|
Thanks semua... umah biasa2 ajer... mix of modern n english... lampu tu intan minat sangat walaupun tak sesuai... satu ruang yg ada daybed ikea tu sebenarnyer kaler black n white.. modern style kunun2nyer... heheee
oh kat dinding tu batu hias yg org selalu letak kat luar umah... bwat ala ala focal point jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #783 ba3syia's post
dalam surat khabar utusan malaysia hari ni, ada citer pasai Azlin ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #821 intanazlynna's post
intan...alas meja lawa la...berkenan pulak kita..! |
|
|
|
|
|
|
|
lawa ek alas meja tu...
ada lapik pinggan n napkin yg sama kaler dengan alas meja tu.. tapi if dah semua nyer sama pattern jadi tengelam laa ek... last2 pinggan tu tu tak ber placemat |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #822 agar2's post
Azlin sahut cabaran suami
Oleh MERAN ABU BAKAR
[email protected]
Azlin Abdullah bersama suami, Md. Yazid Md. Salleh di kedai mereka di Kota Kemuning.
--------------------------------------------------------------------------------
GERAM dengan cabaran suami yang mengejeknya hanya hangat-hangat tahi ayam semasa mula berniaga nasi lemak, Azlin Abdullah, 36, bertekad untuk membuktikan kepada suami bahawa dia boleh mencari wang sendiri.Suami yang menyuruhnya supaya duduk di rumah menguruskan rumah tangga dan anak-anak, hanya membuatkan Azlin bingung kerana dia sendiri mengaku tidak suka membuat kerja-kerja rumah.
Baginya, duduk di rumah akan membuatkannya tidak produktif dan membazirkan minat untuk mencari duit kerana dia yakin boleh berbuat sesuatu yang mendatangkan wang.
"Sebagai wanita, kita harus tunjukkan kebolehan kita kepada suami. Jika seorang isteri pandai berdikari dan mencari duit sendiri, suami akan tabik kita,'' luahnya semasa ditemui di kedainya, Indah Reka Cipta di Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor.
Azlin berpendapat, wanita harus menyayangi diri sendiri dan melakukan sesuatu bagi jaminan masa depan tidak kira bersuami orang kaya atau tidak.
"Saya sendiri walaupun suami mampu menyara saya dan anak-anak, namun saya tetap mahu mencari duit sendiri. Apa yang penting suami menyokong,'' kata isteri kepada Md. Yazid Md. Saleh, yang bertugas sebagai jurutera akaun.
Justeru itu, Azlin tekad membuka perniagaan sendiri dengan menjual perabot berkonsep Inggeris sejak lebih setahun lalu setelah melahirkan anak ketiganya.
Sebelum itu, selama empat tahun dia berniaga kecil-kecilan di rumah menjual barangan perhiasan porselin dan pinggan mangkuk kepada kawan-kawan.
Melihatkan peluang yang ada dan setelah membuat kajian mengenai minat masyarakat Melayu terhadap ala Eropah yang dibuat di China, Azlin bersama suami terbang ke negara itu bagi membeli perabot putih yang menjadi minat ramai.
"Berdasarkan pada pengalaman, saya yakin perabot seperti itu boleh dijual dan saya merayu suami agar bersetuju saya membuka kedai sendiri.
"ada saya, untung sikit pun tak apa asalkan mempunyai ramai pelanggan kerana saya tahu bagi seorang pengumpul, sekali sudah membeli dia akan membeli barangan yang lain pula,'' ujar ibu kepada tiga orang anak dari umur setahun setengah hingga 12 tahun.
Azlin berkata, pada awal dulu kedainya agak sunyi, tetapi kini semakin ramai yang datang bukan sahaja dari sekitar Lembah Klang malah Terengganu, Kelantan, Singapura dan Indonesia.
Keistimewaan Indah Reka Cipta ialah ia mempunyai ramai pelanggan yang membeli secara borong dan menjadi pengedar bagi dijual di tempat lain atau ada yang menjadikan rumah sendiri sebagai bilik pameran.
Kata Azlin, mereka yang membeli secara borong akan diberikan potongan harga yang berpatutan.
Pada masa ini, Azlin mempunyai seramai 50 orang pengedar di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Menurut Azlin lagi, bagi masyarakat Malaysia, mungkin perabot putih berkonsep Inggeris ini masih baru lagi.
Ramai yang masih mengekalkan perabot jati yang menjadi kegilaan sedikit masa dulu.
"Jika ingin menukar pada perabot putih, jangan buat secara drastik. Buat sikit-sikit dulu di ruang yang kecil seperti di ruang tamu, dapur, laman dan bilik tidur. Jangan tukar semuanya sekali gus kerana nanti akan nampak seperti ruang pameran.
"erabot Inggeris tidak semestinya semua putih. Kadang-kadang orang kita keliru dengan konsep.
"Hendakkan konsep Inggeris, ada yang sanggup mengecat perabot jati di rumah dengan warna putih,'' katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #825 ba3syia's post
ade bace kt paper pg td.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #811 umialya's post
Kalau ikut Lebuhraya Kesas lepas exit Shah Alam, ambil exit Kota Kemuning.
Lepas exit Kota Kemuning, 1st roundabout ambik pukul 3, lepas tu nampak building McDonald belah kanan. Jalan terus sampai nampak building warna kuning & masuk kanan (ataupun perhatikan direction pegi AEON d'Hati).
Jalan terus sampai ke hujung, ada nampak pasaraya AEON D'Hati disebelah kanan tapi masuk ke kiri. Nampak row kedai yg mengadap rumah under construction.
Nama kedainya Indah Reka Cipta.
Kat situ boleh beli harga retail, kalau nak jadi dealer beli barang harga RM1K (b4 discount).
Faham ke saya tulis direction ni. Kalau tak faham nanti PM saya, saya bagi no. contact dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #816 intanazlynna's post
Intan,
Cantik le alas meja tu, beli kat mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #816 intanazlynna's post
-double posting-
[ Last edited by ba3syia at 21-4-2008 07:05 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #825 ba3syia's post
Azlin Abdullah bersama suami, Md. Yazid Md. Salleh di kedai mereka di Kota Kemuning.
tolong tepek gambar dalam UM tu.. sweet je Azlin ni kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #830 dealova77's post
dealova,
Mmg sweet, orangnya pun berbudi bahasa.
Last masa pegi dgn mak saya hari tu, siap bagi free gift kat mak saya.
Dan drebar teksi pun dia bagi free gift jugak, sbb dia tengok drebar teksi tunggu lama ada satu orang customer dari Sabah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #831 ba3syia's post
wooowww bestnya...
cantik le Azlin ni, kecantikan asli |
|
|
|
|
|
|
|
wow...terujanya saya nak g kedai Azlin ni. Org meniaga ni..kalau selalu bagi free gift kat customer....insyallah...rezeki murah tau! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #816 intanazlynna's post
cantik la rmh intan...nampak luas
rmh banglo ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau i buka kedai.. i nak customer satisfaction 1st. I selalu imagine.. i nak kena layan bagus.. so always put myself as customer sebelum fikir i as penjual barang. so far memang ramai yg dtg semula sbb service bukan sbb barang2
50 stockis tu ramai tauu... |
|
|
|
|
|
|
|
guys....
bagi sapa2 yg mampu beli barang2 mahal kat laura ashley tu..
cuba tengok2 kedai tu sekarang coz now dorang dah buat spring/summer sale
i tengok semlm
nie asal |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eva at 22-4-2008 10:15 AM
fara.. i pon jatuh cinta cushion sama... i nak beli dua tiga.. .
cantikkk
beli eva, bawak balik msia...
kt msia tu mesti triple price kalau ada dijual... |
|
|
|
|
|
|
| |
|