|
UMRAH & HAJI IX, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
Reply Rosputih
salam ibu...
pengalaman hanni buat umrah dulu, mmg x merasa pun solat fardh ...
Hanni Post at 11-10-2010 10:50
salam hani..
saya pun..
pengalaman pertama solat kat dataran pon sebab ade org tertolak saya n saya dah x larat nak jalan cari tempat lagi..solat zohor time tu..so pas solat tgk,ooooo ni kawasan perempuan..lepas tu,mmg tiap2 kali solat try solat kat dataran..pueh hati sgt walaupon panas. |
|
|
|
|
|
|
|
Waalaikumusalam Hanni,
Ruangan untuk jemaah wanita di dataran kaabah memang sangat terhad. ...
Rosputih Post at 11-10-2010 11:19
betul tu ibu rosputih..sempit n saling himpit2..
saya pernah mak arab duduk kat kaki saya..
tapi lepas solat miracle sgt xde kebas2 walaupon mak arab tu 2 kali size saya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ustaz at 11-10-2010 14:06
Subahanallah...
Ini gambar dari Kak Rosputih... cuba lihat betul2 dan bandingkan dgn gambar asal di atas sekali.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini juga gambar2 yang diambil oleh Kak Rosputih kita baru2 ini.
Gambar asal... lihat betul2...
Apa yang nampak adalah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ustaz at 11-10-2010 14:34
Buat mereka2 yang mempunyai saudara mara yang mengikuti muasassah, ini adalah kedudukan antara Hotel Al-Janadriah(juga markas TH) dan Masjidilharam. Jarak dalam 750m. Saya tandakan 3 laluan ke masjid.
Ini pula adalah penempatan di Mina ke Jamrah. Jarak dalam hampir 3km.
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya bersama pakcik2 dari Jawa Tepi (teman2 sebilik saya selama 45 hari).
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rosputih at 11-10-2010 17:01
Reply 824# ustaz
Assalamualaikum ustaz,
Terima kasih ustaz kerana tolong pastekan gambar dan perbandingannya....
Subhanallah...
memang menakjubkan...
Allah SWT menunjukkan kebesaran dan keajaibannya kepada hamba-hambanya untuk kita berfikir agar dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepadaNya.
Di Makkah, ketika menunggu solat sunat Aidilfitri baru-baru ni, ada yang bercerita mereka-mereka yang duduk di luar bangunan Masjidil Haram dapat melihat kalimah 'Lailahailallah' (dalam bahasa arab) di langit ketika takbir raya yang ketiga berkumandang.. Mana-mana jemaah yang duduk di bahagian depan dalam masjid pun ada yang menjenguk ke luar untuk menyaksikan keajaiban ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah bangunan hotel dan laluan tempat kejadian ngeri yang berlaku kepada gadis kecil Algeria yang diceritakan sebelum ini.
Kereta peronda polis masih lagi ditempatkan di situ walaupun telah beberapa hari kejadian itu berlaku. |
|
|
|
|
|
|
|
Kak Ros... masa Kak Ros ambil gambar langit tu, Kak Ros memang sedar ada kalimah atau ambil gambar secara tidak sengaja? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rosputih at 11-10-2010 22:05
Reply 829# ustaz
Sebenarnya kakak memang sangat suka memerhati dan menghayati keindahan alam termasuklah awan-awan, bintang-bintang, bulan di langit di waktu malam, bukit bukau dan sebagainya dan kalau berpeluang kakak akan merakamkannya. Kakak banyak merakamkan gambar-gambar sebegini terutama dalam perjalanan ke Masjidil Haram baikdi waktu siang ataupun malam.
Begitulah juga bila merakamkan gambar-gambar di atas yang pada pandangan mata kakak sangat unik dan indah sekali tanpa kakak menyedari dari awal tentang adanya berbentuk kalimah tersebut.
Selapas merakamkannya, bila kakak teliti semula gambar tu, memang ada terdetik di dalam hati, lorekan awan itu yang seolah berbentuk kalimah "Allah" , terutama banyak juga gambar-gambar yang kakak ambil yang berbentuk kalimah "Muhammad" tu.
Begitu juga dalam perjalanan ke Bukit Magnet, kalau kita perhatikan dan amati banjaran bukit-bukit di Bukit Magnet secara halus, ada batu-batu di bukit tersebut juga seolah-olah membentuk kalimah "Allah" ...... cubalah ustaz perhati dan amatinya kalau berpeluang ke sana nanti.... |
|
|
|
|
|
|
|
Menunggu waktu berbuka puasa di Dataran Kaabah
Kelihatan awan yang sungguh 'unik dan indah' seolah berbentuk kalimah "Muhammad" |
|
|
|
|
|
|
|
Ketika dalam perjalanan ke masjid untuk solat Maghrib, tiba-tiba cuaca mendung dengan kepulan awan yang sungguh unik dan burung-burung berterbangan di udara...
Kami sengaja berjalan perlahan, mendambakan hujan turun dengan lebatnya, tapi hampa kerana yang turun hanya hujan rintik-rintik sahaja... |
|
|
|
|
|
|
|
Keindahan langit yang diserikan dengan bulan sabit dan bintang yang sentiasa bergandingan yan gdilihat dari tingkat 1 Masjidil Haram.
Sepanjang di Makkah, bila diperhatikan hanya kelihatan sebutir bintang sahaja di langit yang selalu kelihatan mengiringi sang bulan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bas panjang generasi lama yang masih boleh memberi perkhidmatan...
Saya sendiripun tak ingat bila dan di mana saya merakamkan gambar ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru2 ni saya ada beli sebuah buku bertajuk "Baitullah" keluaran Mastika. Buku yang menceritakan kisah2 pengalaman para jemaah di Haramain. Bagus sangat buku ini kerana dapat memberi pedoman dan menimbulkan keinsafan.
Saya tertarik nak beli buku tu kerana ada gambar Hj Sidi Oraza di muka hadapan. Hj Sidi tinggal di hotel yang sama dengan sama masa Haji dulu. Org ternama lain yg menunaikan haji ketika itu termasuk DYMM Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan, Datuk Hajah Siti Nurhaliza & Datuk Sri Haji K, Hajah Shiela Rosli & Haji Wahid Senario. |
|
|
|
|
|
|
|
Keindahan langit yang diserikan dengan bulan sabit dan bintang yang sentiasa bergandingan yan ...
Rosputih Post at 11-10-2010 22:41
Ya Allah,,meremang saya tgk gamba ni ibu..
rindu sangat...saya ade 1 gambar mcm ni lebih kurang...
rindunya:cry: |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rosputih at 13-10-2010 07:15
Reply 836# freshoren
Siapalah yang tak rindukannya freshoren ...
Kalau ke tingkat satu, di sinilah portnya tempat ibu selalu solat dan beriktikaf bersama dua rakan sebilik kerana walaupun ia agak jauh ke dalam, di sini antara kawasan yang agak lapang dan luas tempatnya dan tidak terlalu sesak. Bila agak penat beriktikaf, ibu suka pergi ke depan pulak untuk memerhatikan jemaah yang sedang bertawaf . Memang pemandangan yang cukup indah dan mendamaikan....
Di tempat inilah juga ibu mengalami beberapa perkara yag membuatkan ibu berfikir-fikir semula beberapa kali.
Dua tiga hari sebelum pulang ke Malaysia, ibu memberitahu dua rakan yang selalu bersama ibu bahawa ibu rindukan tempat itu dan mengajak mereka solat di situ sekali lagi sebelum kami pulang ke tanah air. Kebetulan pulak dua tiga hari sebelum balik, ibu berpindah ke bilik lain kerana banyak kekosongan dan tidak lagi selalu dapat bersaing dengan mereka untuk ke masjid.
Jadi untuk memenuhi hajat di hati, sehari sebelum pulang, ibu pergi ke tempat tersebut sendirian untuk solat subuh. Selepas Ramadan kawasan ini memang agak kosong, hanya ada beberapa saf sahaja di belakang ibu.
Apabila imam memulakan solat dan ibu pulak baru mengangkat takbir untuk solat , tiba-tiba ibu terdengar suara rakan ibu tu memanggil-manggil nama ibu dua tiga kali dari saf di belakang, tapi ibu meneruskan solat. Selesai solat ibu menoleh ke belakang untuk mencarinya, tapi ibu terdiam sebentar kerana sebenarnya mereka tiada di situ....
Dan seperkara lagi ketika beriktikaf di sini, terutamanya di waktu-waktu malam, kalau sudah terlalu lama mengaji Al Quran adakalanya kita merasa letih dan mengantuk. Tapi setiap kali ibu mengantuk dan terlalai, akan terdengar suara yang memanggil nama atau ada orang yang mencuit bahu yang membuatkan ibu terkejut dan segar semula. Tapi bila ibu menoleh dan mencari siapa yang memanggil dan mencuit tadi, tiada tanda pun orang-orang yang berhampiran di situ yang berbuat demikian.
Subhanallah....
Kejadian-kedian yang membuatkan ibu memikirkan berulangkali untuk mencari jawapannya... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 837# Rosputih
Salam Rosputih...
pengalaman yg cukup indah disana kan!! mgkn perasaan kita yg selalu bermain2 dgn kita pasal tu u selalu dgr nama dipanggil kan...
lg satu nak tny kalau nak buat umrah tahun depan.. rasa2 bulan brp yg sesuai eks? sy ada bb nak bwk sekali.... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semua,
Ni mungkin merupakan posting terakhir mimi disini, InsyaAllah panjang umur ...
mimi_19 Post at 8-10-2010 18:56
wahhh.. Alhamdulillah mimi... untungnya dpt buat hj waktu muda nih!!! moga2 mendpt haji mabrur... |
|
|
|
|
|
|
|
Rosputih Post at 12-10-2010 23:50
AsSalam.. Puan Ros,
Kalau bole saya nak bertanye, puan pegi umrah bulan puasa ikut pakej atau arrange sendiri2.
Saya pun berhajat tahun depan nak prepare untuk umrah puasa hingga raya disana...
kalu boleh puan share di sini atau PM saja....t.kasih |
|
|
|
|
|
|
| |
|