Ahmad Nubhan bin Haji Ahamad atau lebih dikenali sebagai Nubhan lahir pada 2 April 1986 merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia 6 yang berjaya menduduki tempat ketiga pada musim tersebut. Beliau berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau mempunyai suara yang gemersik. Selain itu, jejaka ini merupakan anak bongsu daripada lapan adik beradik dan mempunyai ketinggian 182cm. Beliau mengetengahkan irama Pop Melayu Moden dalam muziknya dan kini telah membawakan perubahan baru dalam muziknya apabila menyertai Meet Uncle Hussain sebagai penyanyi sandaran.