trobek...
KEWUJUDAN buku berjudul 99 Kata-Kata Fattah Amin ternyata menimbulkan amarah pelakon Sharnaaz atau nama sebenar Sharnaaz Basir Ahmad.Beliau dalam satu status di laman sosial mempersoalkan sejauh mana pencapaian Fattah hingga boleh menganggap dirinya mempunyai bakat untuk menulis buku.
Sharnaaz dipercayai tidak berpuas hati dengan penerbitan buku itu kerana kandungannya menyentuh tentang beliau. “Apa pencapaian kau nak tulis buku? ‘Dude’ tak semua atas muka bumi ni Tuhan cipta yang kau ada bakat. Aku tak pernah kacau hidup orang, jangan petik hal aku. Jangan kacau keluarga aku. Hina keluarga aku. Itu jam mau tau lah singa kandang atau patung. “Aku ada tulis buku komik kau nak? Aku bagi free ja,” katanya. Sebelum ini, Fattah, 27, memberitahu antara kata-kata istimewa yang dikongsi dalam bukunya itu berkaitan lakonannya pernah dikritik sebagai kayu oleh seseorang. Sharnaaz seterusnya mempersoalkan berapa tinggi nilai sastera dalam diri Fattah serta berapa banyak anugerah pernah diterimanya seperti A.Samad Said dan Zahiril Adzim. “Berapa banyak anugerah dan sumbangan? Harap suara kambing? Utoh la ba-kai. Aku tak pernah suka kau sebab fanatik kau dan perangai berlagak konon sempoi dan ‘fames’ sampai tak kenal siapa otai. Tapak kaki menunggu jilaka,” katanya. – MYNEWSHUB.CC Akhir nya si pineapple dapat tapak kaki dari binik nya sendiri. AllahHuAkbar!
|