CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

JAIS Puas Hati Dengan Bukti Dokumen Nikah Datuk Ramli MS-Alyah #pg37

[Copy link]
Post time 30-8-2014 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
DATUK Ramli MS memecut laju kenderaannya, sebelum berhenti betul-betul di hadapan kediaman baharunya yang masih dalam fasa terakhir pembikinan di Bandar Kinrara, Puchong, Selangor petang Jumaat lalu.
Sebaik turun dari kenderaan pacuan empat roda itu, Ramli mesra menyapa dan mempelawa saya masuk ke kediamannya.

Beliau telah terlewat setengah jam untuk temu bual eksklusif yang dipersetujuinya beberapa jam sebelum pertemuan pada hari yang sama.

Ramah dan mesra, komposer dan konduktor terkenal itu melayan saya. Bagai tiada apa yang berlaku kepadanya.

Ironi, lelaki berusia 55 tahun itu kini menjadi sorotan umum kerana dikunjungi secara mendadak oleh pegawai dari Jabatan Agama Islam (JAIS), pagi Rabu lalu bagi mengesahkan taraf pernikahannya dengan penyanyi Alyah.
Hasil kunjungan tersebut, Ramli dan Alyah sah sebagai pasangan suami isteri sejak setahun setengah yang lalu.

“Saya okay, saya tidak tertekan atau berasa reputasi saya tercalar. Saya tidak buat salah. Kediaman ini juga bukan rumah maksiat.

“Saya juga tidak salahkan JAIS, mereka buat kerja mereka. Cuma saya kasihan kepada orang yang membuat aduan kepada JAIS yang barangkali berharap bahawa saya tidak mempunyai sijil pernikahan bersama Alyah,” begitu jawab Ramli yang santai berbaju biru dan berseluar separas lutut sewaktu ditemui.
Temu bual yang dijalankan di aras dua kemudian berlangsung dengan tenang.

Ramli yang dikenali sebagai seorang pelaku seni yang tidak suka menjadi bahan berita dan begitu menjaga soal peribadinya menjawab satu persatu soalan yang dilemparkan.
Beliau bagaimanapun meminta untuk tidak menjawab kepada soalan-soalan provokasi dan tidak relevan.

Ini antara isi temu bual yang dijawab Ramli berhubung kisah rumah tangganya dengan Alyah yang tidak dihebahkan kepada umum.

Ramli memberitahu, beliau telah menjalin hubungan dengan Alyah sejak tiga tahun lalu, sebelum bernikah secara rahsia di Batam, Indonesia pada bulan Mac 2013 dengan restu keluarga Alyah. Dua orang anaknya, hasil perkahwinan terdahulu juga merestui pernikahan tersebut.
Hanya itu fakta yang boleh dikongsikan kepada umum kerana kata Ramli, beliau tidak pernah suka menjaja cerita peribadinya kepada umum.

Ditanya bagaimana perasaan cintanya boleh mekar terhadap wanita berusia 33 tahun itu, pantas Ramli menjawab ia sudah tertulis.

Katanya: “Kalau awak tanya pasal cinta kepada saya, saya rasa macam nak cari baldi sekarang! Saya sudah cukup tua untuk berbicara soal cinta.

“Semuanya sudah tertulis dan bagi saya apa yang penting ialah penikahan kami halal dan sah di sisi agama.”

Rancang majlis

Beliau kemudian menjelaskan, tidak pernah berhasrat menyembunyikan pernikahan mereka, hanya tidak memberi hebahan tentang perkara mulia itu kepada umum atas alasan peribadi.
Berasa tidak berhutang dengan khalayak untuk menjelaskan tujuan tidak menghebahkan pernikahan yang telah sah sejak setahun setengah lalu, kata Ramli apa yang penting mereka telah selamat bernikah.
“Khalayak boleh melempar tohmahan dan fantasi liar yang mengatakan ada benda kurang baik yang saya hendak sembunyikan. Padahal tidak. Ini hak mutlak saya untuk tidak menghebahkan hal peribadi kepada umum,” ujarnya.
Malah, mereka sudah lama merancang untuk mengadakan majlis resepsi yang sederhana sekitar hujung September depan.

“Sebenarnya, sudah lama saya rancang, sebaik kediaman ini siap, saya akan umumkan pernikahan ini dalam keadaan yang jelas.

“Saya seorang lelaki yang sudah cukup matang. Pada pendirian saya, saya mahu kediaman ini siap terlebih dahulu. Bagi sesiapa yang tahu, saya sekian lama tinggal di hotel, maka saya berhasrat untuk membawa ibu saya dan isteri saya tinggal di sini.
“Sebaik kami semua sudah sebumbung, sekitar hujung bulan September ini barulah saya mahu mengadakan majlis sederhana meraikan pernikahan kami.
“Bagaimanapun, sebab ada pihak yang tidak sabar, terlalu sibuk dan kepoh, maka saya tunda hasrat tersebut. Saya juga tidak berhasrat mengundang media pada majlis itu kerana semua sudah tahu sebelum ia sahih dari kami sendiri,” katanya panjang lebar.
Ditanya bagaimana beliau menangani tohmahan khalayak terhadap pernikahannya di Batam seumpama menafikan hak Alyah sebagai seorang wanita yang belum pernah bernikah, Ramli ketawa mengekeh.
Dalam bercanda beliau menjawab: “Eh, kami nikah dengan mas kahwin RM (Ringgit Malaysia) ya. Hantaran itu hak peribadi saya nak beri apa. Kenapa nak kepoh?
“Macam yang saya cakap tadi, saya tak peduli apa orang cakap. Kami tak buat salah. Apa yang penting semuanya sah di sisi agama.”

Ramli kemudian menyimpulkan bahawa cakap-cakap nakal dan fantasi liar segelintir pihak yang terlalu kepoh terhadap kehidupannya akan berakhir.
“Macam orang demam, lepas makan panadol, ia akan baik. Tak apalah, saya tak buat salah, jadi saya okay,” katanya berulang kali.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0830&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz3BrXxI7HY
Hakcipta terpelihara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2014 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
hopefully, alyah tabah dan sabar..
pasti banyak dugaan dan tukang cucuk lepas ni..
lebih lagi pak romli xdisukai oleh media..alyah mcm kuat emosi sikit banding pak romli yang cool
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
wanitajelita posted on 30-8-2014 04:05 PM
Kahwin sorok2 psl takde duit buat majlis

pak romli kata dia nak buat majlis tapi tunggu rumah siap kekdahnya..
baca kat kosmo..
pok romli xla teruk mana pun uols..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 06:11 PM | Show all posts
adel7 posted on 30-8-2014 11:40 AM
Berapa la income RMS ni smpai duduk hotel 10 tahun.

harusla masyukkkkkk income beliau. heols rapat dgn family kwn Iols. and sesungguhnya heols peramah orgnya, dan sgt down to earth.
yg tidak mengenali beliau aje yg beranggapan beliau garang. padahal tak pun. untung aliyah. semoga berbahagia hgga ke anak cucu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 06:50 PM | Show all posts
wana89 posted on 30-8-2014 10:53 AM
DATUK Ramli MS memecut laju kenderaannya, sebelum berhenti betul-betul di hadapan kediaman baharunya ...

boleh la terima juga aper pokcik romli  ni cakap tapiiiii.....nikah kat batam tu aku still tak pahammmm....kehkehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 07:05 PM | Show all posts
soraya posted on 30-8-2014 06:50 PM
boleh la terima juga aper pokcik romli  ni cakap tapiiiii.....nikah kat batam tu aku still tak pah ...

a'a kenapa tak nikah kat malaysia jer
nikah jugak kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2014 07:19 PM | Show all posts
mixed posted on 30-8-2014 12:54 PM
Pasni senang la nk pg majlis anugerah tok ramli dpt tajaan baju sut
Sb bini kan retis nok dpt la se ...

ya lah kan, dia tu kalau masa AJL pun TV3 tunjuk tak sampai 3 saat (masa perkenalkan juri dan orkestra), tu yang @Syd suruh multinick akak screenshot gambar ramli ms tiap-tiap tahun AJL ABPBH tu, nak kena cepat, 5 saat jah dia muncul dalam setahun

setakat 3 saat muncul memang tak berbaloi lah nak taja baju segala
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok...at least dia Nk buat mjlis jugak...ok ok better batam dr danok atau songkla hehehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2014 07:30 PM | Show all posts
Mungkin la rms mmg nak war2kan pasal kawen bila rumah dia dah betul2 siap. mungkin dah ada plan nak garden wedding bagai kat laman umah kot... kalau nikah kat msia, mesti dah heboh b4 umah sempat siap. so dia pegi nikah kat batam. iols speku sajorkkk

nampak mcm umah beliau sbg watak utama pulak di sini hewhew
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
meow_tompok posted on 30-8-2014 11:05 AM
a'a kenapa tak nikah kat malaysia jer
nikah jugak kan

Batam dekat singapore. Kot pakcik ramli nak ajak suku sakat dia dr singapore join sekalik ke .
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
bambimo posted on 30-8-2014 11:25 AM
Ok...at least dia Nk buat mjlis jugak...ok ok better batam dr danok atau songkla hehehe...

Sama je singapore ke batam ke songkhla ke..yg penting gi daftar. Ni suka2 dah kawin dgn anak org x daftar. Bagi aku ni perangai busuk.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 08:53 PM | Show all posts
padan muka wartawan takkan dijemput masa mejelis bulan 9 nanti
tu laa kepochi sangat


bab nak amek baldi kalo bicara soal chenta tu lawak ok
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
soraya posted on 30-8-2014 05:30 PM
ko bukan pak nil ke nokkksss....lerrr aku ingatkan pak nil....kehkehkehkeh

Pak hang. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 09:32 PM | Show all posts
kucen_miang posted on 30-8-2014 02:02 PM
Pak hang. Huhu

kehkehkehkeh...kesiannnn..kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 09:37 PM | Show all posts
lohhhh...hak seorang isteri tu hak utk dpt hantaran puluh2 ribu, bersanding berarak berkompang bagai ka? romli...romliiiii....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 09:38 PM | Show all posts
meow_tompok posted on 30-8-2014 12:05 PM
a'a kenapa tak nikah kat malaysia jer
nikah jugak kan

kan nokkss...lagi satu belum register kat mesia....kehkehkeh...camno tu??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2014 09:50 PM | Show all posts
so, technically si hasliah ni, ikut undang2 msia masih status anak dara lah
aku ada sorang kawan, kawin lari kat siam, tak register kat msia, cerai pun main lafaz kat talipon saja...so, takdak masalah pun kalu dia nak kawin lagi, dlm borang seksok status letak anak dara walopunnnnnn....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Die nak rase kawen n terus hanimun kat obersi... biarkanlah die... so alyah, tahniah lah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 11:10 PM | Show all posts
So dh bleh letak title Datin loh ni?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols rasa ramli ni mcm loving la.kalau tak,takkan la tokti.,alyah leh cair ngn dia walaupon x ensem.tapi karisma tu ade. Sweet talker agaknye but only to the chosen one.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.060281 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list