CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: leon_mclaren78

THE TWILIGHT SAGA : BREAKING DAWN PART 1 & 2 [22 NOV 2012]

  [Copy link]
 Author| Post time 24-2-2012 12:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by leon_mclaren78 at 1-3-2012 23:12

CHAPTER 18 : "The Hunt"

Mereka muncul seorang demi seorang dari tepi hutan yg jaraknya kira-kira 12 meter. Lelaki yg mula2 muncul kemudiannya segera memberikan tempat di bahagian paling hadapan kpd seorang lg lelaki yg berbadan tinggi & berambut gelap, yg berkemungkinan merupakan ketua kumpulan mereka.  Yg terakhir merupakan seorang perempuan yg berambut oren. Mereka merapatkan diri sesama mereka sewaktu menghampiri keluarga Edward dgn berhati2, mempamerkan rasa hormat mereka terhadap kumpulan 'pemangsa' yg lebih besar, daripada jenis mereka. Sewaktu mereka menghampiri, Bella dpt melihat dgn jelas betapa mereka kelihatan berbeza daripada keluarga Edward. Cara mereka berjalan seolah2 seperti seekor kucing & sentiasa menukar gaya berjalan.  Mereka mengenakan pakaian yg biasa seperti seluar jeans & kemeja kasual panjang yg berbutang hingga ke bwh, diperbuat daripada fabrik yg tahan dlm apa jua keadaan cuaca. Rambut kedua2 lelaki tersebut telah dipotong, manakala yg perempuan yg berambut oren kelihatan daun2 & serpihan kayu dari hutan di atas rambutnya. Mata mereka tajam & berhati2 memandang ke arah Carlisle yg diapit oleh Emmet & Jasper yg melangkah ke dpn sebagai langkah berjaga2. Tanpa ada apa2 komunikasi antara mereka, kelihatan masing2 cuba bersikap lebih tenang.

Lelaki yg paling depan kelihatan lebih menarik, kulit yg berwarna tona buah zaitun & pucat, rambutnya berwarna hitam berkilat. Badannya sederhana berotot, tp sudah tentu x dpt menandingi keadaan fizikal Emmet. Dia kemudiannya tersenyum, menampakkan giginya yg putih tersusun. Yg perempuan memiliki mata yg kelihatan agak liar, memandang ke arah lelaki di hadapannya, dan kemudian mengalihkan pandangannya ke arah kumpulan tpt Bella berdiri. Rambutnya kelihatan kusut ditiup sedikit angin. Postur badannya benar2 seperti seekor kucing. Lelaki yg kedua kelihatan berlegar2 di situ, badannya kecil sedikit dari ketuanya, dia memiliki rambut berwarna coklat. Mereka berdua memiliki ciri2 yg sama tp sukar utk dijelaskan. Namun lelaki kedua kelihatan lebih berwaspada. Ketiga2 mereka juga memiliki warna mata yg berlainan, bukan warna keemasan atau hitam, tp berwarna merah wain, warna yg sungguh mengganggu & menakutkan. Lelaki berambut hitam masih tersenyum, melangkah ke arah Carlisle.

"Kami rasa kami terdengar ada org sdg bermain," ujarnya dgn suara yg tenang, jelas kedengaran loghat Perancisnya. "Sy Laurent, yg ini Victoria dan James." Dia menunjuk ke arah vampire lain yg berada di sisinya. "Sy Carlisle. Ini keluarga sy -- Emmet dan Jesper, Rosalie, Esme dan Alice, Edward dan Bella." Carlisle menunjuk ke arah kumpulan yg berada di belakangnya secara rawak tanpa merujuk seorang demi seorang. Bella sedikit terkejut bila Carlisle menyebut namanya. "Kamu perlukan pemain tambahan x?" Laurent bertanya, cuba beramah.  Carlise menjawab dlm nada yg sama, "Sebenarnya kami baru saja habis bermain. Mungkin kita boleh main sama2 lain kali. Kamu bercadang nk tinggal di kawasan ni lebih lama lg ke?" "Kami menuju ke arah utara sebenarnya, tp kami berminat nk tahu ttg jiran2 yg ada di kawasan ni. Kami dh lama x berjumpa dgn mana2 kumpulan," ujar Laurent.

"Sebenarnya kawasan ni kosong, hanya kami sengaja dtg bermain di sini & juga tetamu2 spt kamu juga dtg ke kawasan ni," Carlisle menjelaskan. Suasana ketika itu kelihatan begitu tenang & kasual. Bella meneka mungkin Jasper menggunakan kebolehannya mengawal mood mereka yg berada di situ. "Bagaimana dgn hasil perburuan kamu semua setakat ni?" Laurent ingin tahu. Carlise cuba utk x menjawab soalan Laurent secara terus & menjelaskan, "Di kawasan ni merupakan Banjaran Olympic, di kawasan atas & bwh merupakan Banjaran Coast. Kami menetap x jauh dari sini. Ada kumpulan lain yg turut menetap seperti kami x jauh dari Denali." Laurent kelihatan sedikit terkejut, "Menetap? Mcm mana kamu boleh buat begitu?" kedengaran rasa ingin tahu pd nada suaranya. "Apa kata kamu semua dtg ke rumah kami & kita boleh berbual2 dgn lebih selesa?" Carlisle mempelawa. "Sbb ia terlalu panjang utk diceritakan," sambungnya lg.   James & Victoria saling berpandangan bila mendengar perkataan "rumah", namun ekspresi Laurent lebih bersahaja. "Ia kedengaran sungguh menarik & dialu2kan," ujar Laurent sambil tersenyum. "Kami dlm perjalan berburu dari Ontario utk beberapa lama, ada baiknya sbb kami x berkesempatan nk membersihkan diri sekejap." Matanya mengamati keterampilan Carlisle dgn rasa penuh penghargaan.

--BERSAMBUNG--
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2012 11:05 AM | Show all posts
OST filem ni mcm tak menyengat la...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 10:21 AM | Show all posts
CHAPTER 18 : "The Hunt"

Mereka muncul seorang demi seorang dari tepi hutan yg jaraknya kira-kira  ...
leon_mclaren78 Post at 24-2-2012 00:46



hahahahah...leon....
penggunaan oni sungguh tidak sesuai okey....
oni sungguh comel utk 'menterjemahkan' keadaan makhluk ber3 tuh
kene pakai smilie yg ganas sket
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2012 02:05 PM | Show all posts
hahahahah...leon....
penggunaan oni sungguh tidak sesuai okey....  
oni sungguh comel u ...
seeri_7843 Post at 28-2-2012 10:21


hehehehe... okeh2! nnt next episod aku akan tuka eh!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 07:09 PM | Show all posts
nak tanya, selalu korang kalau yang rajin donlod2 movie ni donlod kat mana ehh???
yg free lah kan???

sorry la offtopic..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2012 10:37 PM | Show all posts
nak tanya, selalu korang kalau yang rajin donlod2 movie ni donlod kat mana ehh???
yg free lah kan?? ...
xmynnx Post at 1-3-2012 19:09



   
sila menorrent ye... mmg free jah.

First step, g donlot kat Bit Torrent. Lps dh install, sila g website isohunt.com ke... taip je apa2 cite yg ko nk kat situ. Then nnt ada button "donlot torrent", klik je & dh start donlot. Kalo x abis donlot hari ni, esok & esok & esok bleh continue lg, stakat % yg stop donlot tu... x pyh susah2 nk start over again. Gud luck.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-3-2012 12:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by leon_mclaren78 at 3-3-2012 09:12

sambungan CHAPTER 18 : The Hunt


"Jgn salah faham, tp kami amat menghargai kalo kamu semua tidak meneruskan aktiviti berburu di kawasan ni.  Kami hanya x mahu menarik perhatian sesiapa di sini, harap kamu semua faham," Carlisle menerangkan. "Sudah tentu," Laurent mengangguk tanda setuju. "Kami sudah tentu x akan menceroboh kawasan kamu. Kami hanya akan menjamu selera di luar kawasan Seattle," ujar Laurent lg sambil ketawa.  Bella tiba2 saja terasa badannya menggeletar. "Kalo kamu berminat nk menyertai kami, kami akan tunjukkan jalannya. Emmet & Alice, awak berdua boleh pergi ke kereta dgn Edward & Bella."

Sewaktu Carlisle sedang berbicara, dlm masa yg sama tiba2 angin yg perlahan bertiup, menyingkap sedikit rambut Bella. Edward kelihatan spt menghidu sesuatu, dan kemudian lelaki ke-2 yg bernama James secara tiba2 tersentak & mengamati Bella sambil lubang hidungnya kelihatan mengembang.  Dgn pantas mereka semua berada dlm keadaan yg agak tegang apabila James mula melangkah setapak ke hadapan & merendahkan badannya.  Edward menyeringai menampakkan giginya sebagai tanda mempertahankan diri, sambil kedengaran bunyi menderam.  Bunyi yg seakan2 sama spt yg didengari Bella bila Edward membuat bunyi yg sama ketika dia bergurau pagi td. Tp skrg Bella terasa sejuk dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.

"Apa ni?" Laurent bertanya dlm ekspresi yg terkejut.  Tiada siapa di antara James mahupun Edward mengubah ekspresi bengis mereka. Tp kemudian James seperti mengalah sedikit & Edward turut memberikan respon yg sama. "Dia bersama2 kami," ujar Carlisle tegas ke arah James.  Laurent kemudiannya kelihatan baru dpt menangkap aroma Bella, keupayaannya x sepantas James, namun dia nampaknya baru tersedar. "Awak bawa snek ke sini?" Laurent bertanya, ekspresi wajahnya kelihatan ragu2 sambil mengambil 1 langkah ke depan.  Edward menyeringai dgn lebih ganas & keras.  Laurent undur setapak ke belakang. "Sy kata dia bersama2 kami," Carlisle sekali lg menjelaskan, suaranya agak keras.  "Tapi dia manusia," Laurent seakan membantah, namun suaranya kedengaran seperti kehairanan. "Ya," Emmett bersuara mempertahankan kata2 Carlisle sambil matanya tidak lepas memandang ke arah James.  James kemudiannya dgn perlahan mengundur sedikit badannya ke belakang, namun matanya masih memandang ke arah Bella & lubang hidungnya masih dikembangkan. Edward masih berada di hadapan Bella seperti seekor singa yang garang.

Apabila Laurent bercakap, ton suaranya agak tenang -- cuba utk meredakan ketegangan yg terjadi secara tiba2. "Nampaknya kami perlu belajar byk perkara ttg kamu semua."  "Sudah semestinya," Carlisle menjawab, suaranya juga tenang. "Tp kami ingin menerima pelawaan kamu," Laurent bersuara lg sambil matanya memandang ke arah Bella sekejap & kemudian pandangannya teralih kpd Carlisle. "Dan sudah tentu kami x akan mengapa2kan budak perempuan manusia tu. Kami x akan berburu di dlm kawasan kamu sptmana yg sy bgtau td," ujar Laurent lg. James memandang ke arah Laurent dgn pandangan spt x percaya dan kemudian dia saling berpandangan dgn Victoria.  Carlisle mempertimbangkan sikap keterbukaan Laurent utk seketika sblm dia menjawab," Kami akan tunjukkan jalan. Jasper, Rosalie, Esme?" Carlisle memanggil. Mereka bertiga segera maju ke dpn, menghalang pandangan mereka yg lain daripada Bella. Alice segera berdiri di sebelah Bella, manakala Emmett berundur ke belakang dgn perlahan, matanya masih terpaku ke arah James.

"Mari pergi, Bella," suara Edward kedengaran rendah & muram. Ketika itu Bella bagaikan terpaku di atas tanah, takut utk bergerak. Edward segera mencengkam siku Bella & menarik Bella yg tersentak dari keadaan pegunnya. Alice & Emmet berada hampir di blkg mereka berdua, cuba melindungi Bella dari blkg. Bella tersadung walopun Edward ada di sebelahnya, dia masih berada dlm ketakutan. Bella x pasti sama ada mereka yg lain telahpun pergi dari situ atau belum. Edward kelihatan spt hilang sabar ketika mereka berjalan di tahap keupayaan manusia menuju ke arah tepi hutan. Apabila sampai ke tpt yg berpokok, Edward segera menarik Bella ke blkgnya. Bella mencengkam kedua2 belah kakinya di pinggang Edward sewaktu dia mula terbang, manakala Alice & Emmett mengikutinya dari blkg.  Bella menundukkan kepalanya ke bwh, namun dia x dpt memejamkan matanya spt biasa kerana terlalu takut, sebaliknya dia hanya dpt melihat kegelapan hutan yg kelihatan menyeramkan. Jika selalunya Edward kelihatan gembira & teruja setiap kali membawa Bella terbang begitu, tp kali ini ekspresi Edward digantikan dgn ekspresi dendam yg membuatkan dia bergerak begitu pantas. Sungguhpun dia membawa Bella di blkgnya, namun Alice & Emmett masih ketinggalan di blkg.

Mereka berempat tiba di trak dlm masa yg begitu singkat. Edward memperlahankan pergerakannya & kemudian dia meletak Bella di tpt duduk blkg. "Tolong ikat tali keledar dia," Edward mengarahkan Emmett yg baru masuk duduk di sblh Bella. Alice sudahpun berada di bahagian tpt duduk dpn, dan Edward menghidupkan enjin dari tpt duduk pemandu. Enjin trak tersebut mengaum serta-merta, mengundur ke belakang & berpusing sebelum mara ke dpn menghadap jalanraya.  Bella terdengar Edward seperti merungut dgn nada marah, terlalu pantas utk difahami Bella, tp berkemungkinan Edward sdg menyumpah2. Keadaan jalan yg x rata membuatkan perjalanan kali ini lebih teruk & kegelapan mlm membuatkan Bella berasa lebih takut.  Emmett & Alice masing2 memandang ke luar tingkap trak. Trak mereka kemudiannya masuk ke lebuhraya & mula memecut laju, namun Bella masih dpt mengecam jln & arah perjalanan mereka. Skrg trak mereka bergerak ke arah selatan, jauh meninggalkan Forks. "Kita nk pergi ke mana?" Bella bertanya. Tp tiada siapa yg menjawab atau melihat ke arah Bella. "Tak guna! Edward! Awak nk bawa sy ke mana?" bentak Bella.  "Kami perlu bawa awak jauh dari sini," ujar Edward, tidak menoleh ke blkg dan matanya memandang ke arah jln di hadapan. Bella dpt melihat jarum speedometer mencecah ke angka 105km/j.

" Pusing ke blkg! Awak mesti hantar sy pulang ke rumah!" Bella menjerit sambil cuba membuka tali keledar yg mengikat badannya.  "Emmett," Edward memberi isyarat. Emmett segera memegang tgn Bella, menghalangnya membuka tali keledar. "Jangan mcm ni, Edward! Awak x boleh buat sy mcm ni!" Bella membantah. "Sy tpaksa, Bella, skrg tolong duduk diam2," Edward mengarahkan. "Sy x akan diam. Awak mesti hantar sy pulang ke rumah -- Charlie pasti akan menghubungi FBI! Mereka akan pergi siasat keluarga awak - Carlisle & Esme! Kemudian mereka akan tpaksa lari & bersembunyi utk selamanya!" Bella masih membantah. "Bertenang, Bella," suara Edward masih kedengaran muram. "Kami dh pernah lalui semua tu sblm ni," Edward menjawab. "Tidak! Jgn rosakkan semua ni disbbkan sy!" Bella cuba meronta walopun dia tahu hanya sia2.  Utk pertama kalinya Alice bersuara, "Edward, sudahlah." Edward mengerling ke arah Alice dgn pendangan yg tidak puas hati, dan kemudian dia menekan pedal minyak. "Edward, mari kita berbincang dulu ttg hal ni," pinta Alice. "Awak x faham," suara Edward lantang, kedengaran kecewa. Bella x pernah dgr suara Edward sebegitu lantang. Jarum speedometer mencecah angka115km/j. "Dia seorang penjejak, Alice, x kan awak x nampak? Dia seorang penjejak!" ujar Edward. Bella terasa Emmett bagaikan kaku di sebelahnya ketika mendengar perkataan yg keluar dari mulut Edward. Kemungkinan perkataan tersebut sesuatu yg bermakna utk mereka bertiga, Bella ingin tahu, namun dia tiada peluang utk bertanya.

"Cukuplah Edward," suara Alice tenang, memujuk Edward. Tp jarum speedometer naik ke angka 120km/j. "Jgn buat mcm ni, Edward," Alice masih memujuk. "Dengar sini, Alice. Sy dpt lihat fikiran dia. Menjejak adalah kegilaan dia, --- dan dia mahukan Bella, Alice. Dia merancang utk memburu mlm ni," Edward menjelaskan. "Tp dia x tahu ke mana --" Edward memotong kata2 Alice. "Awak fikir brapa lama dia perlukan utk mengesan bau di bandar ini?  Dia dh pun siap2 buat rancangan sblm Laurent sempat membuka mulutnya td," ujar Edward. Bella terasa nafasnya bagaikan tersekat bila dia sedar yg baunya sudah tentu akan menghalakan James ke suatu tpt. "Charlie! Awak x boleh tinggalkan dia keseorangan di sana! Awak x boleh tinggalkan dia!" Bella masih meronta dlm ikatan tali keledar.  "Dia betul," ujar Alice, bersetuju. Kelajuan trak tersebut menurun sedikit. "Mari kita fikirkan ttg pilihan ini sekejap," Alice cuba memujuk lagi.


--bersambung---
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2012 12:54 AM | Show all posts
hahahahah...leon....
penggunaan oni sungguh tidak sesuai okey....  
oni sungguh comel u ...
seeri_7843 Post at 28-2-2012 10:21


seeri... aku decided guna miluegg la sbb ekspresi best! Smiley biasa tu x brape best la ... hehe...
mana lebih kiut... oni atau milu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2012 10:34 PM | Show all posts
Dvd BD dah kuar kan...ade sesiapa yg dah beli ke? Nak tanya, cite nie versi penuh ke atau ade potongan mcm kat wayang tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2012 01:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by leon_mclaren78 at 4-3-2012 01:09

sambungan CHAPTER 18: "The Hunt"

Trak yg dipandu Edward semakin perlahan & secara tiba2 ia berhenti mengejut di bahu jln. "X perlu apa2 pilihan lain," desis Edward. "Sy x akan tinggalkan Charlie!" Bella meninggikan suaranya, namun Edward tidak mengendahkan langsung reaksi Bella. "Kita perlu hantar dia balik ke rumah," akhirnya Emmett bersuara. "Tak boleh," tegas Edward. "Dia x akan mampu kalahkan kita, Edward. Dia x akan dpt menyentuh Bella," ujar Emmett lg. "Dia pasti akan menunggu," Edward cuba berdalih. "Sy pun boleh menunggu juga," ujar Emmett sambil tersenyum. "Awak x nampak -- awak x faham. Sekali dia ambil keputusan utk berburu, dia x akan mengubah pendiriannya. Kita perlu bunuh saja dia," ujar Edward. Emmett x kelihatan kecewa dgn pendapat Edward "Itu adalah salah satu pilihan," ujar Emmett. "Dan yg perempuan tu, dia akan ikut yg lelaki tu. Andainya keadaan bertukar menjadi bertarungan, ketua mereka juga akan turut serta," Edward menambah. "Kita pun dh cukup ramai," Emmett cuba meyakinkan. "Ada lg satu pilihan," Alice bersuara, perlahan. Edward menoleh ke arah Alice dgn wajah yg garang, suaranya sungguh tegas, "Tiada--apa2--pilihan!"

Emmett & Bella memandang ke arah Edward dgn rasa terkejut, tp Alice kelihatan spt biasa. Utk seketika masing2 terdiam di mana Alice & Edward saling merenung sesama sendiri. Bella x tertahan melihat keadaan sebegitu, dia memecah kesunyian, "Ada x sesiapa yg nk dgr rancangan sy pula?" "Tidak," Edward menjawab sambil menderam. Alice merenung ke arah Edward & kemudiannya Edward kelihatan mengalah. "Dengar sini, awak hantar sy pulang ke rumah," Bella mula menerangkan rancangannya. "Tidak," Edward mencelah, x bersetuju. Bella merenung ke arah Edward sebagai tanda protes dan dia menyambung lg, "Awak kena hantar sy pulang ke rumah. Sy akan bgtau ayah yg sy nk balik ke rumah ibu sy di Phoenix. Sy akan mengemas pakaian sy ke dlm beg. Kita tunggu sampai penjejak tu melihat sy, dan kemudian kita terus lari. Dia akan mengejar kita & meninggalkan Charlie. Jd Charlie x akan hubungi FBI utk menyiasat keluarga awak. Lepas tu awak boleh bawa sy ke mana saja tpt yg awak nk pergi." Bella menerangkan dgn panjang lebar. Mereka yg lain kelihatan terpegun sambil memandang ke arah Bella. "Ia idea yg sungguh bagus," Emmett bersuara, setuju dgn rancangan Bella. "Kemunginan rancangan ini akan berjaya -- dan kita x boleh meninggalkan ayahnya tanpa sbrg perlindungan. Awak tentu tahu," ujar Alice pula.  Mereka memandang ke arah Edward.

"Ia terlalu bahaya -- sy x mahu penjejak tu berada terlalu hampir dgn Bella," Edward masih ragu2. "Edward, dia x akan dpt mengejar kita," Emmett cuba meyakinkan Edward. Alice terdiam seketika sambil berfikir, kemudian dia bersuara, "Sy x nampak pun visi yg dia akan menyerang kita. Dia hanya menanti peluang kalau2 kita tinggalkan Bella keseorangan." Tp Edward masih x yakin & memberi alasan, "Dia x akan amik masa yg lama utk menyedari ttg rancangan sbnr kita." "Sy minta awak tolong hantar sy pulang ke rumah," Bella bersuara dgn tegas. Edward menggenggam jari-jemarinya sambil memejamkan matanya. "Tolonglah.." Bella merayu. Edward masih memejamkan mata & suaranya kedengaran spt memberikan amaran, "Awak akan pergi dari sini mlm ni juga, x kira penjejak tu nampak awak atau x. Awak mesti bgtau Charlie yg awak x dpt sesuaikan diri hidup di Forks. Awak kena pandai buat apa2 saja cerita. Kemaskan apa saja brg yg awak nampak & cpt2 masuk ke trak awak. Sy x kira apa yg dia akan fikirkan atau ckp pd awak. Awak hanya ada masa 15 minit utk berbuat demikian. Awak dgr sy kan? Hanya 15 minit bermula dari awak melangkah masuk ke rumah awak nnt."

Enjin trak dihidupkan semula & mula bergerak. Edward memusingkan trak tersebut menuju ke arah Forks. Utk beberapa minit kesemua mereka senyap tanpa berkata apa2, hanya kedengaran ngauman enjin trak Emmett yg dipandu Edward. Kemudian Edward tiba2 bersuara, "Rancangan kita akan dibuat mcm ni... bila kita sampai saja di rumah Bella, jika penjejak tu x ada di situ, sy akan temankan Bella sampai ke pintu. Kemdian dia hanya ada 15 minit utk lakukan semuanya." Edward melihat Bella dari cermin pandang belakang di depannya. "Emmett, awak awasi di sekitar rumahnya. Alice, awak tunggu dlm trak ni. Sy akan sentiasa berada dgn Bella. Bila saja Bella keluar, awak berdua boleh memandu pulang  ke rumah dgn trak ni & bgtau Carlisle." Emmett tiba2 membantah, "Tak boleh. Sy akan ikut awak sama2." Edward menjawab, "Cuba awak fikir, Emmett. Sy x pasti berapa lama sy akan pergi." Emmett menjawab, "Sehingga kita tahu berapa jauh awak akan pergi, sy akan ikut awak," ujar Emmett. Edward mengeluh, "Kalo penjejak tu ada di situ, kita akan terus memandu." Alice bersuara dgn penuh keyakinan, "Kita akan mendahului penjejak tu." Kali ini Edward juga nampak yakin dgn Alice.

"Jadi mcm mana dgn trak ni?" Alice meminta pendapat. "Awak kena pandu pulang ke rumah," Edward mengarahkan dgn tegas. "Tidak, sy x akan buat begitu," Alice menolak arahan Edward dgn tenang. "Trak sy x dpt muatkan kita berempat. Sy fikir kamu semua patut biarkan sy pergi berseorangan," ujar Bella perlahan. Edward x bersetuju, "Bella, tolonglah ikut rancangan sy, hanya kali ini saja." Bella memprotes, "Dengar sini, Charlie bukannya bodoh. Kalo awak x ada di sini esok, dia pasti akan syak sesuatu." Edward menjawab, "Ia x relevan. Kami akan pastikan dia berada dlm keadaan yg selamat. Itu saja isunya." Bella masih memprotes, "Habis tu mcm mana dgn penjejak tu? Dia dh nampak bagaimana reaksi awak td. Dia tentu akan fikir yg awak sentiasa bersama2 sy ke mana saja." Emmett memandang ke arah Bella dgn rasa kagum & bersuara, "Edward, awak dgr pdpt dia. Sy rasa dia betul." Alice menyokong & berkata, "Ya, dia betul." "Sy x boleh buat mcm tu," suara Edward kedengaran dingin. "Emmett pun x boleh ikut sbb penjejak tu dh tentu akan sentiasa memerhatikan Emmett," ujar Bella. "Apa?" Emmett segera menoleh ke arah Bella. "Awak boleh dpt peluang kenakan dia kalo awak x ikut," Alice bersetuju. Edward merenung ke arah Alice dgn rasa x percaya, "Awak fikir sy patut biarkan dia pergi seorang diri?" Alice menjawab, "Dh tentu x. Sy & Jasper yg akan bawa dia." Edward masih x dpt menerima cadangan Alice. "Sy x boleh buat begitu."

Bella cuba meyakinkan Edward, "Awak kena tunggu di sini dlm seminggu.. utk beberapa hari. Biar Charlie nampak yg awak x menculik sy pun & biarkan James terus menjejak. Pastikan dia x dpt menjejaki sy. Kemudian awak dtg jumpa sy, awak kena ambil jalan jauh, dan kemudian Alice & Jasper boleh pulang ke rumah." Bella mendapati Edward kelihatan spt dpt menerima cadangannya kali ini. "Nnt nk jumpa awak kat mana?" Edward bertanya. "Sudah tentu di Phoenix," jelas Bella. "X boleh, nnt penjejak tu tau awak nk pergi ke mana," ujar Edward, hampir hilang sabar. "Awak kena buat muslihat. Dia tentu tahu yg kita tahu dia sedang mendengar. Dia pasti x akan percaya yg sy sbnrnya mmg pergi ke tpt yg sy maksudkan," jelas Bella lg.  "Boleh tahan 'jahatnya' Bella ni," ujar Emmett sambil ketawa kecil. "Bagaimana kalo rancangan awak ni gagal?" Edward bertanya lg. "Di Phoenix ada seramai beberapa juta org penduduk," Bella memberitahu. "X sukar pun nk cari buku telefon," ujar Edward. "Tp sy bkn pulang ke rumah," Bella menjelaskan. "oh.. habis tu?" suara Edward kedengaran bimbang. "Sy akan cari tpt lain yg sesuai dgn sy," ujar Bella lg. Alice mencelah sambil mengingatkan, "Edward, kami akan bersama2 dia." "Apa yg akan awak buat di Phoenix?" Edward bertanya Alice. "Kami x akan pergi keluar," jawab Alice.  Akhirnya Edward bersetuju juga dgn cadangan mereka yg lain.

Trak yg mereka naiki menjalar perlahan ke arah rumah Bella. Di sebalik kata2 Bella yg berani td, dia sebenarnya berasa takut. Dia dpt rasa bulu romanya tangannya berdiri. Dia sedang memikirkan ttg ayahnya yg berseorangan di rumah. Dia cuba utk memberanikan diri. "Bella," suara Edward lembut memanggil. Alice & Emmett masing2 leka memandang ke luar tingkap. "Kalo awak benarkan apa2 berlaku ke atas diri awak, sy yg akan bertangungjawab sepenuhnya. Awak faham tu?" "Ya." Bella menelan air liurnya. Edward menoleh ke arah Alice, "Boleh ke Jasper menguruskan semua ni?" "Awak kena percayakan dia, Edward. Dia sgt2 bagus selama ni."

--TAMAT CHAPTER 19--
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 03:09 PM | Show all posts
sambungan CHAPTER 18 : The Hunt


"Jgn salah faham, tp kami amat menghargai kalo kamu semua tidak ...
leon_mclaren78 Post at 3-3-2012 00:44



yeahh..... sambungan......

aku dpt rasakan ketegangan itu......... tp dlm muvi dia balik umah terus kan pas jumpa makhluk ber3 tu

sayang takde smilie yg menunjukkan lubang idung kembang kempis kan.......
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 03:11 PM | Show all posts
seeri... aku decided guna miluegg la sbb ekspresi best! Smiley biasa tu x brape best la ... hehe ...
leon_mclaren78 Post at 3-3-2012 00:54



dedua kiut maa.....

bantai je la memana leon ..... janji aku dpt baca
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 03:15 PM | Show all posts
sambungan CHAPTER 18 : The Hunt


"Jgn salah faham, tp kami amat menghargai kalo kamu semua tidak ...
leon_mclaren78 Post at 3-3-2012 00:44



ehhh...tp 1 jek cam tak pecaya......
120km/j laju mehh???

byk jek pemandu2 mesia bawak laju tuh
yg lagik laju pun byk jugek....sampai jarum tu da berpusing
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 03:44 PM | Show all posts
sambungan CHAPTER 18: "The Hunt"

Trak yg dipandu Edward semakin perlahan & secara tiba2 ia berhen ...
leon_mclaren78 Post at 4-3-2012 01:03



dlm muvi derang tak buat kan adegan gaduh gaduh manja ni.........
tp mcm kiut pulak emmet masa nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2012 04:56 PM | Show all posts
dedua kiut maa.....

bantai je la memana leon  ..... janji aku dpt baca
seeri_7843 Post at 5-3-2012 15:11


translation yg tbaru x sempat nk masukkan smiley sbb x tahan ngantuk!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2012 04:59 PM | Show all posts
ehhh...tp 1 jek cam tak pecaya......
120km/j laju mehh???  

byk jek pemandu2 me ...
seeri_7843 Post at 5-3-2012 15:15


Kat negara omputih 120km/j tu dh kira laju bangat...
Kat Malaysia ni je org rasa had laju gitu still slow.

Dolu makcik ai duk kat Dublin, dia kata slalu jah kena saman sbb drive keta melebihi 80km/j!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2012 05:02 PM | Show all posts
dlm muvi derang tak buat kan adegan gaduh gaduh manja ni.........
tp mcm kiut pulak emmet mas ...
seeri_7843 Post at 5-3-2012 15:44


heheh... Emmett mmg suka wat joke! sbb tu dia nampak kiyut jah.
Edward tu romantik je lebih.
   
Mmg kat dlm muvi diaorg short cut byk... kat dlm muvi kereta diaorg bwk sampai dkt dgn padang. Tp dlm buku bgtau letak kat tepi hutan jah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 09:26 AM | Show all posts
Kat negara omputih 120km/j tu dh kira laju bangat...
Kat Malaysia ni je org rasa had laju gitu ...
leon_mclaren78 Post at 5-3-2012 16:59



aiyarkkk.... ye kehh???

kalo kat mesia ni bawak kat highway bawah 80km/j tuh agaknye kene hon kan....
patut la tu sbb kat mesia ni kalo eksiden melambung sumer.....

kalo camtuh....mat rempit keta kat mesia nih leh la cabar edward racing keta khann.....
sbb derang ni kalo bawak keta memlm.... sampai 180km/j pun bole.....
sesilap edward yg cicir........ kheh kheh
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 09:33 AM | Show all posts
heheh... Emmett mmg suka wat joke! sbb tu dia nampak kiyut jah.
Edward tu romantik ...
leon_mclaren78 Post at 5-3-2012 17:02



kan.... cam selfish pn ade gak......nak awek slamat tp bapak awek dia tak duli.......

tp dlm muvi pun nmpk emmet cam suka gelak gelak kan bella....cuma jasper jek yg serius
tp aku ske sgt tgk jasper masa eclipse.......nampak gojes
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2012 01:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by leon_mclaren78 at 12-3-2012 11:25

CHAPTER 19: "Goodbyes"

Charlie sedang menunggu Bella. Cahaya lampu tendrang-benderang dari dlm rumahnya. Bella x pasti apa yg harus dia bgtau Charlie yg boleh membenarkan dia pergi. Ia bkn sesuatu yg mudah utk dilakukan. Edward keluar dari trak Emmett perlahan2 & pergi ke bahagian blkg trak Bella yg ada diletakkan di situ.  Ketiga2 mereka kelihatan cuba mendengar apa saja bunyi dari kawasan hutan, melihat apa2 saja byg yg ada di sekeliling, mengesan bau, etc. Enjin trak dimatikan & Bella hanya duduk x bgerak di tpt duduknya sementara mereka yg lain meneruskan pencarian mereka.

"Dia x ada di sini," ujar Edward, namun dia nampak sedikit bimbang. "Marilah pergi," katanya kpd Bella.  Emmett segera membantu Bella membuka tali keledar & dia bersuara dgn suara yg rendah, "Jgn risau, Bella. Kami akan berjaga2 di sini." Bella tiba2 terasa matanya mula berair semasa dia melihat Emmett. Dia x berapa mengenali Emmett, tp entah kenapa dia berasa sedih bila mengenangkan entahkan dia dpt berjumpa Emmett lg selepas mlm itu. Namun Bella sedar ini mungkin merupakan perasaan bila mengucapkan selamat tinggal kpd seseorang. Dia mahu terus hidup utk jam2 yg seterusnya & ini membuatkan airmatanya mula tertumpah ke pipinya. "Alice, Emmett." Suara Edward kedengaran memberikan arahan. Edward membuka pintu trak & memegang tgn Bella dan menariknya rapat di sisinya. Edward berjalan mengiringi Bella dgn cepat ke arah pintu rumah dgn matanya sentiasa melilau di sekeliling.  "15 minit," Edward berbisik mengingatkan Bella. "Sy boleh buat," ujar Bella dlm keadaan tersedu. Emosinya ketika itu membuatkan Bella mendapat inspirasi bagaimana utk menghadapi situasi sebentar lg. Bella berhenti di anjung rumah & tangannya segera memegang wajah Edward dan memandang ke dlm matanya. "Sy cintakan awak. Sy sentiasa cintakan awak, x kira apa yg berlaku skrg ni," ujar Bella, serius. "Tiada apa yg akan blaku ke atas awak, Bella," ujar Edward.

"Kita ikut saja rancangan kita, ok? Pastikan ayah sy selamat. Dia mungkin x akan sukakan sy selepas ini, dan sy harap dpt peluang meminta maaf daripadanya nnt," ujar Bella lg. "Masuklah ke dlm Bella. Kita kena cepat," Edward menggesa. "Satu perkara lagi," Bella berbisik. "Jgn dgr kata2 sy pd mlm ni!" Bella menjengketkan kakinya & dgn segera dia mengucup bibir Edward, setakat yg dia dpt sampai . Kemudian Bella memusingkan badannya menghadap pintu & menendangnya sehingga terbuka.  " Pergi dari sini, Edward!" jerit Bella, sambil berjalan masuk dgn laju ke dlm rumah & menghempas pintu dgn kuat, hampir terkena wajah Edward yg masih dlm keadaan terkejut.  "Bella?" Charlie menjenguk dari ruang tamu, dia segera dtg ke situ. "Jgn pedulikan sy!" Bella menjerit ke arah Charlie dlm tangisan.  Dia segera berlari ke tingkat atas menuju ke bilik tidurnya, menutup pintu & menguncinya. Bella berlari ke arah katilnya, dan kemudian duduk di atas lantai sambil mencapai beg pakaiannya. Charlie berada di luar pintu bilik Bella. "Bella, awak ok ke? Apa yg dh jadi ni?" Suaranya kedengaran cemas. "Sy nk balik rumah," Bella menjerit dlm tangisan. "Dia menyakiti awak ke?" suara Charlie mula kedengaran spt marah. "Bukan!" Bella segera pergi ke almari pakaiannya dan Edward telahpun ada di situ dgn tangannya penuh dgn pakaian Bella yg diambilnya secara rambang, dia bersedia melemparkannya kpd Bella. "Dia nk putuskan hubungan dgn awak ke?" Charlie kedengaran bingung. "Tak!" Bella menjerit lg sambil memasukkan segalanya ke dlm beg pakaian. Edward melemparkan satu lg muatan pakaian kpd Bella. Kini beg tersebut benar2 telah penuh. "Habis tu apa yg dh tjadi sebenarnya, Bella?" Charlie bertanya, masih dlm keadaan bingung. "Sy yg putuskan hubungan dgn dia!" Bella menjerit kembali sambil cuba menutup zip beg pakaiannya yg payah utk ditutup. Edward segera menolak tgn Bella ke tepi & dgn mudah dia menarik zip tsebut. Kemudian dia meletakkan pemegang beg tersebut dgn berhati2 ke tgn Bella.

"Sy akan berada dlm trak -- cpt pergi!" bisik Edward & dia menolak Bella ke arah pintu. Kemudian Edward menghilangkan diri di tingkap. Bella segera membuka kunci pintu biliknya & menolaknya dgn kuat ke arah Charlie sambil tangannya mengheret beg pakaiannya yg berat. Dia terus turun ke bawah. "Apa dh jadi ni?" Charlie meninggikan suaranya. Dia mengikuti Bella dari blkg. "Ayah sangka awak sukakan dia." Charlie menangkap siku Bella bila mereka tiba di dapur. Dia memegang Bella dgn kemas & memusingkan Bella ke arah dirinya. Bella dpt melihat wajah ayahnya yg x sanggup melepaskan dia pergi. Bella tahu ayahnya terluka, dan dia juga membenci dirinya sbb tpaksa buat begini sbb ini saja caranya utk dia keluar dari situ. Tp Bella x punya byk masa & dia perlu memastikan ayahnya selamat. "Sy mmg sukakan dia -- itulah masalahnya, sy x boleh hadapi semua ni lagi. Sy x boleh tinggal di sini lagi. Sy x mahu terperangkap selama2nya di bandar teruk & membosankan ni spt ibu! Sy x akan lakukan kesilapan sama yg dia pernah buat dulu. Sy bencikannya -- sy x sanggup tinggal di sini lg walau utk seminit!" Charlie menjatuhkan tangannya dari siku Bella. Bella segera berpusing ke arah pintu & terus menuju ke arah pintu.

"Bells, awak x boleh pergi skrg. Dh jauh mlm ni," Charlie berbisik dari blkg Bella. Bella tidak memandang Charlie & menjawab, "Sy akan tidur di dlm trak kalo sy letih nnt." "Tunggulah seminggu lagi," Charlie merayu, dia masih kelihatan terkejut.  "Masa tu nnt ibu awak dh kembali ke rumah." Bella berasa rancangannya hampir rosak. "Apa?!" Charlie  menyambung lagi, "Dia ada menelefon ke sini masa awak keluar td. Ada masalah sikit di Florida, dan jika Phil x dpt tandatangan kontrak sehingga hujung minggu ni, barulah mereka akan pulang semula ke Arizona. Pembantu jurulatih pasukannya bgtau mereka mungkin akan singgah ke tempat lain selepas tu." Bella menggelengkan kepalanya, cuba menyusun kembali kekeliruannya. Setiap saat meletakkan nyawa Charlie dlm keadaan bahaya. "Sy ada kunci rumah," ujar Bella sambil memusing tombol pintu. Charlie berdiri terlalu hampir dgn Bella, sebelah tangannya mencapai Bella, wajahnya masih keliru. Bella x boleh membuang begitu byk masa berbalah dgn ayahnya. Nampaknya dia terpaksa menyakiti ayahnya lagi.

"Biarkan saja sy pergi, Charlie."   Bella mengulangi kata2 terakhir ibunya sewaktu ibunya berjalan keluar menerusi pintu yg sama beberapa tahun yg lalu. Bella menuturkan jkata2 tersebut dgn nada yg marah & dia segera membuka pintu. "Ia x akan mengubah apa2, ok? Sy benar2 bencikan Forks!" Kata2 kejam Bella nampaknya berhasil -- Charlie kelihatan berdiri kaku di depan muka pintu, terkejut, manakala Bella berlari di dlm kegelapan mlm. Bella berasa agak takut melihat laman yg kosong. Dia berlari ke arah trak sambil membayangkan ada byg2 berada di blkgnya.  Bella mencampak beg pakaiannya di blkg dan membuka pintu trak. Kunci trak telahpun berada di palam kunci. "Sy akan hubungi awak esok!" jerit Bella. Dia x mampu nk menerangkan apa2 kpd Charlie mlm itu. Dia segera menghidupkan enjin trak & terus keluar dr kawasan rumahnya. Edward tiba2 memegang tgn Bella. "Awak beralih ke tepi," ujar Edward sebaik saja rumah & Charlie hilang dari pandangan. "Sy boleh memandu," jawab Bella sambil airmatanya masih meleleh di pipinya. Tangan Edward yg panjang tiba2 memeluk pinggang Bella & kakinya menolak kaki Bella dari pedal minyak. Dia mengalihkan Bella melepasi pehanya & membuatkan tangan Bella terpaksa melepaskan steering trak. Kini Edward telah berada di tpt duduk pemandu tanpa menjejaskan perjalanan trak tersebut.


-BERSAMBUNG--
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.086074 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list