidak di bangkitkan pd hari akhirat hanyalah harapan org kafir.
di harap ahkak berhati-hati dlm soal keimanan.

kpd Ah kak.
IM SORRY.  ;)




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2009 11:09 PM | Show all posts
org yg mempunyai pertalian darah itu sebahagian mereka LEBIH UTAMA dg sebahagian yg lain di dlm Kitab ALLAH.
sudah tentulah S. Fathimah SA, Imam Ali as, Imam Hasan &Imam Husain as LEBIH UTAMA dari isteri-isteri nabi.
sirrikhafi Post at 24-12-2009 22:50


Utama dari satu segi dan masih ada pengecualian ......... cuba bawa penuh ayat tersebut

....dan tak disebut pun secara spesifik masuk syurga (hujjah anda sendiri)

ISTERI NABI disebut secara spesifik diSUCIkan.... dan tanpa merendahkan nama-nama yang anda sebut (sebahagian ahlulbayt), itu hanya takwilan anda sebab nama-nama tersebut tak disebut dalam Al-Quran pun.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 11:35 PM | Show all posts
dan tak disebut pun secara spesifik masuk syurga (hujjah anda sendiri)


Maaf.
Saya hanya menyatakan tentang KEUTAMAAN org yg mempunyai pertalian darah.
saya tidak menyebut pun soal masuk syurga.


ISTERI NABI disebut secara spesifik diSUCIkan....


Maaf.
AlQuran hanya menyebut AHLUBAIT yg dijauhkan dari Ar-Rijs serta disucikan dgn sesuci-suci nya.
tidak pula menyebut NISA'UN-NABI secara spesifik semata-mata.
apatah pula ALLAH jelas menggunakan Dhomir KUNNA terhadap isteri-isteri nabi sedangkan AHLULBAIT dirujuk dgn Dhomir KUM.
jelaslah kenyataan anda bercanggah dgn zahir AlQuran.
di harap anda tidak mengubah isi kandungan Kitab ALLAH seperti sikap& tindak tanduk AhlulKitab.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 11:48 PM | Show all posts
Maaf.
Saya hanya menyatakan tentang KEUTAMAAN org yg mempunyai pertalian darah.
saya tidak menyebut pun soal masuk syurga.

sirrikhafi Post at 24-12-2009 23:35


Maaf.
Saya hanya sambung persoalan yang dibangkitkan tentang jaminan Syurga kepada Ahli Badar yang ada dalam Al-Quran tetapi anda tolak dengan alasan hujjah bukan ayat spesifik...

Maka dengan itu kalau ikut kaedah hujjah anda kena ada ayat spesifik baru nak terima, jadi ahlulbayt juga tidak dijamin secara spesifik masuk syurga (bukan kaedah hujjah saya)

apatah pula ALLAH jelas menggunakan Dhomir KUNNA terhadap isteri-isteri nabi sedangkan AHLULBAIT dirujuk dgn Dhomir KUM.
jelaslah kenyataan anda bercanggah dgn zahir AlQuran.
di harap anda tidak mengubah isi kandungan Kitab ALLAH seperti sikap& tindak tanduk AhlulKitab.


Tidak bercanggah sedangkan anda yang mebuat tafsiran yang bercanggah. Ingat lagi perbincangan kita:

http://forum.cari.com.my/viewthr ... age%3D1&page=28
Post Last Edit by mnm77 at 28-9-2009 23:40

Al-Quran Surah Hud ayat 72 dan 73:

قَالَتۡ يَـٰوَيۡلَتَىٰٓ ءَأَلِدُ وَأَنَا۟ عَجُوزٌ۬ وَهَـٰذَا بَعۡلِى شَيۡخًا‌ۖ إِنَّ هَـٰذَا لَشَىۡءٌ عَجِيبٌ۬
قَالُوٓاْ أَتَعۡجَبِينَ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۖ رَحۡمَتُ ٱللَّهِ وَبَرَكَـٰتُهُ ۥ عَلَيۡكُمۡ أَهۡلَ ٱلۡبَيۡتِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ حَمِيدٌ۬ مَّجِيدٌ۬


Isterinya berkata: "Sungguh menghairankan, apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua, dan ini suamikupun dalam keadaan yang sudah tua pula? Sesungguhnya ini benar-benar suatu yang sangat aneh. (72)
Para malaikat itu berkata: "Apakah kamu merasa hairan tentang ketetapan Allah? [Itu adalah] rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan ke atas kamu, wahai ahlulbait! Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah." (73)

ke atas kamu ('AlaiKUM) عَلَيۡكُمۡ digunakan ke atas ahlul bait di mana dalam ayat ini ia merujuk kepada seorang wanita iaitu Isteri Nabi Ibrahim AS.

Nampaknya penggunaan Dhamir KUM itu disebabkan kalimah Ahl itu sendiri yang bersifat muzakkar, walaupun ditujukan kepada seorang wanita. Dhamir KUM itu tiada kaitan dengan jamak bagi lelaki, ataupun 2 wanita itu nisbah seorang lelaki. Sekalipun dinisbahkan seorang lelaki kalau ikut tafsiran anda (sirri), belum lagi menjadi Jamak. Adakah anda setuju?

Juga dalam ayat di atas Ahlulbayt dimaksudkan ISTERI NABI. Maka bertambah kuatlah maksud ahlulbayt = isteri Nabi, tidak bergantung kepada bilangan seorang atau ramai. Adakah anda setuju?

Saya bukan bermaksud menyatakan Fatimah RA itu tidak termasuk dalam ahlulbayt, sudah tentu beliau termasuk kerana menerusi isteri Nabilah zuriat Nabi lahir. Point saya ialah Aishah RA dan isteri-isteri Nabi yang lain juga termasuk dalam ahlulbayt yang mana spesifiknya Allah sebut Nisaa un'Nabiyy secara jamak, dan kemudian diikuti kalimah ahlulbayt dalam ayat penerangan tentang mereka disucikan (Al-Ahzab: 32, 33).
mnm77 Post at 28-9-2009 20:25
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 12:07 AM | Show all posts
Tuduhan semata-mata.
kebanyakkan Sunni langsung tidak mengetahui dgn mendalam tentang Syiah lalu mempercayai segala tuduhan, tohmahan juga segala kecaman yg di lemparkan kpd Syiah.



WALLA ...
sirrikhafi Post at 24-12-2009 22:38


Mcm terasa jer...

maaf la...;)
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 12:24 AM | Show all posts
Maksud Rabithah di sini ialah berwaspada @bersiap sedia menjaga sempadan negara islam.
ia tiada kaitan dgn konsep org-org sufi.

Oh ya,
dar mana dtgnya terjemahan:
dan peliharalah oleh sekeli ...
sirrikhafi Post at 24-12-2009 17:46


Saya suruh jawab soklan saya
bkn betoikan nahu & sorof....

tp walaubagaimana pun terima kaseh....
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 12:27 AM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 25-12-2009 00:28

Maka dengan itu kalau ikut kaedah hujjah anda kena ada ayat spesifik baru nak terima, jadi ahlulbayt juga tidak dijamin secara spesifik masuk syurga
(bukan kaedah hujjah saya)


Walaupun itu kaedah hujjah saya,
namun saya tidak mengatakan perkara itu kpd Ahlulbait.
sebaliknya andalah yg mengatakan perkara itu kpd Ahlulbait dgn alasan itu adalah kaedah hujjah saya.
maka sebetulnya anda lah yg bertanggungjawab di atas kenyataan anda itu.
dgn bukti kenyataan anda itu,
jelaslah menunjukkan yg anda ini adalah seorg nasibi.
memang dasar seorg nasibi suka merendah-rendahkan martabat Ahlulbait terutamanya yg berkaitan dgn S.Fathimah Sa, Imam Ali as &anak cucu mereka.

Saudara,
Insaflah dari menjadi seorg nasibi.


Tidak bercanggah sedangkan anda yang mebuat tafsiran yang bercanggah.


Maaf.
anda sendiri yg mengatakan:
ISTERI NABI disebut secara spesifik diSUCIkan....

pdhal AlQuran tidak menyebut isteri-isteri nabi yg di sucikan secara SPESIFIK..
jelaslah kenyataan anda itu bercanggah dgn AlQuran.

Di harap anda tidak bersikap seperti seorg nasibi yg suka menafikan Ahlulbait.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 12:41 AM | Show all posts
Adakah Hadis ini bertaraf Mutawatir?
sirrikhafi Post at 24-12-2009 14:19


1. Apakah yang dimaksudkan dgn Hadis Mutawatir dan jelaskan.......dan jg bahagian-bahagiannya?

2. Berikan syarat-syarat beramal dgn hadis Ahad?

lg byk saudara jwb lagi byk soklan timbul......lebih baik saudara jwb jer soklan kami.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 01:19 AM | Show all posts
803# sirrikhafi

Ilmu Tasawuf tiada di sebut dlm AlQuran &Hadis.

Ajaran Fana' tiada di sebut dlm AlQuran &Sunnah.


Terima kasih krn prihatin...

Saya ulang sekali lagi,  tasawuf itu berasal dari perkataan ta , shod, wau dan fa

ta membawa maksud taubat
shod membawa maksud safa (kata kerja- bersih dan suci)
wau membawa maksud wilayah
fa membawa maksud fana (binasa)

Xperlu Tuan nisbahkan ajaran fana', cukuplah sekadar kita faham maksud fana' itu binasa..

Sufi itu sendiri berasal dari perkataan kata kerja safa yg bermaksud bersih atau suci..

Yg paling penting semua istilah di atas tidak menyalahi Al-Quran langsung samada dr segi aqidah, syariat atau akhlak..

    Pernah di ceritakan, pada suatu waktu Nabi sakit hendak meninggal dunia, teringat olehnya dirumahnya masih tersimpan 7 dinar emas. Maka dipanggillah ahli rumahnya untuk membahagi-bahagikan dgn segera wang itu kpd fakir miskin. Cerita ini dibenarkan oleh Siti 'Aisyah, yg mengaku bahawa terlupa menyimpan wang itu krn kesibukannya mengurus Nabi sakit, sehingga tidak teringat olehnya sampai hari Ahad, sehari sebelum Nabi wafat.

    Tatkala orang bertanya kpd 'Aisyah, apa yg diperbuatnya 7 dinar itu. Ia menjawab, bahawa ia dgn segera pergi mengambilnya dan menyerahkan kpd Nabi, Nabi meletakkan wang itu di atas telapak tangannya dan berkata kpd 'Aisyah :"Bagaimanakah perasaan Muhammad pada waktu ia mengadap Tuhannya dengan wang ini di tangannya?".

Boleh saya tahu,
Adakah cerita ini Saheh?
Adakah cerita ini Mutawatir?


Kalau saya tulis pun, Tuan cakap hadis maudhu'.....sebab xsefahaman ngan pendapat Tuan!

Golongan Ahlussunnah tak pernah wujud di zmn nabi.
sedangkan di dlm Sunnah nabi,
ada menyuruh ummat islam supaya berpegang dgn AlQuran &Ahlulbait.


Faham ka apa maksud Ahlussunnah? Ahlulbait?

[/quote]saya di fahamkan bahawa istilah Ikon @Idol itu membawa maksud Berhala.
di harap anda berhati-hati membawakan istilah-istilah barat yg jelas bertentangan dgn Aqidah islam[/quote]

Iya? terima kasih krn menegur..yg saya maksudkan sebagai ikutan

terima kasih sekali lagi

AlQuran memerintahkan kita supaya mencontohi nabi.
berpegang dgn Sunnah itu adalah selaras mengikuti perintah AlQuran.
dan sudah pastilah nabi berpegang dgn AlQuran.


Pandai pun Tuan, Nabi berpegang pada Al-Quran..bukan pada perkataan di dalam Al-Quran!!!

Walaupun Rukun solat itu tiada dlm Al-Quran, tetapi menepati kehendak Allah swt..itulah pointnya!!

Setelah ketiadaan Rasulullah saw, ulamalah yg membawa risalah Nabi untuk disampaikan kpd org ramai. Walaupun tiada PERKATAAN itu di dlm Al-Quran tetapi tidak menyalahi hukum syarak.

Allah memuji para ulama melalui firmanNya: " Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu." (Al-Faatir: 28)

konsep Rabithah yg di amalkan ahli sufi tiada di sebut dlm AlQuran.
Rabithah yg di sebut di dlm AlQuran itu berlainan dgn apa yg di fahami oleh ahli sufi.
semua itu hanyalah tafsiran ahli sufi belaka.
tiada pengesahan pun dari nas yg zahir.


Yang manis bukan perkataan gula atau hanya dengan melihatnya , tetapi perlu dirasa gula itu sendiri..

Bertanya tentang sifat WUJUD adalah BID'AH.
sesungguhnya org-org yg terdahulu menjadi kafir lalu dihancurkan kerana akibat suka sangat banyak bertanya perkara-perkara yg tiada di sebut di dlm Kitab ALLAH.

Sikap org beriman ialah: Sami' Na wa ato' Na.


Tidak menepati kehendak soalan....

Saya ulang soalan saya, jika orang kafir tanya Tuan, "Tuhan tu ada atau tidak?" , ..apa Tuan akan jawab?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2009 01:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by baghal at 25-12-2009 02:57

791# sirrikhafi

    Nama ahlul bait takdak pun sebut dlm Quran, boleh pulak Tuan terima...Tp, sifat Tuhan xboleh?....DAHSYAT!!!!

Maaf.
Ahlulbait ada di sebut di dlm AlQuran.
cubalah rujuk dlm surah Al-Ahzab.


Maksud saya NAMA ORANG....nama Ahlubait..

Apabila Rasulullah saw sebut Saidina Ali, Saidatina Fatimah, Saidina Hasan dan Husin..Tuan boleh terima tp bila Rasulullah saw sebut ulama juga adalah pewaris Nabi , Tuan xterima!!

Jangan lah Tuan beriman pada separuh perkara dan menolak separuh perkara..

Saya mengakui keutamaan Ahlulbait, ketinggian darjat mereka tetapi para sahabat juga adalah manusia yg dimuliakan Allah swt..itu juga kita perlu akui..

Ayat ini bermaksud:
hendaklah bertaqwa kpd ALLAH.
sesungguhnya ALLAH lah yg mengajar manusia.
tak kira samaada siapa yg bertaqwa mahupun tidak,
tetaplah Dia yg mengajar manusia.
tidak khusus hanya utk org yg betaqwa shj.
sebab itu kamu hendaklah bertaqwa di dlm menafsirkan ayat AlQuran.
jangan menokok tambah perkara yg tiada ALLAH sebut.


Baguih la macam tu, lepaih ni kalu buat salah atau dosa..kita kata Allah yg ajaq!!

Nabi hanyalah manusia biasa seperti kita.
tak usah menokok tambah ajaran yg tiada di sebut di dlm AlQuran.


Kalu mcm tu Ahlulbait pun orang biasa saja..kenapa Tuan begitu mempertahankan mereka??

sejarah telah membuktikan bahawa pelantikkan mereka itu bukan pelantikan dari ALLAH &rasul


Agaknya siapa yg suruh Tuan berjaga malam, berpenat lelah berhujah dlm forum ni..bukan dapat duit!!(xtau la plak!!)

Rasulullah saw pun xcakap yg Saidina Ali khalifah selepas dia...

sejarah telah membuktikan bahawa ummul mu'minin lah yg bertanggungjawab di dlm perang jamal.
namun,
imam ali as tetap shj menghormati ummul mu'minin walaupun ummul mu'minin telah melakukan kesalahan.
jelaslah menunjukkan bahawa imam ali as lah manusia yg patut dijadikan contoh tauladan selepas Rasul SAW.
yg benar tetap benar.
yg salah tetap salah.
ALLAH tidak malu dgn kebenaran.


Tak malu sebut ummul mu'minin!!!

Dah tau Saidatina 'Aisyah tu EMAK ORANG MUKMIN...apa adab kita sebagai anak yg mendakwa diri kita orang mukmin??
Mengata emak sendiri, bukankah derhaka namanya??  Haram bau syurga!!

Boleh selamat dari istilah derhaka kalu kita mengaku kita bukan org mukmin.

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 02:03 AM | Show all posts
Oh,
Sanad dari mimipi rupanya!
Saheh ke?




WALLAHU A'LAM.
sirrikhafi Post at 24-12-2009 14:23


Maaflah, terlupa tulis...selawat tu utk org yg kasihkan sahabat Nabi jer, sebab itu sunnah, Nabi sentiasa kasihkan para sahabat Baginda..

yg anti-sahabat Nabi xyah amalkan..(sama la mcm tolak sunnah kot...)
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 02:43 AM | Show all posts
Sambungan 72 puak yg sesat aqidah..

2. Kaum Jabariah - 12 puak

Antara iktiqad mrk;
a. Keimanan, ketaatan dan kekufuran serta maksiat adalah semata-mata drpd Allah. Manusia tidak mempunyai daya upaya dan ikhtiar apa2 krn semuanya telah ditenukan oleh Allah. Oleh itu semua hamba Allah (manusia) digugurkan drpd taklif syarak. (Kewajipan bagi melaksanakan sesuatu perintah Allah).

b. Mrk juga mendakwa dan percaya setiap perbuatan baik yg dilakukan oleh manusia tidak akan mendapat sesuatu kebajikan dan pahala, begitu juga perbuatan jahat dan maksiat yg dilakukan oleh manusia, juga tidak mendatangkan apa2 dosa dan tidak akan mendpt apa2 siksaan di akhirat kelak.

c. Bertafakur (bermeditasi) itu adalah lebih baik drpd segala ibadat samada ibadat yg fardhu atau sunat.

d. Sesiapa yg menjadi kekasih Allah dan bersih jiwanya drpd segala hawa nafsu yg jahat serta beliau mempunyai ilmu yg tinggi, maka pada ketika itu beliau tidak perlu lagi melakukan apa2 amal ibadat.

e. Org2 kafir dan org2 yg sentiasa melakukan maksiat tidak akan di tanya serta di soal di hari akhirat kelak, krn segala perbuatan mrk itu adalah atas kehendak Allah.

f. Bhw Allah tidak akan menyeksa hamba2Nya, krn jika Allah menyeksa hamba2Nya juga, maka Allah itu adalah zalim, sedangkan Allah bersifat Maha Adil.

g. Allah akan menghidupkan org2 yg kafir dan yg melakukan maksiat di dlm neraka, selepas itu Allah akan mematikan mrk dan tidak akan dihidupkan lagi buat selama2nya.

h. Apabila Allah telah selesai menjadikan segala makhluknya, maka Allah akan beristirehat, maka tiap2 perkara itu akan zahir dan wujud dengan sendirinya bila tiba waktu dan masa yg telah ditetapkan oleh Allah dan tidak ada kena mengena dengan kudrat iradat Allah lagii.

i. Semua harta didunia ini adalah kepunyaan bersama semua manusia dan halal bagi sesiapa mengambilnya (mencurinya) dan tuannya yg sah tidak berhak mencegah org lain drpd mengambil harta benda mrk.

j. Apabila seseorang itu terasa hendak melakukan sesuatu samada perkara2 kebajikan ataupun perkara yg jahat dan maksiat, maka hendaklah beliau segera melakukan perbuatan tersebut, krn ianya merupakan wahyu drpd Allah yg telah dicampakkan ke dlm hatinya oleh Allah.

k. Semua kewajipan dan kefardhuan yg diwajibkan oleh Allah itu boleh dilaksanakan jika seseorang itu rajin dan boleh juga ditinggalkan jika seseprang itu merasa malas.

l. Segala perintah Allah itu perlu dilakukan sekali shj dan tidak payah lagi di ulang2.

m. Untuk menjadi seorang muslim hanya memadai dengan mengucap 2 kalimah syahadah dan tidak perlu melakukan kewajipan2 yg lain.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 02:48 AM | Show all posts
775# Izzansdy
Anda mengatakan ikhlas itu penting.... tapi anda mengharapkan pemberian tuhan...bukan mengharap pd tuhan..
IKHLAS ke tu????.

Ibadah tidak termasuk sebagai amal solih kecuali memenuhi 2 syarat iaitu;
1. Ikhlas.
2. Mutaba'ah (ikut cara Nabi s.a.w). Syarat2nya... Sebab, Jenis, Kadar, Cara, Waktu dan tempat, Semuanya mesti yang DI SYARI'ATKAN.

Mengharap dan takut terhadap balasan baik dan buruk iaitu Syurga atau Neraka adalah perkara-perkara yang disyari'atkan (Aqidah).

Harapan kita mendapat Rahmat (balasan baik) dari Allah.. kerana Dia tempat berharap.
Jangan jadi sombong dengan Allah.. bila berkata "aku tak mengharapkan apa-apa"
seolah-olah kurniaan Allah itu tiada apa-apa nilai langsung. Bolehlah sekarang kita menahan nafas.

manusia dan jin di perintahkan utk menyembah kpd tuhan...bukan menyembah pemberiannya...
nikmat itu dari allah dan nikmat itu bukan ALLAH..

Dimana saya berkata "aku menyembah syurga dan memohon daripada syurga" ?

mengapa anda mengharap pd pemberiannya... bukan pd pemberinya(ALLAH)

Adakah ada pemberi pemberian selain dari Allah ?
Yang menjadi masalah (syirik) adalah berharap pada selain Allah (meminta dari Rasul, Nabi, wali, keramat dan 'guru mursyid') ... kerana semua pemberian adalah dari Allah.

Bila saya bawa contoh rasul.... anda kata itu rasul....manusia terpilih....
Jadi siapa yg wajib di contohi di kalangan kita????

Rasul s.a.w yang dijamin Syurga masih mengharap dan takut (telah kerapkali diterangkan di post terdahulu)... Bagaimana dengan kita?.. yang belum tahu kesudahan kita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.407923 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list