Tashu posted on 6-3-2013 01:47 PM
pisang goreng ke tu kt dalam tu? mcm pernah buat jah, tp yg lain2 tu xde guna pisang n telo putih ...
tulun tepek resepi
Puding RajaSumber: buku Air Tangan Tengku Puan Pahang
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
4 sikat pisang lemak manis - buang kulit
1 cawan biji gajus - digoreng
2-3 genggam jala emas
200gram buah prun - potong 4
Buah ceri merah/hijau
2 sudu besar minyak sapi
Minyak untuk menggoreng
Untuk Kuah Puding:
1 tin susu cair
3 biji telur - ambil kuning sahaja
1/2 tin air
1-2 cawan gula (ikut citarasa)
Daun pandan - simpul
Esen vanilla
Cara memasak:
Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh. Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan.
Kemudian goreng biji gajus. Angkat dan ketepikan.
Kuah Puding:
Pukul kuning telur bersama susu cair dan air. Tapis untuk membuang pusat telur putih. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.
Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu untuk supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
Cara Menghidang:
Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan jala emas.
Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus.
Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.