CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mohdmus

Ilmu tasauf dan tarikat [+ gabungan thread mohdmus]

[Copy link]
Post time 25-12-2009 02:58 AM | Show all posts
776# baghal

Nak ceritakan tentang balutan dan hiasan sahaja ke?
Apa perkara pun jika di perhiaskan akan nampak elok dan molek !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2009 03:14 AM | Show all posts
781# baghal

Memang kehidupan sufi itu sudah terdapat pada diri Nabi. Sehari-hari ia hidup sederhana dan menderita, di samping ia menghabiskan waktunya dlm ibadah , dlm mendekati Tuhannya. Jangankan perabot Wella Design, makanan pun jarang2 ada. Tidornya bukan bertilamkan tilam dunlop, atas sepotong tikar sampai berbekas pipi Baginda. Byk lagi yg kita ketahui tentang kesederhanaan Rasulullah saw dlm hidupnya..


Itu Zuhud.. tiada kena mengena dengan sufi.

dan ajaran Rasul s.a.w untuk semua... BUKAN untuk ahli-ahli sahaja!
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 03:52 AM | Show all posts
Salam. Soalan ; Adakah Rabiatul Adawiyah tu ahli sufi?
HOTlips Post at 22-12-2009 15:08


Tidak... Beliau hanyalah seorang solehah dan zuhud.
hanya namanya disensasikan oleh penganut sufi.

ucapan yang dikatakan ucapan Rabiatul Adawiyah.(seingat saya)

"揧a Alalh! Apabila aku beribadah kepadaMu lantaran rasa takut dari api nerakaMu, maka bakarlah aku di dalamnya, dan apabila aku beribadah kepadaMu lantaran rasa tamak untuk mendapatkan syurgaMu maka haramkanlah syurga dariku.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 10:33 AM | Show all posts
776# baghal  

Nak ceritakan tentang balutan dan hiasan sahaja ke?
Apa perkara pun jika di perhiaskan akan nampak elok dan molek !
Nazrulism Post at 25-12-2009 02:58


Apakah maksud Tuan?

Apakah Tuan jenis suka cerita tentang hal di sebalik balutan....ermm...mungkin porno sikit?  

Hal2 porno ni kalu sembang ngan org lain, jadi fitnah, jadi haram...boleh sembang ngan bini kat rumah jer...(itulah maksud ahli)

Tapi kalu Tuan nak cerita jugak, apa salahnya....
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 10:58 AM | Show all posts
808# sirrikhafi


Maklumlah ahkak ni bukan ahli Quran.
Jazakallah
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 11:01 AM | Show all posts
823# Nazrulism


Make sense.
Nak dpt ikhlas cara tu, emmmm.... sampai ke sudahlah akak x mampu nak buat. Part ni agak heran skit. Kenapa lak salah mengharapkan pemberian dariNya. Kita minta pd Allah si pemberi bukan pd makhluk. Kot pd makhluk harus jadik syirik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2009 11:23 AM | Show all posts
781# baghal  


Itu Zuhud.. tiada kena mengena dengan sufi.

dan ajaran Rasul s.a.w untuk semua... BUKAN untuk ahli-ahli sahaja!
Nazrulism Post at 25-12-2009 03:14


Apa maksud zuhud? Tolong huraikan sikit..


Kenapa perlu rahsia??

Untuk elak fitnah..

Macamana boleh jadi fitnah?

Sebab salah faham..dan tidak sampai maksud sebenar. (tiada ilmu dan bimbingan)

Jadi, bagaimana untuk tahu rahsia itu?

Perlu belajar dan dibimbing oleh orang yang arif..

Riwayat di bawah adalah perkataan orang yg arif , yg dikurniakan Allah kefahaman...drpd kita selalu mempertikai, lebih baik kita belajar dr org yg arif. Itu adalah lebih baik.


Berkata Zainal A'bidin bin Al-Husin bin A'li bin Abi Talib (ra):
         Ertinya; "Sesungguhnya aku sembunyikan segala yg indah2 drpdilmuku, supaya tidak dilihat oleh orang2 jahil, maka sudah pasti iaakan memfitnahkan kami."

Berkata lagi Saidina A'li bin Abi Talib Karamallahu Wajhah:
         Ertinya; "Wahai Tuhanku, beberapa ilmu yg indah2 kalau kunyatakannya, nescaya orang akan mengatakan aku, engkau daripada orangyg menyembah berhala.
                     "Dan sudah tentu akan menghalalkan beberapa oranglelaki Muslim akan darahku mereka itu mengiktiqadkan ilmu yang indah2itu adalah ilmu yang jahat, apa yang mereka datangkan itu (ilmu) adalahyang baik."

Berkata Sahal bin Abdullah At-Tasturi (ra):
         Ertinya; "Bagi orang2 yang berilmu itu ada tiga bidang keilmuan:
                         Pertama: Ilmu zahir, diberikan kepada ahli zikir
                         Kedua   : Ilmu batin, tidak harus menzahirkannya kepada sesiapapun melainkan kepada ahlinya.
                         Ketiga   : Ilmu antara dia dengan Allah Taala, tidak harus menceritakannya kepada sesiapa pun.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 02:24 PM | Show all posts
Yaa ayyuhaa alladziina aamanuu
Wahai org-org yg beriman.

Ittaquu ALLAAHA
Bertaqwalah kamu kpd ALLAH

Waibtaghuu ilayhi alwasiilata
Dan carilah kpd Nya akan wasilah (kedekatan)

Wajaahiduu fii sabiilihi  
Dan berjuanglah di jln Nya

La'allakum tuflihuuna
Mudah-mudahan kamu berjaya.
sirrikhafi Post at 24-12-2009 17:46


Tolong jelaskan "dan carilah kpdNya akan Wasilah"
Jadi Ayat ini Allah memerintah Org yg besabar mengambil wasilah...
Soklan saya terangkan Wasilah yg kite kene ambil......?
Oh Ya,
Maksud Wasilah dlm ayat ini ialah mencari Wasilah kpd ALLAH.
bukan mencari Wasilah kpd makhluk mahupun mayat


Pandai Seorg AhlulQuran Buat Fitnah ye......Bila saya cakap kpd makluk atau mayat.....walaubagaimana pun syabas.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2009 06:36 PM | Show all posts
Apakah maksud Tuan?

Apakah Tuan jenis suka cerita tentang hal di sebalik balutan....ermm...mungkin porno sikit?  

Hal2 porno ni kalu sembang ngan org lain, jadi fitnah, jadi haram... ...
baghal Post at 25-12-2009 10:33


ada jugak sufi blue!....
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 08:20 PM | Show all posts
soklan ni sgt menarik kak. Utk pgetahuan akak,tasawuf terbahagi kpd 2.Tasawuf ittihad atau hulul atau wusul atau wahdatul wujud yg dipeloporioleh al-Hallaj, Ibn Arabi dn mrk yg spendirian dgn keduanya. Tasawufmrk ini jelas menyalahi zohir alquran dan alsunnah,maka ia digelar tasawuf falsafah. Ia mmbicangkan mslh ketuhananberasaskan pemikiran manusia dgn tidak merujuk kpd alquran danalsunnah. Batiniyah pun sama begitu.
Tasawuf sunni spt tasawuf Imam Al Ghazali yg pd dasarnya tidakmenyalahi alquran dan alsunnah yg kemudian dpd itu lahir dua lg tokohyg paling besar iaitu Syed Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani dan SyedSyeikh Ahmad Al-Rifa'i. Tasawuf mrk ini melatih manusia dr segi rohanidan jasmani dgn sifat2 yg terpuji dan menjauhi sifat2 yg terkeji tetapitidak sampai kpd fahaman al tajalli(seluruh alam semesta ini pdhakikatnya tajalli atau penampakan/penjelmaan Allah dan wujud alamsemesta ini adalah wujud wahmi tiada wujud yg sebenar) spt yg dikatakanoleh tasawuf falsafah.

Yg menyebabkan berlakunya kegelinciran dan timbulnya ajaran2 sesatapabila iktiqad mrk menjisimkan zat, sifat dan af'al Allah iaitu bykberlaku pd mrk yg mengambil tasawuf falsafah(iaitu yg byk pd msskarang).
salikin Post at 23-12-2009 17:04


Assalamualaikum..
ada org tak?
kalo tade.. tapelah..
sy tinggalkan soklan ni dlm peti soklan ye..

Soklan 1:
Buat saudara salikin..
timakasih atas jwpan itu..
dan berbalik pd posting tersebut..
adakah saudara salikin mengecopmohorkan..
bhw Al-Hallaj dan Ibn Arabi sebagai sesat?

Soklan 2:
Berdasarkan posting sbm ni..
bole tak elobratekan skit ttg..
iktiqad Syiah, Wahabi, Mujasimah dan Murji'ah..
yg dikatakan sesat itu dr pandangan ASWJ..
krn sy pecaya golongan2 itu jg mengaku mahu menegakkan agama..
begitu jg mrk menggunakan Alquran dan Hadis..
bukankah ini menimbulkan kekeliruan pd org ramai..
terutamanya perapu tegar mcm sy...


** sy pun tade dok dlm tarikat..
tp sy suka dan minat nak tau ttg smua tu..
kecuali ajaran Ayahpin..
sebab dia memiliki Kerajaan Langit..
sy ni gayat orangnya..
fobia nak dok tempat tinggi2..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 08:26 PM | Show all posts
Tak adil rasanya jika sy hanya bertanya pd salikin je..
Now, sy nak tanya pd Nazrulism atau Sirrikhafi atau Hotlips..
opppssss dan jg mohdmus..

Soklan 3:

Apa pandangan anda..
terhdp tarikat2 spt Naqsyabandi, Satariah, Qadariah dan yg sewaktu dgnnya..
kalo tak silap sy..
kebanyakan tarikat tersebut dipelopori oleh para ulama', bekas ahli fatwa dan bekas mufti..
pendek kata mrk terdiri dpd golongan yg bukan calang2 orgnya..
adakah mrk itu mengamalkan perkara2 yg salah?..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 08:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nazrulism at 25-12-2009 21:11

826# HOTlips

Part ni agak heran skit. Kenapa lak salah mengharapkan pemberian dariNya. Kita minta pd Allah si pemberi bukan pd makhluk. Kot pd makhluk harus jadik syirik.


Pada kaum sufi.. Ikhlas mestilah sepertimana bila berkawan, tidak mengharapkan harta kawan tu!
Seperti sikaya berkawan dengan si kaya.. memang Ikhlas, tidak mengharap harta kawan tu..
atau sipapa berkawan dengan sipapa.. juga Ikhlas, apa yang nak diharapkan dari kawan tu..

Ikhlas jenis ini hanyalah untuk menyatakan.. mereka sama Kaya dengan Tuhan atau Tuhan miskin seperti mereka.
Tidak boleh mengharap atau diharap. Maka terlahirlah ucapan "ana Al-Haq" dari fahaman 'hulul' dan kepercayaan 'wahdatul -wujud' dengan menganggap semua yang ada dialam semesta ini hanyalah berkaitan 'perasaan dan rasa' sahaja (tiada apa-apapun).

Agaknya terlupa.. Hubungan kita (manusia) dengan Tuhan adalah sebagai hamba yang hina dengan Pencipta yang Maha Kaya. Berikhlaslah kita dalam hubungan ini (bukan antara kawan sesama makhluk). Hanya kepadaNya tempat kita memohon dan mengharapkan keselamatan didunia dan Akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 10:50 PM | Show all posts
Soklan 1:
Buat saudara salikin..
timakasih atas jwpan itu..
dan berbalik pd posting tersebut..
adakah saudara salikin mengecopmohorkan..
bhw Al-Hallaj dan Ibn Arabi sebagai sesat?

ana_una Post at 25-12-2009 20:20

Salam Akakku....,

Awal-awal lagi saya kata, kata-kata mereka menyalahi Zohir Al Quran dan Al Sunnah....saya jg tak menghukum mengatakan mereka sesat. Biarpun byk yang kata mereka sesat tetapi tidak saya.

Berdasarkan posting sbm ni..
bole tak elobratekan skit ttg..
iktiqad Syiah, Wahabi, Mujasimah dan Murji'ah..
yg dikatakan sesat itu dr pandangan ASWJ..
krn sy pecaya golongan2 itu jg mengaku mahu menegakkan agama..
begitu jg mrk menggunakan Alquran dan Hadis..
bukankah ini menimbulkan kekeliruan pd org ramai..


Iktikaq Syiah dari pandangan ASWJ sesuai dgn apa yg saya study dan penah jg join....dan masih pnya kawan2 lagi tapi kalo jmpe mesti debat giler2nya....but still bole kwn...

Syiah ertinya dlm bahasa melayu ialah pengikut. Kalo dikatakan Syiah Ali ertinya pengikut Ali....Manakala kaum syiah dlm istilah sejarah dan ilmu tauhid ialah mrk2 yang menjadi pengikut dan penyokong Syaidina Ali bin Abi Thalib ra dan mempercayai bahawa beliau adalah penganti Nabi Muhammad saw sebagai Khalifah bknnya Syaidina Abu Bakar...

Kaum Syiah mempercayai bahawa Nabi Muhammad saw pernah berwasiat kepada Syaidina Ali bahawa Syaidina Ali lah yang menjadi khalifah sesudah nabi. Peristiwa ini belaku disuatu tempat bernama Ghadir Khum iaitu semasa Nabi Muhammad saw balik dari mengerjakan Haji Wada'. Org2 syiah membawa hadis mereka yg bermaksud
" (Rasulullah tlh keluar berjln pulang menuju Madinah. apabila sampai di suatu tempat bernama Ghadir Khum dekat dengan Juhfah pd malam 18 Zulhijah, beliau bangun berpidato dgn mengangkat tangan Ali bin Abi Thalib sambil berkata: "Bkn kah Aku ini lebih utama kpd org mukmin dari mrk sendiri?" maka jawab mrk yg hadir "ya Rasulullah". kemudian Nabi menyampaikan lagi "Barangsiapa yg menganggap aku ini pemimpinnya maka Ali jg adalah pemimpin"....
dan sebuah hadis lagi di Ghadir Khum jg ialah sabda Baginda:
" Ali pd saya sama dgn Harun pd Nabi Musa. Ya Allah tolonglah(angkatlah) org yg menolongnya dan hinalah org yg menghinanya"
kedua-dua hadis ini tidak terdapat didlm hadis sahih muslim dan Bukhari, Ibni Majah, Abi Daud dll. Hanya kalo ada sedikit dlm Hadis Tirmizi..
1. Syaidina Ali Bin Abi Thalib, Wafat 40H
2. Syaidina Hassan bin Ali bin Abi Thalib wafat 50H
3. Syaidina Hussin bin Ali Bin Abi Thalib wafat 61H
4. Ali Zainal Abidin Bin Hassan Bin Ali wafat 91H
5. Muhammad Al Baqir Bin Ali Zainal Abidin wafat 117H
6. Jaafar Sadiq Bin Muhammad Al Baqir wafat 148H
7. Musa Al Kazim Bin Jaafar Sadiq wafat 183H
8. Ali Redha Bin Musa Al Kazim wafat 203H
9. Muhammad Al Jawwad Bin Ali Redha wafat 220H
10 Ali Bin Muhammad Bin Ali Redha wafat 254H
11 Hassan Bin Ali Bin Muhammad wafat 260H
12 Muhammad bin Hassan Al Askari Al Mahdi hilang pd tahun 260H

Erti Ahlulbait

Ahlulbait ialah Ahli Rumah, maksudnya famili Rasullullah, iaitu temasuk isteri2 Baginda, Pakcik2, anak2, cucunya. Pada  kaum syiah Ahlulbait itu hanya dr keturunan Ali dan Fatimah shj. manakala isteri2 baginda tak termasuk dlm ertikata Ahlulbait yg disebut dl AlQuran Surah Al Ahzab ayat 33:
"waqarna fii buyuutikunna walaa tabarrajna tabarruja aljaahiliyyati al-uulaa wa-aqimna alshshalaata waaatiina alzzakaata wa-athi'na allaaha warasuulahu innamaa yuriidu allaahu liyudzhiba 'ankumu alrrijsa ahla albayti wayuthahhirakum tathhiiraan"

"dan hendaklah kamu tetap di rumahmu [01] dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu [02] dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ta'atilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait [03] dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."

[01] Maksudnya: Isteri-isteri Rasul agar tetap di rumah dan ke luar rumah bila ada keperluan yang dibenarkan oleh syara'. Perintah ini juga meliputi segenap mu'minat.
[02] Yang dimaksud "Jahiliyah yang dahulu" ialah Jahiliah kekafiran yang terdapat sebelum Nabi Muhammad SAW Dan yang dimaksud "Jahiliyah sekarang" ialah Jahiliyah kemaksiatan, yang terjadi sesudah datangnya Islam.
[03] "Ahlul bait" di sini, yaitu keluarga rumah tangga Rasulullah SAW............

sambung......lanje minum panjang sangat nie.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 11:42 PM | Show all posts
Apa maksud zuhud? Tolong huraikan sikit..

baghal Post at 25-12-2009 11:23


Sikit boleh la..

Zuhud
Tidak tertarik, tidak terikat, tidak terpengaruh dan tidak terasa cinta kepada sesuatu yang bersifat keduniaan serta disetiap masa menggunakannya (yg  bersifat keduniaan  sebagai sebaik-baik wasilah untuk menyempurnakan ibadah. Ianya menjadi sebagai kaedah/cara mendekatkan diri kepada Allah tanpa meninggalkan syari'at.

At-Taubah
20 (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja) dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
21 Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal.
22 Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisiNya pahala yang besar.

memperolehi ketinggian darjat disisi Allah dengan sikap zuhud... berbeza dengan amalan sufi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2009 12:18 AM | Show all posts
Post Last Edit by salikin at 26-12-2009 00:20

833# salikin

Nikah Mut'ah Halal

Nikah mut'ah ialah nikah sementara waktu, dimana seorang lelaki dan perempuan bole berkahwin tanpa wali dan saksi:
"aku mengawini dikau selama seminggu dengan upah sebyk 50 hinggit" misalnya. dengan itu jadilah mereka berdua sebagai suami isteri. Apabila berlalu masa seminggu maka nikah itu terbatal dgn sendirinya. mrk berdalilkan pd Firman Tuhan:

ertinya " Wanita2 yg kamu telah istimta' dgn mrk, maka berilah upah kpd sebagai kewajipan"

Kaum syiah berpendapat istimta' itu ialah mut'ah. Jd apabila kita beristimta' (bersuka-suka) dgn perempuan maka mesti dibayar akan upahnya.

Kaum kaum ASWJ dan Imam-imam Mujtahidin berpendapat bahawa nikat Mut'ah itu adalah haram. Hukuman halal nikah mut'ah itu telah dimansuhkan manakala ayat diatas td ialah bersambung dgn ayat lain dan menceritakan darihal nikah jg. dan ujur dlm ayat itu bukan bererti upah tetapi mahar atau mas kahwin. Ayat di atas menerangkan bahawa isteri2 yang telah kita campuri itu wajib kita membayar mas kahwinnya, inilah pendapat AWSJ begitu jg dlm masalah talak pd syiah, talak 3 sekali gus itu hanya jatuh 1 shj dan bole rujuk kembali. ini adalah pendapat syiah imamiyyah dan ibnu qaiyim. Pd ahlulsunnah dan mazhab 4, berpendapat bahawa talak 3 itu sekaligus jatuh ketiga-tiga sekali dan tidak bole dirujuk kembali.

Ijma' dan Qias

kaum syiah tdk menerima ijma' dan qias krn, ijma' dan qias ini ialah pendapat manusia, bknnya wahyu dari tuhan. menerima ijma' dianggap menerima pendapat org lain yang bkn dr puak syiah. sebaliknya mrk menerima pendapat daan perkataan Imam mrk dan kata2 Imam itu mjd sumberhukum bg mrk krn Imam itu dipercayai menerima wahyu dari tuhan.

Kaum Rafidhiyah (syiah)
Antara Itikaq Mereka

1. Bahawa Syaidina Ali Bin Abi Thalib turun dari langit atau rupa awan ketuhanan lalu berrupa manusia maka dilakukanlah beberape pekerjaan yg dibangsakan kepada ketuhanan. setelah itu naik semula ke langit.

2. Bahawa Syaidina Ali itu nabi : jibril tersalah membawa wahyu kepada nabi Muhammad saw.

3. Bahawa Syaidina Ali dan nabi Muhammad saw bersyarikat dlm pekerjaan Nubuwah.

4. Bahawa jawatan khalifah itu hanya khusus pd Syaidina Ali. Adapun Syaidian Abu Bakar, Syaidina Umar dan Syaidian Usman sentiasa berada dlm keadaan kafir apabila menerima dan memegang jawatan khalifah Rasullullah. mrk menyumpah sahabat-sahabat Agung Rasulullah dll sahabat yang tiada seketurunan atau sebangsa dgn Syaidina Ali.

5. Apabila roh keluar dari satu jasad anak Adam maka masuk pula jasad yang lain dgn nama dan rupa yang lain atau serupa.

6. Bahawa Syaidina Ali akan kembali hidup semula di akhir zaman sebelum kiamat, menghukum akan semua musuh2nya dan tempatnya kini didlm awan. Guruh dan kilat itu suara cemetinya.

7. Bahawa Allah swt terkadang-kadang zohir atas rupa manusia maka dinamai akan dia nabi atau Imam. lalu mengajak manusia kepada agama Islam yang lurus. Jikalau tiada demikian itu maka sesatlah semua makhluk.

8. Bahawa zat allah swt itu menjelma masuk dlm sesuatu dan sebati dgn dia.

Mujasimah@ Jahmiah

antara iktikaq2 mrk...
1. Asma Allah dan Sifat Allah makhluk.
2. Zat Allah itu wujud pada tiap2 tmpat hulul dan ittihad.
3. Org yg mukmin yg 'asi apabila masuk neraka tiada keluar selama-lamanya
4. Isi neraka apabila jd abu tiadalah lagi hidup.
5. Mayat itu tiada lagi merasai azab atau nikmat kecuali pd masa sakaratulmaut dan dlm kubur.
6. Bahawa zat Allah bediri antara langit dan bumi
7. Bahawa nabi muhammad saw hanya melihat tuhan di dlm dunia shj dan manusia yg lain plak melihat tuhan hanya di alam akhirat shj.

Murji'ah
antara iktikaq2 mrk

1. Selepas membicarakan rukun iman tiada yg difardukan oleh Allah swt
2. Bahawa Allah swt menjadikan sekelian makhluknya tetapi tiada menyuruh melaksanakan kejahatan dan tiada melarangnya meninggalkan kejahatan.
3. sesiapa mengucap kalimah syahadah maka bebas melakukan taat atau bebuat maksiat
4. barangsiapa mengesakan zat sifat asma dan af'al Allah maka tiada sekali-kali tersurat atasnya dosa besar
5. bahawa Allah swt itu jauhar atau a'radh
6. sah sujud pada matahari serta bulan dan bintang atau makhluk yang lain seperti sujud kpd Allah.
7. Iman itu ilmu, brgsiapa tiada ilmu maka jd kapir...
8. sesiapa tiada mengetahui amal dan nahi jd kafir...
9. Iman seseorg itu pd tiap2 tahun setiasa bekurangan tiada bertambah
10 Dirinya jd mukmin jika dikehendaki oleh Allah dan tiada jd mukmin jika tiada dikehendaki allah akan keimanan dirinya
11. Zat Allah serupa dgn manusia..
12 Wajib dan sunat, haram dan makruh sama shj krn kesemuanya titah perintah Allah
13 Zat Allah tiada bersifat dgn segala sifat wujudiah...
14 Bole mengikut perintah syaiton, jin islam atau kafir walaupun perintah melaksanakan segala yg haram.

ok le kak ni jer yang saya tahu....nak lebih tanya syeikh Bahgal(tai chi dia plak)....syukur alhamdulilah semoga kite sama2 dpt rahmat Allah swt....
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2009 11:38 AM | Show all posts
832# Nazrulism

Ikhlas jenis ini hanyalah untuk menyatakan.. mereka sama Kaya dengan Tuhan atau Tuhan miskin seperti mereka.
Tidak boleh mengharap atau diharap. Maka terlahirlah ucapan "ana Al-Haq" dari fahaman 'hulul' dan kepercayaan 'wahdatul -wujud' dengan menganggap semua yang ada dialam semesta ini hanyalah berkaitan 'perasaan dan rasa' sahaja (tiada apa-apapun).

Agaknya terlupa.. Hubungan kita (manusia) dengan Tuhan adalah sebagai hamba yang hina dengan Pencipta yang Maha Kaya. Berikhlaslah kita dalam hubungan ini (bukan antara kawan sesama makhluk). Hanya kepadaNya tempat kita memohon dan mengharapkan keselamatan didunia dan Akhirat.


Sebelum ni lagi saya dah bgtau Tuan, jgn ceritakan psl sufi...sumber rujukan Tuan xbetul..Tuan amik dr mana semua ni?

Orang kapir pun xkan cakap Tuhan tu miskin..fikir la sikit sebelum tulih..

Ikhlas adalah rahsia Allah, hanya Allah yg tahu keikhlasan seseorang..

Tapi, ada ulama yg membahagikan ikhlas ini kpd 3 bahagian;

1. Ikhlas peringkat pertama (mubtadi) - berbuat amal kebaikan tanpa mengharapkan pujian atau ganjaran dari orang lain. Tetapi ia cuma mengharapkan pahala dr Allah swt dan ganjaran syurga atau krn takutkan azab neraka spt yg telah Allah janjikan untuk org yg beriman dan beramal salih.

2. Ikhlas peringkat kedua (mutawasit)- berbuat amal kebaikan tanpa mengharapkan ganjaran pahala, syurga ataukrn takutkan azab neraka, krn memandang kebaikannya itu adalah kurniaan Allah swt kpdnya semata2. Ia cuma mengharapkan keredhaan Allah. Iamenjaga hatinya dr tercemar dgn riak, ujub , takbur dan yg sewaktudgnnya.

3. Ikhlas peringkat ketiga (muntaha) - Orang peringkat ini memandang segala amalannya adalah dari Allah dan berlaku mengikut kehendak Allah swt , kerana Allah semata2..

Hanya Allah yg lebih mengetahui..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2009 12:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by salikin at 26-12-2009 00:20


kaum syiah tdk menerima ijma' dan qias krn, ijma' dan qias ini ialah pendapat manusia, bknnya wahyu dari tuhan. menerima ijma' dianggap menerima pendapat org lain yang bkn dr puak syiah. sebaliknya mrk menerima pendapat daan perkataan Imam mrk dan kata2 Imam itu mjd sumberhukum bg mrk krn Imam itu dipercayai menerima wahyu dari tuhan.

Kaum Rafidhiyah (syiah)

Antara Itikaq Mereka

1. Bahawa Syaidina Ali Bin Abi Thalib turun dari langit atau rupa awan ketuhanan lalu berrupa manusia maka dilakukanlah beberape pekerjaan yg dibangsakan kepada ketuhanan. setelah itu naik semula ke langit.

2. Bahawa Syaidina Ali itu nabi : jibril tersalah membawa wahyu kepada nabi Muhammad saw.

3. Bahawa Syaidina Ali dan nabi Muhammad saw bersyarikat dlm pekerjaan Nubuwah.

4. Bahawa jawatan khalifah itu hanya khusus pd Syaidina Ali. Adapun Syaidian Abu Bakar, Syaidina Umar dan Syaidian Usman sentiasa berada dlm keadaan kafir apabila menerima dan memegang jawatan khalifah Rasullullah. mrk menyumpah sahabat-sahabat Agung Rasulullah dll sahabat yang tiada seketurunan atau sebangsa dgn Syaidina Ali.

5. Apabila roh keluar dari satu jasad anak Adam maka masuk pula jasad yang lain dgn nama dan rupa yang lain atau serupa.

6. Bahawa Syaidina Ali akan kembali hidup semula di akhir zaman sebelum kiamat, menghukum akan semua musuh2nya dan tempatnya kini didlm awan. Guruh dan kilat itu suara cemetinya.

7. Bahawa Allah swt terkadang-kadang zohir atas rupa manusia maka dinamai akan dia nabi atau Imam. lalu mengajak manusia kepada agama Islam yang lurus. Jikalau tiada demikian itu maka sesatlah semua makhluk.

8. Bahawa zat allah swt itu menjelma masuk dlm sesuatu dan sebati dgn dia.


salikin Post at 26-12-2009 00:18


Ini fakta2 daripada kuliah2 Abuya ka?? Jiika anda seorang yang benar2 bertanggungjawab dan ikhlas dalam menegakkan kebenaran maka aku cabar kamu supaya menyatakan siapakah yang mengeluarkan kenyataan2 tersebut.
Siapakah dia golongan rafidhiyah yang dinyatakan tersebut?  Di Malaysia sekarang ini sudah berkembang ajaran2 ahlul-bait dan adakah golongan2 tersebut di sini meyakini sebagaimana yang dinyatakan oleh statement2 yang di atas?
Satu lagi siapakah yang meyakini bahawa imam2 ahlul-bait itu menerima wahyu daripada Tuhan?

Jawab...jangan tak jawab tau dan tentu tak menjadi masalah bagi kamu sebab kononnya ada ramai kengkawan yang mengikuti ajaran2 ahlul-bait so tentu dah dapat maklumat2 dari mereka.
Jangan lari nooo...dulu ada juga jugak sekoq belalang abuya yang kononnya lama duduk di Iran dan dah kenal ajaran syiah tapi apabila ditanya beberapa soalan mudah dan nak test juga kefahaman bahasa Parsi mudah....langsung cabut lari sampai sekarang tak muncul2 lagi dan bertukar nick lain pulak la ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2009 12:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by baghal at 26-12-2009 12:34

834# Nazrulism
Zuhud
Tidak tertarik, tidak terikat, tidak terpengaruh dan tidak terasa cinta kepada sesuatu yang bersifat keduniaan serta disetiap masa menggunakannya (yg  bersifat keduniaan  sebagai sebaik-baik wasilah untuk menyempurnakan ibadah. Ianya menjadi sebagai kaedah/cara mendekatkan diri kepada Allah tanpa meninggalkan syari'at.

At-Taubah
20 (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja) dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
21 Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal.
22 Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisiNya pahala yang besar.


Alhamdulillah...Tuan benar dlm menghuraikan zuhud.

Cinta kpd dunia itu adalah punca kejahatan. Rasulullah saw melatih para sahabatnya agar bersikap zuhud namun Baginda tidak melarang umatnya untuk berusaha bersungguh2 mencari rezeki yg halal. Bersikap zuhud itu sendiri tujuannya untuk membersihkan hati rohani dari kotoran dunia, krn hatilah raja bg tubuh. Nur iman tidak akan masuk ke dalam hati yg kotor.
Perkataan sufi itu diambil dr maksud safa iaitu bersih suci. Ahli sufi ini ditujukan kpd orang yg sentiasa membersihkan hatinya dr selain Allah.

Pada hakikatnya tasawuf itu dapat kita ertikan mencari jalan untuk kita memperolehi kecintaan dan kesempurnaan rohani.

Untuk melatih hati agar tidak terlekat cinta kpd dunia bukan semudah di ungkapkan. Perlu ilmu dan latihan yg bersungguh2 dan yg paling penting, perlu di bimbing oleh org yg arif, tujuannya tidak lain hanyalah untuk mendekatkan (taqarub) diri kpd Allah. Orang arif atau ulama sufi atau guru telah menyusun kaedah atau wirid2 tertentu yg selari dgn kehendak agama . Kaedah2 inilah dinamakan tariqat (jalan).

Jika kaedah itu disusun oleh Abul Hasan Ali Asy-Syazali (keturunan dr Hasan bin Ali bin Abi Thalib), maka ia dinamakan tariqat Syaziliyah. Begitulah juga dgn tariqat Naqsyabandi, Qusyasyi, Samman, Rifa'i, Tijani dsb..Hukum mengambil tariqat ini sunat.

Kesimpulannya zuhud itu adalah pakaian ahli sufi..

Diharap, Tuan nazrulism jgn melemparkan tuduhan tanpa usul periksa, akan menjadi firnah, bertanyalah pd org yg lebih arif. Sekiranya Tuan berdiam, hanya Tuan seorang yg salahfaham, kalu Tuan ceritakan kat org lain, ramai org yg Tuan dah sesatkan...Sanggup ka Tuan sekiranya dituntut oleh Allah di akhirat kelak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2009 12:51 PM | Show all posts
ada jugak sufi blue!....
Nazrulism Post at 25-12-2009 18:36


Oh knp xbgtau yg Tuan suka cerita blue...takpa, nanti Tuan masuk forum remaja & pendidikan seks..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2009 12:55 PM | Show all posts
837# Gravedigger

Salam Saudara.....

lama tadengar cite p mana.....? masih bertegas mengatakan kami ini org Abuya ya?.....lagi sekali saya bagitahu kami bukan org Abuya BUKAN!!!!.....betoi.....tak caya mai jumpe....sungguh.....

Saudara bkn semua.....cntk Syiah Jafaariah iktiqadnya sama dengan ASWJ.....amat sedahana golongan ini tidak menkafirkan sahabat-sahabat. mrk menerima kesemua sahabat nabi....

saya cite had yg saya tahu kalo salah saudara buktikan......insya allah saya terima dgn hati yg terbuka....

Org2 Saudara mengatakan sunni dan sufi sesat kami cuba bawakan bukti.....nak terima ke tidak bukan soalnya...ye dak....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.464887 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list