Wakil kedutaan Kyrgyzstan, waris Aidana Baizieva hadir di HKL
KUALA LUMPUR: Beberapa wakil kedutaan Kyrgyzstan dan dipercayai seorang wanita, waris kepada Aidana Baizieva kelihatan meninggalkan Institut Perubatan Forensik Negara (HKL) pada jam 1 tengah hari tadi. Mereka dilihat memasuki perkarangan jabatan itu pada kira-kira jam 10.45 pagi. Difahamkan, kehadiran mereka adalah untuk mengisi borang bagi tujuan menuntut mayat Baizieva yang masih dalam jagaan pihak Forensik HKL. Waris Baizieva itu bagaimanapun enggan ditemubual media yang menunggu di luar Unit Forensik berkenaan. Enam orang termasuk Baizieva terkorban apabila helikopter Dauphin AS365N2 yang dinaiki mereka dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur, terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang pada Sabtu lalu.
|