CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: din_hbl

Weight Loss Challenge 2.0; Closed

  [Copy link]
Post time 5-1-2012 09:14 AM | Show all posts
sbnrnya dulu amik j*5.. tp kejap je.. lepas tu diet sndiri2.. sbb dah biasa control mkn.. pling  ...
cmf_death Post at 5-1-2012 00:12



   perghhhhhhh mkn epal saja tuuuuuuuuuu..........syik paling extream pun mkn pisang.. sekali tu jer tak mo buat dah...

sebab rasa diri tak sihat...!!

skrg pun diet tanpa karbo ker??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2012 09:16 AM | Show all posts
tulah..bila tension tu yg wat mel nk senam tu...tp fikir balik2 mane hilang azam mel nk ber ...
melati_kesuma Post at 5-1-2012 00:55



   betul...org tinggi kelebihan bila berat naik tak perasan sgt..tapi bila dah naik gila2, nampak cam gergasi....
tu la kena lawan budak baru nie.... tolong la syik dah lama tak rasa berat badan normal ..aihhh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:20 AM | Show all posts
perghhhhhhh mkn epal saja tuuuuuuuuuu..........syik paling extream pun mkn pisang.. sekali  ...
Syik_Gojet Post at 5-1-2012 09:14


biasa la konon nk kurus cepat.... hahhahahaa...

karbo kena ada tp xleh amik byk la.... sumber karbo dr roti keping n ape nama ntah.. yg rasa cam nestum tuh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2012 09:36 AM | Show all posts
Reply 815# cmf_death

magnificent!! thanks sbb sharing cmf
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:41 AM | Show all posts
Reply 824# din_hbl


   sama2 bro.... pggil det je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2012 09:48 AM | Show all posts
sapa2 nk stop amik karbo tu, ni saya nak share peringatan sikit..

takleh stop langsung amik karbo, karbo ialah punca tenaga utk body, terutamanya otak.. tu pasal klu stop amik karbo, badan boleh jadi pengsan & body menggigil2..

yg penting ialah choose a healthy type of karbo iaitu complex karbo. sayuran & buahan, roti hi wheat, oat, beras perang, biskut hi grain, mee pasta hi grain/wheat, tu sume sumber karbo kompleks. kurangkan karbo simple mcm nasi, roti putih, mee, mihun, tepung..

satu lagi effect stop amik karbo ni ialah loss of muscle. sbbnya badan perlukan tenaga, tapi sbb takde sumber tenaga, badan amik tenaga dari muscle dulu, badan takkan amik tenaga dari lemak sbb lemak ialah sumber tenaga emergency (mcm kebuluran sgt2, baru la body guna tenaga dari lemak). so mmg org yg stop amik karbo ni berat dia turun, tapi yg turun tu ialah loss of muscle. ini akan memberi kesan pada kesihatan pada jangka masa panjang iaitu bila dah tua baru nampak kesan dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-1-2012 09:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by din_hbl at 5-1-2012 09:59

satu lagi keburukan stop amik karbo ni, bila dah start amik karbo balik, body akan gain balik weight yg hilang sebelum ni, malah 2 kali ganda.. even klu dapat stop amik karbo berbulan2, akan ada satu masa nnt memang akan amik karbo balik iaitu musim puasa & hari raya sbb waktu ni makanan karbo byk mcm makanan yg dijual time bazar ramadan, ketupat, lemang, soto, lontong etc.. ditambah lagi dengan faktor sosial (balik kg, mak masak sedap2, pergi ziarah rumah saudara, jumpa kawan2 lama) diet akan off pada waktu ni.. saya dah jadi coach weight loss selama 2 tahun, mmg saya tgk time 2 bulan ni la org struggle sebenarnya. ditambah lagi dgn kebanyakan org syok sbb time pose dh turun berat, so time raya la makan byk balik.. padahal time bulan pose tu yg turun berat ialah berat air yg tak cukup.. sekali dh habis bulan raya, berat gain balik sekali ganda.. bila berat dah gain balik, time ni la spirit akan down terus..

so last sekali diet stop karbo bukan cara terbaik utk turunkan berat badan, malah ia boleh menjejaskan kesihatan pada jangka masa panjang.. yg penting ialah control & makan karbo kompleks yg lebih sihat & lebih baik utk badan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 10:02 AM | Show all posts
biasa la konon nk kurus cepat.... hahhahahaa...

karbo kena ada tp xleh amik byk la.... sumber ...
cmf_death Post at 5-1-2012 09:20



   huhu.. berkesan memang berkesan tapi tak elok la..melainkan kalau sambil mkn supplement jugak..
y best berat turun cepat...

tapi kalau ikut prinsip syik NO NO NO... syik lebih selesa amalkan cara mr Susu Sejat..biar lambat tapi selamat serta rasa lebih sihat..
biar obese tapi boleh berjogging itu tema syik..hahaha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2012 10:10 AM | Show all posts
Reply 827# din_hbl

ermm... maseh bro.. dulu masa start diet,mmg skit sgt amik karbo.. tp skang neh.. walocamne pun kena amik jgk... lebih2 lg time bekpes...


penah ampir pitam... sbb hanya mkn epal.. pagi,tghri mlm.. last2 x tpksa amik makanan berkarbo..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 10:15 AM | Show all posts
pagi tadi syik ingatkan nak jln dari parking ke ofis...

di pertengahan jln abg van shuttle dah hon, pas tu dia suruh naik...

syik nak tolak rasa mcm tak sampai hati sebab sepanjang syik terseliuh abg van tu y dok tolong hantar syik.. dia dah cam syik...

dia tegur nape tak tunggu dia.. syik dah terkulat2 nak jawab...ekekeke...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 10:18 AM | Show all posts
semalam sebelum tdo berusaha keras minum 2 botol air mineral
dlm 1.2 liter...

pastu 3,4 kali ulang alik p tandas..nak tdo pun susah..haha...

hari nie aim nak minum 4 botol air mineral dlm 2.4 L...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 10:20 AM | Show all posts
pagi tadi syik ingatkan nak jln dari parking ke ofis...

di pertengahan jln abg van shuttle dah ho ...
Syik_Gojet Post at 5-1-2012 10:15



   ckp je.. "sy nk exercise la bang"... hahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 10:32 AM | Show all posts
Tip-tip yang disenaraikan dibawah akan membantu anda untuk melihat perubahan yang lebih cepat kerana ia akan meningkatkan metabolisma, mengelakkan rasa lapar, menambahkan tenaga dan membuatkan anda berasa lebih baik secara keseluruhannya.

1. Menambah Karbo Selepas Senaman

Perkara asas yang paling penting dalam diet adalah memastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Mengisi atau menambah semula bekalan karbo didalam badan selepas dari sesi senaman anda.

Menikmati makanan selepas senaman adalah satu kemestian. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam keadaan yang lemah dimana penambahan karbo sangat diperlukan. Perlu diketahui juga bahawa pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.

2. Jangan Tidur Ketika Lapar

Langkah kedua yang akan membantu mempercepatkan pengurangan berat badan ialah tidak tidur ketika lapar. Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan berat badan. Hakikatnya adalah makan pada lewat malam tidak akan membantutkan usaha anda. Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protin adalah baik untuk anda. Sebagai contoh, susu rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk diambil sebelum tidur.

3. Kitaran Kalori

Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan membuat kitaran terhadap kalori anda setiap hari. Bagaimana utuk melakukannya?

Bila anda mengurangkan kalori dalam diet anda untuk tempoh yang agak lama, kadar metabolisma anda akan menurun. Jadi dengan memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi anda mampu menghalang dari berlakunya metabolisma yang rendah ini.

Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kalori untuk 5 hari dan 2 hari kalori yg lebih tinggi. Secara tidak langsung anda juga menjadikan diet anda lebih menarik.

4. Lengkapkan Dengan Protin

Protin adalah nutrien terpenting dalam plan diet anda. Protin akan membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot anda mendapat bekalan yang secukupnya.

Pastikan anda mengambil protin yang baik bagi setiap hidangan anda dan mencapai keperluan harian anda.  Pilih protin yang baik dari sumber-sumber semulajadi untuk hasil yang terbaik.

5. Jadualkan ‘Cheat Day’

Ramai yang beranggapan bila diet, anda perlu elakkan semua jenis makanan yang anda suka jika inginkan hasil yang baik. Satu persepsi yang tidak betul.

Dengan menjadualkan ‘Cheat Day’ ini, anda masih boleh menikmati hidangan kesukaan dan pada masa yang sama anda masih kekal dengan diet yang sihat pada hari-hari lain.

Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari hari seminggu untuk ‘Cheat Day’ dari anda memilih untuk makan pada bila-bila masa sahaja.

6. Saratkan Dengan Serat

Serat juga merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang.

Sekurang-kurangnya anda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan. Sumber serat terdiri dari sayur, buah-buahan dan gandum penuh.

7. Kawal Pengambilan Minuman

Salah satu yang sering diabaikan dalam kebanyakkan plan diet ialah pengambilan minuman. Jika anda seorang yang gemar dengan minuman-minuman yang manis ini, anda mungkin telah mengambil kalori yang berlebihan tanpa anda sedari. Perlu diingat bahawa kalori melalui minuman juga dikira.

Jika anda peminat tegar minuman manis ini, alternatif yang ada ialah dengan cara mengurangkan pengambilan kalori makanan anda. Jika tidak usaha menurunkan berat badan anda mungkin tidak akan berjaya.

Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini dengan air suam atau air kosong.

8. Makan Lebih Produk Tenusu(Dairy Product)

Akhir sekali, tip yang boleh mempercepatkan pengurangan berat badan ialah dengan mensasarkan untuk makan lebih banyak produk tenusu dengan kerap. Ramai yang menganggap mereka perlu menghadkan pengambilan produk tenusu ketika dalam usaha menurunkan berat badan tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Cuma pastikan anda memilih dari variasi rendah lemak.


sumber:http://kevinzahri.com/blog/healt ... udah-diet-malaysia/
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 10:33 AM | Show all posts
ckp je.. "sy nk exercise la bang"... hahahhaha
cmf_death Post at 5-1-2012 10:20


mau dia gelak guling tgk syik dgn jln terhenjut2 sambil pegang payung sebab panas ckp nak exercise..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 10:36 AM | Show all posts
Tip-tip yang disenaraikan dibawah akan membantu anda untuk melihat perubahan yang lebih cepat kerana ...
cmf_death Post at 5-1-2012 10:32



   wah..tips menarik....
mengulas pasal diet dgn susu nie...

syik penah tgk documentary mengenai perbezaan org minum susu serta tidak..

dorg buat kajian secara saintifik.. dorg kaji tahi ...

didapati org y minum susu tahinya mengandungi byk lemak bermakna bila minum susu, laktose dlm susu akan menarik lemak2 ibarat magnet lalu dibuang melalui sistem perkumuhan..hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 10:43 AM | Show all posts
Reply  din_hbl

ermm... maseh bro.. dulu masa start diet,mmg skit sgt amik karbo.. tp skang neh.. ...
cmf_death Post at 5-1-2012 10:10



   lain kali jgn buat lagi..kalau tak syik babap det...
nie la trend zmn skrg, bukan takat det, ramai lagi y amalkan mcm nie.. nak kurus punya pasal tapi membabi buta, tak cari ilmu diet n fittness.. syukur la tak jadi apa2..kalau sakit camne....?? dah elok2 sihat demi nak kurus terus sakit, sapa y susah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2012 10:53 AM | Show all posts
motivation utk org2 yg berat naik atau berat maintain..



Kadang2 result tu tak macam yg kita nak, tapi tu tak bermakna kita kena give up. Ingatlah anak2 anda, anda nak turun berat, nak jadi sihat, sbb nak tgk mereka membesar.. Bersabarlah dan jom sama2 usaha lebih dari sebelum ni..

Utk yg bujang, do it for your mum.. nnt bila mereka tua, anda boleh jaga mereka sbb anda masih sihat..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 11:40 AM | Show all posts
lain kali jgn buat lagi..kalau tak syik babap det...
nie la trend zmn skrg, bukan  ...
Syik_Gojet Post at 5-1-2012 10:43


bek mem besar... ekekkeke...

ari ni berjaya men'cheat'kn diri... td ter'makan' nasik minyak.lauk perghhhh ayam gulai/ayam merah

xtau bape riban kalori msuk rini.. tp dh tekad.. xmo mkn ape2 dh menda len untuk rini.. arapkn energy dr nasik minyak tu je

air kosong stakat neh dh masuk 3.2liter
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 11:41 AM | Show all posts
mau dia gelak guling tgk syik dgn jln terhenjut2 sambil pegang payung sebab panas ckp nak exerci ...
Syik_Gojet Post at 5-1-2012 10:33


hahahahha.... xpun suh je dia folo dr blakang.. kalo penat jalan,bleh nek terus van dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 11:43 AM | Show all posts
bek mem besar... ekekkeke...

ari ni berjaya men'cheat'kn diri... td ter'makan' nasik minyak.l ...
cmf_death Post at 5-1-2012 11:40



   pergh..lazat tu...
nasi minyak sepinggan dlm 436kalori..

sekurang kurangnya hampir 1000 kalori kalau dgn lauk pauk.. boleh sumbat lagi la death dlm 500 kalori...

jgn tak mkn apa2 lak pas nie.. kang gastrik pulak...

ptg boleh telan buah2..

mlm nie telan la biskut kering dgn susu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.067387 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list