CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mentollica

Umrah

 Close [Copy link]
Post time 19-10-2007 10:19 AM | Show all posts
Harap2 Untie Rosputih da selamat tiba ke Tanah air..rindunye nak beremail ngan die,n yg pasti nak dgr cete Untie di tanah suci sepanjang Ramadhan ari 2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2007 03:23 PM | Show all posts
Alhamdulilah...Untie Rosputih da selamat kembali ke tanahair..terima kasih atas segala2nya Untie...TQ byk...dgn rase syukur tak terhingga atas pertolongan Untie buat kami sekuarga...Alhamdulilah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 08:47 AM | Show all posts
Insyallah kami  akan berangkat ke tanah suci Mekah pada 15 Nov 2007 hingga 30 Disember 2007 utk mengerjakan ibadat haji.  

Kepada semua forumers, terutamanya yang membaca tulisan saya, saya mengambil kesempatan  memohon maaf sekiranyanya tulisan saya ada yang menyinggung perasaan dan tidak menyenangkan anda semua. Doakan kami selamat pergi dan selamat kembali dan dikurniakan kesihatan yang baik dan kemudahan dari ALLAH utk mengerjakan ibadat haji dengan sempurna dan mendpt haji mabrur. Semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah , selamat sejahtera dan dirahmati dunia dan akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 09:28 AM | Show all posts

Reply #823 rezeki's post

semuga selamat pergi n balik.
dikurniakan oleh Allah Taala keselamatan dan kesihatan supaya dpt menjalani ibadah haji dengan sempurna.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 09:37 AM | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat haji yang mabrur...balik pd 30/12 yea.. tak de lah terburu-buru untuk mengerjakan
tawaf dan saie selepas  balik dari melontar...
Kak Ti masa pergi dulu hanya ada masa 2 hari saja untuk mengerjakan tawaf dan saie sebelum berlepas balik ke M'sia....sampai Mekah dah agak tengahari dan esoknya jam 6.00 petang mula bergerak ke Jeddah...

Keadaan ditempat tawaf dan saie waktu tu memang berhimpit-
himpit.... ialah kebanyakan jemaah sema dah nak pulang ke negara masing-masing. Masa nak tawaf widak tak berani tawaf dibawah bukan
apa takut terbatal, separuh jemaah tu main langgar je nanti bahu kita
terpusing dah batal.  Kita kena jaga sema tu... jadi untuk elakkan dari
terbatal Kak Ti tawaf kat tingkat atas makan masa sikit pun tak pe lah
janji tertib....Alhamdulillah sebelum jam 6.00 petang Kak Ti dah tiba
dihotel.

Disebabkan ramai jemaah yg masih tak sampai lagi last-last bertolak
ke Jeddah selepas Isyak....
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 10:56 AM | Show all posts
Tulisan rezeki amat menyenangkan Kakyah dan rasenya semua forumer yang membacanya dan tak pernah menyinggung perasaan atau tidak menyenangkan kami semua. Malah menghiburkan dan very informative. Kakyah doakan rezeki sekeluarga selamat pergi dan kembali. Semoga di kurniakan kesihatan yang baik dan kemudahan untuk mengerjakan ibadat haji dengan sempurna oleh Allah swt dan InsyaAllah mendapat haji mabrur. Kakyah juga berdoa agar kami semua juga dapat mengikut jejak langkah rezeki mengerjakan haji tak lama lagi. Semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah, selamat sejahtera dan dirahmati dunia dan akhirat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2007 12:03 PM | Show all posts
tumpang tanya berapa kos gi umrah sekarang yea..n pakejn travel agency mana yg korang rasa selesa...

First time g tawun 2005 hujung bulan tujuh...masa tu pakej rega lebih kurang RM4,000..terus ke Madinah dua malam n ziarah then kat Mekah dalam 10 hari..masa tu ok la travel agency dia..la nih ada byk citer lak..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 02:24 PM | Show all posts

Reply #827 namakurahsia's post

Kak Ti pernah pg ngan Triways selain Tabung Haji...ok gak..
Rayhar pun bagus gak, kawan-kawan yg pg ngan Rayhar sema
kata bagus....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2007 08:52 AM | Show all posts
pernah pegi Umrah dgn Triways 2005..puas hati sbb hotel di Mekah sgt dekat..turun lift je terus cross jalan dan masuk ke pintu Masjidil Haram. Di Madinah, kami tinggal di Hotel Hilton..makan biasa saja..yg tak bestnya wakil Triways too young dan tak pernah pergi Umrah..so peserta rombongan jadi ketua..tengok-tengok beliau dapat bawa balik 2 tong air zam zam..org lain 1 tong saja.Guide Triways di sana orang Indon...so kami dibawa ke gerai Indon masa nak beli buah tamar.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 11:44 AM | Show all posts

Reply #822 harehak's post

Belum ada kesempatan  dan masa yang selesa nak bercerita harehak. Tambahan
pula balik ofis minggu lepas, komputer problem dengan virus dan kerja banyak, tak ada kesempatan nak berforum.  Nanti kita sembang lebih lanjut di e-mail ye.  Baru hari ini untie  dapat  hantar sedikit kiriman untuk harehak sebagai tanda ingatan semasa untie berada di sana.

Kepada lain-lain rakan forum, walaupun kita tidak mengenali antara satu sama lain
seperti Masrojah,  Norhashimah telah saya sampaikan pesanan dan doa-doa sepertiyang puan mohon.  Semoga Allah SWT memperkenakan doa-doa kita semua.
Begitu juga dengan naasiha, saya doakan semoga naasiha akan menjadi tetamu
Allah di Ramadhan yang akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 12:17 PM | Show all posts

Reply #826 kakyah's post

Saya doakan kakyah dikurniakan kesihatan yang baik, dapat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 10:35 PM | Show all posts

Reply #830 Rosputih's post

Salam Puan;

Alhamdulillah puan telah selamat kembali. Tima kasih bebyk atas jasa n budi baik
puan. Semoga dapat menurut jejak puan di masa depan, InsyaAllah.

Kalau dpt baca cerita2 ttg pengalaman puan semasa di sana, alangkah bagusnya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2007 08:59 AM | Show all posts

Reply #832 catalysts2's post

Walaikum salam Catalyst

Alangkah baiknya kalau kita dapat mengenali antara satu sama lain agar  persaudaraan itu terasa lebih rapat lagi.  Semasa di sana  saya turut mendoakan agar semua
forumer dapat menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah dan Madinah.

Kalau ada kelapangan nanti saya akan ceritakan sedikit sebanyak pengalaman yang boleh dikongsi bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 05:13 PM | Show all posts
Masih menunggu Untie ceritakan pengalaman di sana lagi...heheheeh..masih cbuk lagi ye Untie di pejabat...kami sekuarga masih dan nak ucapkan lagi berbanyak2 terima kasih pada Untie...tak terhingga Untie...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2007 01:24 PM | Show all posts
Kakyah pun nak dengar cerita dari Rosputih. Tapi takpe.. boleh sabar.. tunggu Rosputih clearkan kerja2 nya dulu. Nanti dah settle everything baru tenang dan seronok nak bercerita..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2007 05:26 PM | Show all posts

Reply #835 kakyah's post

kakyah, harehak, catalyst;

Sebenarnya sebelum ini saya masih berfikir-fikir lagi perlukah saya bercerita di forum ini mengenai pengalaman saya semasa berada di Madinah dan Makkah kerana saya tak mau disalah anggap pulak.  Tetapi memandangkan masih ada yang  menunggu dan ingin mendengarnya saya putuskan akan bercerita  sedikit sebanyak mana yang boleh dikongsi bersama dengan niat agar ianya akan menambahkan lagi ketakwaan kita kepada Allah SWT dan meningkatkan lagi minat dan hasrat kita semua untuk mengunjungi tanah suci Makkah dan Madinah.

Petang ni  boss ke out station.  Ada masa terluang, bolehlah  mengadap pc. Tapi,tak tau pulak di mana nak mulakan cerita.

Walau bagaimanapun,  saya ingin kongsi  dan mulakan dua peristiwa di Madinah dan di Makkah, bagaimana Allah telah makbulkan doa hamba-hambanya yang memohon kepadaNya

Seperti kebiasaan pakej yang dianjurkan oleh mana-mana agensi, kami  cuma berada  berada di  Madinah selama   4 hari sahaja.  Masa untuk jemaah wanita memasuki kawasan Raudhah amat terhad.  Biasanya saya ke Raudhah selepas solat subuh. Selepas suboh jemaah-jemaah wanita yang ingin memasuk Raudhah akan dikumpul mengikut negara masing-maasing.  Kita akan berkumpul dengan petugas masjid memegang sepanduk nama-nama negara seperti Turki, Mesir, Iran dsb.nya termasuklah Malaysia.  Saya bersama seorang kakak rakan sebilik yang baru saya kenali  yang ingin mengikuti saya turut sama berada di kelompok Malaysia. Jemaah-jemaah  dari Indonesia  termasuk Singapura   juga berkumpul di kelompok Malaysia.  Menunggu untuk memasukki Raudhah ini memerlukan kesabaran kerana agak lama, berpindah dari satu tempat  ke satu tempat dalam masjid itu kerana mengikut giliran.   Pada pandangan ramai, jemaah dari negara-negara arab lain  didahulukan atau diberi keutamaan sedangkan   kita yang penuh berdisiplin setia menunggu giliran seolah-olah macam dianaktirikan sehingga petugas tersebut di marahi jemaah. Suasana menunggu ini juga menimbukan ketegangan dan kekecohan. Tapi tak mungkin petugas-petugas itu berniat begitu.

Jemaah dari Malaysia memang berdisiplin dan terpuji sifatnya.  memang tak dinafikan berbanding jemaah negara-negara lain yang kasar dan tidak mengikut arahan.  Tinggallah jemaah Malaysia terkebelakang.  tapi apa yang boleh kita buat. hanya bersabar dan bersabar kalau ingin memasuki ke 'salah satu dari taman-taman di syurga' kan?. Kalau nak keluar pun  agar sukar.  Dalam keadaan jemaah yang telah diasing-asingkan mengikut negarapun,  mereka masih berasak-asak juga ingin merempuh denga kekuatan mereka yang memang luar biasa berbanding dengan kita.

Untuk tidak membuang masa begitu saja, sementara menunggu untuk sampai ke Raudhah yang memakan masa 2 - 3 jam tu eloklah kita berzikir atau membaca Al Quran.  sambil-sambil menunggu itu, kami bercerita seolah-olah  begitulah keadaan agaknya ketika di padang mashyar nanti, ketika menunggu untuk dihisap amalan kita. Di situ saja  Kita boleh perhatikan tahap kesabaran manusia, walaupun mempunyai tujuan yang murni tapi tak lepas dari sifat-sifat mementingakan diri, kurang sabar dsb.

Ketika menghampiri kawasan Raudhah saya berpesan kepada kakak yang  mengikut saya sekiranya terpisah, beliau hendaklah menunggu saya di laluan keluar dari Raudhah kerana  laluan itu one way mudah berjumpa.  Memang benar, kami terpisah ketika berasak-asak ketika di Raudah.  Saya memang  maklum, Kita memang tak boleh berjanji atau berpimpin tangan atau berganding tangan,  untuk bersama-sama ketika di Raudhah kerana tempat itu kecil,  jemaah terlalu ramai berhimpit-himpit, tambahan ada yang bersolat dicelah-celah orangramai tanpa memikirkan keselamatannya, kita terpaksa berhati-hati bimbang terpijak jemaah yang sedang sujud di celah himpitan jemaah.  Bagi diri saya, saya memang menunggu dan memilih di ruang hadapan sekali di Raudah, kerana keadaan lebih selesa dan selamat berbanding kalau solat di tengah-tengah, takut kita terpijak dek orang yang terlalu ramai berhimpit-himpit  yang kalau nak berdiri tegak pun sukar.  Seboleh-bolehnya, kakyah  carilah peluang bersolat di barisan hadapan hadapan sekali ye.

Selesai solat dan berdoa di Raudah saya terus menuju ke jalan keluar dari Raudhah ,kalau-kalau  kakak itu ada menunggu saya.  Tapi dia tiada di situ.  Saya tak boleh menunggu terlalu lama di situ kerana petugas masjid yang sangat tegas dan garang tidak membenarkan kita berada dan menunggu di laluan  tersebut.  Saya memerhati mencari beliau sambil terus masuk semula ke tempat solat dalam masjid kalau-kalau terserempak dengan beliau.  Saya rasa amat  bersalah kerana terpisah dengannya memandangkan  beliau benar-benar bergantung kepada saya untuk pulang ke hotel kerana hari pertama beliau belum mahir lagi jalan pulang ke hotel.  

Setelah agak lama, saya mengambil keputusan balik ke hotel dengan harapan dia sudah pulang.  Tetapi bila lihat ucang kasutnya masih ada dipetak tempat letak kasut (kami letak dalam satu petak) hati saya berdebar kerana beliau sebenarnya masih di masjid.  Saya pulang ke hotel untuk membaharui wuduk dan kembali semula ke masjid dan meletakkan kasut di petak yang sama dengan kasut kakak tadi untuk solat Zohor dan berdoa agatr kami bertemu.

Selesai solat dan membaca Al Quran saya kembali ke tempat penginapan dan berharap kakak tersebut tahu jalan untuk pulang ke hotel.  Tapi alangkah bersyukurnya saya apabila saya menuju ke rak kasut untuk mengambil kasut, saya bertemu dengan kakak tersebut yang juga  menuju ke ruang kasut dan kami sama-sama serentak  mengambil kasut dalam petak yang sama.  Apa lagilah kami berpeluk-peluk sakan.  Memang menurut kakak tersebut beliau tak tahu jalan pulang ke hotel.  Hinggakan beliau  membuat solat hajat agar ditemukan dengan saya.  Maha Suci Allah yang memakbulkan doanya ketika itu juga.  padahal ribuan jemaah keluar masuk ke dalam masjid, tapi kami seolah-olah diatur untuk ditemukan dalam detik yang sama di hadapan rak kasut yang hanya kami berdua sahaja di situ ketika itu. Alangkah manisnya kami rasakan pertemuan itu.

Sorry, terlalu detail pulak cerita ni.Dah terlalu panjang pulak rasanya, belum lagi cerita kisah mak aji yang kehilangan kasutnya di Makkah. Itulah sebabnya saya tak mau mulakan bercerita,takut orang bosan,  bila dah mula bercerita,  macam susah nak berhenti pulak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2007 05:57 PM | Show all posts

Reply #823 rezeki's post

Saya doakan rezeki dikurniakan kesihatan yang baik, dapat menjalankan ibadat dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2007 06:02 PM | Show all posts

Reply #835 kakyah's post

Berdoalah agar kakyah dapat menjejak langkah rezeki untuk mengerjakan haji kerana saya tersilap sangka, ingatkan kakyah yang nak berangkat ke tanah suci  baru terperasan rupanya rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2007 10:25 PM | Show all posts

Reply #836 Rosputih's post

Salam Puan;

Jangan risau puan. Bagi org yang tak pernah mengerjakan umrah n haji,
pengalaman yang diceritakan oleh puan sgtlah berharga. Sekurang-kurangnya
dapat menyuntik semangat kami untuk sampai ke sana.  

Saya akan terus menanti cerita selanjutnya.
Jazakallah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2007 06:48 PM | Show all posts

Reply #839 catalysts2's post

Terima kasih catalysts.  Apa yang saya paparkan dan akan saya paparkan nanti adalah dengan niat yang ikhlas, bertujuan agar ianya menjadi renungan dan sekiranya boleh dijadikan iktibar kepada kita semua termasuk diri  saya sendiri yang masih sangat kekurangan dalam segala hal.

Bila saya ingin bercerita tentang kisah mak aji  yang kehilangan kasut yang di simpan di dalam uncang bersama kasut suaminya di Masjidil Haram, saya teringat pulak kisah saya yang juga kehilangan kasut yang disimpan di dalam uncang bersama dengan kasut kakak ipar saya semasa mengerjakan haji lebih 15 tahun yang lalu.  Walaupun telah lama berlalu, peristiwa itu masih kekal dalam ingatan saya hingga ke hari ini.

Mengenai kisah mak aji yang kehilangan kasut tu, semasa dalam perjalanan pulang ke tanah air,  iaitu  dalam perjalanan ke lapangan terbang Jeddah,  memang menjadi lumrah,  kita semua akan singgah bersolat di Masjid Terapung.   tidak jauh dari Jeddah Airport.  Rombongan kami seramai 28 orang singgah untuk solat Zohor di masjid tersebut.  Selesai solat saya, mak aji dan dua orang  lagi kakak menunggu di satu sudut sementara menunggu kaum lelaki selesai solat.  Mak aji tersebut memberitahu kami, dia ternampak kasutnya yang hilang di Masjidil Haram berada di tangga masjid tersebut dan menunjukkan kepada kami kasutnya itu yang bertanda merah kerana dia kenal sangat kasutnya itu yang dibawa dari Malaysia.  Menurutnya kasutnya hilang di dalam ucang yang turut menyimpan kasut suaminya yang diletakkan di rak kasut di masjid.  Beliau hairan bagaimana kasutnya boleh hilang sedangkan kasut suaminya masih ada dalam uncang tersebut dan beliau berdoa agar ditunjukkan siapakah orang yang mengambil kasutnya itu.

Berbalik cerita kasutnya yang ada di tangga masjid itu, kami berpakat menunggu  siapakah yang akan memakainya kerana masih ramai lagi warga dari lain-lain negara yang masih bersolat di situ. Lepas seorang seorang keluar, tapi kasut itu masih belum disarung lagi hinggalah seorang jemaah yang kemudiannya kami tahu dari Singapura yang memakainya.

Nak dijadikan cerita, kami juga hairan bagaimana dan kenapa jemaah Singapura  itu  tiba-tiba saja datang menuju kepada kami dan tidak semena-mena berkata  kasut yang dipakainya itu ada  orang hendak membuangnya  jadi beliau mengambilnya.   Menurutnya lagi, dia telahpun membeli kasut baru, dan berhasrat hendak membuang kasut yang dipakainya itu. Timbul juga pertanyaan dalam hati saya, kalau dah beli kasut baru kenapa pakai kasut itu yang agak besar dari saiz kakinya).  Kami berpandangan sesama sendiri dan nak tergelak pun ada atas kelakuan wanita tersebut.  Mak aji itu pula menjawab, buat apa nak buang, sedekahkanlah pada orang lain. Kemudian wanita tersebut berlalu dari situ.  

Doa orang tua dimakbulkan Allah, kata mak aji tersebut kepada kami kerana menurunya beliau memang berdoa ingin tahu siapakah yang ambil kasutnya itu.  

Saya bawakan cerita ini bagi  menunjukkan betapa doa mak aji tersebut memang dimakbulkan Allah.  Fikirkanlah  bagaimana kejadian itu boleh berlaku dalam suatu  suasana dan detik seolah-olah diatur bagi memperkenankan doa orang tua tersebut.  Hingga kini saya masih terfikir-fikir siapakah yang sebenarnya mengambil kasut itu, adakah wanita Singapura itu, atau adakah benar seperti katanya ada orang lain yang ingin membuang kasut itu dan beliau mengambilnya? Perlukah beliau berbohong atau  memang beliau bercakap benar? Jadi siapakah yang sebenarnya yang mengambil kasut dari dalam uncang mak aji tersebut hingga menyebabkan mak aji itu berdoa sedemikian?  

Ada kesempatan lain saya akan ceritakan pulak kisah saya yang kehilangan kasut di Masjidl Haram juga 15 tahun yang lalu yang mana kisah mak aji dan saya adalah serupa tetapi membawa makna yang berlainan dan iktibar yang tersirat yang mana saya rasa dapat menyelami maksudnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.396446 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list