CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: leon_mclaren78

THE TWILIGHT SAGA : BREAKING DAWN PART 1 & 2 [22 NOV 2012]

  [Copy link]
 Author| Post time 28-1-2012 09:23 AM | Show all posts
leon lama x sambung citerrr???
honeybee80 Post at 28-1-2012 00:21



ya ampunn kengkawan... aku balik kampung sempena PH ari tu... then bz manjang sbb nk cari umah sewa baru, byk pkara kena uruskan, then balik umah bdn & fikiran letih. Tau2 nk cpt2 tido jah!

sabau ye. Buku Twilight tu pun aku x berkesempatan nk sentuh!

Nnt mlm ni kalo x de pepehal & x ngantuk sgt, aku akan sambung translate lg eh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2012 09:25 AM | Show all posts
Reply  leon_mclaren78

oic...maknanya anak jack vampire la..
x boleh blah edward muda2 dh dpt pn ...
sakura2503 Post at 28-1-2012 01:02


eh...tu speku je la..   Blom tentu betul taw.

the only one yg tau what happen next is macit Steph jah!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2012 09:27 AM | Show all posts
Khennnn.....mana Leon g eyhhh....
    Leoonnnnn miss ur storyyyyy {:bl ...
Keduarc Post at 28-1-2012 09:20


ya ampunnn...huhu...

nnt mlm ni aku try eh!
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 10:06 AM | Show all posts
ya ampunn kengkawan... aku balik kampung sempena PH ari tu... then bz manjang sbb nk cari umah ...
leon_mclaren78 Post at 28-1-2012 09:23



   hehehehe...wokeh leon..no hal..ingatkan dah stop baca citer twilight..hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 09:06 AM | Show all posts
ya ampunn kengkawan... aku balik kampung sempena PH ari tu... then bz manjang sbb nk cari umah ...
leon_mclaren78 Post at 28-1-2012 09:23



patut la lama citer tk kunjung tiba

takpe...takpe.... bila da ready nnti story mory ek
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 09:13 AM | Show all posts
eh...tu speku je la..   Blom tentu betul taw.

the only one yg tau what happen next is ...
leon_mclaren78 Post at 28-1-2012 09:25



aku speku macit steph tu kawan ngan vampire kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2012 12:49 AM | Show all posts
kawan-kawan...Breaking dawn gambar blue ray sudah boleh di donlod di internet yer....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 09:33 AM | Show all posts
wallawehh....leon......
meronta ronta hati nihh


pesanan utk diri sendiri : bertabah lee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2012 09:34 AM | Show all posts
kawan-kawan...Breaking dawn gambar blue ray sudah boleh di donlod di internet yer....
honeybee80 Post at 1-2-2012 00:49



aku da tgk yg full ari tuh..... mintak kat abg ipar
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 03:10 PM | Show all posts
Breaking Dawn Part 2 exclusive clip
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2012 12:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by leon_mclaren78 at 14-2-2012 00:54

sambungan CHAPTER 17 (THE GAME)

Edward menuruti Bella di sebelah tpt duduk penumpang depan & dia membuka pintu trak tersebut utk Bella. Bella berhenti sekejap di situ sambil cuba mengagak ketinggian tempat duduk tersebut sebelum dia bersedia utk melompat naik. Edward hampir hilang sabar & mengeluh melihat reaksi Bella . Dia segera mengangkat Bella naik dgn sebelah tangannya. Bella berharap semoga ayahnya tidak nampak! Sewaktu Edward berjalan ke arah tpt duduk pemandu, Bella cuba utk mengenakan tali keledar, tapi terdapat beberapa soket penyambungan tali keledar tersebut. Sewaktu Edward buka pintu & naik ke tpt duduk pemandu, Bella bertanya, "Apa benda semua ni?" Edward menjawab, "Itu khas utk kegunaan jalan yg lasak." "O-oh!" Bella seakan dpt meneka tpt yg bakal mereka tuju nnt . Dia segera mengenakan semua soket tali keledar tersebut, tp dia kelihatan agak terkial2. Edward mengeluh sekali lg & segera membantu Bella . Bella bersyukur sbb hujan yg agak lebat membuatkan Charlie x akan nampak apa yg berlaku di dlm trak, lebih2 lg ketika tangan Edward berada di leher Bella & menyentuh bahagian tulang selangka Bella. Bella hanya mendiamkan diri sambil Edward sibuk membantunya mengenakan semua soket tali keledar tersebut.

Edward menghidupkan enjin & mereka terus berlalu dari situ. "Besarnya trak awak ni..." ujar Bella. "Trak ni milik Emmet. Sy x fikir awak nk berlari sepanjang hari."   Edward menerangkan. "Awak x kenakan tali keledar ke?" Bella bertanya lg. Edward memandang Bella dgn satu pandangan 'x percaya ada org bertanya soalan tersebut'!  Kemudian Bella bersuara lg, "Berlari di sepanjang perjalanan? Mcm hari tu, kita hanya perlu berlari utk separuh jalan saja kan?" Edward tersengih & berkata, "Awak x perlu berlari kali ni." Bella menjawab, "Sy akan berasa pening nnt."  "Awak hanya perlu pejamkan mata, semuanya akan ok," ujar Edward. Bella menggetap bibirnya, cuba melawan perasaan cemasnya. Edward mendekatkan badannya dgn Bella & mengucup dahi Bella & kemudian dia mengeluh. Bella memandang Edward dgn rasa hairan . "Bau awak sungguh sedap dlm cuaca hujan," Edward menjelaskan . "Maksud awak sedap dari segi yg bagus atau x bagus?" Bella bertanya. Edward menarik nafas & menjawab, "Kedua2nya, sepertimana selalunya."

Bella x pasti bagaimana Edward dpt mengesan jalan dlm keadaan yg suram & hujan yg begitu lebat. Dia memandu ke arah kawasan di tepi jalan & keadaan trek yg berbatu-batu. Bella seringkali terlantun2 dari tempat duduknya.  Edward kelihatan begitu seronok memandu dlm keadaan begitu  & sentiasa tersenyum di sepanjang perjalanan. Kemudian mereka tiba di penghujung jalan, kelihatan batang2 pokok menghalang perjalanan mereka. Hujan ketika itu semakin berkurangan & langit kelihatan sedikit cerah berbanding tadi. "Maaf, Bella, kita perlu berjalan kaki bermula dari sini," Edward memberitahu. "Utk pengetahuan awak, sy lebih sanggup tunggu saja di sini," Bella membantah . "Apa dh terjadi dgn keberanian awak? Awak begitu bersemangat pagi tadi," Edward sengaja menduga Bella. "Sy dh x ingat perasaan sy pg td," Bella menjawab. Dia terasa bagaikan perasaan 'semangat' tu dh lama berlalu kelmarin. Sekelip mata Edward telah berada di luar pintu di sebelah tpt duduk Bella. Dia sibuk membuka semua soket tali keledar Bella. "X mengapa, sy boleh buat sendiri. Awak pergi lah dulu," Bella memberitahu Edward. "Hmm...." Edward kelihatan sedang berfikir , kemudian dia bersuara, "Rasanya sy perlu berbuat sesuatu utk mengembalikan keberanian awak."

Belum sempat Bella berbuat apa2, Edward telahpun mengangkat Bella turun dari trak & Bella kini berdiri di atas tanah. Keadaan ketika itu telah mula berkabus, telahan Alice mmg tepat. "Awak nk mengembalikan keberanian sy?" Bella bertanya dgn rasa berdebar. "Lebih kurang begitulah, " ujar Edward. Edward memerhati Bella dgn penuh minat & berhati2, tp di dlm matanya kelihatan dia sedang bergurau. Dia meletakkan kedua2 tangannya di badan trak, bersebelahan dgn kepala Bella, memaksa Bella bersandar pd badan trak. Edward merapatkan badannya ke arah Bella, wajahnya hanya berada beberapa inci dari Bella. Bella begaikan terjerat di situ. "Sekarang.." ujar Edward sambil menghembus nafasnya. Aroma nafas Edward membuatkan Bella sekali lg berasa bagaikan hilang tumpuan . "...apa yg buatkan awak rasa bimbang sebenarnya?" Edward meminta menjelasan. "Mcm ni... emm.. sebenarnya sy takut terlanggar pokok.." Bella menelan air liurnya & menyambung lg, "...dan kemudian hampir mati. Dan kemudian sy akan jatuh sakit." Edward hanya tersenyum . Kemudian dia tunduk meletakkan bibir dinginnya di leher Bella dgn lembut. Kemudian dia bersuara, "Skrg awak masih rasa bimbang lagi?" "Ya," jawab Bella, cuba menumpukan perhatian. "Sy bimbang akan terlanggar pokok & kemudian jatuh sakit." Kemudian Bella terasa hidung Edward menjalar di bahagian leher hingga ke dagunya. Bella dpt merasa nafas dingin Edward di kulitnya. "Bagaimana skrg?" Edward bertanya lg. " Pokok.." jawab Bella bagaikan dlm kelemasan. "Sy akan mengalami pening." Edward mengalihkan wajahnya & kemudian dia mengucup kelopak mata Bella. "Bella, awak x fikir yg sy akan melanggar pokok, kan?" Edward bertanya lg. "Tak, tp sy yg mungkin akan terlanggar," ujar Bella dlm nada suara yg tiada keyakinan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2012 12:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by leon_mclaren78 at 14-2-2012 09:37

Edward mengucup pipi Bella dgn lembut & berhenti di tepi mulut Bella. " Patut ke sy biarkan pokok2 tu menyakiti awak?" ujar Edward sambil menggeselkan bibirnya pd bibir Bella. "Tak," Bella menghambuskan nafasnya, sedaya-upaya melawan perasaannya dari 'dipukau' Edward . "Tengok, x ada apa yg patut ditakutkan, bukan?" pujuk Edward sambil menggerakkan bibirnya lagi di bibir Bella. "X ada," ujar Bella, mengalah. Kemudian Edward memegang kepala Bella & mengucup Bella dgn begitu bersungguh2 . Bella seakan tidak dpt mengawal dirinya, kali ini dia x mahu  melapaskan peluang sepertimana kucupan pertama mereka sebelum ini. Jika sebelum ini Bella terpaksa berdiam diri demi keselamatannya, kali ini Bella merangkul leher Edward dgn agak kuat, tp kemudian dia bagaikan tersedar Edward sedang membatukan dirinya. Bella mengeluh. Edward cepat2 melangkah ke blkg, meleraikan rangkulan tangan Bella. "X guna.... Bella," Edward kelihatan tercungap2 , "awak akan mati di tangan sy kalo awak buat mcm tu lagi, sy bersumpah!" Bella terduduk & memeluk kedua2 lututnya. "Awak merosakkannya," ujar Bella, juga masih tercungap2 mengambil nafas. "Sy sepatutnya sedar ttg perkara ini sejak sebelum sy berjumpa awak lagi. Skrg mari kita pergi dari sini sebelum sy buat sesuatu perkara yg bodoh," ujar Edward, suaranya kedengaran spt menderam.

Edward menarik Bella naik ke atas belakangnya seperti dulu dgn begitu berhati2. Bella menggapit kakinya di sekeliling pinggang Edward & memeluk leher Edward dgn kemas. "Jgn lupa pejamkan mata awak," pesan Edward, keras. Bella segera meletakkan dagunya di atas bahu Edward & memejamkan matanya. Bella x sedar bila masanya Edward mula bergerak . Tp dia dpt rasa Edward sedang meluncur, tp mungkin juga Edward sedang berjalan dgn laju di atas jalan , tp apa yg nyata pergerakan Edward amat lancar. Bella terfikir utk membuka mata & mencuri pandang sedikit bagi memastikan adakah Edward sedang terbang dari pokok ke pokok seperti sblm ini, tp kemudian Bella membatalkan hasratnya itu sbb dia fikir x berbaloi utk berbuat demikian jika dia pening kepala akhirnya . Bella kemudiannya berasa berpuas hati hanya dgn mendengar nafas Edward. Bella juga x pasti bila masanya mereka berhenti sehingga Edward menyentuh rambut Bella. "Ia dh berakhir, Bella," ujar Edward. Bella membuka matanya & dia mendapati mereka telahpun berhenti di suatu kawasan. Bella segera meleraikan tangan & kakinya dari tubuh Edward dan dia berdiri di atas tanah. Edward memerhati Bella dgn ragu2. Bella x pasti adakah Edward masih marah padanya. Bila melihat ekspresi Bella, serta-merta ketawa Edward memecahkan kesunyian.

Bella x menghiraukan reaksi Edward, dia sibuk menyapu kesan kotor pada jaketnya. Edward terus menerus ketawa melihat Bella. Bella agak bengang dgn reaksi Edward, dia berjalan ke arah hutan. Kemudian Bella terasa tangan Edward memeluk pinggangnya & bersuara, "Awak nk ke mana, Bella?"  "Nk menonton perlawanan besbol. Nampaknya awak mcm dh x berminat nk main, tp sy rasa mereka yg lain tetap akan berseronok tanpa kehadiran awak," ujar Bella. "Awak pergi ke arah yg salah," Edward memberitahu. Bella berpusing melihat sekelilingnya, tanpa melihat Edward. Dia kemudian berjalan ke arah yg bertentangan pula. Edward segera menangkap tangan Bella. "Janganlah marah, sy x sengaja ketawakan awak. Awak patut tgk sendiri rupa awak td," Edward ketawa kecil.  "Oh, habis awak sorang saja yg boleh marah?" ujar Bella sambil menaikkan keningnya. "Sy x marah awak pun," Edward menjelaskan. "Bella, awak akan mati di tangan sy?" Bella mengulangi kata2 Edward sebentar tadi dgn nada merajuk. "Td tu merupakan pernyataan yg benar," ujar Edward. Bella cuba berpaling dari Edward sekali lg, tp Edward dgn pantas menahan Bella. "Awak marah sy," ujar Bella. "Ya," Edward menjawab. "Tp td awak kata.." Bella x dpt menghabiskan kata2nya bila Edward cpt2 memotong, "Itu bkn sy marahkan awak. X kan awak x nampak, Bella?" Edward kelihatan sedikit tertekan, mood gurauannya hilang dgn tiba2. "X kan awak x faham?" ujar Edward lg. "Nampak apa?" Bella bertanya, dia keliru dgn perubahan mood Edward yg tiba2. "Sy x pernah langsung marahkan awak --- bagaimana sy boleh marahkan awak? Seorang yg kuat, boleh dipercayai... hangat seperti awak," Edward menjelaskan. "Habis tu kenapa?" Bella berbisik, sambil mengingati keadaan yg menjauhkan Edward daripada dirinya, keadaan di mana dia dlm keadaan hampa & kecewa -- kecewa dgn kelemahan dirinya, pergerakannya yg lambat & reaksi x terkawal dirinya tadi...

Edward meletakkan tangannya dgn berhati2 di wajah Bella. "Sy memarahi diri sy sendiri," ujar Edward, lembut. "Sy x boleh meletakkan diri awak dlm keadaan bahaya. Diri sy membuatkan hidup awak berisiko. Kdg2 sy membenci diri sy sendiri. Sy mmg lebih kuat, jd sy mmg sepatutnya --- " Bella meletakkan tangannya menutup mulut Edward. "Jangan," ujar Bella. Edward memegang tgn Bella, mengalihkannya dari mulutnya, tp meletakkan tgn Bella pd wajahnya. "Sy cintakan awak," ujar Edward. "Ia mungkin alasan yg bodoh utk diberikan utk apa saja yg sy buat, tp ianya mmg benar." Itu adalah pertama kali Edward mengucapkan kata cinta terhadap Bella -- dlm ayat yg panjang. Mungkin Edward x menyedarinya, tp Bella menyedarinya. "Mulai skrg, awak kena mengawal diri awak, " Edward menyambung lg sambil dia menundukkan kepalanya sedikit & bibirnya menyentuh bibir Bella. Bella hanya berdiam diri, x berani bergerak. Kemudian Bella mengeluh. "Awak dh janji dgn Chief Swan yg awak akan menghantar sy pulang ke rumah awal, kan? Baik kita pergi skrg," Bella bersuara. "Ya, cik," ujar Edward sambil tersenyum & meleraikan sebelah tangannya dari Bella. Edward membawa Bella ke kawasan yg terdapat pokok2 paku-pakis yg agak tinggi & juga pokok2 yg besar. Kemudian mereka tiba di kawasan sebuah padang yg besar di atas puncak bukit Olympic. Ia kelihatan 2 kali lebih besar dari stadium besbol biasa.


...bersambung....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 09:21 AM | Show all posts
yahuu...... ade samungan......

time kaceh leon.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2012 09:32 AM | Show all posts
hehee.... sowi la dh lama x sambung sbb mcm2 hal...bz, PH... then x brape sihat... tu blum masuk part tetiap mlm tido awal akibat penangan ajinomoto...huhu... aku ni alergik ajinomoto, mlm2 mata berat gile mcm tmakan dadah jah!  Kat tpt keja aku ni kedai mkn tu mmg guna ajinomoto.. no choice aku tpaksa menapau kat situ tetiap hari waktu lunch. Just mlm td aku cuba sedaya upaya bersengkang mata translate sbb rasa bsalah dh lama x update kat sini... plus aku mmg nk fefeeling bace novel tu sambil translate kat sini... Biasanya sblom mula translate aku amik mood dgr OST Twilight dulu, especially lagu Linkin Park "Leave it all the rest" tuh dgn lagu "Flightless Bird American Mouth" tuh! Pastu pasti akan berkobar2 nk bace novel Twilight!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2012 09:34 AM | Show all posts
yahuu...... ade samungan......

time kaceh leon.....
seeri_7843 Post at 14-2-2012 09:21


emm... tp chapter2 yg kemudian ni byk scene romantikus la... kdg2 mcm terasa seram2 sejuk jah aku nk translatekan..
kalo x best, sowi eh... aku ni translator x bertauliah... ikut sedap taip jah!
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 10:59 AM | Show all posts
Edward mengucup pipi Bella dgn lembut & berhenti di tepi mulut Bella. " Patut ke sy biarkan pokok2 t ...
leon_mclaren78 Post at 14-2-2012 00:50



susah btol bcinta ngan vampire nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2012 11:02 AM | Show all posts
hehee.... sowi la dh lama x sambung sbb mcm2 hal...bz, PH... then x brape sihat... tu blum masuk par ...
leon_mclaren78 Post at 14-2-2012 09:32



chaiyok...chaiyok
sila berusaha dgn gigih   


kita ni kalau tekak mmg tak biasa makan 'pak aji' mmg akan terasa kalau makan
aku... kalau makan pak aji terlebih.....tekak mmg rase haus sgt lepas tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2012 11:02 AM | Show all posts
susah btol bcinta ngan vampire nih
seeri_7843 Post at 14-2-2012 10:59


Oleh itu pengajarannya... jgn sesekali bercinta dgn vampire a.k.a. pontianak!
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 11:03 AM | Show all posts
emm... tp chapter2 yg kemudian ni byk scene romantikus la... kdg2 mcm terasa seram2 sejuk jah ak ...
leon_mclaren78 Post at 14-2-2012 09:34



   
hehe..takper...ikut mana yg sesuai jah..... kitorg tak kesah.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2012 11:05 AM | Show all posts
chaiyok...chaiyok  
sila berusaha dgn gigih   


kita ni kalau tekak mmg tak ...
seeri_7843 Post at 14-2-2012 11:02


aku ingin sekali bertaubat x mo mkn aji dh... tp aku dlm keadaan darurat, tpaksa gak telan aji tuh!

Kalo mekdi atau kepci dkt, nk je aku g tapau fasfud tuh dari mkn aji tetiap hari...huhu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.074707 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list