|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: PERJUANGAN BELUM TAMAT
[Copy link]
|
|
hahhaa dh tua pun bodow
x malu kat anak ke
ntah apa dia hasut anak2 suh benci bapa...kot la.
|
|
|
|
|
|
|
|
yea...x perlu tido sungguh2, dpt lelap 10-15min pun dh rasa segar.
|
|
|
|
|
|
|
|
masih x puas hati dgn ex tu
ritrud tu elok kawen baru
baru senyap kot
|
|
|
|
|
|
|
|
pandai2 la ejas ikut kesesuaian selera sdri.
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ingat anak tu dtg dari dia sorang kah
kata pandai didik anak, didik la agar jgn membenci org tua sdri...sepatutnya lahhhh.
|
|
|
|
|
|
|
|
awalnya nk off?
|
|
|
|
|
|
|
|
kena keluar pulak recce venue |
|
|
|
|
|
|
|
PERHILITAN Selangor pasang perangkap buaya di Tasik Shah Alam, Seksyen 7
SHAH ALAM: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor akan meletakkan 'banner' peringatan di sekitar Tasik Shah Alam, Seksyen 7 serta memasang perangkap bagi menangkap buaya yang dipercayai muncul di kawasan itu.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu juga sudah memasang tali penghadang di sekitar kawasan tasik berkenaan.
"PERHILITAN Selangor akan meletakkan 'banner' peringatan di sekitar Tasik Shah Alam, Seksyen 7 serta memasang perangkap bagi menangkap buaya yang dipercayai muncul di kawasan itu.
"Pemantauan juga akan dilakukan dari masa ke semasa," jelas MBSA.
Terdahulu, MBSA mengadakan lawatan tapak dan perbincangan bersama PERHILITAN Selangor susulan kemunculan seekor buaya di Tasik Shah Alam, Seksyen 7 seperti yang tular di media sosial.
Perbincangan mengenai isu berkenaan dihadiri Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam, Mohd Azhar Mohd Sharif; Pengarah Kesihatan Persekitaran, Norhisham Mohammad; Timbalan Pengarah PERHILITAN Selangor, Mohd Amir Abu Bakar serta Pasukan PANTAS MBSA.
MBSA turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan jika perlu elakkan beriadah di sekitar Tasik Shah Alam, Seksyen 7. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kayu balak hanyut di Sungai Krangan, syarikat perladangan didenda
KUCHING: Sebuah syarikat perladangan didenda berikutan insiden sisa dan serpihan kayu balak yang hanyut serta terapung di Sungai Krangan, Balai Ringin, kira-kira 90 kilometer dari sini baru-baru ini.
Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, berkata syarikat itu didapati menggunakan jentolak dan membuka tanah tanpa kawalan di zon penampan di sepanjang sungai dalam ladang mereka, sedangkan zon penampan penting dalam usaha mengatasi masalah alam sekitar.
"NREB sedang melakukan siasatan menyeluruh untuk menentukan sama ada terdapat sebarang pelanggaran tambahan dalam zon penampan. Jika ada, kami akan mulakan siasatan dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak bertanggungjawab, termasuk membawa mereka ke mahkamah untuk pendakwaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
NREB berkata, sebagai usaha pemulihan syarikat itu diarahkan segera mengalih dan membersihkan semua sisa serta serpihan kayu balak yang menghalang sungai, bagi memulihkan aliran normal sungai, mencegah kemungkinan banjir dan memastikan Titik Pengambilan Air (WIP) dan mata pencarian penduduk kampung dilindungi.
"Syarikat itu juga dikehendaki memulihkan kawasan terdegradasi dengan menanam spesies pokok asli di zon penampan yang terjejas. Langkah ini perlu untuk memulihkan keseimbangan ekologi dan mencegah kerosakan alam sekitar yang sama pada masa depan," katanya.
NREB berkata, kejadian itu memberi kesan ketara terhadap alam sekitar dan sosioekonomi serta mengancam WIP yang membekalkan air ke loji rawatan air Balai Ringin.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
'Mashitah berada di Myanmar atas urusan pelaburan hartanah'
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan keberadaan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim ke Myanmar adalah untuk urusan pelaburan hartanah di negara berkenaan.
Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) masih menyiasat pembabitan Mashitah dalam aktiviti pemerdagangan manusia.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata hasil pemeriksaan setakat ini mendapati Mashitah pergi ke Myanmar berkaitan satu pelaburan hartanah di kawasan Myawaddy.
"Pengesahan itu dibuat selepas polis selesai merakam percakapan Mashitah pada minggu lalu, selain maklumat siasatan yang dijalankan.
"Pada masih ini, JSJ masih mengumpul maklumat berkaitan untuk melengkapkan siasatan berhubung dakwaan isu pemerdagangan manusia di Myanmar yang membabitkan mangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Pihak kami juga turut selesai merakam percakapan individu bergelar Datuk Seri, berhubung kes yang sama semalam," katanya kepada BH hari ini.
Baru-baru ini Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menyerahkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pembabitan seorang ahli politik di negara ini bersama suaminya dengan satu kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
Mashitah bagaimanapun tampil menafikan terbabit dan mendakwa, tuduhan itu dikutip daripada media picisan di Indonesia.
Mohd Shuhaily berkata, secara keseluruhan setakat ini seramai lima individu sudah dipanggil memberikan keterangan termasuk Mashitah.
"Salah seorang individu yang juga penulis blog dari Indonesia akan dirakam percakapan hari ini.
"Proses merakam percakapan akan dibuat secara dalam talian memandangkan dia berada di Jakarta, Indonesia," katanya.
Mohd Shuhaily berkata, pada masa ini polis turut melengkapkan siasatan bagi mengenal pasti individu lain yang terbabit dalam kes sama.
Katanya, PDRM menyarankan mana-mana pihak yang menerima tawaran bekerja di luar negara khususnya negara yang sering dikaitkan sebagai pusat aktiviti jenayah penipuan supaya lebih berwaspada dan membuat semakan terperinci berkaitan tawaran itu sama ada melalui carian maklumat di laman web atau menyemak dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Tenaga Kerja dan Kementerian Luar.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yolah tu |
|
|
|
|
|
|
|
suhaily harap kęs ni tak jadi macam kęs adik Zayn sudah |
|
|
|
|
|
|
|
bukti dilupuskan lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Lima restoran popular bukan pemegang sijil halal - JAKIM
KUALA LUMPUR: Semakan status halal bagi premis Johnny's Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu kenyataan berkata, semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL JAKIM selepas menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.
"Untuk makluman, pertanyaan itu telah diajukan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JAKIM.
"Semakan semula yang dibuat melalui Portal Halal Malaysia mendapati premis makanan berangkai jenama Ayam Penyet Best telah mempunyai empat outlet yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.
"Jabatan ini sudah mengemukakan semula makluman kepada individu yang bertanya melalui e-mel pada 2 September lalu jam 11.36 malam iaitu hari yang sama diberi maklum balas atas pertanyaan yang diajukan," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu berkata, sebarang status halal bagi mana-mana premis atau produk, pengguna boleh melakukan semakan di Portal Halal Malaysia melalui pautan http://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/index.php - Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular melalui https://sites.google.com/islam.gov.my/skkbph/laman-utama. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Keutuhan lapisan batu kapur mampu tampung binaan - Pakar
KUALA LUMPUR: Tahap keselamatan bangunan dibina atas tanah batu kapur mampu ditampung dengan kaedah dan teknologi kejuruteraan yang mapan.
Pensyarah Geoteknik, Pengajian Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Madya Dr Ismacahyadi Bagus Mohamed Jais, berkata lapisan batu kapur yang utuh tidak bermasalah dari segi struktur dan jisim batuan kritikal.
Beliau berkata, risiko geobencana termasuk kejadian lubang benam atau tanah jerlus di bangunan dibina atas tanah batu kapur boleh diminimumkan melalui beberapa kaedah kejuruteraan termasuk 'grouting' atau penyuntikan bahan campuran konkrit ke dalam ruang atau rongga kosong.
Katanya, kekuatan batu kapur yang tidak mengalami luluhawa iaitu proses penguraian dan pereputan batuan akibat pendedahan kepada atmosfera, adalah tinggi berbanding pengkelasan terluluhawa gred IV atau V.
"Bukan semua lapisan batu kapur akan mendatangkan masalah kejuruteraan terhadap binaan, selain kewujudan lapisan batuan ini pada kedalaman sangat dalam dari permukaan bumi mungkin tidak memberi kesan kepada binaan yang tidak memiliki beban tinggi.
"Secara dasarnya, ia tidak menjejaskan keselamatan jika proses pembinaan dibuat berlandaskan prinsip kejuruteraan dan kapasiti bangunan dapat dibina atas tanah batu kapur, bergantung kepada kekuatan mampatan dan ricihnya.
"Menara Kuala Lumpur misalnya, dibina atas dasar batu kapur utuh, tiada rekahan atau sendi ketakselanjaran dikenal pasti.
"Ini menunjukkan kekuatan batu kapur mampu tahan lebih 100 megapaskal (MPa) jika etika reka bentuk kejuruteraan dipatuhi," katanya kepada BH.
Kejadian lubang benam di Jalan Masjid India di sini, baru-baru ini dilapor berpunca daripada faktor geografi dan struktur tanah kawasan itu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, dilaporkan berkata, struktur tanah berbatu kapur di situ mempengaruhi pergerakan air bawah tanah, selain menyebabkan tanah menjadi tidak stabil dan mengakibatkan tanah jerlus.
Dari perspektif kejuruteraan, Ismacahyadi Bagus berkata, pembangunan di kawasan batu kapur memiliki cabaran dan risiko lebih tinggi berbanding jenis tanah lain susulan ciri semula jadinya yang boleh terurai apabila terdedah kepada air dan kewujudan lohong.
Bagaimanapun, katanya, pembangunan atas tanah batu kapur sesuai jika siasatan tapak dibuat secara teliti dan komprehensif dengan pemetaan klasifikasi struktur dan jisim batuan dilakukan dengan baik.
Mengenai pembangunan membabitkan ruang bawah tanah, beliau berkata, ia dijangka tidak mendatangkan masalah kejuruteraan kritikal jika semua faktor geologi dan hidrologi diambil kira secara menyeluruh dan sempurna di peringkat reka bentuk.
"Secara relatifnya, kekuatan lapisan tanah meningkat dengan kedalaman manakala lapisan batuan keras akan ditemui pada kedalaman tertentu, di bawah aras permukaan bumi.
"Di sini, pemaju bijak kerana mengutamakan ciri dan sifat batu kapur sebagai sumber pembangunan struktur bawah tanah, namun perlu mengutamakan keselamatan masyarakat dengan kaedah penstabilan bumbung batu kapur dan binaan terowong yang kukuh.
"Proses pengorekan batu kapur di bawah tanah bagi pembinaan ruang bawah tanah dan sebagainya tidak menjejaskan keadaan muka bumi jika aspek kejuruteraan mampan dipatuhi.
"Sebaliknya, pengorekan bukit batu kapur yang tidak terkawal akan menjejaskan keadaan muka bumi yang mungkin mengundang bencana geologi seperti jatuhan batuan di tebing bukit dan sebagainya," katanya.
Ditanya tahap maksimum proses pengorekan batu kapur bagi pembinaan ruang bawah tanah, beliau berkata, ia bergantung kepada keperluan dan kaedah pembinaan manakala kedalaman maksimum penanaman cerucuk berpandukan pembentukan tanah, geologi dan struktur batuan.
"Pembinaan bangunan atas batu kapur, penanaman cerucuk perlu berada antara 4.5 hingga enam meter (m) di dasar batu kapur utuh dengan tahap keutuhannya adalah sembilan meter tanpa kehadiran sendi ketidakselanjaran atau rekahan.
"Kedalaman cerucuk Menara Berkembar Kuala Lumpur misalnya, ditanam pada 133m dari permukaan tanah hingga ke dasar batu kapur utuh, menjadikannya cerucuk paling dalam dibina di negara ini," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Karnival Malaysia meriahkan suasana Hari Merdeka di UK
HERTFORDSHIRE (London): Hujan dan suhu yang dingin tidak pernah menghalang rakyat Malaysia dari serata ceruk bumi Inggeris untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke-67, pada 31 Ogos lalu.
Karnival Malaysia yang diadakan setiap tahun di pekarangan Makmal Penyelidikan Getah Tun Abdul Razak di Brickendonbury, di sini, kira-kira sejam memandu kereta dari London, tidak pernah menghampakan.
Tahun ini, perayaan yang diadakan pada tanggal 31 Ogos itu berjaya menarik hampir 4,000 pengunjung termasuk penduduk tempatan untuk menikmati bukan sahaja persembahan budaya berbilang kaum Malaysia tetapi juga makanan Malaysia dari 50 gerai dari serata England.
Bagi Jane Chelliah-Manning, yang sudah 43 tahun bermastautin di London, kunjungan pertamanya ke karnival itu sangat bersejarah kerana diberi penghormatan untuk memimpin bacaan ikrar.
"Alangkah seronok menyaksikan bagaimana rakyat Malaysia berkumpul bersama untuk menyambut Hari Merdeka walaupun kita tinggal jauh di perantauan. Syukur kepada usaha Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan kerajaan Madani sekarang," kata Jane, Penolong Pengarah di Jabatan Bisnes dan Perdagangan, sebuah agensi Kerajaan British.
Jane yang berasal dari Kuala Lumpur begitu beremosi apabila diberi penghormatan itu oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom (UK), Datuk Zakri Jaafar.
"Saya hampir menangis dan berlatih membaca ikrar itu beratus kali," kata Jane sambil ketawa dan menyamakan penghormatan dengan pengiktirafan Member of the Order of the British Empire (MBE) yang diterimanya daripada Kerajaan British, dua tahun lalu.
Bagi Navtej Linney yang mengunjungi pesta ini setiap tahun, beliau berpendapat karnival tahun ini berjaya membawa lebih ramai pengunjung.
"Seronok sekali apabila melihat rakyat Malaysia datang untuk meraikan hari ini bersama-sama. Saya pasti datang setiap tahun untuk melepaskan rindu dan menyambut hari bersejarah ini bersama-sama," kata Navtej, seorang anggota aktif Kelab Wanita Asian UK yang tidak pernah melepaskan peluang untuk mempromosikan budaya dan makanan Malaysia.
Tidak dapat dinafikan lagi tarikan utama bagi setiap pengunjung, sama ada yang berasal dari Malaysia atau rakyat Inggeris sendiri, ialah juadah dari gerai di sekeliling pekarangan.
Tahun ini, gerai yang hampir menandingi gerai RD Satay ialah gerai durian. Walaupun harga sebiji hampir RM300, ia tidak menghalang peminat Musang King untuk beratur dan menikmati rasa lemak manis raja buah ini.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di UK, sebagai penganjur juga memperkenalkan Gastro Diplomacy atau Diplomasi Makanan kepada tetamu bukan Malaysia.
Bagaimanapun, bagi mereka, seperti anggota kesatuan veteran Borneo Utara dan Malaya serta bekas askar Gurkha yang pernah berkhidmat di Malaysia ketika konfrontasi, makanan Malaysia bukan lagi asing bagi mereka, malah ia mengimbas kembali kenangan manis ketika bertugas di sana.
Hari bersejarah itu diwarnai dengan pelbagai persembahan budaya seperti silat oleh Persatuan Silat Seni Gayung UK, tarian India dan Cina. Artis Malaysia, Linda Rafar juga muncul untuk menghiburkan dan memeriahkan suasana.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|