|
Balas #835 sirri_khafi\ catat
saya risau kamu tu yang tak bersedia..ingat kepada ketentuan Allah..setinggi mana kamu mengangkat diri kamu tu, ditakdirkanNya kamu jatuh, maka jatuh jugalah kamu...setiap kata2, ada je angkuhnya.
Dan kamu nyata tak jawap soalan saya pun..saya katakan kepada kamu, adakah Nabi kata bahawa bertabligh sahaja jalan untuk mencapai keredhaanNya?. Tidak,kan?. Seorang pelajar yang pergi menuntut ilmu..dalam perjalanannya ke U,tiba2 dia eksiden..itu bukan mati syahid ke?. Seorang ibu yang melahirkan anaknya, lalu mati..itu bukan mati syahid ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 6-8-2008 02:48 PM
Mungkin Tuan berasakan kedudukan Tuan di sisi Tuhan adalah terlalu tinggi, lantas Tuan memikirkan saya ini menentang Jemaah Tabligh..cuba Tuan baca dua cadangan saya di atas..mana ada menentang?. ...
East,
Saya tak rasa Sirri merasakan kedudukan dia tinggi di sisi Tuhan, cuma cara penyampaiannya ada perbezaan sedikit mungkin sebab dia cuba nak sampaikan maksud dengan TERANG dan TEGAS tapi mungkin disalah-ertikan sebagai taksub dan sebagainya.
Kalau saya bertemu Sirri face-to-face, mungkin saya akan berguru darinya dalam bab ilmu agama. Saya berguru dengan banyak orang, ada sesetengah orang kelebihannya ilmu, ada orang lain kelebihannya sabar, ada orang lain kelebihannya hikmah...
Dan dalam Jemaah Tabligh ada bermacam-macam kelebihan individu tertentu, tapi kalau nak lihat buruk pun ada juga, tapi dikhuatiri nanti yang buruk tu yang sangkut pada lidah kita |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #832 eastrun's post
Saudara-saudara Islam ku sekelian.
Istifar lah kita sama, agar bibit pertelingkahan yg di bawa oleh iblis dan syaitan ke dalam hati saya dan tuan2 yang mulia dapat keluar jauh dari hati kita.
Saya sarankan sebelum maghrib ni cuba korbankan masa sikit datang awal ke masjid, setengah jam sebelum maghrib ke. Mungkin kita sempat mambaca Al-Quran, berzikir atau berjumpa imam/ ustaz dekat masjid, minta nasihat dan pandangan mereka (Bila2 bila pun bole, maghrib tu adalah masa terdekat sembahyang fardu pada waktu ini). Semoga dengan muzakarah, zikir, bacaan alquran dapat memperkuatkan iman dan hidayah Allah akan turun kadalam hati kita, Insyaallah.
Tuan2 yang mulia,
Tujuan forum ini untuk kita sama2 membincangkan tentang kebaikan tabligh bila ada dinegara kita dan keburukan tabligh sekiranya tiada didalam negara kita.
Harap Kuman pun boleh join lagi, insyaallah. Anta punya ulasan tu agak baik, masyaallah. Ilham dari Allah SWT.
Wallahhu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #837 mnm77\ catat
mnm yang bermata sepet, berkulit putih, berjanggut dan berkupia yang aku mimpikan,
Ya, dia tegas..tapi saudara juga tegas, tetapi saudara tidak menghentam...
Seperti saudara, saya juga berguru...sekarang saya ada dua orang guru yang membimbing saya...di antara dua guru saya...ada yang sangat sabar...saya kadang2 tanya soalan yang bukan2 kepada dia, tapi dia jawab dengan baik dan dia tidak menghentam saya..yang seorang lagi juga sabar, cuma sangat sensitif...sedikit perkataan yang tersalah akan membuatkan dia sedikit marah, namun dia akan memaafkan..
Dalam kes, Sirri, mungkin inilah cara dia..tapi kalau dia menghentam, saya rasa tak elok..sebab tak pernah pun saya semacam memuji amalan saya adalah amalan yang terbaik...tidak pernah dan semua orang pun tidak layak untuk berbuat demikian..bila sahaja anda menghentam dan mengatakan amalan anda adalah yang terbaik..maka apakah maknanya? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by manakautau at 6-8-2008 04:29 PM
So the point is tertib as in urutan yang perlu diikuti secara sequence didalam solat memang ada disebut didalam Quran dan bukan yang dicipta reka oleh ahli fuquha, betul? Now kalau ahli tabli ...
itu la jugak yg diorg cakap...ade dalam tertib die amik dr quran dan hadis gak..mana ade reka cipta...ulamak kan ada byk pendapat..mcm tertib solat pun ade 4 mazhab..2 mazhab kata 6 rukun..ade kata 14 rukun ada kata 13 rukun..so ulamak yg membezakan tertib tu..hukum yg ada dlm quran tetap xberubah..salah ke apa yg aku paham nie |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by manakautau at 6-8-2008 04:29 PM
So the point is tertib as in urutan yang perlu diikuti secara sequence didalam solat memang ada disebut didalam Quran dan bukan yang dicipta reka oleh ahli fuquha, betul? Now kalau ahli tabligh juga katakan 3 hari 40 hari serta 4 bulan itu juga adalah tertib dakwah.....adakah ini juga ada disebut dalam Quran atau hadith?
cool down bro.....
Pasal dalil 3 hari, 40 hari dan 4 bulan dah saya sebut di page yang lepas, dan tertib ni bukannya Syari'at hukum mesti keluar ikut tempoh tersebut seumpama tertib perintah Solat.
Syari'at yang ada dalam Quran termasuklah Dakwah, lebih dari 60 ayat Al Quran ada disebut, namun perlaksaannya melalui HIKMAH dan BIJAKSANA (Ikut Sunnah). Nak ikut Sunnah pun kena belajar step-step, sukar nak belajar kalau langkau terus. Sebelum perintah Solat, para Sahabat belajar IMAN selama 13 tahun, bukan sekejap tuuu....
Lihat sajalah, bila ditafsir Ulama Fuqaha tentang tertib solat, terdapat perbezaaan, dan perbezaan ini sikit pun tidak menjurus kepada satu mazhab lebih superior kepada satu mazhab yang lain. Tertib tu adalah untuk mendapatkan Solat yang paling mirip dengan Solat Nabi (Sunnah). Seperti itu juga, perlaksanaan tertib mengikut Jemaah Tabligh adalah untuk memudahkan kita belajar Sunnah Nabi cara berDAKWAH.
Bila tafsiran dibuat oleh orang yang ahli, orang awam sepatutnya tidak mempertikaikan tafsiran tersebut, kecualilah mempunyai ilmu macam yang ahli maka bolehlah memberi input yang sewajarnya.
Apabila pesakit ditahan di wad hospital, doktor kata kena dok 3 hari. Boleh pula kita ikut cakap doktor sebab kita faham doktor tu ahli dalam bidangnya
Originally posted by manakautau at 6-8-2008 04:35 PM
dan kalau ikut Nabi kita pun camtu jugak...jangan terlalu orthodox dan extreme....sabdanya....
Ok la abangku sayang tuan Manak..... abang ni berdakwah yang macamana? Silalah kongsi sikit? Berapa banyak Sunnah Nabi abang dah amalkan?
Jemaah Tabligh takde pun paksa abang keluar berdakwah. Agama ini adalah nasihah. Dorongan untuk keluar bermujahadah belajar IMAN disebut banyak tempat dalam Al-Quran, tiada paksaan pun...
Kalau tempoh 3 hari, 40 hari dan 4 bulan dah cop extreme, tidakkah dakwah Nabi itu sendiri lagi extreme?
Apa yang Manak faham tentang extreme tu? Macam terrorist bomb sana sini tu contoh yang extreme sampai orang Islam kena cop pengganas. Yang mengkafir sana sini tu extreme, seolah-olah diri sendiri dah terjamin Syurga. Takde pun tarbiyah extreme macam ni dalam Jemaah Tabligh
Sebab tu dah tanya banyak kali dah.... pernah keluar ikut Jemaah Tabligh tak? Abu Sufyan sebelum peluk Islam, dia tuduh tujuan Nabi berdakwah untuk dapat kuasa. Macam-macam halangan Nabi terima bila berdakwah. Adakah Manak nak tergolong dalam orang yang menghalang usaha Dakwah? Atau yang sekurang-kurangnya menyokong usaha Dakwah?
Sesungguhnya manusia itu suka menentang apa yang tidak diketahuinya...
Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.
(Al-Kahfi, 54)
[ Last edited by mnm77 at 7-8-2008 07:02 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #841 sirri_khafi\ catat
tidak prejudis..tanya pada mnm...dia tahu saya pernah rapat dengan seorang tabligh, malah dua guru saya juga menyertai tabligh..namun, tidak pernah pun dia kata kebaikan2 dan amalan2 saya menyebabkan saya terkeluar dari menjadi Umat Nabi Muhammad...cuma mereka berpesan supaya melakukan yang terbaik dan seikhlas boleh..sebab tiada siapa pun tahu kedudukannya di sisi Allah. Boleh jadi, orang yang keluar berjihad, tetapi atas kerana sebab2 tertentu yang Allah sahaja yang tahu, maka dia tidak merasa pun pahala jihad dan mati syahid...sekian...
Dan Allah juga ada firmankan..bahawa setiap manusia dijadikan berbeza-beza kemampuannya..maka dengan sebab itulah saya keluarkan dua cadangan tadi....ia lebih kepada toleransi...
-Dari Hamba Allah yang darjatnya pun tak tahu tinggi mana- |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by manakautau at 6-8-2008 16:35
Yang hang pergi dongak yang tinggi2 buat per....agama tu mudah jer....yang sedang sedang...dan kalau ikut Nabi kita pun camtu jugak...jangan terlalu orthodox dan extreme....sabdanya....
pppppssstttttttttttt......................cuber bagi DEFINASI akan perkataan ORTHODOX dan EXTREME. (mengikut Kamus Oxford) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by manakautau at 7-8-2008 15:22
Kalau kamu nak jelaskan maksud mengikut apa yang kamu mahu.....(oxford) then by all means you can share...tapi yang aku sebut maksud dua perkataan itu dari sudut perbincangan kita mengenai te ...
Selama ini .............miker hanya menjelaskan sesuatu definasi itu MENGIKUT APA YG KAMU MAHU.
Dan kamu hanya mahu mendengar apa yg kamu suka.......
Bertanya akan soklan yg berulang ulang walaupun ia sudah di perjelaskan.
Yang kamu tahu............Islam itu adalah Sederhana
Mengamal ikut sekadar yg mampu.....
Tiada paksaan di dalam Islam
Dakwah mengikut peredaran jaman......
Mempersoalkan apa itu tertib dan syarat.
Ini sahaja soklan yg di ulang ulang sejak dari dulu berbicara mengenai Tabligh di mana mana BOD.
Soklan sekarang................bagaimanakah IMAN dan AMALAN kamu sejak kamu berbicara mengenai JT??
Ada peningkatan or dok di tahap lama??
Begitu juga dgn kefahaman kamu ttg Agama Islam?? |
|
|
|
|
|
|
|
Mendap ker....................................................
uppppppppppppppppppppp. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #846 manakautau's post
PATUT TANYA DIR SENDIRI....
SEJAUH MANA TAHAP DAN SUMBANGAN KITA UNTUK DAKWAH ORANG KEMBALI KEPADA ISLAM DARI PERSOALKAN ORANG LAIN....
SEKURANG-KURANGNYA MUNGKIN SEKARANG ADA YANG SEDANG MANGAJAK ORANG MENGINGATI TUHAN...
DARIPADA KITA DISINI MEMEKAK DAN TAKDE SUMBANGAN LANGSUNG DALAM MENGAJAK MANUSIA KEMBALI KEPADA TUHAN....
TAKUT SAMPAI SATU TAHAP KITA HAMPIR SAMA NGAN ABU LAHAB... TIDAK SUKA MELIHAT DAKWAH ISLAMIAH DISEBARKAN DARI PINTU KE PINTU....
SAPE MAKAN CILI DIA RASA PEDAS...
TEPUK DADA TANYA IMAN...
TENGOK SAPE YANG MELENTING PASNI...HUHUHUHU..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by manakautau at 7-8-2008 02:57 PM
The extreme di sini boleh juga dilihat sebagai PENETAPAN yang dibuat......the fixation of the time frame...........you can say wateverlah saranan ker usulan para ulamak ke dan sebagainya but my question is...... yang pandai2 tetapkan sedangkan Nabi sendiri tak tetapkan......saper punya pandai?....Now I ask you....apasal takdok 13 hari, 23 hari, 33 hari etc?
Kalau ada 13 hari, 23 hari, 33 hari pastu orang macam kamu datang dan kata kenapa tak 17 hari, 27 hari, 37 hari? Sampai bila pun tak habis bukan?
Tempoh 3 hari, 40 hari tu EXTREME?
Disebabkan oleh Manak amat arif dengan Dakwah Nabi dan Sahabat, saya nak tanya beberapa soalan berikut:
Berapa lama Nabi Ibrahim tinggalkan Siti Hajar? Haaa jawab jangan tak jawab?
Berapa lama ekspidisi tabuk semasa zaman Nabi bersama sahabatnya? Berapa lama 3 orang sahabat yang tidak mengikuti ekspidisi tu diboikot?
Ha, jawab, jangan tak jawab....?
Berapa lama Saydina Umar cadangkan tempoh maksimum keluar di jalan Allah? Haa jawab jangan tak jawab?
So can I safely say that pergerakkan tabligh ini will not be as effective if the tertib 40 hari, 4bulan tidak diikuti?
If your answer is YES.......then I shud be asking you...." DAKWAH JENIS APA KAH INI?"
Dakwah yang dilakukan oleh Jemaah Tabligh adalah pertama sekali untuk ISLAH DIRI sendiri dan pada masa yang sama untuk BELAJAR SUNNAH TERMASUKLAH DAKWAH
TANPA DAKWAH, ISLAM TAK KAN TERSEBAR. TANPA DAKWAH, UMAT ISLAM SEMAKIN JAUH DARI AGAMA
Tertib tu adalah method untuk mendapatkan dan mempelajari Sunnah Nabi. Kalau takmau spend 40 hari, boleh luang 41 hari ke 60 hari ke. Boleh dimesyuaratkan, no hal. Tempoh2 yang disyorkan tu untuk memudahkan urusan harian orang zaman sekarang untuk persiapan, contoh ambil cuti, simpan duit simpanan mencukupi untuk keluarga, selain dari hikmah2 yang lain....
Ada jemaah 2 minggu, 2 bulan, dan sebagainya mungkin Manak tak pernah dengar sebab ashik dok sibuk pertikai saja. Yang biasa didengar adalah 3 hari, 40 hari, 4 bulan. Kalau nak sebut sampai berjela-jela nanti lagi susah pula...
Ni pun saya ulang lagi, dan persoalan Manak telah banyak kali dijawab di page2 yang lepas.... Kita beruntung kalau ulang lagi dan lagi cerita KEBESARAN ALLAH, tapi kalau ulang pertikai soalan yang dah dijawab, masa akan terbuang begitu saja..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|