CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)

  [Copy link]
Post time 30-3-2011 11:08 AM | Show all posts
sepi aje Fizzi.....
ari ni gaji, kami tak dpt apa2 ke? hi..hi..hi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2011 11:19 AM | Show all posts
Salam..memang best cite ni..harap ada entry soon..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 12:09 PM | Show all posts
ermmm...nak JAS ngan ARIF...
shahrinas Post at 30-3-2011 07:30


kat zoo taiping kot.....hihihi..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 12:20 PM | Show all posts
dah 2 hari menunggu.. penantian suatu penyeksiaan.. aduhhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 12:49 PM | Show all posts
I parking keta dulu
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 01:45 PM | Show all posts
k.bling cite akak dekat blog best bila nak samb lg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2011 01:46 PM | Show all posts
cite natijah y terindah mc mana nak baca y seterusnya nak cari kat mana kak
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 02:06 PM | Show all posts
x ada n3 lagi ke.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2011 05:41 PM | Show all posts
rindu kat ariff n jasmin...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 07:25 PM | Show all posts
hihihi...kitorang dah meroyan sudah...mana abg baik ati ni....?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 08:51 PM | Show all posts
haha...
sorry..aku terbizi skit hujung2 bulan ni....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 08:53 PM | Show all posts
Reply 831# fizziany

uwaaah ingat dah ada sambungan tadi he he he fizz srh abg baik hati bawa jasmin gi bercuti ke Bangkok
ek bahaya klu abg baik hati berdua dgn wardah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 08:55 PM | Show all posts
Arif sengaja mengambil cuti hari ini. Esok dia akan ke Bangkok bagi menghadiri Sales Conference yang dianjurkan oleh syarikat induk yang berpusat di New York. Selaku wakil Asia, dia perlu bersedia sebaik mungkin. Tapi, meski bercuti, pagi tadi dia pergi ke pejabat sebentar, untuk meninjau persiapan terakhir dari Wardah. Gadis itu nampaknya telah melakukan persiapan rapi. Datuk Muhaiyeen telah memberitahu Arif awal2 lagi bahawa dia tidak akan mengikuti rombongan ke Bangkok kali ini.

Sehingga tengahari, barulah dia senang hati untuk pulang. Sebaik sampai dirumah, ditinjau ruang tamu. Kosong. Bilik TV dibuka. Kosong. Arif melangkah menuju ke bilik bacaan. Pintu dibuka, namun tetap kosong.

Mana budak ni pergi? Bukan hari ni dia free? Semalam tanya mama, jadualnya kosong.  Hati Arif hairan bukan kepalang.

“Dah balik Rif..” Datin Zaharah yang baru turun dari tingkat atas, segera menyapa Arif. Arif mendongak, memandang mamanya yang sedang menuruni tangga.

“Oh..ha’ah! Baru sampai,” kata Arif lalu melangkah ke ruang tamu kedua rumah itu. Ruang tamu kedua lebih santai jika hendak dibandingkan dengan ruang tamu pertama rumah itu. Gaya susun atur ruang tamu pertama terlalu formal, menjadikan tempat itu cuma dihuni jika ada tetamu.

Datin Zaharah dan Arif duduk. Mata Arif meliar ke segenap ruang rumah.

“Mama sorang sajakah?” soal Arif. Datin Zaharah angguk, lalu mencapai majalah di meja.

“Tunggu Mak Esah dan Pak Kadir balik dari kampong. Katanya diorang sampai petang ni,” kata Datin Zaharah.

“Laa..kata cuti seminggu..” tokok Arif. Padahal baru 4 hari Mak Esah dan Pak Kadir bercuti.

“Entah. Diorang nak balik awal ke sini. Katanya dah tak ada kerja nak dibuat kat kampong,” balas Datin Zaharah. Arif terangguk2, sambil memandang sekitar ruang rumah.  

Bagus juga kalau ada Pak Kadir dan Mak Esah. Sekurang2nya, setiap masa dapat dipastikan rumah itu berpenghuni. Tidaklah nanti sampai Jasmin terbuat sesuatu diluar jangkaan.

“Cari apa?” soal Datin Zaharah apabila melihat mata Arif yang tidak duduk diam. Ada riak resah diwajahnya.

“Ha??” Arif ternganga, kemudian pantas senyum simpul. Dia menggeleng.

“Tak ada apa…” balas Arif tersipu2. Datin Zaharah mencebik.

“Nak minum? Mama buatkan…” soal Datin Zaharah. Pantas Arif menggeleng. Enggan dimanjakan. Kalaupun dia dahaga, dia akan mencari sendiri air di dapur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 08:56 PM | Show all posts
“Jasmin keluar pagi tadi.   Ali datang ambil dia..” haa…keluar juga ayat yang dinanti2 oleh Arif dari mulut Datin Zaharah. Arif membetulkan duduknya, tidak senang mendengar ayat penyata mamanya.

“Diorang kemana?” soal Arif curiga. Wajah mamanya dipandang serius.

“Entah! ,” Datin Zaharah jungkit bahu sambil meneruskan bacaannya. Semakin kurang senang hati Arif. Penat2 dia mengambil cuti hari ini. Niatnya, hendak membawa Jasmin keluar memandangka n selepas ini, 8 hari tidak berjumpa. Arif menarik nafas resah. Sofa berwarna hijau lumut direnung.

“Naik apa?” soal Arif lagi. Semangatnya tiba2 pudar.

“Naik motor si Ali tu. Nanti kalau Jas dah confident bawak kereta, mama beli satu kereta lagi untuk Jas. Senang dia nak pergi mana2..” kata Datin Zaharah. Katalog beberapa kereta sudah diberikan kepadanya oleh beberapa orang rakan baiknya sewaktu dia menyuarakan hasrat untuk membeli kereta buat Jasmin.

“Hmmhh..tak payahlah mama. Takut bila dah ada kereta sendiri, lagilah dia kuat berjalan..” tutur Arif separa marah. Terbayang di matanya tangan Jasmin yang melingkari pinggang Ali. Meluap2 api cemburunya.

Datin Zaharah mengerling kea rah Arif yang menyandarkan badannya ke sofa.

“Tak apalah. Takkan nak duduk terperap saja dalam rumah…Orang …kalau dah ada teman lelaki, mestilah kadang2 nak keluar jalan2…ambil angin kat luar. Awak tu, orang suruh cari girlfriend sorang, tak nak…dah tu, duduklah awak sorang2 terperap  dalam rumah ni….” Kata Datin Zaharah menyindir.

Majalah ditangan diletakkan ke meja. Datin Zaharah bangun hendak berlalu ke dapur. Kadang2, bila bercakap soal jodoh dengan Arif, serta merta moodnya boleh bertukar 360  darjah. Semuanya kerana kedegilan Arif.

Arif mengerutkan kening. Langkah mama tidak dipandang. Dia merenung jauh ke luar rumah melalui sliding door yang terbuka. Jasmin dan Ali berpacarankah? Serius??? Arif menarik nafas resah. Buntu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 08:57 PM | Show all posts
Arif membuka pintu keretanya sebaik orang yang ditunggu dari tadi sudah tiba. Selepas kereta dikunci, Arif menghampiri Nik, kawan lamanya yang kini bertugas sebagai salah seorang pengarah di syarikat perkhidmatan kamera litar tertutup. Selain bekerja, Nik mempunyai perniagaan sendiri, iaitu syarikat yang membekalkan khidmat penyiasat persendirian!

“Assalamualaikum! Lama tak jumpa kau…” Arif dan Nik saling berjabat tangan. Arif senyum lalu menjawab salam perlahan. Mereka mengatur langkah, sama2 menuju ke restoran ikan sungai yang terletak jauh di susur jalan Ampang.

Sebuah meja dipilih lalu mereka duduk. Pelayan restoran segera datang mengambil pesanan. Setelah makanan dipesan, pelayan segera beredar dari meja mereka.

“Apa hal kau nak jumpa aku? Nak pasang CCTV kat rumah kau?” soal Nik, atau nama penuhnya Nik Rafiq Nik Seman, orang Kelantan. Arif tergelak kecil sambil menggeleng2.

“Habis tu?” soal Nik. Si Arif ni, bukanlah selalu keluar bersiar2. Masanya cukup terhad sebagai seorang pengarah urusan.

“La..nak jumpa kawan lama pun tak boleh…” rungut Arif. Makanan yang dipesan tiba. Suasana malam begitu damai dirasakan di restoran itu. Nik pantas menyedut minumannya.

“Kau ni, kalau tak ada hal penting, takkan saja2 nak jumpa aku..” tukas Nik. Arif senyum pahit. Tahu benar kawannya itu akan sikapnya.

“Let me be frank…” Arif bersandar ke kerusi sambil memandang Nik. Nik pula memandang wajahnya serius. Satu sampul surat berwarna coklat tebal dihulur kepada Nik. Nik memandang Arif, sambil tangannya mencapai sampul surat itu.

Isi sampul surat diintai, kemudian dikeluarkan. Sekeping gambar diperhatikan dengan teliti. Terjungkit keningnya merenung gambar itu. Bibir Nik menguntum senyum.

“Anak siapa ni?” soal Nik seraya tersenyum sumbing. Arif didepan dipandang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 08:58 PM | Show all posts
“Aku nak ke Bangkok esok pagi. Lepas 8 hari, baru balik. So…aku nak mintak tolong kau tengok2kan budak ni,” kata Arif sambil meraup dagunya. Langsung tidak menjawab soalan Nik.

“Kau nak aku tengok macammana? “ soal Nik. Dia mahu perincian tugas agar skop kerjanya lebih jelas.

“Report kat aku, bila dia keluar rumah, dengan siapa dia keluar, kemana dia keluar, apa dia buat kat luar…” jelas Arif.  Nik memandang kea rah alamat rumah yang tertera di belakang gambar tersebut. Dibaca satu persatu alamat rumah itu.

“Ini alamat rumah kau..” berkerut dahi NIk, kehairanan. Arif angguk.

“Anak angkat mak aku..” ujar Arif, enggan membiarkan Nik tertanya2. Nik menguntum senyum.

“Anak angkat? Dari mana budak ni datang?” soal Nik lagi. Hairan sungguh hatinya. Arif mendengus, kemudian tersenyum tawar. Enggan menjawab soalan Nik.

“Kau buat sajalah kerja kau. Kau ada email address aku kan? Report to me via email . Payment macammana?” soal Arif. Nik tersenyum2 memandang Arif.

“Lepas siap kijo baghu kighola. ..Berkenan  pulok aku tengok budak ni. Comel lote…” kata NIk tersenyum2 dengan loghat Kelantannya sambil matanya tak lepas2 merenung gambar ditangannya. Arif melirik geram.

“Kau jangan mengada2 taik kuda Nik…” marah Arif. Nik menjeling kearah Arif.

“Hai..marah ke bang…” usik Nik lalu ketawa. Nada suaranya tak ubah seperti pondan tua mengumpan pelanggan. Arif terus menarik muka, enggan melayan kerenah Nik. Air tembikai yang merah menyala diteguk rakus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-3-2011 08:59 PM | Show all posts
Jasmin yang baru pulang dari kelas bahasa Inggerisnya, terus meletakkan beg sandangnya di meja depan lalu menuju ke dapur. Hari ini cuma Pak Kadir sendirian yang mengambilnya dari kelas bahasa Inggeris terakhirnya. Datin Zaharah mengikuti Datuk Muhaiyeen ke satu majlis rasmi.

Mak Esah sedang memasak di dapur. Bahu Mak Esah terus dipaut sebaik dia tiba di dapur.

“Dah balik..” tegur Mak Esah. Jasmin angguk. Periuk didapur yang berisi stew daging dipandang. Jasmin mengangguk.

“Kalau Min nak makan, Mak Esah siapkan,” kata Mak Esah. Lagi pula, hari sudah lewat petang.

“Tak apalah. Kita tunggu mama, papa dan abang Arif balik , baru makan sama2,” kata Jasmin.

“Mama dengan papa balik lewat. Mereka ke Klang, ada urusan sikit. Mama pesan, dia suruh Min makan dulu. Diorang mungkin makan kat luar,” kata Mak Esah sambil memandang Jasmin.

“Tak apalah. Kalau macam tu, Jas tunggu abang Arif,” jawab Jasmin. Mak Esah memandang Jasmin. Api dapur dimatikan.

“Abang Arif kan ke Bangkok…” kata Mak Esah. Meja makan dihampiri lalu dia duduk mengupas buah epal. Jasmin merenung wajah Mak Esah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 09:00 PM | Show all posts
“Ke Bangkok? Bila? Jas tak tahu pun..” soal Jasmin bertalu2. Biasanya, jika Arif hendak kemana2, pasti dia akan memberitahu Jasmin hatta tengah malam sekalipun. Jasmin menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Mak Esah.

“Naik flight pukul 8 pagi tadi. Pak Kadir pergi hantar ke airport,” kata Mak Esah. Jasmin terkesima. Mak Esah dipandang tak berkedip.

“Bila dia balik?” soal Jasmin resah.

“Seminggu katanya kat sana. Kenapa?” soal Mak Esah hairan. Jasmin terdiam, kemudian menggeleng. Matanya berkedip2 memandang Mak Esah.

Mak Esah bangun, mengambil pinggan. Stew daging yang baru dimasak disendukkan ke dalam pinggan lalu dibawa ke meja makan. Pinggan diletak ke depan Jasmin.

“Nak nasi? Atau nak makan stew saja?” soal Mak Esah memandang Jasmin. Jasmin terdiam sambil merenung stew di pinggan. Sebetulnya, seleranya jadi tawar.

“Tak apa..ini dah cukup..” lemah Jasmin menjawab. Mak Esah kembali ke peti sejuk, mengambil air minuman. Dia kembali ke meja makan. Namun Jasmin masih belum menyentuh makanan di pinggannya.

“Kenapa tak makan?” soal Mak Esah lembut. Bahu Jasmin diusap lembut. Tersentuh Jasmin dengan usapan itu. Terasa dirinya dimanja. Mak Esah dipandang, lalu Jasmin mengukir senyum tawar. Sudu dan garpu diambil, lalu makanan dipinggan dijamah jua. Demi Mak Esah yang penyayang, dia akan turut kata2 wanita yang dianggap tak ubah seperti seorang ibu.

Jasmin mengunyah perlahan makanan, manakala Mak Esah sendiri menyenduk lauk untuk dirinya didapur. Jasmin merenung isi pinggan. Nafas lemah dihembus. Wajah Arif menjelma diruang mata.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 09:02 PM | Show all posts
Jasmin membiarkan langsir melintuk liuk dihembus  angin malam. Dia duduk berteleku di atas katil sambil memandang kea rah luar tingkap yang terbuka luas. Rambut yang selalu diikat kemas, kali ini dibiar bebas beterbangan tanpa arah.

Sesekali anak rambut berebut2 menjamah wajahnya tika angin menghembus masuk ke dalam bilik.  Seakan terasa sepi, Jasmin hanya berdiam di dalam bilik sejak petang tadi. Radio kecil yang comel pemberian Datin Zaharah berbunyi perlahan. Mengalunkan lagu2 klasik dari siaran Klasik Nasional.

Lagu2 klasik dari era 60-an sedang berkumandang dari corong radio. Meski lagu2 tersebut sudah lama, namun iramanya terasa merdu kedengaran ditelinga. Irama yang tidak kedengaran seperti melompat ke sana ke mari, membuat jiwa berasa sedikit tenteram bila mendengar.

Jasmin mengamati satu persatu lirik lagu tersebut. Habis saja lagu dari A.Ramlie dimainkan, lagu berentak perlahan dari To’ki pula kedengaran. Jasmin mengukir senyum sendirian. Dari mana sesatnya lagu To’ki dalam irama klasik 60’an ni….

Suasana bilik yang suram begitu sejuk. Jasmin sengaja tidak memasang lampu di biliknya. Dia hanya membiarkan cahaya bulan menerobos masuk melalui tingkap. Jasmin menghayati lagi bait bait kata yang terungkap dari lagu 'Hampa' nyanyian To'ki di radio.

Puitis! Membuai perasaan. Jasmin menarik nafas dalam2. Bayang Arif menjelma lagi di mata. Sampai hati abang Arif begitu saja. Pasti dia pergi dengan pembantunya, kak Wardah itu. Jasmin diam, terus merenung langit malam dari biliknya yang gelap.
Perasaannya seakan kosong. Bagai jiwa tanpa rasa. Bagai jasad tanpa nyawa. Bagai hati tanpa cinta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 09:03 PM | Show all posts
“Nasib baik hari ni hari Sabtu, aku kerja setengah hari. ..” omel Ali sambil duduk di rumput taman yang berdepan KLCC.  Jasmin sejak semalam lagi menelefonnya meminta agar Ali membawanya keluar.

Jika semalam, dia tidak dapat melayan kerenah Jasmin kerana dia bekerja. Untuk keluar malam2 buta selepas waktu kerja, Jasmin enggan pula. Jadi, dia berjanji dengan Jasmin, selesai saja kerja hari ini, dia akan mengambil Jasmin untuk keluar.

Jasmin turut duduk sambil menanggalkan beg sandangnya. Bungkusan makanan yang dibeli di Cold Storage KLCC tadi, dilambakkan didepan mereka.

“Kenapa kau tak nak makan kat dalam? Kat dalam ada air-cond…” kata Ali. Plastik makanan diselongkar lalu roti kegemaran mereka berdua diambil. RotiBoy…
Jasmin memandang Ali, kemudian tersengih kecil.

“Badan aku dah naik beku kat rumah kena air-cond. Takkan kat sini pun aku nak membekukan diri aku yang memang telah sedia beku ni..” ujar Jasmin.

“Haa..itulah manusia! Tak pernah bersyukur dengan apa yang ada! Yang tak ada, diminta pada Tuhan, yang ada, tak pernah bersyukur…” kata Ali sambil mengunyah roti. Jasmin hanya duduk berteleku merenung tasik KLCC yang acapkali mereka kunjungi setiap kali keluar. Kata2 Ali cuma dibalas dengan senyuman.

“Kenapa kau tak makan?” soal Ali. Sebungkus roti dihulur ke depan Jasmin yang sedang merenung tasik. Jasmin tidak memberi sebarang reaksi. Ali meletakkan kembali roti ke dalam plastik. Jasmin dipandang.

“Kau kenapa? Monyok saja..” soal Ali prihatin. Pun, Jasmin masih diam. Barangkali ada emas di dalam mulutnya, maka dia tidak mahu membuka mulut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.861901 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list