|
seronok baca kisah Rosputih. |
|
|
|
|
|
|
|
Untie,
seronoknya membaca cerita Untie di Tanah suci...kita yg membacanya jadikan panduan dan pedoman...nak dengar lagi cerita dari Untie. |
|
|
|
|
|
|
|
Untie,
seronoknya membaca cerita Untie di Tanah suci...kita yg membacanya jadikan panduan dan pedoman...nak dengar lagi cerita dari Untie. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #843 harehak's post
Kebetulan petang ini ada sedikit kelapangan erah. Di pejabat hari ini ada majlis meraikan bakal-bakal haji. Ramai juga yang pergi, 41 orang semuanya. Majlis seperti ini memang menjadi tradisi di pentadbiran kami sejak sekian lama. Alangkah bertuah mereka. Saya pulak yang seolah-olah merasa nikmatnya. Belum pun sampai sebulan saya kembali ke tanah air, kerinduan kepada Makkah dan Madinah tetap bersarang dihati ini dan tetap ingin kembali lagi ke sana. Begitulah kuatnya tarikan kota Makkah dan Madinah ini terutama kepada mereka yang telah pernah menjejakkan kakinya ke sana.
Kepada yang masih ingin membacanya, saya ingin menyambung kisah yang saya katakan mengenai kehilangan kasut saya pulak. Kalau bercerita mengenai kehilangan kasut ini, ia adalah perkara biasa terutama di Masjidil Haram. Kebanyakan jemaah mengalaminya. Ianya berlaku samada tersalah letak, lupa letak di rak mana, kerana banyak rak-rak kasut dalam masjid, selain rak besar yang ada di bahagian tepi pintu masuk masjid dan memang mungkin juga disarung oleh orang lain. Bagi diri saya sendiri setiap kali pemergian saya ke sana, sepasang dua kasut mesti hilang di masjid walaupun kita meletakkannya di dalam uncang atau kita sorokkannya di celah-celan tiang. Salah satu cara dari mengelakkan kehilangan kasut, kita kena ingat nombor rak tempat kita letakkan kasut kerana banyak rak di dalam masjid tersebut.
Pada kunjungan kali ini hingga minggu ketiga, saya masih bersyukur kerana setiap kali selesai solat dan menuju ke rak kasut, ucang kasut saya masih setia menunggu di situ hingga dalam hati saya berkata, bagus pulak kali ini kasut tak hilang. Sehinggalah pada minggu terakhir, ketika berjalan menuju ke masjid dalam kesesakan orang ramai, terasa kasut saya dipijak orang dari belakang. Kemudian terasa kasut di sebelah kanan longgar. Saya bergerak ke tepi dan memang benar, jahitan kasut jenis sarung yang saya pakai itu terputus hampir tiga suku. Kebetulan di situ ada pulak kedai kasut dan terus saya membeli sepasang kasut dan melemparkan kasut yang terkoyak itu ke dalam tong sampah yang juga kebetulan berada di tepi laluan itu.
Seterusnya saya ingin menceritakan kisah saya seperti yang dijanjikani semoga ianya terus memberi peringatan khususnya kepada diri saya sendiri betapa walaupun sesuatu itu hanya lintasan di dalam hati, Allah Maha mengetahui Segalanya dan kalau kita bersalah, cepat-cepatlah mohon keampunan dariNya atas kesilapan atau kelalaian kita.
Ketika saya mengerjakan haji 15 tahun yang lalu, saya dan kakak ipar saya (telahpun meninggal dunia) kerana terlalu ramai jemaah, diarah oleh polis-polis dalam masjid itu mengerjakan tawaf di tingkat satu yangmana pusingannya jauh berbanding di tingkat bawah. Selesai tawaf kami terus mengerjakan saie yang juga memakan masa yang agak lama kerana kesesakan. Selesai saie di Bukit Marwah terasa amat letih tambahan pula arwah kakak ipar saya itu badannya gemuk macam Yusni Jaafar.
Selesai ibadah tersebut, kami ingin pulang ke tempat penginapan. timbul pula masalah kerana kasut kami letakkan di rak pintu masuk Babul Fath,agak jauh dari situ. Ada 2 pilihan untuk mengambilnhya, kalau ingin melalui jalan dalam masjid, ianya agar jauh dan sukar dengan kesesakan orang ramai yang memenuhi setiap ruang masjid, sedangkan badan dah letih. Lagi satu pilihan, ikut jalan luar yang jaraknya lebih dekat lagi. tapi terpaksa berkaki ayam. Sudah tentulah saya yang kena mengambilnya. Ketika itu hati saya agak keberatan dan terasa macam geli rasanya nak memijak jalan laluan orang ramai itu yang agak kotor termasuklah banyak ludah-ludahan dari pelbagai ragam manusia walaupun saya memakai stokin. Walaupun begitu, saya teruskan juga berjalan dengan berjengkit-jengkit, konon geli dengan kotoran-kotoran di sepanjang jalan menuju ke pintu masuk untuk mengambil kasut kami.
Ketika mengambil uncang kasut yang saya letakkan agak tinggi di rak tersebut, saya terkejut kerana hanya kasut kakak ipar saya saja yang ada dalam ucang itu. Di manakah kasut saya? siapa yang mengambilnya? Terus saya menyedari kesilapan saya yang berkata-kata dalam hati mengenai kegelian saya dengan kekotoran jalan tadi. Mungkin Allah murka dengan perlakuan saya itu dan terasa keinsafan dalam diri ini dan terus memohon keampunan dariNya.
Pada masa itu saya lihat kalau ada jemaah yang memakai topeng menutup hidung dan mulut, sering dimarahi oleh warga arab kerana mereka tidak suka kita beranggapan udara di Makkah itu kotor. Begitulah kisahnya. Walaupun mungkin pada anggapan orang lain ia perkara biasa, tapi bagi saya ia memberi makna yang tersirat dan terus saya ingati hingga ke hari .
Kalau ada yang masih ingin mendengar dan membaca lain-lain cerita dan pengalaman saya, ada kelapangan nanti saya akan sambung lagi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rosputih
setuju sgt dgn kenyataan'walaupun sesuatu itu hanya lintasan dalam hati, Allah Maha Mengetahui'...
Semasa di Tanah Suci tahun 1990an dahulu, dan setelah beberapa hari berada di sana, rindu pulak nak makan aiskerim macam McD ... jalan-jalan terjumpa kedai tu...aiskerim putih bersih tu nampak best sgt tapi dalam hati berkata,kalau ada orang nak,akan ku beri aiskerim ini padanya..baru saja nak masuk suapan pertama ke mulut, tiba-tiba muncul tangan entah dari mana memintanya..kiranya tak sempat makan la...terus beri kpd beliau....terkejut jugak masa tu...sedangkan masa beli tak ada pun 'peminta' masa tu... itu-lah kebesaran Ilahi. |
|
|
|
|
|
|
|
package umrah untuk tahun 2008 dah keluar ker??? |
|
|
|
|
|
|
|
Andalusia punya dah ada. ..website sebenar tak ingat sbb google google tetiba-tiba ada ..lebih kurang cam ni http://www.umrah-ziarah.com |
|
|
|
|
|
|
|
kengkawan, saya ada kemusykilan. andai saya nak mengerjakan umrah ngan mak (ayah dah meninggal), perlu ke saya pergi dengan muhrim jugak? atau bley tumpang mahram orang lain? i mean sesama dlm pakej travel tue? tq |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih Rosputih, seronok membaca pengalaman Rosputih. Hampir menitiskan airmata! Sampaikan Kakyah terasa berada di sana pulak. Harap dapat membaca sambungan nya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #848 nanas's post
perkara ni boleh berbincang dengan travel agent tu. selalunya mereka akan menguruskan atau meminta izin dari jemaah yg turut serta untuk menumpangkan nama saudari & mak sebagai mahram mereka. seperti saya & emak, menunaikan umrah pada tahun lepas, pihak travel agent menumpang nama kami kepada seorang remaja lelaki yang pergi menunaikan umrah bersama bonda saudaranya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #850 Cattleya's post
thanx ya cattleya. ni tambah semangat nak kumpul duit |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #850 Cattleya's post
sori nak mencelah...cattleya pegi pakai travel agent mana...kos berapa dan berap hari pakejnya? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #848 nanas's post
Benar seperti yang dikatakan oleh catlteya. Pihak travel agent akan membantu mereka yang tidak bermahram. sSaya doakan nanas dan ibu akan dapat menjejakkan kaki ke tanah suci tidak lama lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #848 nanas's post
Betul seperti yang dikatakan oleh cattleya. Pihak travel agent akan membantu mereka yang bermasalah mengenai mahram. Saya doakan nanas dan ibunya akan dapat menjejakkan kaki ke tanah suci tak lama lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
bace cerite kat sini terase rindu nak g tanah suci semula...bile la agaknye dpt pegi sane lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #849 kakyah's post
Terima kasih juga kepada kakyah. Saya masih berpegang kepada NIAT asal saya menulis dan bercerita mengenai Makkah dan Madinah supaya dapat mencetuskan minat kepada pembaca untuk menjejakkan kaki ke tanah suci ini. Dan kepada yang telah memasang cita-cita akan lebih bersemangat dan berusaha mempercepatkan untuk melaksanakan ibadat tersebut. Walaupun kadang-kadang, masalah kewangan menjadi puncanya, yang penting pasangkan niat di dalam hati dahulu, sambil menabung berdikit-dikit bagi tujuan tersebut, Insya Allah, Allah swt akan makbulkannya.
Saya juga bukanlah orang yang benar-benar arif. Tapi apa yang saya tuliskan adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sepanjang berada di sana. Saya juga menunggu-nunggu dan ingin membaca pengalaman jemaah-jemaah lain kerana saya juga amat berminat mengikutinya, tetapi tiada pulak nampaknya. Itulah sebabnya saya mengambil keputusan bercerita sebanyak sedikit di ruangan ini kerana ada yang ingin membaca dan berkongsi pengalaman. Bagi diri saya sendiri cerita-cerita mengenai Makkah dan Madinah, haji dan umrah seolah-olah memberi suntikan semangat dan menyegarkan jiwa saya.
Kakyah, erah, yang masih ingin mengetahui pengalaman saya.
Di Makkah turunnya hujan adalah merupakan satu rahmat dari Tuhan terutama kalau hujan lebat. Saya pernah menyaksikan sebelum ini ketika hujan turun dengan lebatnya dengan kilat yang sabung meyabung dan petir yang berdentum-dentum, jemaah-jemaah yang berada di Masjidl Haram sedikitpun tidak menunjukkan rasa takut macam kebiasaan kitalah di sini bila kilat dan petir sabung menyabung. Kebanyakan mereka yang berada di sana memang membiarkan diri di basahi dengan hujan terutama yang sedang bertawaf. Yang lain-lain pula tentulah pulak berebut-rebut memasuki Hijr Ismail menadah air atau mandi air yang turun dari pancuran emas. Manakala setengah-setengahnya yang berada di dalam masjid itu akan keluar ke dataran kaabah atau di kawasan lapang itu untuk menikmati dan bermandikan hujan. aAa juga jemaah dari Malaysia yang berbuat demikian. Pada mulanya saya juga berjalan ke arah kawasan lapang agar dibasahi hujan. Tapi apabila hujan semakin lebat dengan kilat dan petir sabung menyabung, terasa takut pulak dan terus masuk ke dalam masjid sementara menunggu waktu solat.
Pada kali ini pula, selama sebulan berada di tanah suci saya mengalami 4 kali hujan yang turunny macam tak disangka-sangka. Kali pertama semasa perjalanan dari Madinah. Kami bertolak dari Madinah selepas Zohor, bermiqat di Bir Ali dan meneruskan perjalanan selama hampir 7 jam untuk sampai ke Makkah iaitu kira-kira jam 9 atau 10 malam dengan kesesakan lalulintas yang amat sangat kerana ketika sampai di Makkah jemaah baru saja keluar dari Masjidil Haram selesai solat tarawih.
Ketika pertengahan jalan menuju ke Makkah, dalam cuaca panas terik, ketika itu saya yang duduk di bangku depan sekali dalam bas sambil relaks memejamkan mata, terkejut mendengar seolah-olah satu rempuhan yang kuat. Saya ingatkan berlaku kemalangan, rupanya hujan yang tiba-tiba turun dengan lebatnya yang menyebabkan bunyi rempuhan itu. saya lihat langit dan cuaca yang sejak dari Madinah terang benderang, tiba-tiba dipenuhi awan hitam. Selang beberapa kilometer cuaca dan langit cerah semula. Seterusnya setelah beberapa kilometer berikutnya, kenderaan kami merempuhi hujah kali kedua. Langit yang cerah tadi, kembali mendung dan hujan turun dengan lebatnya. Kami bimbang juga kerana jalan yang licin, pemandu bas membawa bas agak laju. Menurut mutawif yang mengiringi kami, memang dah lama tak hujan di Makkah dan berkata berkat turunnya hujah lebat itu mudah-mudahan Allah menerima umrah dan ibadah kami semua, Insya Allah.
Saya mengalami hujan kali ketiga pada hari berikutnya di Makkah. Ketika itu sekitar jam 5.00 petang dan saya tak sangka hujan telah turun rupanya. Bila turun dari bilik penginapan dan ketika di lobby hotel, seorang jemaah memberitahu hujah turun. Apa lagi berlari-larilah saya keluar untuk menikmati hujan itu dengan menadahkan muka ke langit, tapi hujan dah mula reda. Walaupun ketika itu cuaca panas, tapi kami dapat rasakan air hujan yang turun yang mengenai muka dan tangan terasa sangat dinginnya. Itulah kebesaran Allah swt.
Kali terakhir saya mengalami turunnya hujan ialah ketika jemaah selesai solat tarawih. Ketika itu jemaah terlalu ramai dan bersesak-sesakan di jalanraya keluar dari Masjidil Haram. Walaupun malam, cuaca masih terasa bahang kepanasannya. Tiba-tiba terasa titikan-titikan air yang sejuk rasanya mengenai muka saya. Bila saya pandang ke langit, memang terlihat titisan-titisan hujan yang turun dari langit. Sangat cantik menyaksikan pemandangan titisan-titisan air hujan yang turun dari langit yang gelap itu. Walaupun hujan tak lebat tapi sudah cukup menyejukkan jemaah dan mengurangkan bahang panas sekitar masjid tersebut ketika itu. Maha Suci Allah Yang Memberi Rahmat kepada hamba-hambanya.
("Maka Nikmat Tuhan Kamu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan" - Petikan terjamahan dari Surah Al- Rahman yang sangat saya sukai.) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
There is only a Ottoman trainstation left (wich go's under restoration from what i heard this year) and 114 (the som of the ayets of Qur'an?) little domes that Mimar Sinan the great Ottoman architect contructed wich you can see in this pic:
|
|
|
|
|
|
|
| |
|