|
Macam cuaca kat sini je tapi menjelang petang selalunya dah sejuk sikit. Bab lalat bukan semua tempat ada nak2 kalau CBD area, hanya area park tu kadang ada so pakai ler repallent dan pasang net pada stroller kalau ada bawak anak kecik. Selalunya kalau hujung tahun kat sana ada sale sebab dah nak dekat Xmas. Kedai pun kadang banyak yang lambat tutup dari biasa.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hai semua.. saya baru balik dari Perth minggu lepas 1 Mei.. Nak share sikit pengalaman saya kat sana.
First day, 26 April flight AA jam 0005 from KUL to Perth. Sampai Perth airport dalam lebih kurang 0530, settlekan imigresen semua dalam jam 7pagi baru settle. Saya berdua je dengan suami.. makanan kami bawak makanan dalam tin, semua lepas je. Tapi please declare. Beli sim Optus aud10, line laju unless kat tengah2 hutan.
7.30pagi, naik bas nombor 380 (kalau tak silap) ke Bandar untuk ambik kereta kat Bayswater car rental. Smooth process, around 8pagi dah start kereta untuk ke Albany. Kereta kami Toyota Corolla hatchback, bersih dan baru, minyak pun full. Nanti pulangkan kena full balik ya.
Perjalanan ke Albany amik masa dalam 5-6 jam, sebab kami ada berhenti di IGA supermarket dan isi minyak. Ikut hadlaju, so perjalanan slow dan tenang je. Jalan kiri kanan banyak ladang je. Tak bukak aircond sebab weather sangat best masa tu, sejuk je. Truck besar2 banyak betul menghala ke Bandar Perth.
Around 2-3 ptg tu kami sampai Bandar Albany, check in kat 1849 Backpackers. Book through Agoda. One thing about Australian is they are really polite, friendly and helpful. orang yang attend kami ialah Megalis (mungkin salah eja), sangat membantu dan layan kami macam dah lama kenal. Kami amik bilik double bed tapi dia bagi katil 2 tingkat yang bawahnya double atasnya single. Toilet di luar, payah sikit la. Tapi kami stay 1 malam je so takde masalah.
Lepas check in, kami ke The Gap & Natural Bridge. In my opinion, this was the best view throughout our journey. Saya sangat recommend tempat ni, view dia sangat2 indah. Lepas habiskan masa kt sini kami balik ke tempat penginapan dan tapau kebab di sana. Jalan dalam 5 minit je sampai dah kedai tu dari hostel. Pukul 5.30 ptg kt sana dah gelap dah. Sejuk, nyaman je. Malam tu mungkin terlalu penat sebab tak selesa tidur kat dalam airplane, kami tidur awal.
27 april, pagi tu kami ke Middleton Beach dan Dog Rock. Kemudian, kami bercadang untuk terus ke Busselton dan skip Augusta sebab takut tak sempat. Kami nak singgah di Elephant Rock dan Greens Pool. Tak jauh pun dari Albany.. Sini pun sangat cantik, aman damai je. Siapa2 rasa nak ketenangan boleh la singgah sini. Disebabkan trip ni honeymoon, kami takde rushing ke mana2, just enjoy dan masa flexible. Kemudian kami terus ke Busselton. Journey ke sana baru terasa lama dan boring sebab kiri kanan hutan dan ladang je. Ada juga jual buah dan sayur murah2 tapi kami tak singgah beli.
Sampai di Busselton dalam 6.30ptg, dah gelap. Kami check in di Itacha Motel, recommended juga. Bangunan lama, ada rasa seram sikit tapi okay je kami tidur. Malam tu kami keluar ke area Busselton Jetty dan kat sekitar tu ada macam event, ada food truck, rally race.. Dan recreation park dia jugak full dengan remaja dan budak yang main skateboard, scooter dan roller blade. Mungkin sebab malam minggu, so ramai kat tempat tu. Duduk tepi pantai tu sangat2 sejuk tapi orang sana ade je yang pakai seluar pendek.. haha. Tak sejuk ke?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by hanshinbi at 7-5-2018 02:28 PM
28 april. Kami mula bergerak ke Bandar Perth balik sebab nak pulangkan kereta petang tu. Kami singgah di Cicerello’s Mandurah. Husband amik lobster dan fish, saya amik salt and pepper squid. Sedap tapi portion besar sangat sampai kami kena tapau bawak balik. Dan sebenarnya takdela sedap mana, muak sikit. Hehe. Depends kot pada orang. Then, kami teruskan perjalanan ke Perth. Jem sikit masa nak masuk Bandar tu. Lepas isi minyak full dan hantar kereta, kami berjalan kaki ke Criterion Hotel. Jujurnya, Bandar Perth ni panas, tak macam tempat sebelum2 ni yg kami pergi. Jalan pun susah nak jumpa orang putih, ramai foreigners. Jalan sikit dengar orang berbahasa Jepun, Thailand, Korea, etc. Melayu pun ramai. Boring sikit. Orang2 sini pun tak se-friendly di town2 kecil.. Petang tu kami berjalan2 di Hay Street, London Court dan sekitarnya. Review utk Criterion hotel ni, pada saya okay sangat2 sebab lokasi sangat strategic, betul2 di area Bandar, sebaris dengan McD, 7 eleven. Jalan 5 minit dah sampai. Malam tu kami jalan2 die Elizabeth Quay, jalan kaki je.
29 April, kami ke Fremantle untuk beli souvenir dan jalan2. Kami amik train je. Kami ke E-Shed, dekat sangat dengan stesen keretapi. Mula2 masuk Aussin, kedainya besar dan banyak barang. Kemudian saya masuk ke Megabes, dan aunty tu suggest kami ke Fremantle Market dan pergi ke kedai anaknya di sana. Lebih murah dan lebih banyak barang, kedai pun lagi besar. So kami jalan je ke sana. Kami borong baju untuk family, fridge magnet, keychains. Berbaloi beli kat sini. Owner pun friendly and boleh berbahasa melayu. Utk pengetahuan, kedai Megabes kt E-shed akan ditutup dalam 2 bulan ni dan hanya yg dekat Fremantle Market je ada. Kedai souvenir kat Bandar perth pun ada, slightly pricey sikit but kalau tak sempat pegi Fremantle pn boleh beli. Balik ke Perth, kami ke Watertown Outlet naik CAT Bus warna kuning. Sempat la grab beberapa barang and baju. Balik ke hotel, kami tak keluar malam tu sebab taktau nak buat apa kalau keluar. Hehe.
30 April, kami ke Caversham Wildlife. Naik train line Midland berhenti di Bassendean, amik bas no 965 untuk ke Caversham tu. Sampai sana, tekan intercom untuk mintak shuttle van bawak masuk.. kalau nak jalan, dalam 1.6km jugak. So better naik van dorang. Kangaroo dorang semua jinak2, tapi macam kotor sikit dan pemalas. Haha. Quokka, wombat, penguin, semua haiwan dalam tu semua comel2. Farm show pun entertaining, seronok kalau bawak budak2 kat sini. Balik tu kami berjalan lagi dekat Hay Street tu sampai la dia tutup jam 5ptg. Sesungguhnya Bandar Perth ni penuh dengan orang melayu. Huhu.
Malam tu kami bergerak ke airport dan tidur sana sebab flight jam 6.50am. overall, kami suka sangat dengan trip kali ni tapi kalau nak repeat, kami akan stay kat Perth 1 malam je kot. Yang lain kami nak explore small towns je. Rindunya!
Sekian laporan sepanjang kami di sana. Sorry panjang pulak cerita. Hehe ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 7-5-2018 12:18 PM
Macam cuaca kat sini je tapi menjelang petang selalunya dah sejuk sikit. Bab lalat bukan semua te ...
Tq art...repellent tu kita beli dr sini ke...yg jenis tampal @ sembur tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh beli dari sini tapi kalau terlupa kat sana pun banyak je jual jangan risau, kalau boleh yang jenis sembur tu lagi ok
|
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu last time i went there pun lalat kusss semagat. nak nak kat pinnacles tu. nak turun amik gamba pun tak selesa banyak gambar tangan mengibas je![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
LelaRentaka7 replied at 4-5-2018 03:14 PM
Thank you very much for your input and infosDefinitely sangat membantu kawan2 yang nak ke Perth
...
Oraits min insyaALLAH will do as per advise..
Maaf la ye xtau rules kt sini slalu lepak bod lain..peace |
|
|
|
|
|
|
|
tukul replied at 6-5-2018 11:04 AM
sape pernah ke pertu during summer aka curi sekolah disember...mmg panas dan byk lalat ke
Ye pns smpai 42 kot haha
Lalat mmg byk..tp tgk tmpt jgk..memula smpai sini dlu iols jmpe lalat kaler orange.. Kemain taksub lg tgk..sekali husband ckp lalat tu bahaya! Bleh tmbgkan sekor lembu kot katanya..terus cuak..sebaik xgtl pg hulur2 tgn kt lalat tu..
Bt summer sgttt cantik tp my fav always autumn
|
|
|
|
|
|
|
|
bab lalat ni tak sanggup.. masa tu pergi fremantle pun lalat berterbangan.. hingga ke hamelin bay pun ada lalat.. nak makan tak tenang.. nak keluar kan makaroni goreng & burger pun takut takut.. so aku tahan lapar.. makan dalam kereta akhir nya
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
moonbug replied at 28-4-2018 01:25 PM
Kitorang sewa kereta dgn Bayswater car rental. Sewa 2 hari saja sbb tak jalan jauh. Mana yg boleh na ...
Boleh minta no tel pak jubaidi? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada di post belakang di sini.
|
|
|
|
|
|
|
|
transporter replied at 18-5-2018 02:18 PM
Ada di post belakang di sini.
okay dh jumpa..terima kasih
|
|
|
|
|
|
|
|
salam semua. sorry nak tanya pendapat kawan2 disini worth tak nak gi fremantle form perth city naik cruise. saje2 nak enjoy the view |
|
|
|
|
|
|
|
Ok je boleh relex and enjoy the view akan pass area kawasan perumahan ditepi sungai tu. Dalam cruise pun dia orang akan serve tea dan cookies.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nsz1314 at 28-5-2018 02:09 PM
Okay. I tak habis lagi cite pasal Albany. Hehe.
Ni Little beach albany .time on the way ke sini jalan mmg agak sunyi dan agak jauh dr pekan Albany. Tp sbb i n kwn i nak jugak pergi tngok antara pantai tercantik di ausie ni so we ols tekad gak g. Nk masuk tu kena pkai kredit card nasib baik ade i bawak. Tmpt tu mmg sunyi tau, tak rmai org pergi walaupun laut die biru, pasir dia putih.. kitaorg mmg lepak kt situ agak lama utk ambil gmbr n menikmati keindahan alam. Nak mndi ? Mmg tak lah. Dah la berdua je mybe sbb time tu dah agak ptg jugak. Takut gak. Lgpun sejuk time tu. Tp mmg i nak repeat lg utk swimming2 !! ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
After kteorg nk balik tu.terserempak dengan kangaroo liar.excited kemain.sbb mmg doa nk tngok kangaroo. Banyak giler. Nasib die tak lintas jln. Risau gak terlanggar kangaroo,abes kereta sewa .Sooo ape lagii. Little beach wajib dikunjungi. Spend lama skit kt Albany. !
Ikhlas ,
Insan takmoveon lg |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Maaf . Iols banyak nak cerita psal albany.. sbb mmg dah terjatuh cinta dgn albany.. ![](static/image/smiley/default/cry.gif)
Sbb Albany ni rare. Ramai yg tak snggup nk drive ke sini ..mybe sbb agak jauh dr perth city. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
belum sampai.. paling jauh aku pergi ialah augusta, tengok lighthouse leeuwin
september nanti nak gi perth lagi.. moga dapat sampai tempat yang belum aku lawat.. jangan lah members ajak pergi tempat sama
|
|
|
|
|
|
|
|
redz85 replied at 29-5-2018 01:06 PM
belum sampai.. paling jauh aku pergi ialah augusta, tengok lighthouse leeuwin
september nanti n ...
Pergi perth ni aku g skjap je. Mmg spend 2hari dkt albany. Cuaca die pun sejuk semacam kt sini, tak prepare sweater yg tebal2.. terpaksa pkai bju 3 lapis . Hahaa
Pergi la nanti ! ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
Serius berbaloi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tq momod tmbh credit i..hihii
Nnti free i cerita lg about albany.. nak cite psal perth city msti dah rmai yg dah cerita kan...
And iti kami tak pergi wave rock, pinnacles desert pun tak pergi,zoo pun kami skip..cause yela travel berdua dlm kos yg kurang dr 2k .so kena pilih tmpt yg btul2 rasa berbaloi lahh kan.. ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
Sewa kereta pun kena tmbh cas sbb umo bawah 25 dah lari bajet kt situ. Time kt mlysia agent tu x bgtau pun ade cas. Cehh..
kami sewa kereta tu pun mmg utk p albany je..bila smpai perth city dah naik pblic transport je..free. haha
Makanan pun kami x bawak.. sbb takut bwak mknan pelik2 kena tahan dekt imigren. So kami bnyk beli dkt coles.roti2. N mkn dkt rstrnt melayu pun share berdua. Hahahaa..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak pergi melbourne ausie mana nak carik muslim tour guide?? ade sape2 kenal and nak recommen x? atau mane2 bloggers yg uoll kenal... mane best pergi ausie... perth.. melbourne or sydney? |
|
|
|
|
|
|
| |
|