CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kirawang

UNIT TRUST PUBLIC MUTUAL; MACAMANA NAK UNTUNG CEPAT DAN BANYAK?

  [Copy link]
Post time 30-12-2010 01:54 PM | Show all posts
susah betol nk paham
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2010 01:26 AM | Show all posts
Reply 861# cmf_raudah

odahhh ... ape yg lu tak paham tuuu......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2010 08:37 AM | Show all posts
FBM KLCI naik 16.2 peratus
Oleh Azli Ayob
[email protected]
2010/12/31


Dagangan ditutup pada 1,518.91 mata berbanding 1,272.78 tahun 2009

BURSA Malaysia mengakhiri dagangannya bagi 2010 dengan menyaksikan penanda aras utamanya, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat 16.2 peratus atau 246.13 mata apabila ditutup pada paras 1,518.91 mata semalam daripada 1,272.78 mata pada hari dagangan terakhirnya untuk 2009.

Bursa tempatan mengakhiri dagangan tahun ini sehari lebih awal apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hari ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai kejohanan Piala Suzuki AFF.
Ia bagaimanapun ditutup lebih rendah dalam dagangan semalam, jatuh 5.43 mata daripada 1,524.34 mata kelmarin.

Sepanjang tahun lalu, FBM KLCI turut mencatatkan paras penutup paling tinggi dalam sejarah iaitu 1,528.01 mata 10 November. Ia juga mencecah paras dagangan tertingginya pada 1,531.99 mata pada hari berkenaan.

FBM KLCI adalah indeks penanda aras yang mencatatkan prestasi keempat terbaik di Asia tahun ini selepas Indeks Komposit Jakarta, Indeks Komposit Filipina dan SET Thailand.

Penganalisis pasaran menjangkakan aliran positif itu mampu berterusan pada 2011 dengan dagangan saham dijangkakan bertambah rancak dipacu oleh sentimen pasaran yang lebih baik.
FBM KLCI mempunyai prospek yang baik tahun depan dan dijangkakan bergerak sekitar 1,650 mata,” kata MIDF Research.

Firma penyelidikan pasaran itu turut menjangkakan pasaran tempatan akan terus menjadi destinasi kemasukan dana asing tahun depan apabila FTSE mengklasifikasikan semula Malaysia sebagai “Advanced Emerging Market” (Pasaran Sedang Meningkat yang Maju) bermula Jun 2011.

Klasifikasi semula itu dijangka menarik sebahagian dana asing yang sudah sedia menjejaki indeks FTSE global yang dianggarkan bernilai AS$3 trilion (RM9.3 trilion).

Ketika ini, hanya empat negara Asia iaitu Hong Kong, Jepun, Singapura dan Korea Selatan yang berada dalam kategori itu.

Ketua Penyelidik di TA Securities, Kaladher Govindan, berkata dengan begitu banyak berita positif bakal diumumkan, 2011 dijangka satu tahun yang dianggap baik untuk pasaran saham tempatan.

Beliau berkata, keinginan kukuh kerajaan mempercepatkan pelaksanaan projek menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP), potensi pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat, aliran dana asing yang lebih banyak dan kemungkinan pilihan raya umum tahun depan dijangka menjadi pemangkin kepada indeks untuk mencuba tahap ketinggian terbaru dalam sejarah iaitu 1,820 pada tahun depan.

Affin Investment Bank turut menjangkakan pelaksanaan pelbagai projek menerusi ETP dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan indeks penanda aras bursa tempatan tahun depan.

“Langkah melaksanakan pelbagai projek itu akan menjadikan bursa tempatan lebih menarik di kalangan pelabur tempatan dan asing,” kata bank pelaburan.

Affin Investment Bank berkata, jangkaan lebih banyak pengumuman berita positif tahun depan bakal memacu pergerakan indeks penanda aras untuk mencecah paras 1,630 mata, lebih tinggi daripada sasarannya pada 1,600 mata sebelum ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2011 08:10 AM | Show all posts
BM KLCI catat paras tertinggi dalam sejarah

KUALA LUMPUR 3 Jan - FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 14.51 mata dan mengakhiri dagangan hari ini pada 1,533.42, iaitu tahap tertinggi dalam sejarahnya, dengan sokongan utama daripada saham-saham perladangan dan mewah, kata seorang peniaga. Indek 30 saham yang melonjak teguh itu mencecah tahap tertinggi, 1,535.02 selepas dibuka 5.62 mata lebih tinggi pada 1,524.53.

"Momentum pasaran dipacu selanjutnya oleh kenaikan dalam pasaran-pasaran serantau berikutan prospek yang lebih cerah bagi pertumbuhan ekonomi global," kata peniaga itu.

Indeks Kewangan melonjak 123.13 mata kepada 13,979.45, Indeks Perusahaan naik 43.29 mata kepada 2,876.24 dan Indeks Perladangan mengukuh 97.08 mata kepada 8,133.33. Indeks FBM Emas meningkat 116.76 mata kepada 10,491.74, Indeks FBM Ace menokok 11.93 mata kepada 4,359.49 dan Indeks FBM70 naik 165.01 mata kepada 11,062.91.

Saham naik mengatasi saham turun dengan jumlah 664 berbanding 195 manakala 229 kaunter tidak berubah, 299 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung urus niaga.

Jumlah dagangan melonjak kepada 1.608 bilion saham bernilai RM2.09 bilion daripada 1.119 bilion saham bernilai RM1.872 bilion Khamis lepas.

British American Tobacco mengungguli senarai saham naik. Ia menokok 80 sen kepada RM45.80 diikuti oleh DiGi, yang melonjak 48 sen kepada RM25.08.Saham perladangan, United Plantation, melambung 46 sen kepada RM17.20, KL Kepong naik 28 sen kepada RM22.38 dan Kulim mengukuh 24 sen kepada RM12.98.

Saham cergas, Talam menambah setengah sen kepada sembilan sen, Borneo Oil menokok 15 sen kepada 34.5 sen dan SAAG Consolidated naik setengah sen kepada lapan sen.

Saham mewah, CIMB Group meningkat 12 sen kepada RM8.62, Maybank menambah lima sen kepada RM8.55, Sime menokok 15 sen kepada RM8.95 dan Tenaga mengukuh empat sen kepada RM6.73.

Dalam Pasaran Utama, jumlah dagangan bertambah kepada 1.297 bilion saham, bernilai RM2.015 bilion, daripada penutupan 805.93 juta unit bernilai RM1.82 bilion Khamis.

Waran melonjak kepada 213.234 juta saham, bernilai RM57.886 juta, daripada 130.06 juta unit, bernilai RM26.717 juta, yang dicatatkan sebelumnya.Bagaimanapun, jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 87.767 juta saham, bernilai RM14.631 juta, daripada 167.457 juta unit bernilai RM20.823 juta Khamis lepas. - Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2011 08:10 AM | Show all posts
sila check investment masing2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 03:27 PM | Show all posts
Reply 864# kirawang

  




Read more:  Bursa starts new year with a bang http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/pma3-2/Article/index_html#ixzz1A36DUOXw
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2011 10:11 PM | Show all posts
Bro, this my investment from EPF.  Dulu tak tahu pasal switching, rugi pada 2008.  Sekarang nak your advice which fund shall I switch (islamic) and how many units?  I withdraw from EPF every 3 months, but my UT agent only advice to buy some more equity fund but no advice on switching.
My current fund at PB.
PBIEF - 235,111
PISSF - 121,865
PAIF - 116,596
PIOGF - 116,106
PISSF - 114,645 (different UT agent from above)
PIDF - 89,489
PBIAEF - 64,325

What fund to switch?
How to calculate the average cost?  I purchased the unit at different times.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 12:30 AM | Show all posts
Reply 867# Y_me?

wow banyak betul fund dan unit .... pakcik kayo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2011 11:14 PM | Show all posts
salam...nak tanya....boleh tak nak tukar agen....sebab dier tak manage sy nyer kaunter properly.....bila tanyer dier jer....sibuk promot skim lain plak...?? sepanjang masuk nie raser mcm tak di advised after ejen sibuk involved bender lain...atau sy patut jual balik jer.....sgt frustlah.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 01:22 AM | Show all posts
Reply 867# Y_me?

My suggesstions are PIDF, PIEF and Ittikal. All this funds give dividend consistently. However Ittikal is bit pricy now.

Simple way to calculate the average purchase cost:

01/01/2010 purchase at nav RM0.3500
01/02/2010 purchase at nav RM0.3550
01/03/2010 purchase at nav RM0.3450

Average cost: (0.3500 + 0.3550 + 0.3450) / 3 =  RM0.3500

Refer to your statements to know the exact nav @ purchase price.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 01:24 AM | Show all posts
Reply 869# iena_kindaichi

Kuasa di tangan anda.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 08:53 AM | Show all posts
Reply 870# sri_lanang

Thanks, so the number of unit does not matter? Just average the NAV?  How about the free unit because we don't pay for it.  Kena masuk dalam calculation average jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 09:22 AM | Show all posts
Reply 872# Y_me?

Free unit pun ada nav jugak. Cuba tgk statement.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 09:40 PM | Show all posts
ok...means apa sri lanang...?? kalu i nak jual balik kena thru agent or g kaunter public mutual...?? if i nak tukar agent what shud i do...??
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 10:28 PM | Show all posts
kalu i nak jual balik kena thru agent or g kaunter public mutual...?? ...
iena_kindaichi Post at 7-1-2011 21:40

   

call yr consultant, suruh mereka jualkan,

or u boleh pergi sendiri, any branch P mutual..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 03:18 PM | Show all posts
time saham merundum dulu semua agen lari... now saham dah bagus ramai pulak yang datang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2011 04:16 PM | Show all posts
call yr consultant, suruh mereka jualkan,

or u boleh pergi sendiri, any branch P mutual. ...
Madura1 Post at 7-1-2011 22:28



ada kos yang terlibat ker....??
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 04:17 PM | Show all posts
konsultan i dah tak kisah pasal public mutual lg..dier ada bender lain nak cater....more to emas....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 08:24 PM | Show all posts
Otai & UT consultant,

How to get the DCA for this PAIF.

Sep 4, 2006 - 0.25 (60,600) Paid RM15,000
May 25, 2007 - 0.3209 (43,578.44) Paid RM13,200
Nov 1, 2007 - 0.3176 (6,543.14) dividend
Nov 2, 2009 - 0.2586 (1,740.49) dividend
Nov 1, 2010 -0.2651 (4,314.21) dividend

Jan 6, NAV 0.2781 (116,596.58) RM32,425.51.
EPF has withdrew this fund from the approved list.  I am planning to switch this fund PAIF and PBIAEF to PIMM.  These two funds, PAIF and PBIAEF are not as good as my other funds namely PBIEF, PISSF, PIOGF and PIDF.

Any comments?

file:///C:/DOCUME%7E1/abdshuk/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot.pngfile:///C:/DOCUME%7E1/abdshuk/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-1.png
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 11:04 PM | Show all posts
time saham merundum dulu semua agen lari... now saham dah bagus ramai pulak yang datang..
Harimau69 Post at 8-1-2011 15:18



    patutnyerr time turun la dtg... cuz harga unit murahhhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.092222 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list