|
kayla posted on 11-9-2013 09:12 PM
hahaha cam sedih je
tak kuasa la aku nak sedey2...
|
|
|
|
|
|
|
|
kayla posted on 11-9-2013 09:18 PM
tak best la .. tak ramai top player yg datang ...even pemain tuan rumah sendiri beramai2 walkover ...
mmg tak best... sorang pon tak lepas ye... mmg takkan follow la...
|
|
|
|
|
|
|
|
kayla posted on 11-9-2013 09:29 PM
tadi tgk variety show korea - cool kiz on the block ... dorang pegi Taenung Athlete's Village .... t ...
alaaaa... kat opis takleh bukak YT... balik karang la ye...
|
|
|
|
|
|
|
|
wawaKKK posted on 12-9-2013 08:42 AM
alaaaa... kat opis takleh bukak YT... balik karang la ye...
eh? tukar avatar lagi..
|
|
|
|
|
|
|
|
tq guys sebab selalu update news, bagi pendapat, update pasal kejohanan, update pasal pe el bergu negara tu.. hahaha.. harap masing2 berpuas hati dengan kredit yang diberi... terima kasih sekali lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
karambunai posted on 17-9-2013 06:28 AM
tq guys sebab selalu update news, bagi pendapat, update pasal kejohanan, update pasal pe el bergu ne ...
thanks incik karam... insyaAllah saya akan berkhidmat utk thread ini selagi boleh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa latihan menggunakan court berpasir tu nak meningkatkan kepantasan & kecergasan.
Bayangkan bukannya mudah nak bergerak atas tempat berpasir.
Selain tu boleh juga berlatih sambil pakai weight vest. |
|
|
|
|
|
|
|
V Shem, Khim Wah idam cari regu baru
Kuala Lumpur: Ketika Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mahu kekal sebagai satu gandingan, pemain beregu lelaki elit negara lain pula mahu bertukar pasangan.
Sejak minggu lalu khabar bertiup kencang mendakwa beregu lelaki negara mahu menukar pasangan kecuali Kien Keat-Boon Heong tetapi tiada pegawai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu mengesahkannya biarpun pertukaran itu dikatakan mendapat kebenaran pengurus pasukan A kebangsaan, Razif Sidek.
Perubahan itu membabitkan Goh V Shem-Lim Khim Wah, apabila V Shem kini mula digandingkan dengan Teo Kok Siang dan dikatakan atas permintaan pemain itu sendiri, begitupun Khim Wah belum ditetapkan gandingan baru.
V Shem pernah bergandingan dengan Kok Siang sehingga muncul beregu lelaki nombor dua negara pada 2010, namun ketika prestasi meningkat, ketua jurulatih beregu ketika itu, Tan Kim Her merombak gandingan dengan menyatukan V Shem dengan Khim Wah hingga mereka terpaksa bertatih mencari ranking terbaik semula.
Di peringkat remaja, Kok Siang bersama Mak Hee Chun muncul juara remaja dunia dan Asia 2008, namun keputusan jurulatih ketika itu merencatkan kerjaya Hee Chun hingga meninggalkan BAM.
Selain V Shem, Tan Wee Kiong pula digandingkan dengan Ow Yao Han, menyebabkan Hoon Thien How belum ada gandingan tetap.
Yao Han adalah juara remaja dunia dua kali 2009 dan 2010, bersama dua gandingan berbeza iaitu Chooi Kah Ming dan Yew Hong Kheng.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/18 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bergosip jap ye... ampuuuunnnn...
upacara melamar... supriseeeeeee!!!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
smlm birthday depa berdua ni... happy belated birthday la ye...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rashid letak jawatan
KUALA LUMPUR - Demi maruah dan enggan terus dilayan seperti ‘pekerja kelas rendah‘, jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek terpaksa mengambil keputusan yang cukup berat iaitu meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas 10 tahun berbakti buat skuad kebangsaan.
Semalam, Rashid, 45, mengejutkan BAM apabila menghantar surat peletakan jawatan dengan sebulan notis.
Apa yang lebih membimbangkan, khabar kini bertiup kencang bahawa tindakan Rashid bakal disusuli oleh beberapa lagi jurulatih kebangsaan.
Bukan penstrukturan semula dalam kejurulatihan yang terlalu menganggu barisan jurulatih kebangsaan ketika ini, tetapi campur tangan keterlaluan daripada beberapa orang kepercayaan Presiden, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff yang menyebabkan mereka hilang sabar.
“Hampir semua jurulatih kebangsaan tidak gembira dengan keadaan sekarang. Mereka ini (orang kepercayaan Presiden) berada di gelanggang latihan pada setiap hari untuk mengajar kami bagaimana hendak melatih pemain.
“Bukan kami tidak boleh ditegur atau tidak boleh menerima pandangan, tetapi kalau mereka datang setiap hari hanya untuk mencari kesalahan jurulatih itu saya memang tidak boleh bertoleransi.
“Kami bukan baru sehari dua jadi jurulatih, tak akan sampai cara kami pukul bola pun hendak ditegur. Sampai sekecil-kecil perkara pun nak dipersoalkan, seolah-olah jurulatih ini tak pandai langsung pasal badminton.
“Mereka juga ada kuasa untuk tukar program kami sesuka hati, tukar teknik latihan, cara latihan atau apa saja yang mereka mahu sesuka hati. Kami (jurulatih) tidak ada kuasa langsung hendak buat apa-apa, pemain pun dah tak hormat jurulatih sebab kami tak ada kuasa.
“Ramai yang tidak gembira sekarang... Cuma mereka tak berani hendak cakap kerana jaga periuk nasi dan ada juga yang hanya tunggu masa hendak bertindak. Saya cakap tak mengapa biar saya buat macam ini, sekurang-kurangnya orang lain buka mata.
“Saya kasihan dengan rakan-rakan jurulatih, sebab pengurusan baharu ini pandang kami macam buruh kelas bawahan. Kalau ada hierarki, kami paling rendah sekali dan macam tidak ada nilai," kata Rashid.
Rashid, yang menyertai BAM pada 2003 turut menambah, beliau tidak tahu, apakah kehebatan ‘orang-orang‘ kepercayaan Presiden ini dan atas dasar apa mereka diberi terlalu banyak kuasa sehingga boleh menganggu program latihan pemain.
Tegasnya lagi, di China sekali pun, ketua jurulatih terhebat mereka, Li Yongbo tidak pernah sesekali menganggu cara latihan jurulatih di bawahnya, sebaliknya beliau hanya memantau serta merancang program bersama mereka.
“Saya tidak mahu sebut nama, lagipun kalau saya sebut nama nanti anda tanya, siapa orang ini hebat sangat ke macam Li Yongbo. Orang hebat macam Yongbo itu pun tak pernah kacau kaedah latihan jurulatih kerana setiap jurulatih ada cara mereka sendiri.
“Sebenarnya apa yang dilakukan jurulatih tiada salahnya, cuma disebabkan cara mereka tidak sama dengan cara orang-orang ini, itu akan menjadi satu kesalahan buat mereka. Kita bukan berurusan dengan budak-budak sekolah, kita bercakap tentang jurulatih kebangsaan," kata Rashid.
Menurut Rashid, beliau harap dengan tindakan drastik yang diambilnya akan ‘menyelamatkan‘ rakan-rakan seperjuangan daripada terus diperkotak-katikkan atau lebih membimbangkan, BAM bakal kehilangan lebih ramai jurulatih.
Katanya, biarpun sayang dengan anak-anak didiknya seperti Liew Daren dan Chong Wei Feng, namun beliau percaya Tey Seu Bock boleh melatih mereka dengan baik.
Khamis lalu, BAM mengumumkan perubahan drastik dalam struktur kejurulatihan mereka dengan memecahkan pemain kebangsaan kepada tiga kumpulan - elit, pelapis dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).
Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG), Tan Aik Mong membawa bekas ketua jurulatih kebangsaan, Razif Sidek untuk mengetuai Kumpulan Elit, di mana Rashid, Seu Bock dan Zhou Kejian berada di bawahnya untuk mengendalikan pemain perseorangan lelaki.
Bekas juara dunia, Hendrawan pula mengetuai Kumpulan Pelapis,yang turut dibarisi oleh Wong Tat Meng (jurulatih perseorangan lelaki) dan Rosman Razak (jurulatih beregu lelaki).
Sementara itu, Aik Mong ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai peletakan jawatan Rashid, sebaliknya menegaskan semua akan dijawab pada sidang akhbar tergempar yang akan diadakan hari ini.
Source : Utusan Malaysia
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
miyoma posted on 13-9-2013 11:20 PM
tgok gak ke cool kiz on the block ni....
waktu tgok yg ni..tercari2 gak mana2 muka yg kena ...
aku lak kagum tengok perkampungan sukan tu ... berapa puluh sukan dok kat situ kan .... org luar tak leh masuk ... cuti lak ari ahad je ... mmg fokus dan tak de gangguan la kan ....
ko tgk minggu ni tak? dorang lawan ngan org kg yong dae oppa .... lawak je semua nak ada kaitan ngan yong dae ....
tapi minggu depan minggu terakhir dorang main badminton .... sedih lak ... main apa la agaknye pasni ...
|
|
|
|
|
|
|
|
karambunai posted on 17-9-2013 06:28 AM
tq guys sebab selalu update news, bagi pendapat, update pasal kejohanan, update pasal pe el bergu ne ...
time kasih mod karam ....
|
|
|
|
|
|
|
|
haiku posted on 17-9-2013 12:43 PM
Aku rasa latihan menggunakan court berpasir tu nak meningkatkan kepantasan & kecergasan.
Bayangka ...
utk balance dan muscle gak coach tu cakap ...
bagus la ada invention camni walaupun kita tak tau betul2 berkesan atau tak kan ...
|
|
|
|
|
|
|
|
peacock.bass posted on 18-9-2013 07:26 PM
wow 493 lak .... tahniah la tan booh heong ...
tapi kan lagi bagus kalau dpt smash laju camni masa main ... pecahkan rekod fu haifeng tu ...
|
|
|
|
|
|
|
|
wawaKKK posted on 19-9-2013 08:34 AM
bergosip jap ye... ampuuuunnnn...
hahahaha wawa ... gigih stalking yek ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|