|
Rumah 3 : LESTARY : ASMARA 2 [coming soon MAC 2011]
[Copy link]
|
|
aku kan, takmo terjebak ngan citer dorang dua ni. tapi gamba SJ kt kusi klinik tu serious buat ...
NazilaSK Post at 28-12-2010 20:13 
amboi sronotnyer gelak2 tawakan org ek....eh depa tgh angau tu, cinta tu buta....mn nak pasan mcm mak ke kakak ke, janji paham memahamik gituh.......
ce tepek sket gambor tu, meh sini ai view sket....nak gak share gelak tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 861# Zammy
eheemmmm...kalo nak gambar sambung speku ko dulu...lama dah berhenti menulisss...kang berkarat skill menulis ko tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
zammy, ala dekat jer..sumwhere Europe there..ko kt mana ? blh kita jumpa..aku pn nk gak mi ...
marchie Post at 28-12-2010 18:05 
oiit paris ke?......mmm...well...im very huge u know.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Zammy
eheemmmm...kalo nak gambar sambung speku ko dulu...lama dah berhenti menulisss... ...
manggis Post at 28-12-2010 22:06 
hai....ugut nampak.....aku pakai anti rust......insyallah tak karat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Last speku for today....apa da....
Part 5
Asmara kembali semula ke pejabat setelah hampir sebu ...
oddxx Post at 28-12-2010 18:05 
make sure sambung 2nd epi esok k oddxx.......jgn stop ok dah tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 866# NazilaSK
gamba yg dia duk nganga nak tunggu dentist tu lg cute..
mesti manja kan sj nih..
memang sesuai le untie mf jaga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by NazilaSK at 29-12-2010 00:10
Reply  NazilaSK
gamba yg dia duk nganga nak tunggu dentist tu lg cute..
mesti manja kan sj ni ...
shalady Post at 28-12-2010 22:41 
huhu. iklan sangat kekdahnyer SJ....  |
|
|
|
|
|
|
|
ble la hjan nie nak reda....waduh2...korang sukanye.....hahaha aku pun sampai dah x larat gelak....sampai selsema aku gelak nie......btul kata nazila statemnt manggis tu serius klakor....hahahahahha |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun nak tumpang gelak juga ler.... hahahahahahahahahahahahahahahaha..... aku pi dentist pun tak pernah berteman ngantor ada ler.... pastu kena hadapi sesorg pi jumpa doctor takut gak ngan mesin grill gigi tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Speku sepagi Rabu chapter 1
Di Ruang Tamu Rumah Asmara.
Di atas meja berselerakan kertas2 kerja & sebuah lappy. Sedang asyik menaip & membelek2 fail.
Nenek: Asmara, Asmara…(mengeleng) tak cukup2 lagi ke sibuk kamu kat pejabat tu. Bawa lagi kerja2 tu ke rumah.
Asmara: Maaf nek, akhir tahun ni saya sibuk kena selesaikan semua sebelum ke tahun depan. Maklum ler pejabat baru nak naik.
Nenek menghidangkan kopi untuk Asmara. Melihatkan secawan kopi di atas meja terimbas kenangan kopi kasih sayang, Julia & dirinya. Asmara menguntum senyum penuh makna. Nenek yang sedang memerhati merasa pelik. Apalah yang ada dalam kepala otak cucu aku ni? Sejak putus tunang makin menjadi2 angaunya.
Nenek: Asmara, kamu tak cuba ke bawa Cik Julia tu jumpa nenek lagi.
Asmara: Kenapa, rindu ke? (menyeringai).
Nenek: Ish, apa pulak nenek. Kamu tu nenek tengok dah macam pungguk rindu bulan tak jatuh2, faham.
Asmara: Ala nenek bukan tak nak bawa, cik Julia tu segan orangnya. Puas Asmara ayat2 dia buat tak tau jek. Kadang2 macam suka dengan Asmara kadang2 macam suka mengelak2. (Asmara angkat bahu sambil mengaru2 kepala).
Nenek: Habis tu Asmara tak bagitau atau tak bertanya kamu suka dia & dia suka kat kamu?
Asmara: Susah la nek, lagipun Julia ni macam jinak2 merpati. Dia akan mendekati tetapi bila nak tangkap terus lari. Nek, bagi la tip2 nak ngorat.
Nenek: Kamu ni Asmara. Macam mana kamu pernah cerita kat nenek yang kamu mengurat Melati susah nak dapat. Kenapa kali ni beralah sebelum kalah.
Asmara mengaru2 lagi kepalanya yang agak kebingungan.
Nenek: Dahla nenek nak tengok Adam kat buaian. Terjaga pula dia.
Nenek bangkit dari tempat duduk menuju ke dalam biliknya. Asmara masih teringat kata2 nenek. Namun Asmara seperti kebuntuan & ragu-ragu lebih2 lagi dengan kehadiran abang sepupu Julia. Rafizi. Hati lelakinya mengatakan yang Abang sepupu Julia menyukai Julia. |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan chapter 1...
Pada malam itu Julia gigih menelaah untuk final examnya. Sekejap2 matanya memandang skrin lappy & mencatit sesuatu sebagai nota rujukan. Julia melihat jam didinding: Fuh, 3.00 pagi. Julia mengeliat seketika merenggang badan ke kanan & ke kiri. Julia berbaring seketika bagi lepaskan lelah sehari suntuk menelaah. Julia membelek seutas gelang emas bertatah berlian2 kecil dipergelangan tangannya. Julia tersenyum bahagia. Terkenang pada hari minggu yang lalu Julia membawa Rafizi bersiar2 makan angin disekitar Kuala Lumpur. Mereka singgah dikedai emas. Di sana Rafizi menghadiahkannya gelang emas tersebut.
Julia: Err… abang kenapa di sini?
Rafizi memandangnya penuh makna: Abang nak hadiahkan sesuatu kepada jelitawan ini.
Julia ketawa kecil: Abang ni suka bergurau. Julia tak nak apa2 cuma nak temankan abang saja.
Rafizi mengeleng kecil: Aha, mana boleh macam tu. Sebagai tanda penghargaan abang kena hadiahkan sesuatu.
Julia menakup muka agak malu: Ya Allah bang, betul Julia tak nak apa2.
Rafizi: Julia nak yang mana satu?
Julia: Abang, are you serious?
Rafizi: Yes I am.
Julia: Ok, Julia terpaksa terima niat baik abang tu. Kalau tidak merajuk pula.
Julia & Rafizi sama2 memilih gelang yang sesuai untuk Julia. Terputus lamunan Julia. Julia bangkit dari perbaringan lalu menyambung kembali menelaah. |
|
|
|
|
|
|
|
Peristiwa semalam...MF teman SJ pegi cabut gigi...so cute laa this couple....me like it....

Credit to twitter maria farida

Credit to twitter Shahzjaszle |
|
|
|
|
|
|
|
Besar lubang tuh... kasi simen semua tutup lobang2 tuh... wakakaka.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pasal shahz lagi ker ? Paper hari ni Metro
SOSEH-SOSEH: Produser perah tenaga artis
SELALUNYA apabila berlaku masalah dalam penerbitan drama, filem atau teater, penerbit sering menjadikan pelakon sebagai ‘kambing hitam’ bagi menutup masalah di belakang tabir. Contohnya, kekecohan tercetus baru-baru ini antara penerbit teater muzikal Tun Mahathir yang SS kenali sebagai Kak Roy dengan pelakon Zizan Nin.
Seperti yang kita semua maklum, Kak Roy memberitahu yang Zizan terlampau ‘demand’ apabila minta bayaran sehingga RM40,000 untuk berlakon musim kedua teater ini.
Bagaimanapun, pengurusan Zizan, Aquila Emas Sdn Bhd tampil dengan kenyataan sengaja berbuat demikian kerana mahu menolak tawaran itu.
Puncanya, mereka tersinggung kerana bayaran ditawarkan kali ini lebih rendah berbanding musim lalu.
SS enggan mengulas lanjut kerana perkara ini sudah diselesaikan secara terbuka oleh kedua-dua pihak dan menghormati pendirian masing-masing.
Bagaimanapun, SS nak bawa pembaca mengikuti kisah yang tak kurang sensasinya antara penerbit dan seorang pelakon lelaki kacak ini. Boleh dikatakan, pelakon ini hangat namanya seiring kisah peribadinya yang turut menjadi bualan peminat.
Sebelum ini SS pernah menulis luahan hati penerbit ini yang kecewa kerana bintang ciptaannya ‘demand’ minta bayaran tinggi apabila diminta menyambung musim kedua. Dakwanya, setelah berlakon drama bersiri ini, barulah nama pelakon ini dikenali sedangkan sebelumnya pelakon ini sekadar ‘suam-suam kuku’ dalam bidang seni.
Secara kebetulan, dalam satu majlis, teman SS bertemu dengan satu sumber yang mengetahui perkara sebenar. Walaupun dia enggan masuk campur dalam masalah ini, namun katanya banyak perkara perlu diperhalusi seseorang penerbit apabila mahu menyambung semula sesebuah episod.
Katanya, tak dapat dinafikan setiap pelakon akan rasa berbangga apabila drama lakonannya diminati peminat dan minta disambung oleh stesen TV. Sebagai pelakon, sudah tentu peluang ini tak dilepaskan begitu saja. Ya lah...sudah penat berlakon, takkan dia rela berputih mata melihat orang lain pula bawakan watak itu.
Bagaimanapun, satu perkara agak mendukacitakan ialah soal bayaran yang masih di takuk lama. Itupun dikira bernasib baik kalau harga itu dikekalkan. Tapi teman SS terkedu apabila diberitahu sumber terbabit bahawa penerbit itu mahu membayar baki daripada kontrak drama musim pertama yang masih ada.
Maksudnya, mereka dikira menghabiskan baki episod musim pertama dan bukan memulakan drama untuk musim kedua. Wah takkanlah sampai begitu sekali jadinya? SS sukar nak mengesahkan kebenaran perkara ini kerana hanya mereka terbabit tahu jawapannya. Biasalah, apabila berlaku masalah pasti akan ada episod tuding menuding. SS harap isu ini akan diselesaikan secara profesional. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasal shahz lagi ker ? Paper hari ni Metro
SOSEH-SOSEH: Produser perah tenaga artis
      SELA ...
oddxx Post at 29-12-2010 09:53 
kekdahnyeeeee...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 878# NazilaSK
Alaaa... bila zila.... tepek ler gambar ciptaan tuhan bagai dikata tu kat thread nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Speku petang rabu chapter 2...
Di pantry pejabat.
Haiza: Bagaimana final exam Julia, Ok?
Julia: Alhamdulillah, lega rasanya bila semua dah selesai.
Julia & Haiza sama2 sedang menikmati minuman koko panas.
Aisha: Amboi korang minum tak ajak aku.
Haiza: Nasib la, kenapa kau tak berada kat tempat kau tadi.
Aisha: Aku kat toilet la.
Mata Aisha yang tajam cepat menangkap kilauan dipergelangan tangan Julia. Pantas Aisha menarik tangan kanan Julia. Nasib baik mug beralih tangan tak pasal2 kena simbah dengan koko panas Aisha ni.
Aisha: Wow, cantiknya gelang kau Julia.
Haiza: Haah, cantikla gelang kau…ehem, ehem, siapa yang hadiahkan?
Julia: Eh, apa pulak aku..err…aku beli sendiri la. (Kalut).
Haiza: Biasanya orang yang teragak2 ni tidak berkata benar.
Aisha: Baik mengaku Julia. Sambil mengangkat2 kening.
Julia: Biarlah rahsia.
Haiza & Aisha: Alaa…. Julia bagitau la….
Perbualan nakal mereka didengari Asmara. Gelang? Siapa yang hadiahkan Julia gelang? Terbit rasa cemburu & tanda tanya. Julia berlari keluar dari bilik pantry. Haiza & Aisha mengejar dari belakang. Sengaja mahu menyakat & mendesak Julia. Ketika Julia berlari keluar tiba2 dia terlanggar Asmara yang tercegat diruang masuk pantry. Pantas Asmara memaut kemas pinggang Julia agar tidak jatuh terlentang. Tubuh mereka saling merapati. Julia terkejut dengan keadaan itu. Haiza & Aisha masing2 melopong. Asmara mengambil kesempatan itu merenung Julia sepuasnya. Rona merah hangat dipipi Julia. Malu tersangat malu. Julia menolak dada bidang Asmara agar terlerai dalam pelukan. Tiada kata yang dapat diungkap ketika itu. Hanya perbuatan menjadi saksi segalanya.
Julia tertunduk malu: Maafkan saya En. Asmara.
Asmara: Tak mengapa. Tersenyum sedikit.
Julia & Asmara masing2 berlalu pergi. Mereka berdua saling toleh-menoleh antara satu sama lain. Haiza & Aisha cepat2 beredar balik ke tempat masing2. Mereka berdua ketawa kecil sambil berbisik2 sesama sendiri. |
|
|
|
|
|
|
| |
|