CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: khyree

Tahajjud CINTA - Album Kerohanian...[Di pasaran pada 090909]

[Copy link]
Post time 11-9-2009 10:01 AM | Show all posts
839# pzan213

tu la kan..org tu dh jd cikgu skrang dh...hehhehehe
graxier06 Post at 11-9-2009 09:52


hahaha..tu ler pasal...time takde kelas lehla curi2 mase masuk porum japp..hihhihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2009 10:04 AM | Show all posts
ko ngajar kat ner pzan...c suliman kat pd.....ko??
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 10:08 AM | Show all posts
as usual siti mmg chantek kan???? Aku nak suruh kakak aku beli tahajjud cinta n then bila kami nak balik kg nanti, bleh dgar dalam kete.......
ps: Kaklong klu hang baca ni, cepat la beli album siti.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2009 10:11 AM | Show all posts
gambar first muka cam EJA [plak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 10:30 AM | Show all posts
ko ngajar kat ner pzan...c suliman kat pd.....ko??
graxier06 Post at 11-9-2009 10:04


aku kat S.M Teknik Seri Manjung..dekat ngan lumut....off topik..mrh lak dak lain kang..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 11:04 AM | Show all posts
SitiZONE da letak lagu2 TAHAJJUD CINTA dlm website tuh r.. huhu.. nk dgr ke x.. nk dgr ke x...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2009 11:07 AM | Show all posts
Penceraian KD-Anang tidak gugat projek album duet Siti-KD
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ




ALBUM ‘Tahajjud Cinta’ sudah pun berada di pasaran sejak 9 September lalu dan masuk Disember nanti, penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal melaksanakan projek terbarunya yang ditunggu-tunggu iaitu merakamkan album duet dengan diva tersohor Indonesia, Krisdayanti atau KD.

Belum pun sempat merakamkan album itu, industri seni digemparkan dengan berita penceraian KD dan Anang Hermansyah baru-baru ini.



Wanita yang mesra dengan panggilan Siti itu berkata dia ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada KD agar banyak bersabar menghadapi dugaan yang besar ini.

Menurut Siti, walaupun perkara ini masih baru namun ia tidak mematahkan semangat KD untuk meneruskan projek membuat album duet itu.



Biarpun ramai selebriti mahupun media di Indonesia melemparkan pendapat yang lebih berpihak kepada Anang Hermansyah, namun sebagai rakan baik Krisdayanti (KD), penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza akan sentiasa menyokong diva popular Indonesia itu.

Menurut Siti, dia tidak boleh mencampuri urusan rumah tangga KD dan Anang yang baru disahkan bercerai baru-baru ini. “Sebagai kawan, insya-Allah saya akan bersama dia. Sebagai kawan, dalam rumah tangga mereka, saya tak boleh berkata apa sebab Anang, dia dan Allah sahaja yang tahu.

“Saya juga berharap dia akan terus tabah dan tidak gentar meneruskan perjuangan..sebagai manusia, kita inginkan keredhaan Allah.

“Apabila mengetahui tentang berita itu, Siti terus mendapatkan pengesahan dengan KD menerusi SMS.



“Saya juga menasihatkan dia supaya banyak beristighfar. Diharap dia akan menjadi lebih kuat. Sebagai manusia biasa, kita semua mempunyai kelemahan masing-masing dan hanya mampu berdoa,” ujarnya dalam majlis berbuka puasa dengan artis-artis Siti Nurhaliza Productions (SNP) Sdn Bhd. dan pelancaran album kerohaniannya, ‘Tahajjud Cinta’ di Lot 10, Bukit Bintang.

Menyentuh tentang album yang memuatkan lapan buah lagu itu, dia memilih lagu ‘Ku Percaya Ada Cinta’ sebagai single pertama yang akan diputarkan di corong radio dalam masa terdekat ini.

Baginya, dia memilih lagu ciptaan komposer Audi Mok dan penulis liriknya, Habsah Hassan itu kerana konsepnya yang lebih berentak pop.

“Tetapi mesej tetap sama. Untuk dimainkan di radio, saya rasa insya-Allah senang untuk diterima oleh pendengar.



“Selain lagu ini, saya juga menyukai lagu Asma Ul Husna. Tetapi sebab durasinya agak lama iaitu enam minit, jadi agak sukar untuk kita putarkan di stesen radio tempatan untuk sebuah lagu melainkan di radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM),” jelas Siti yang tidak meletakkan sasaran dalam jualan album ini.

Katanya, apa yang dilakukan hanya berlandaskan nawaitu atau niat kepada Allah.

“Saya tak kisah jika jualan album ini mendapat kutipan banyak atau sedikit sebab nawaitu saya kerana Allah sebab memberi kegembiraan dan kemenangan.

“Yang penting, hati saya tenang,” luahnya mengenai album yang turut menyenaraikan lagu ‘Pintu Rindu’, ‘Tahajjud Cinta’, ‘Batasku Asaku’, ‘Ya Rasulullah’, ‘Ketika Cinta’ dan ‘Selawat’.



Ditanya pula tentang kelainan antara menyanyikan lagu bergenre balada dan kerohanian, Siti berkata:

“Lagu kerohanian lebih menguji kesabaran dan saya rasa kecilnya diri ini tetapi lagu balada lebih mengingatkan saya kepada perkara yang indah dan feel yang lebih kerana ada rasa cinta sesama manusia.”

Siti juga tidak menolak kemungkinan yang rezekinya akan lebih bertambah memandangkan dia terbuka untuk ditawarkan menyanyi dalam majlis berbentuk kerohanian.

Bukan itu sahaja, mengenai perancangan masa hadapan, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini sedang cuba meluaskan pasaran album ‘Tahajjud Cinta’ ke Indonesia.

“Ada juga syarikat dari Indonesia, Trinity Optima Production yang meminta ‘master copy’ album ini. Jadi, kalau dapat ‘lampu hijau’ dari produksi itu apa salahnya saya mencuba,” ujarnya yang turut akan terlibat dengan pengeluaran produk kecantikannya, ‘Simply Siti’.

Namun Siti bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang produk itu. Katanya, “Apabila tiba waktu yang sesuai nanti baru boleh keluar. Sekarang, biar ia menjadi rahsia.”



Walaupun Siti masih berdiam diri, di sebuah laman web tersebar sedikit info tentang produk itu. Bagaimanapun Siti hanya menjawab sambil tersenyum, “Biarlah orang nak buat apa pun.”

Siti juga semakin terbuka dengan pendapat dan komen orang ramai termasuk jangkaan Siti akan bertudung litup dalam ‘cover’ album itu tetapi rupanya tidak.

Sekali lagi Siti tersenyum lantas berkata: “Saya lebih tahu susah dan senangnya jadi biarlah mereka nak cakap apa pun.”

Dalam perkembangan lain, Siti turut memaklumkan tentang pemergiannya ke tanah suci bersama suami dan ahli keluarga lain untuk mengerjakan umrah pada 14 September hingga 19 September ini dan selepas itu menyambut Hari Raya pertama di kampungnya, Kuala Lipis.




Audi Mok dua tahun simpan lagu khas untuk Siti

Dalam pada itu, komposer yang baru mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Nikki iaitu Audi Mok berkata dia memang telah lama menantikan saat membikin lagu baru untuk Siti dan selepas dua tahun baru terlaksana.

“Saya hanya menyiapkan melodi lagu ‘Ku Percaya Ada Cinta’ dalam masa seminggu tetapi waktu itu saya tidak terlalu kejar masa dan hanya ‘standby’ kalau lagu ini sesuai untuk Siti sejak dua tahun lalu.

“Saya memang menggubah lagu ini untuk Siti sebab ia sesuai dengan vokalnya dan ilham lagu ini lebih ‘elegant’ dan ada kelas. Ia juga bukan berkonsepkan pop biasa,” katanya yang kali ketiga mencipta lagu untuk Siti selepas ‘Ku Mahu’ dan ‘Pada CintaNya’.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 11:16 AM | Show all posts
bestnye tetiap taun dapat pegi umrah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2009 11:16 AM | Show all posts
sitizone xnak tukar index page sitizone kepada  Tahajjud Cinta ke?...era LT dah abis..skang tibe untuk TC lak....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 12:23 PM | Show all posts
layannnn... memg mendamaikan ketenangan ako albem ni, tak sia2 penat mencari.... em, nanti akan review... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 02:16 PM | Show all posts
sedap2 lagu album ni...i tgh dgr kat imeem.. best2..leh beli yg ori jap gi
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 09:50 PM | Show all posts
aku kat S.M Teknik Seri Manjung..dekat ngan lumut....off topik..mrh lak dak lain kang..hehehe
pzan213 Post at 11-9-2009 10:30


laa...dekat je ...sya dok kat area lumut je....
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 09:57 PM | Show all posts
I dah beli Tahajjud Cinta kat Mahkota Parade. best sangaaat album ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 10:02 PM | Show all posts
dah beli....huhu...Tak de poster....tak pe...asalkan TC ada...yeah!
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 10:14 PM | Show all posts
ada info terbaru.. ada tengok kat facebook CT .. ada sorang member ni dia frust coz tak sempat nak grab TC pasal stok dah habis kat satu kedai CD ni tak tau plak apa nama kedainya tu..

WOW, sambutan begitu baik sekali nampaknya!TC pun habis.. belum sampai seminggu jualan..  Alhamdulillah, di harap akan berterusan sebegini rupa~ .. Amin..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 10:20 PM | Show all posts
855# ZacharyDerwoods

td kat speedy jusco bukit raja tgk ade 2 je display.. wood amek satu...

xtau la kot2 die mmg kuarkan bnyk tu je dulu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2009 10:27 PM | Show all posts
dasyat gak penangan ct nie...
ak nie x beli2 lagi album..
tgkla esok ke nak cari kat mid atau amcorp...
x sabo nak dgr nie...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 10:30 PM | Show all posts
satu kedai kat melaka pun dah habis stok .. tinggal satu kedai ni lagi yang stok nya belum tiba... hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 10:37 PM | Show all posts
sape2 kat ganu yg da beli tu...
kasi la info beli kat mane...
blum dpt lagi ni...
huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2009 12:06 AM | Show all posts
album CT kali ni ku percaya lebih baik sambutannya dr LT
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.074887 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list