|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: PERJUANGAN BELUM TAMAT
[Copy link]
|
|
Suri rumah didakwa terima deposit RM23,000 tanpa lesen sah
KOTA BHARU: Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menerima wang deposit berjumlah RM23,000 tanpa lesen sah, antara Julai hingga Ogos tahun lalu.
Tertuduh, Nurmaisarah Azman, 36, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang deposit sebanyak RM23,000 tanpa lesen sah di sebuah bank di Jalan Mahmood di sini, antara 15 Julai hingga 14 Ogos 2023.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 137 (1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 137 (2) akta yang sama iaitu penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak lebih RM50 juta atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh diwakili peguam, Nabila Mohd Noordin.
Terdahulu, Ahmad Faiz Fitri tidak mencadangkan sebarang jaminan kepada tertuduh.
Walau bagaimanapun, Nabila memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin paling minimum kerana wanita itu mempunyai empat anak dan hanya membantu suaminya di kedai kopi dengan pendapatan RM45 sehari.
Katanya, anak guamnya tinggal di Kelantan dan tiada risiko untuk melarikan diri.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan.
Mahkamah juga menetapkan 3 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Peruntukan RM15 juta, PM secara peribadi akan pantau, bantu perkukuh Harimau Malaya
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi memperkasakan pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya.
Perdana Menteri berkata, peruntukan sebanyak RM10 adalah daripada kerajaan manakala RM5 juta lagi komitmen daripada syarikat swasta khusus untuk kebajikan, latihan dan pengurusan pasukan berkenaan.
"Pada hari ini, mengenangkan banyak masalah dan rakyat terutama orang muda minat mengenai bola sepak, saya mengambil keputusan untuk secara peribadi memantau dan membantu memperkukuh pasukan Harimau Malaya di Malaysia.
"RM15 juta khusus untuk pasukan Harimau Malaya, pengurus, jurulatihnya yang terbaik supaya beberapa tahun kita dapat angkat Harimau Malaya di antara gergasi di Asia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.
Harimau Malaya akan bertemu Filipina dalam aksi pertama Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Rabu ini.
Seandainya berjaya mengatasi Filipina, Harimau Malaya akan menentang sama ada juara bertahan, Tajikistan atau Lubnan di final yang akan berlangsung, Ahad ini.
Untuk rekod, Tajikistan muncul juara Pestabola Merdeka 2023 selepas menewaskan Malaysia 2-0 di pentas akhir, 17 Oktober tahun lalu.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kebajikan dan kemudahan pemain bola sepak negara menjadi keutamaannya.
PM akan jumpa FAM sebaik pulang dari Russia
Justeru, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebaik pulang dari lawatan rasmi di Russia.
"Kalau kita dapat pengurus dan jurulatih tarafnya yang betul-betul menunjukkan komitmen mereka, tak mengapa jika dari luar negara pun.
"Selepas balik dari Russia, jumpa (Presiden) Vladimir Putin, saya akan jumpa dengan FAM maklumkan hal ini serta (Menteri Belia dan Sukan), Hannah Yeoh supaya dapat selaras (perkara ini)," katanya.
Ranking Harimau Malaya ke-134
Setakat 18 Julai lalu, skuad Harimau Malaya naik satu anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-134 dunia menerusi kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Bagaimanapun, tiada perubahan dari segi pungutan mata di mana skuad negara masih menghimpun 1,107.58 mata sama seperti kemas kini terakhir pada 20 Jun lalu.
Kedudukan ini menyaksikan skuad negara kekal berada satu anak tangga di belakang seteru serumpun, Indonesia yang turut naik satu anak tangga ke kedudukan 133 dunia.
Kemas kini seterusnya akan berlangsung pada 19 September ini.
Bagi kedudukan negara ASEAN yang lain menyaksikan Thailand turun satu anak tangga ke-101 namun Vietnam naik satu anak tangga untuk menghuni kedudukan ke-115 dunia.
Filipina kekal ke-147 dunia sementara Singapura dan Myanmar masing-masing turun dua anak tangga untuk berada di tangga ke-161 dan ke-166.
Jepun kekal selaku pasukan terbaik Asia namun turun satu anak tangga di kedudukan ke-18, Iran kekal di tangga ke-20 manakala Korea Selatan turun satu anak tangga (23).
Secara keseluruhan, Argentina kekal pasukan nombor satu dunia dengan 1901.84 dan juara Eropah, Sepanyol melonjak lima anak tangga untuk berada di kedudukan ketiga apabila meraih mata terbanyak dengan 105.75 mata.
Perancis berada di tangga kedua ranking FIFA dengan 1854.91 mata. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sokong saya berlakon sampai usia 50 tahun - Siti Khadijah
SHAH ALAM: Biarpun tercalon dalam Top 20 bagi dua kategori pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36, pelakon, Siti Khadijah Halim tidak mahu berbangga atau menganggap dirinya popular.
Siti Khadijah yang bersaing dalam kategori Aktres TV Popular dan Couple Drama Popular melalui penampilan bersama Ikmal Amry dalam drama From Saga With Love, bersyukur bolos Top 20.
Namun, Siti Khadijah tidak meletakkan harapan besar untuk peminatnya mengundi.
"Saya tidak popular... Saya cuma ada sokongan kuat. Saya beritahu peminat usah bazir undi saya. Malah, sebelum ini, saya selalu ingatkan kepada peminat, setiap kali tibanya hari jadi saya, jangan beli apa-apa.
"Saya fikir peminat ada bersama saya sudah cukup. Sokong dan tengok drama saya pun sudah cukup. Jujur, saya tidak minta. Saya hanya harap peminat sokong saya berlakon sampai usia saya 50 tahun... Tidak menang (trofi ABPBH 36) tak mengapa," katanya ditemui pada penggambaran drama terbaharu, Rahsiamu Selamat Denganku di Universiti HELP, Subang Bestari, baru-baru ini.
Dalam kategori Aktres TV Popular, Siti Khadijah berdepan saingan pelakon hebat antaranya Anna Jobling, Fasha Sandha, Hannah Delisha, Janna Nick, Bella Astillah, Mira Filzah dan Siti Saleha.
Bagi kategori Couple Drama Popular, Siti Khadijah berdepan saingan antaranya Datuk Aaron Aziz dan Zara Zya bagi drama Derhaka Sebuah Cinta; Adam Lee dan Sweet Qismina (Bukan Lelaki Terhebat); Aedy Ashraf dan Nabila Razali (Kerana Cinta Itu Ada) serta Aeril Zafrel dan Fasha Sandha (Serpihan Sayang).
Siti Khadijah yang popular melalui drama Ash & Aish tidak mahu populariti menjadikan dia lupa diri.
"Hendak cakap soal populariti atau kecantikan, ramai yang lebih cantik dan popular daripada saya. Apatah lagi daripada segi bakat. Jadi, saya fikir saya tidak popular... Saya biasa sahaja.
"Saya sebenarnya tidak mahu letak diri sebagai artis popular. Saya tidak mahu riak, bongkak atau lupa diri.
"Saya cuba rendahkan diri. Tuhan boleh beri dan tarik (nikmat) pada bila-bila masa," katanya.
Baru-baru ini, Siti Khadijah dikejutkan kira-kira 30 peminat yang juga ahli kelab, Sweeties of Siti.
Siti Khadijah terkejut melihat peminat yang sanggup datang dari jauh seperti Singapura, hanya untuk menggembirakan hatinya dengan menghantar trak makanan.
"Ini bukan kali pertama mereka buat kejutan dengan menghantar trak makanan. Ini kali kedua peminat mengambil usaha ini.
"Sebelum ini, mereka hanya hantar trak makanan. Kali ini, mereka datang bersama. Saya sangat gembira melihat mereka sanggup datang dan berjumpa saya," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
J.D. Salinger
“What really knocks me out is a book that, when you're all done reading it, you wish the author that wrote it was a terrific friend of yours and you could call him up on the phone whenever you felt like it. That doesn't happen much, though.”
― J.D. Salinger, The Catcher in the Rye |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
“Only the very weak-minded refuse to be influenced by literature and poetry.”
― Cassandra Clare, Clockwork Angel |
|
|
|
|
|
|
|
“Music expresses that which cannot be put into words and that which cannot remain silent”
― Victor Hugo |
|
|
|
|
|
|
|
“Stories of imagination tend to upset those without one.”
― Terry Pratchett |
|
|
|
|
|
|
|
“Fantasy is escapist, and that is its glory. If a soldier is imprisioned by the enemy, don't we consider it his duty to escape?. . .If we value the freedom of mind and soul, if we're partisans of liberty, then it's our plain duty to escape, and to take as many people with us as we can!”
― J.R.R. Tolkien |
|
|
|
|
|
|
|
“There is no surer foundation for a beautiful friendship than a mutual taste in literature.”
― P.G. Wodehouse |
|
|
|
|
|
|
|
“A classic is a book that has never finished saying what it has to say.”
― Italo Calvino, The Uses of Literature |
|
|
|
|
|
|
|
“Literature is the most agreeable way of ignoring life.”
― Fernando Pessoa, The Book of Disquiet |
|
|
|
|
|
|
|
“She read books as one would breathe air, to fill up and live.”
― Annie Dillard, The Living |
|
|
|
|
|
|
|
“A good book is an event in my life.”
― Stendhal, The Red and the Black |
|
|
|
|
|
|
|
Have a heart that never hardens, and a temper that never tires, and a touch that never hurts.”
― Charles Dickens |
|
|
|
|
|
|
|
“Literature is a textually transmitted disease, normally contracted in childhood.”
― Jane Yolen, Touch Magic: Fantasy, Faerie & Folklore in the Literature of Childhood |
|
|
|
|
|
|
|
“Jane, be still; don't struggle so like a wild, frantic bird, that is rending its own plumage in its desperation."
"I am no bird; and no net ensnares me; I am a free human being, with an independent will; which I now exert to leave you.”
― Charlotte Brontë , Jane Eyre |
|
|
|
|
|
|
|
“Literature is a luxury; fiction is a necessity.”
― G.K. Chesterton |
|
|
|
|
|
|
|
“Write what you know. That should leave you with a lot of free time.”
― Howard Nemerov |
|
|
|
|
|
|
|
“Puns are the highest form of literature.”
― Alfred Hitchcock |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|