|
Remy Ishak: Apa Motif Orang Berkata-Kata?
Remy Ishak. Tidak dinafikan bakatnya dalam bidang lakonan. ‘Nur Kasih’ dan pencalonannya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular menjadi bukti kepada kaliber dan popularitinya.
Tetapi entah mengapa, cerita-cerita mengenainya sejak kebelakangan ini lebih menjurus kepada kisah kontroversi berbanding pencapaian kerjaya. Dari dakwaan mengatakan dia memukul bekas kekasih Ummi Nazeera kepada cerita cinta lokasinya dengan Tiz Zaqyah, dan terbaru, dikhabarkan sebagai orang ketiga yang menjadi punca kepada pergolakan rumahtangga Maya Karin.
“Sebelum ini, saya dikaitkan dengan Tiz. Tapi lama-kelamaan, cerita itu tutup begitu saja. Sekarang dah Maya pulak. Saya tak baca cerita tu tapi ada yang beritahu. Saya pun tak endahkannya. ‘Moral of the story’ disebabkan saya sibuk dan wartawan sukar nak ‘interview’ saya, maka keluarlah cerita-cerita ini. Tapi bila saya hadir di majlis-majlis seperti ini dan pihak wartawan bertanya, saya jelaskan perkara sebenar.”
Dedah Remy, yang ditemui selepas Majlis Tayangan Eksklusif ‘Evolusi KL Drift 2’ Khamis lalu, sehingga hari ini dia masih mengekalkan hubungan yang rapat dengan teman-temannya dari filem ‘Anak Halal’ seperti Farid Kamil dan Maya, yang turut hadir di majlis tayangan tersebut. Kepada merekalah dia berkongsi masalahnya.
“Mungkin kerana itu orang berkata-kata. Saya tak tahu apa motif mereka berkata-kata. Tapi nak buat macam mana. Mulut orang. Semakin berjaya seseorang itu, ada saja yang ingin menjatuhkannya. Saya rasa sifat-sifat itu ada di dalam setiap manusia, tak suka melihat orang berjaya. Mungkin saya kena buat sembahyang hajat.”
Mengakui dirinya masih solo, Remy, 27, memberitahu fokusnya kini adalah untuk mencari duit bagi masa depan. Dia memegang impian untuk bergelar penerbit.
“Umur saya dah semakin meningkat. Ini masanya untuk mengumpul aset-aset yang boleh menjamin masa depan saya. Saya seorang yang ‘boring’ sebenarnya, selalu sibuk dengan kerja. Lepas penggambaran, saya balik rumah tidur. Keesokan hari, sambung lagi penggambaran. ‘I have no life.’”
Bukan nak mengelak wartawan
Bagaimana pula dengan dakwaan dia sukar dihubungi pihak media? Remy nak mengelak para wartawan ke?
“Mengapa saya nak elak? Saya memang sibuk. Sampai saya tak tahu pun saya tercalon untuk ABPBH sehinggalah ada seorang ‘member’ saya ni cakap. Ditambah pula, saya masih baru di dalam bidang lakonan. Dari segi pencarian watak, saya masih memerlukan masa. Dan untuk setiap tawaran yang diterima, saya perlu berikan komitmen penuh.”
Jelas Remy, yang sedang menjalani penggambaran untuk drama bersiri ‘Arjuna’, “Nak buang watak dalam ‘Cun’ bukan mengambil satu, dua hari tapi berminggu. Lepas tu, kena belajar skrip baru, belajar bawa mood dan watak baru untuk ‘Arjuna’. Ia satu tugas yang berat. Masalah saya lebih kepada pengurusan jadual. Mungkin saya perlu berkahwin baru jadual saya terurus,” selorohnya yang kini diuruskan oleh pengurus sama yang menguruskan Maya Karin dan Lan (Azlan and the Typewriter).
Perlu ikut protokol untuk bawa watak inspektor polis
Di dalam ‘Evolusi Kl Drift 2’, filem keempatnya selepas ‘Anak Halal’, ‘Duhai Si Pari-Pari’ dan ‘Hooperz’, Remy membawa watak Inspektor Kamal yang kebetulan meminati dunia pemotoran. Jika di dalam filem, Remy kelihatan cekap melakukan aksi ‘drifting’, itu semua sebenarnya lakonan sahaja.
“Di luar penggambaran, saya hanya pernah duduk di sebelah je untuk mengambil ‘feel’. Tak naklah saya mencuba. Saya tak nak mati dulu walaupun ia memang seronok. Tapi ia bukan satu hobi yang murah. Nak tukar tayar je sudah beratus ringgit,” katanya sambil ketawa.
Memegang harapan ‘Evolusi KL Drift 2’ akan mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat, Remy berkongsi dia tidak berpuas hati dengan karektornya kerana merasakan kreativitinya sebagai pelakon dihadkan disebabkan watak yang dibawa.
“Dia seorang pegawai kerajaan, Polis Diraja Malaysia. Bahasanya pun tidak seperti kita. Tapi itu protokol yang saya kena ikut. Tambahan pula, usia saya dalam lakonan masih baru ketika itu. Perihal pencarian watak, saya tidak berapa tahu sangat macam mana hendak ‘explore’ karektor.
“Jika diberi peluang sekali lagi, saya yakin saya boleh buat dengan lebih baik. Tapi masuk tahun keempat ini, saya harap penonton akan menantikan lakonan saya di dalam ‘Cun’. Saya memang ‘study’ karektor tersebut dan ada ‘deliver’."
Credit to Gua.com |
|
|
|
|
|
|
|
821# supbunjut
tq.. ko sign up sini semata2 nak tepek ni je ke? hehehe... tq tq tq ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
822# nazihamrun
yup..new comer..x brp pandai..all thiz while juz silent reader..chow. |
|
|
|
|
|
|
|
824# csuraya
weh...apsal dua2 umah hang canang nama aku nih. hamboi..hamboi...hamboiiii... ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Hai baru ade cite Tiz and ade cite Remy n Maya.. Hmmm
mnaa Post at 8-3-2010 02:59 ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
apa citer HAI?........
sian kat aku...HAI kat sini... dah lapuk kat tempat korang baru sampai kat tempat aku.... hampeh!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
826# intan_sara
mana ada salah thread..sini apa saje yg de kaitan dgn NK no belem punyer. hehehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
826# intan_sara
mana ada salah thread..sini apa saje yg de kaitan dgn NK no belem punyer. hehehehe...
nazihamrun Post at 8-3-2010 16:48 ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
sori yer...dah lama tak jengah cari.... tercari-cari den.... {:1_146:} |
|
|
|
|
|
|
|
832# Yen_Aireena
hehehe...hari ni giliran abg adam lak promo undi jgn tak undi kat BH ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
abg adam...promo sorang2 jek....sian dier kan
kan slalu ade gak pasangannye kat sebelah....huhu |
|
|
|
|
|
|
|
abg adam...promo sorang2 jek....sian dier kan
kan slalu ade gak pasangannye kat sebelah....huhu
adifrs Post at 9-3-2010 15:17 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
nak wat macam mana, Nur dah mendahului "suami" nyer Adam dari segi populariti...![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
LALALALA...HATIKU BERBUNGA-BUNGA...change the title os this thread plzz..
Versi Filem Nur Kasih Di Istanbul
KL,9 MAC 2010: Untuk peminat drama bersiri Nur Kasih, ada berita gembira yang Murai Batu hendak kongsi dengan korang semua.
Kalau tiada aral melintang, Murai Batu dengar pengarah drama berkenaan Kabir Bhatia telah bersiap sedia untuk terbang ke Istambul, Turki dalam masa terdekat bagi menjalankan penggambaran versi filem Nur Kasih.
Murai Batu dapat tahu cerita ini daripada sumber yang sah lagi sahih kerana beliau juga merupakan peminat setia drama bersiri berkenaan yang tidak sabar-sabar menanti tibanya versi filem itu datang ke panggung.
Meskipun cerita mengenai Nur Kasih yang bakal difilemkan bukanlah cerita baru, namun Murai Batu diberi tahu 3 pelakon utamanya Fizz Fairuz, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah sudah pasti akan terbabit dalam filem berkenaan.
Malah, sebagaimana drama bersirinya, filem itu sekali lagi akan mendapat sentuhan magik Kabir Bhatia dan daripada maklumat yang Murai Batu ketahui,pengarah berkenan sangat cerewet ketika berada di lokasi filem berkenaan.
Sebagaimana cerewetnya Kabir tentang sudut penggambaran serta lokasi menerusi drama bersiri popularnya itu, begitu jugalah untuk filemnya kali ini. Sebab itu, Kabir telah memilih Blue Mosque, Istanbul sebagai lokasi utama.
Khabarnya, masjid berkenaan adalah lokasi impian isterinya. Dek kerana ingin menunjukkan rasa cinta serta kasih kepada isterinya itu, Kabir telah memilih ruang utama masjid berkenaan iaitu betul-betul di bawah kubah sebagai persembahan istimewa di dalam filem itu nanti.
Wah! Hebat sungguh imaginasi Kabir dalam merealisasikan impiannya itu. Patutlah Murai Batu tak pernah jemu melihat keindahan beberapa filem arahannya terutama sekali Cinta dan Sepi yang sememangnya menusuk kalbu.
Walaupun begitu, Murai Batu juga diberitahu, judul filem berkenaan akan diubah. Sama sekali tidak akan mengikut tajuk drama bersirinya. Mungkin Nur ataupun mungkin Kasih. Mana satu agaknya pilihan Kabir. Kita tunggu saja.
Murai Batu: Khabarnya cukup susah melayan kehendak Kabir yang terlalu 'perfectionist'
![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
wauu...istanbul lah kite.....
suker....suker.....![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
836# supbunjut
wahhhhhhhhhhh...hati ko berbunga apa?
hati aku dah berbunga lalang dah ni...ops! hehehe... ok2 aku tukau tajuk thread
tq beb! |
|
|
|
|
|
|
|
836# supbunjut
wahhhhhhhhhhh...hati ko berbunga apa?
hati aku dah berbunga lalang dah ni...ops! hehehe... ok2 aku tukau tajuk thread
tq beb!
nazihamrun Post at 9-3-2010 17:15 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
wah...tajuk thread pun nak tukar dah...bagus2...hehehe........ Apekah yg akan terjadi di Blue Mosque itu??? |
|
|
|
|
|
|
|
masuk umah ni kejap sebelum cau!!.....![](static/image/smiley/default/titter.gif)
thanks supbunjut....kehadiranmu memeriah suasana....len kali rajinkanlah diri.... copy paste citer Nur Kasih erk......
ok dah nak cau.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|