CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI IX, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 15-10-2010 11:15 AM | Show all posts
Saya juga baru dapat tahu yang pendaftaran haji telah tutup hingga lagi 4-5 tahun. Ini adalah kerana pendaftar adalah terlalu ramai dan mereka akan hanya buka lagi 4-5 tahun.

Boleh siapa2 mengesahkan ini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2010 12:11 PM | Show all posts
Alhamdulillah....berkesempatan menghantar Mimi utk memulakan Kembara Duyuffur Rahman beliau.  Seronok dapat jumpa Acikjie, adikzarif, hussein, Hajjah Lina, Rina dan teristimewa, akak Hajar.....insyaAllah sekiranya diizinkan Allah, kita akan bertemu waktu gathering yg dirancang bulan Dec. ...
ayahjoe Post at 15-10-2010 10:56


Ayahjoe, sebenarnya saya sampai di TH Kelana Jaya jam 9.15 malam.  Sampai di sana saya call mimi tapi tak berjawab.  Saya call dalam 5 ,6 kali jugak.  Sehingga jam 10.30 malam, saya pun beredar balik.  Dalam perjalanan saya tak sedap hati, saya call lagi mimi masa tu dah keluar Kelana Jaya nak menghala ke Federal Highway.  Kali ni mimi jawab kata dia dlm perjalanan dari KLIA ke Kelana Jaya sebab katanya kapalterbang dari KB delay.  Saya pun mintak husband pusing kereta balik ke Kelana Jaya.  Alhamdulillah dapat berjumpa mimi dan ibunya di sana.  

Semoga mereka dapat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur.  Ameen.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 01:29 PM | Show all posts
Assalamualaikum
Nenek Rosputih, Opah Aziefa, Wan Aily, Uncle Adikzarif, Auntie Hanni, Acik El, Aunt ...
ayahjoe Post at 14-10-2010 09:57


Assalammualikum....ADAM...

emmm...lama betul aunty lemon tak masuk umah nie...dah dapat
anak sedara rupanya.....

Alhamdulillah....semoga menjadi anak yg soleh buat penyejuk hati ayah dan ibu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 01:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by Mas916 at 17-10-2010 17:35

Salam....

Selamat berangkat mimi...semoga perjalanan anda selamat...

Ayahjoe
Tahniah....atas kelahiran cahayamata...mudah2an menjadi muslimin sejati....

Kepada rakan2 di forum..
Saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai ada posting2 saya yg menyentuh hati.....Maaf kan saya.....Insya Allah Isnin ni saya pulak akn mengikuti jejak2 mimi mengunjungi Tanah Haram.....Doakan saya di beri kesihatan yg baik, di mudahkan segala urusan.....dan dikurniakan haji yg mabrur....

Salam.
Mas916,
Penang  
7 Zulkaedah 1.43 pm.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 02:05 PM | Show all posts
Salam....

Selamat berangkat mimi...semoga perjalanan anda selamat...

Ayahjoe
Tahniah....atas  ...
Mas916 Post at 15-10-2010 13:44



Salam Mas,
Mas pegi KT 32 ker?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 03:03 PM | Show all posts
Salam....

Selamat berangkat mimi...semoga perjalanan anda selamat...

Ayahjoe
Tahniah....atas  ...
Mas916 Post at 15-10-2010 13:44



    Salam..Mas,...

   Selamat berangkat semoga diberi kesihatan yg baik sepanjang menjalankan ibadah
  disana dan mendapat haji yg mabrur....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2010 03:17 PM | Show all posts
Salam Mas,
Mas pegi KT 32 ker?
ayahjoe Post at 15-10-2010 14:05


Assalamualaikum Mas.  Mas pergi hari Isnin terus KLIA kan tak melalui TH Kelana Jaya.  Akak ucapkan Selamat berangkat mengerjakan ibadah haji dengan sebaik mungkin dan sempurna dan mudah-mudahan dikurniakan haji yang mabrur.  Gunakan masa yang ada di sana untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.   Insha Allah.  Ameen.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 04:27 PM | Show all posts
Salam....

Penerbangan saya KT33 direct dr Penang  to Jeddah.

Terima kasih atas doa2 kalian....moga Allah makbulkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2010 06:06 PM | Show all posts
Reply 868# Mas916

Salam Mas,

Selamat berangkat ke tanah suci  untuk menunaikan Rukan Islam yang Ke lima.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan Mas, selamat dalam perjalanan, diberi kesihatan yang baik untuk beribadah
dan kembali dengan haji yang mabrur.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 10:19 PM | Show all posts
Salam....

Selamat berangkat mimi...semoga perjalanan anda selamat...

Ayahjoe
Tahniah....atas  ...
Mas916 Post at 15/10/2010 13:44



salam Mas,

Alhamdulillah bakal menjadi duyuffur rahman..selamat berangkat menunaikan rukun islam ke-5..
semoga dipermudahkan segala urusan, diterima segala amal ibadah dan dikurniakan haji yg mabrur..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 12:04 AM | Show all posts
Salam....

Penerbangan saya KT33 direct dr Penang  to Jeddah.

Terima kasih atas doa2 kalian.... ...
Mas916 Post at 15-10-2010 16:27



salam,

hanni doakan, moga kak mas beroleh haji mabrur, dan dikurniakan kesihatan yg baik, sleamat pergi dan selamat kembali. Doakan moga hanni dan suami dijemput sbgai duyufur rahman jua ye..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 12:17 AM | Show all posts
Alhamdulillah....berkesempatan menghantar Mimi utk memulakan Kembara Duyuffur Rahman beliau.  Serono ...
ayahjoe Post at 15-10-2010 10:56


tahniah buat hj. ayahjoe dan keluarga atas kelahiran Adam Syameel...Bestnya bau baby...
eh, nanti kalo ada gathering, jgn lupa update di sini n difbook ye.
Takut ketinggalan..ada rezeki, nk join gak jumpa kawan2...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 04:25 PM | Show all posts


Assalamualikum azie,

kakak paparkan khas untuk azie,
Tentu azie terkenang-kenangkan 'Dar Al Tawhid'  ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 04:30 PM | Show all posts
border=0 />

Melihat betapa jinaknya merpati ini juga boleh memberi ketenangan jiwa
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 04:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by Rosputih at 17-10-2010 19:12

border=0 />

Siapakah gerangan wanita yang sedang tekun membaca Al Quran di depan rak Al Quran itu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 09:25 PM | Show all posts
Reply 875# Rosputih


   

Assalamualaikum..
Seronoknya kalau dapat duduk mengaji Quran..solat..lihat Kaabah kat sini..
Masyallah...rindunya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2010 09:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 18-10-2010 21:30



Rombongan pertama 1,100 jemaah tiba di Mekah
18/10/2010 10:16am


MEKAH - Rombongan pertama lebih 1,100 jemaah haji Malaysia selamat tiba di tanah suci Mekah awal pagi ini selepas menempuh perjalanan sejauh 400 kilometer yang mengambil masa tujuh jam.


Mereka berlepas dari Bir Ali (tempat berniat) di pinggir bandar Madinah kira-kira pukul 6.30 petang waktu tempatan (11.30 malam waktu Malaysia) dan tiba di hotel Janadriyah, kira-kira 800 meter dari Masjidil Haram.

Ketibaan mereka pukul 1.30 pagi waktu tempatan (6.30 pagi waktu Malaysia) disambut Ketua Rombongan Haji Malaysia Musim 1431 Hijrah, Mohd. Salleh Abdul Mubin, Konsul Haji Malaysia di Jeddah, Mohd Khalid Mohd Nordin, Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan) Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan petugas Tabung Haji di Mekah dan wakil mutawif Muassasah.

Jemaah diberi minum air zam-zam dan kemudian ditempatkan di tingkat enam hotel Janadriyah yang menempatkan ibu pejabat dan pusat operasi Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah.


Selepas subuh kesemua jemaah dibawa menunaikan tawaf dan saie umrah oleh mutawif rasmi Muassasah.

Mohd. Salleh berkata, TH menyediakan guru agama dan program untuk membimbing bagi memantapkan lagi persediaan jemaah haji di Mekah menjelang hari wukuf 14 November ini.


Ini kali pertama TH membawa masuk serentak jemaah tiga penerbangan iaitu KT1, KT2 dan KT3 kerana sebelum ini tidak lebih dua KT dibawa masuk, katanya kepada pasukan media TH yang membuat liputan musim haji ini. - Bernama


Masyallah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 09:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 19-10-2010 09:53

Bakal jemaah tertua?


2010/10/17



Wanita 120 tahun teringin ke Makkah sejak remaja lagi

NAMA Munni Begum mungkin tidak sehebat selebriti dunia yang popular. Namun, ia bukanlah halangan baginya untuk sekurang-kurangnya menarik perhatian ramai, khususnya kalangan umat Islam. Apa tidaknya, nenek 52 cucu dan 96 cicit ini bakal menggapai impiannya bergelar hajah pada usia 120 tahun dan mungkin juga bergelar jemaah haji tertua musim ini.
Andai ada yang mempertikaikannya, pasport warga Rajasthan, India, yang jelas mempamerkan tarikh lahirnya pada 14 Ogos 1890, boleh menjadi bukti.

Yang pasti, apa dialami nenek bertubuh kecil tapi cekal dan penuh bersemangat ini membuktikan setiap kesabaran itu ada hikmahnya.

Malah, sewaktu dibawa anak-anaknya ke Pejabat Jawatankuasa Haji di Jaipur, Sabtu lalu, Munni yang kemas mengenakan pakaian serba putih, sempat melemparkan senyuman kepada wartawan yang menunggu kehadirannya.

Dengan tangan melambai, wanita yang berkaca mata tebal ini, mengakui lega kerana impian selama hayatnya untuk menjadi tetamu Allah SWT, bakal terlaksana.
Katanya, impian itu disemai sejak berusia awal belasan tahun iaitu selepas berkahwin iaitu penantian selama kira-kira 105 tahun!

“Sejak remaja lagi saya memasang niat untuk ke Makkah. Siapa sangka, walaupun sebegini lewat, impian itu hampir dicapai.

“Allah Maha Agung dan Dia menunaikan impian saya...saya boleh mati secara aman kerana hasrat saya akan termakbul.

“Tiada apa yang saya mahu dan fikirkan kecuali dapat menatap Kaabah,” katanya dalam nada suara bergetar-getar.

Perasaan gembira yang membuak itu menyebabkan Munni tidak menganggap urusan remeh mengisi dokumen sebagai memenatkan. Kehadirannya itu bagi memenuhi prosedur berikutan pemilihannya mengisi kuota khas yang dibenarkan.

Malah, lapor media tempatan, pihak berkuasa Haji Arab Saudi sudah dimaklumkan mengenai kehadiran Munni Begum dan melakukan persiapan sewajarnya.

“Saya sudah menunggu terlalu lama bagi detik ini. Insya-Allah, hanya beberapa hari lagi saya akan ke sana,” katanya yang ditemani beberapa anggota keluarganya.

Suami Munni, Abdul Khan yang juga petani, mati kira-kira 35 tahun lalu. Selain dikelilingi 150 anggota keluarga, anak sulungnya, Imamuddin Khan juga berusia 80 tahun manakala yang kedua berusia 75 tahun. Dua anak lelaki dan perempuannya pula sudah meninggal dunia.

Selain mungkin bergelar jemaah haji tertua pada musim ini, Munni turut melakar nama sebagai warga tertua India menunaikan ibadat suci berkenaan.

Apa yang menarik, catatan ‘tertua’ seakan sinonim dengan wilayah Rajasthan berikutan beberapa rekod jemaah tertua yang dipegangnya.

Pada 2007 misalnya, seorang wanita berusia 108 tahun dari wilayah itu menunaikan haji.

Namun rekod jemaah paling tua dari India dipegang Habib Miyan, pesara dan pemain seruling pancaragam Maharaja Jaipur yang ke Tanah Suci pada 2004 ketika berusia 134 tahun.

Malah, semua perbelanjaannya mengerjakan haji itu ditanggung umat Islam yang sudi menderma bagi memastikannya bergelar haji. Habib menjadi perhatian antarabangsa selepas menikmati pencen lebih 65 tahun selepas bersara pada 1938.

Biarpun dokumen seperti surat beranak sesuatu yang asing pada masa dulu, rekod bank membuktikan kesahihan usianya iaitu beliau dilahirkan pada 1878 dan menghembuskan nafasnya ketika berusia 138 tahun pada 2008.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 11:47 AM | Show all posts
Reply 877# aziefa


Waalikumusalam ,

Bukan kalau lagi Azie ...

InsyaAllah, tahun depan jika ada keizinan Allah SWT , kita jumpa lagi di tempat ini......
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 08:07 PM | Show all posts
Reply 880# Rosputih


Salam Kak Ros..
Best ye mimi sekarang dah berada kat Madinah...begitu juga mas...
Alhamdulillah...
Melalui hari dengan penuh beribadah kepada Allah...
Masyallah.. asyik dok teringat kat Mekah ...     
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.090778 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list