|
sunyinyeee sinii...meh tepek sikit...gambar x pandaii...sesaper tolong...
ABPBH2009: Sama cantik, sama padan
2010/03/17
Tiz Zaqyah dan Gambit bagai pinang dibelah dua, apatah lagi bergambar dengan kereta Nissan Grand Livina 1.6L yang menjadi hadiah utama untuk pembaca bertuah
USIA pembabitan seni mereka berbeza namun tahun ini rezeki ternyata berpihak kepada kedua-dua anak seni berbakat ini. Buat kali pertama nama Tiz Zaqyah dan Gambit Saifullah tersangkut dalam pencalonan akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 yang sedang rancak dengan jelajah promosi mereka di empat lokasi. Gambit tersenarai dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular selepas hampir lima tahun berada dalam bidang seni. Sementara Tiz pula, baru tiga tahun bertapak dalam liga seni, namun hanya tahun lalu namanya mula menjadi sebutan gara-gara watak Nur Amina yang dipegangnya dalam drama Nur Kasih. Penangan watak itu melayakkan namanya dalam dua kategori, Artis Baru Wanita Popular dan Pelakon TV Wanita Popular. Satu persamaan yang nyata, populariti Tiz dan Gambit bukan naik mendadak seperti sesetengah artis program realiti. Cuma diharapkan populariti yang diraih mereka akan terus berpanjangan sekali gus memastikan hayat seni mereka terus relevan untuk tempoh yang panjang.
Buat pembaca setia Hip mereka setuju digandingkan dalam satu fotografi ketika majlis penyerahan dua kereta sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) untuk ABPBH 2009 baru-baru ini. Bukan kali pertama digandingkan kerana sebelum ini mereka pernah disatukan untuk sebuah majalah hiburan.
Ternyata mereka masih kekok dan agak malu saat pertemuan itu bertamu. Tetapi tak mengapa, sikap profesional mengatasi segala-galanya. Kereta Nissan Grand Livina 1.6L yang ditaja ETCM turut menjadi saksi deruan adrenalin mereka yang bertiup kencang.
Bersama Hip, kita kongsi isi hati mereka terhadap kerjaya seni yang terus berkembang pesat. Tanpa prejudis, mereka tidak menafikan betapa ABPBH 2009 menjelang 4 April depan terus mengukuhkan label bakat mereka. Hip dahulukan Gambit kerana drama Siong lakonannya di TV3 dan TV9 sedang rancak disiarkan dalam slot Lagenda.
“Drama Siong sedikit sebanyak memberi ruang untuk penggemar seni menyedari bakat saya yang selama ini seperti tenggelam timbul. Saya tak kisah untuk menyesuaikan perhatian masyarakat terhadap saya. Lagi pun saya bukan baru dalam bidang ini.
“Saya juga mula sedar reaksi peminat terhadap kehadiran saya. Tahun ini seperti tahun saya membuat kemunculan kembali kerana tahun lalu saya banyak memberi perhatian menerbit dalam produksi syarikat saya Eightball Production Sdn Bhd.
“Insya-Allah tahun ini saya mahu terus memperbanyakkan profil lakonan saya dalam filem dan telefilem. Drama mungkin saya akan kurangkan kerana dalam tahun ini saya juga mahu aktif menerbit kembali program berbentuk majalah,” katanya yang sudah berlakon filem Susuk, Cinta, Rasukan Ablasa dan menanti tayangan Misteri Jalan Lama.
Jejaka berdarah campuran Bugis dan Jawa ini juga bergelar model komersial yang mempunyai ketinggian 180 sentimeter. Bersesuaian dengan pos Gambit di atas kereta, secara kebetulan juga Gambit berkongsi minat yang sama mengumpul beberapa buah koleksi kereta yang boleh dikelaskan sebagai mewah.
“Sekarang ini saya memiliki tiga buah kereta iaitu Mercedez, Perdana Twin Turbo dan kereta sport MR2. Saya memang jenis yang gilakan kereta. Mungkin kalau jadi saya akan menjual kereta Perdana itu. Mungkin juga minat saya dengan kereta bercambah sebab saya mengambil pengajian Kejuruteraan Automatif dan Mekanikal,” katanya yang menanam cita-cita suatu hari nanti untuk menjadi pelumba kereta secara profesional.
Dalam perkembangan lain, Gambit kini sedang dalam proses untuk mengesahkan dirinya berlakon filem. Kesibukannya merencana perihal seni, membuatkan lelaki berusia 25 tahun ini melupakan seketika soal bercinta. Insya-Allah, Gambit yang akan melaram rekaan Lord’s Tailor pada malam kemuncak nanti akan cuba melapangkan masanya untuk mengikuti siri jelajah ABPBH 2009.
Mahu bercuti ke luar negara
SEMENTARA itu, Tiz Zaqyah yang genap 22 tahun pada 25 Oktober ini akan cuba sedaya mungkin untuk mengikuti siri jelajah ABPBH pada tahun ini. Buat si pertama kali sepertinya, dia juga mahu merasai nikmat keseronokan bertemu peminat di lokasi terpilih.
Malah, selepas melalui fasa kesibukan dengan rutin hariannya sebagai pelakon, Tiz juga merancang untuk bercuti sekitar April nanti. Menurut Tiz, dia mungkin akan mempertimbangkan untuk bercuti dengan keluarganya atau barangkali dengan temannya.
“Saya baru saja selesai menjalani penggambaran drama Asmaradana untuk slot Samarinda TV3. Drama itu arahan Feroz Khan dan saya memegang watak Azizah. Selain itu, ia turut dibintangi Iqram Dinzly, Shaheizy Sam, Norish Karman dan Mustapha Kamal.
“Penggambaran mengambil durasi masa selama sebulan. Agak pantas juga pembikinannya. Selepas ini, saya nak berehat seketika melepaskan lelah. Selain itu, inilah masa saya untuk memenuhi permintaan rakan media untuk sesi fotografi.
“Saya juga tak mahu melepaskan peluang mengikuti siri jelajah ABPBH 2009. Pengalaman pertama ini saya tak mahu dilepaskan begitu saja. Harap masa dan komitmen seni saya tidak mencemburui hasrat saya untuk memberi sokongan kepada Berita Harian dengan pelaksanaan siri jelajah ini,” katanya yang menafikan gosip cintanya dengan Remy Ishak yang tumbuh melata kebelakangan ini. <----- .....tak professional kah aku?...hahaha...
Mengenai Gambit, wanita manapun pasti akan bersetuju betapa kacak wajahnya dan Tiz Zaqyah tidak terkecuali. Kata Tiz, dia dan Gambit disifatkan sebagai pelakon generasi baru yang tegar berjuang memastikan posisi dan legasi seni terus-terusan dimanfaatkan untuk kebaikan industri.
“Dia berbakat dan bagus. Kami orang baru dalam dunia seni ini, bersaing secara positif untuk meletakkan nama kami ke tahap yang membanggakan. Dia pun mempunyai peluang yang cerah untuk pergi jauh. Semoga tuah terus mendakap rencana seni kami. Insya-Allah,” katanya yang disokong kelab peminatnya, TZR Fan Club.
Belum memandu
KETIKA ini, Tiz bergerak ke sana ke mari dengan pertolongan keluarga dan kawan kerana belum memiliki kereta. Malah, Tiz sudah mula mempertimbangkan hasrat mengambil lesen kereta. Ditanya mengenai kereta idamannya, Tiz menjelaskan dia mengidam untuk memiliki kereta BMWX6 dan Audi R8.
“Kalau ditanya sekarang, memang dua kereta itu menjadi idaman saya. Tapi tak tahulah kalau lima tahun lagi, mungkin cita rasa saya sudah berubah. Tetapi tak salahkan mengimpikan sesuatu kerana semuanya boleh jadi kenyataan jika diiringi usaha,” ungkapnya sambil tersenyum.
Majlis penyerahan dua kereta tajaan ETCM itu disempurnakan Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr Ang Bon Beng kepada Timbalan Pengarang Kumpulan BHSB yang juga Penasihat I ABPBH2009, Mahfar Ali di ibu pejabatnya di Jalan Ipoh pada 1 Mac lalu.
Kereta Nissan X-Trail 2.0L bernilai RM130,000 menanti penerima trofi Bintang Paling Popular, manakala Nissan Grand Livina 1.6L berharga RM86,000 diberikan kepada pembaca bertuah pada malam itu nanti. Tajaan ini juga adalah tahun kedua membabitkan ETCM bekerjasama dengan Berita Harian.
Hadir sama, Pengarang Hiburan Berita Harian dan Pengerusi Jawatan Kuasa Pengelola ABPBH 2009, Hanizam Abdullah dan Pengurus Kanan Penajaan Pemasaran NSTP, Wan Rafilin Wan Mohd Noor. Selain Tiz dan Gambit, lapan finalis ABPBH 2009 iaitu Akim, Isma, Bunkface, Fara Fauzana, Leya dan Zizan Raja Lawak.
PROFIL
Tiz Zaqyah
Usia: 21 tahun (genap 22 tahun pada 25 Oktober ini)
Status: Bujang
Kerjaya: Pelakon
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Mula berlakon: 2006
Drama: Gol & Gincu, Impian Ilyana, Impian Sunsilk & Nur Kasih
Telefilem: Bernafas Dalam Lumpur, Puaka Topeng Putih & Keabadian Cinta
Gambit
Nama penuh: Gambit Saifullah Roslin
Umur: 25 tahun
Tarikh lahir: 21 Julai 1985
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Filem: Susuk, Cinta, Rasukan Ablasa dan Misteri Jalan Lama. |
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi....
ABPBH2009: Saingan sengit lapan kategori
2010/03/17
TANGGAL 19 Mac ini adalah tarikh akhir borang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 disiarkan.
Bermakna, pembaca ada lebih kurang lima hari saja lagi daripada tarikh itu iaitu 25 Mac untuk memastikan borang undian sampai ke pihak sekretariat. Jangan tunggu saat akhir kerana penganjur tidak akan melayan sebarang borang yang sampai lewat.
Ini penting kerana perbezaan satu undi akan menentukan kalah, menang seseorang calon itu. Perkara ini boleh berlaku dalam kategori yang wujud saingan sengit. Walaupun ABPBH 2009 kali ini membenarkan peminat membuat undian menerusi sistem pesanan ringkas (SMS), tetapi jangan abaikan undian menerusi borang.
Ini kerana undian menerusi SMS belum dapat memberi jaminan kepada seseorang artis itu menang dalam kategori yang ditetapkan.
Jumlah undian yang dibuat menerusi borang akan diambil kira untuk menghasilkan keputusan muktamad.
Minggu ini pihak penganjur mendapati saingan ketara adalah dalam lapan kategori iaitu Penyampai Radio Wanita Popular, Penyampai Radio Lelaki Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular, Artis Komedi Wanita Popular dan Artis Komedi Wanita Popular, Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Baru Wanita Popular.
Dalam kategori Penyampai Radio Wanita Popular, penyandang tahun lalu Fara Fauzana (Hot FM) ketinggalan di belakang penyampai radio Suria FM, Linda Onn.
Memang sesuatu di luar dugaan kerana tahun ini, peminat Linda Onn bagaikan mahu memastikan kemenangan adalah miliknya. Jadi, kepada peminat Fara, jangan leka menghantar undi jika tidak mahu Fara tercicir tahun ini.
Begitu juga dalam kategori Penyampai Radio Lelaki Popular, peminat Faizal Ismail (Hot FM) dan Aznil Nawawi (Era) bagaikan berperang SMS dan borang undian.
Undi kedua-dua penyampai radio popular memang bersaing hebat. Aznil muncul di Sungai Petani dan baru-baru ini pula, Faizal muncul di Kemaman, Terengganu.
Dalam kategori Artis Komedi Lelaki Popular pula, saingan begitu sengit bagi calonnya kecuali AC Mizal. Entah mengapa tahun ini undi terhadap AC tidak memberangsangkan langsung.
Malah undi bekas pengacara Akademi Fantasia ini dalam kategori Pengacara TV Lelaki Popular juga tidak begitu menggalakkan. Barangkali mesej yang cuba disampaikan peminat hiburan tanah air ialah mereka mahu AC terus memberi fokus terhadap dunia perniagaannya yang semakin rancak.
Saingan paling sengit dalam kategori ini adalah antara Nabil dengan Afdlin Shauki. Jika undi terhadap Nabil terus konsisten, tidak mustahil dia bakal menggenggam kembali trofi bagi kategori ini.
Kumpulan Hijjaz mula memberi saingan kepada Rabbani. Ini satu perkembangan menarik kerana kategori Penyanyi Nasyid Popular selalunya dikuasai Rabbani atau Raihan.
Kategori Pelakon Filem Lelaki Popular menyaksikan undi Zul Huzaimy terus ketinggalan. Adakah ia berkait rapat dengan keputusan pelakon itu untuk enggan turun padang menemui peminat? Ini menyebabkan Zul tidak dikenali secara lebih dekat oleh peminat berbanding calon lain dalam kategori ini yang menyaksikan persaingan sengit antara Que Haidar, Aaron Aziz dan Farid Kamil.
Prestasi Farid juga semakin baik. Ia disebabkan kesungguhannya terbabit dalam siri jelajah promosi ABPBH 2009. Kebetulan pula filem arahan dan lakonannya sedang ditayangkan, yang sekali gus memberi banyak kelebihan kepada Farid.
Kedudukan Maya Karin dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular tidak menunjukkan peningkatan. Kemungkinan ia kesan daripada kekecohan rumah tanggannya baru-baru ini. Peminat mula beralih kepada calon lain. Liyana Jasmay dan Lisa Surihani dilihat masih menjadi calon yang digemari oleh pengundi.
Undian Fasha Sanda bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular terus meningkat. Malahan jumlah undinya juga mula menyaingi Rozita Che Wan. Peningkatan undi Fasha tentu memberi kesan kepada calon pilihan iaitu Tiz Zaqyah dan Scha Alyahya.
Peminat Fahrin Ahmad, Remy Ishak dan Fizz Fairuz berentap hebat untuk menentukan siapa calon sesuai untuk memenangi Pelakon TV Lelaki Popular. Walaupun undi Fizz meningkat, tetapi ia dikejar habis-habisan oleh Remy, manakala undian untuk Fahrin pula sekadar bertahan.
Sesuatu harus dilakukan oleh peminat Remy dan Fahrin untuk memastikan boleh menyaingi Fizz.
Pengacara AF8, Sarimah Ibrahim terus menyaingi Fara Fauzana dalam kategori Pengacara TV Wanita Popular. Nampaknya, kemunculan program AF8 memberi impak kepada peminat Sarimah.
SEPINTAS
Analisis undian sebahagian kategori ABPBH 2009 sehingga 14 Mac
# Artis Komedi Wanita Popular
Saingan antara semua calon iaitu Enot, Didie Alias, Kenchana Dewi, Norkhiriah dan Nik Sayyidah semakin sengit. Setakat ini undian tertinggi memihak kepada Kechana Dewi, tetapi masa masih panjang, kedudukan itu boleh berubah pada saat akhir.
# Artis Baru Lelaki Popular:
Kehadiran Black dalam dua siri jelajah promosi ABPBH 2009 iaitu Sungai Petani dan Kemaman, membuatkan kedudukan undinya semakin baik. Ia memberi saingan kepada Akim. Kemunculan Aril sebagai pengacara baru Trek Selebriti turut memberi impak kepada undiannya.
# Artis Baru Wanita Popular:
Kedudukan Tiz Zaqyah agak baik tetapi masih belum dapat mengejar Yuna. Jumlah undi untuk Isma juga semakin menunjukkan peningkatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Malu tapi mahu?
Oleh Zaidi Mohamad
[email protected]
2010/03/18
FIZO (kanan) tercalon lagi buat kali kedua dalam ABPBH 2009 manakala Nur Fathia bakat baru yang mempunyai potensi besar kerana hadir dengan pakej menarik.
Fizo, Fathia cepat serasi dalam drama bersiri Musang Berjanggut yang bersiaran mulai 29 Mac di TV3
BAGAI ada ion positif yang disalurkan dalam sesi fotografi menggandingkan finalis Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, Fizo Omar dengan bakat baru, Nur Fathia baru-baru ini. Mesra semacam tapi masih malu-malu kucing.
Gelagat masing-masing yang gemar menyakat menceriakan lagi fotografi ini seolah ada haruman cinta yang semerbak baunya. Memang nampak sepadan tapi siapa Nur Fathia sebenarnya? Fizo memang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana jejaka kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini pantas mengukuhkan namanya. Gadis campuran darah Arab, Melayu dan Bugis ini ternyata terlalu asing namanya di pentas lakonan. Barangkali sedikit pembayang mampu mengingatkan kita kepadanya. Nur Fathia pernah memegang watak Nabila dalam drama Nur Kasih dan menjadi kawan kepada Nur Amina lakonan Tiz Zaqyah.
Dia juga pernah muncul dalam iklan syampu Sunsilk dengan mengenakan tudung tapi cukup ligat menendang bola futsal. Selain aktif berlakon iklan komersial sejak dua tahun lalu, Nur Fathia mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan. Telefilem Joe & Faridah lakonan Erra Fazira dan Adlin Aman Ramlie menjadi pertaruhan pertamanya.
Terbaru, gadis berusia 22 tahun itu juga menjadi heroin pilihan produksi JS Pictures Sdn Bhd (milik Sheila Rusly dan Azman Yahya) buat julung kalinya menerusi drama Bila Musang Berjanggut yang akan disiarkan mulai 29 Mac ini dalam slot Lagenda TV3. Dia memegang watak Cempaka Ainstone manakala heronya pula ditangani Fizo Omar.
“Kalau nak dikira, watak Cempaka Ainstone menjadi watak pertama saya sebagai teraju utama. Semuanya bermula selepas saya dihubungi Sheila Rusly. Yang menghairankan saya tidak diuji bakat. Selepas mendapat skrip dan menyatakan persetujuan, lalu bermulalah kerjasama saya dengan JS Pictures.
“Watak saya ini menggambarkan seorang perempuan berdarah campuran tetapi masih mengekalkan ciri ketimurannya. Cempaka bukan jenis yang senang diperkotak-katikkan. Cempaka jenis tidak mudah tergoda dengan lelaki. Cempaka juga seorang gadis bijak, berkeperibadian tinggi,” katanya ketika sedang asyik disolek jurusolek yang juga temannya.
Ketika ini, Nur Fathia masih menuntut di UiTM, Shah Alam dalam bidang undang-undang. Jejak seninya seperti Allahyarham Sudirman dan Lisa Surihani yang turut memilih bidang akademik yang sama dan bergelar anak seni. Menurut gadis kelahiran Ayer Hitam, Pulau Pinang ini, dia begitu mencintai bidang seni.
“Kalau diizinkan, saya mahu bergelar seniwati yang mempunyai ilmu dan berpendidikan tinggi. Saya berlakon kerana minat dan bukan kerana mahu glamor semata-mata. Sejak di sekolah menengah lagi, saya aktif dalam bidang kebudayaan termasuk berlakon dan menyanyi.
“Insya-Allah suatu masa nanti, saya akan mengejar cita-cita sebagai peguam. Tapi buat tempoh sekarang, sambil belajar, saya nak fokus dalam bidang seni.
Dalam bidang seni, saya hanya menjadi diri sendiri dan tidak hipokrit. Saya tak perlu berpura-pura untuk menyenangkan hati orang lain,” katanya yang menaungi agensi peragaan, Famous Artists.
Fizo idaman wanita
BIARPUN pertama kali berlakon di sisi Fizo, Nur Fathia memberitahu dia selesa dengan pelakon kacak itu. Fizo yang menjadi rujukan dan ‘kaunter pertanyaannya’ jika ingin bertanya mengenai lakonan dan babak membabitkan mereka. Pendek kata, Fizo tak kedekut ilmu.
“Boleh dikatakan di saat saya memerlukan sesuatu pertolongan di lokasi penggambaran, dia (Fizo) yang banyak menolong. Kalau tanya, dia dengan ramah memberikan penerangan panjang lebar. Mungkin sebab itu juga kami cepat serasi.
“Selepas waktu berlakon, kami pernah keluar bersama ditemani kawan-kawan yang lain. Tapi semuanya atas dasar kawan tanpa membabitkan soal hati. Tapi jujur saya katakan, dia memang idaman semua perempuan. Dia sangat menyenangkan,” katanya yang bergerak sendiri dan dibantu ibunya, Badriyah Sheikh Hassan Badjenin dalam soal membabitkan urusan berlakon.
Kali pertama bekerjasama dengan JS Pictures
SEMENTARA itu, menurut Fizo, drama arahan Azman Yahya atau Jinggo itu juga menjadi percubaan sulungnya berlakon dengan syarikat terbabit. Memegang watak sebagai Putera Ashraf, Fizo digandingkan buat pertama kalinya juga dengan Nur Fathia.
“Penggambaran drama ini sejak hujung bulan November tahun lalu hingga Januari lalu. Penggambaran selesai sebelum saya ke Mesir untuk menjalani penggambaran telefilem arahan Din CJ. Saya sendiri teruja berlakon drama ini apatah lagi ia diadaptasi daripada filem klasik, Musang Berjanggut arahan Tan Sri P Ramlee.
“Drama ini genrenya komedi tetapi saya tak perlu jadi komedi. Drama ini turut mengetengahkan konsep 1Malaysia apabila bapa angkatnya, Datuk Jamil Al-Mashyur (Shahronizam) berkahwin dengan tiga orang isteri berbangsa Melayu, Cina dan India.
“Sebelum bapa angkatnya menutup mata dan sebagai memenuhi amanat, dia (Putera Ashraf) perlu berkahwin. Dalam tempoh 100 hari dia perlu mencari calon isteri. Dalam misi itu, dia bertemu dengan Cempaka Ainstone seorang gadis kacukan yang tidak tipikal,” kata Fizo sambil memberitahu kalau hendak tahu kesudahan cerita ini kenalah menonton drama ini.
Mengenai Nur Fathia, pemenang tempat kedua, Hero Remaja 2007/2008 ini mengakui hari pertama membabitkan penggambaran, mereka begitu janggal kerana belum mampu mencipta keserasian.
Mereka sehabis baik cuba menjiwai tuntutan watak yang diamanahkan. Selama tiga bulan di lokasi penggambaran, Fizo mengakui mula mengenali sikap Nur Fathia yang sangat selamba, tak plastik, menjadi diri sendiri. Tanpa berselindung, Fizo mengakui Nur Fathia memenuhi kriteria wanita pilihannya.
“Bayangkan kalau dekat sesi fotografi ini pun kami boleh ‘bertekak’ mempertahankan pendirian masing-masing, situasi yang sama juga terjadi di lokasi penggambaran. Kami memang suka berdebat. Mentang-mentang, dia belajar undang-undang, semua nak kira betul di matanya.
“Saya pula mengambil bidang kejuruteraan. Di lokasi penggambaran, kami akan wujudkan topik untuk diperdebatkan. Secara tak langsung, saya lihat dia mempunyai pendirian. Saya seronok dapat berlakon dengannya dan ada beberapa ciri yang dimilikinya membuatkan saya senang dengannya,” kata Fizo yang bakal menggayakan rekaan Wan Huzairil pada malam kemuncak ABPBH 2009 4 April nanti.
Sinopsis Bila Musang Berjanggut
Bila Musang Berjanggut mengisahkan Puteri Asharf (Fizo) dipaksa kahwin oleh bapanya, Datuk Jamil Al-Mashyur (Shahronizam). Dalam pencarian, Putera Ashraf menemui ramai gadis, tetapi mereka plastik, materialistik dan kosmetik. Dia mencari isteri, bukan bini. Dia mencari perempuan bukan betina. Sukar buat Putera Ashraf mencari calon isteri yang sesuai. Bertemu dengan gadis kacukan Melayu-Inggeris, Cempaka Ainstone, dia terpikat melihat keperibadian, bijaksana dan tinggi dengan ilmu agama tetapi Putera Ashraf masih merahsiakan statusnya sebagai seorang hartawan.
Profil Fizo Omar
NAMA SEBENAR: Wan Hafizol Wan Omar
TARIKH LAHIR: 19 Julai 1985
ASAL: Kota Bharu, Kelantan
DARAH CAMPURAN: Ayah (Melayu) dan ibu (Siam, Arab)
KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
PENDIDIKAN: Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis
PENCAPAIAN: Tempat kedua, Hero Remaja 2007/2008 dan Top 5, Artis Baru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008
DRAMA: Puteri Salju, Gadis Merah Jambu, Dendam, Keliru, Bisikan Subuh, Bio-Nik, La Dolce Amira, Matahari dan Cinta Sempurna
PENGACARAAN: Gen-X (RTM1)
KOMERSIAL: Celcom, Brylcream, Giant dan Myeg
Profil Nur Fathia
Nama sebenar: Nur Fathia Abd Latiff
Tarikh lahir: 1 September 1987
Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang
Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik
Cita-cita: Seniwati yang dihormati dan peguam
Pendidikan: Ijazah Sarjana Undang-Undang di UiTM, Selangor.
Drama dan telefilem: Joe & Faridah, Nur Kasih, Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri, Bila Musang Berjanggut
Iklan komersial: Sunsilk, Nespray, Brylcream, Hotlink, Perodua, Panasonic |
|
|
|
|
|
|
|
ABPBH2009: Main warna cara Lord's
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
[email protected]
2010/03/18
FINALIS ABPBH 2009; Fahrin Ahmad, Fizz Fairuz, Kamal Adli, Shaheizy Sam, Adam AF2, Gambit dan Shahz Jafzle di Lord's Tailor.
FINALIS ABPBH 2009; Fahrin Ahmad, Fizz Fairuz, Kamal Adli, Shaheizy Sam, Adam AF2, Gambit dan Shahz Jafzle di Lord's Tailor.
Tujuh selebriti makin teruja menggayakan tuksedo ikut tema malam kemuncak ABPBH 2009 pada 4 April
TEMA Cetusan Warna melahirkan kelainan pada sentuhan tuksedo rekaan Lord’s Tailor sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tahun ini. Permainan warna dan tema petak menjadi pilihan butik berkenaan dalam melahirkan idea lebih segar.
Pemilik butik berkenaan, Kenny Loh yang ditemui pada majlis memperkenalkan fabrik yang bakal digayakan selebriti pada majlis anugerah itu disertai tujuh personaliti kacak iaitu Adam, Fizz Fairuz, Gambit Saifullah, Shahrizal Jaszle, Fahrin Ahmad, Kamal Adli dan Shaheizy Sam berkata, mainan warna amat sesuai digayakan ke majlis anugerah. Bagi tidak kelihatan terlalu formal dan korporat, warna warni menjadi pilihan Lord’s Tailor kerana ia melambangkan kerancakan dunia hiburan sesuai dengan si pemakainya. Sebagai tatapan pembaca, Hip bertanyakan beberapa soalan menarik khas buat peminat. Ingin tahu siapa yang mereka minat dan pelbagai kisah lagi, ikuti temu bual Hip bersama mereka.
#
# Fizz Fairuz
Bila anda sedar anda mula mempunyai peminat?
Dua tahun lalu selepas drama Kekasihku Seru, baru saya sedar nama mula meniti di bibir peminat. Itupun setelah saya berlakon di bawah Film Scape iaitu tujuh tahun selepas bergelar pelakon. Kemuncaknya pula selepas saya membintangi drama Nur Kasih.
Hadiah paling bermakna pemberian peminat?
Undian untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) adalah hadiah paling bermakna daripada peminat. Selain itu, saya juga pernah menerima pemain DVD serta kamera daripada peminat dari Singapura baru-baru ini.
Barang pertama yang anda beli apabila mendapat gaji pertama?
Kereta Gen 2 yang masih lagi ada hingga sekarang. Kereta itu sudah pun berusia lima tahun dan kini dipakai ibu saya di kampung. Itulah kali pertama saya membeli sesuatu yang besar dengan duit hasil titik peluh sendiri.
Jika bukan pelakon, siapakah anda sekarang?
Pemain bola sepak. Saya meminati sukan bola sepak, tetapi sekarang jarang dapat melakukan aktiviti itu kerana sibuk. Saya juga pernah mengalami kecederaan lutut, disebabkan itu saya perlu mengurangkan aktiviti bermain bola kerana bimbang kecederaan berulang.
Artis wanita tempatan yang anda minat sebelum jadi artis?
Ziana Zain. Dia cantik, kening terangkat dan memiliki potongan badan yang sangat cantik. Pernah berjumpa sebelum dia berkahwin, tetapi saya hanya bersalaman kerana segan.
Berapa bajet yang anda keluarkan untuk menghadiri majlis anugerah?
Sekitar RM1,500 hingga RM2,000 jika tidak mendapat sebarang tajaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu kami di Plaza Angsana!
Oleh Zaidi Mohamad
[email protected]
2010/03/1928 artis popular akan rai peminat, pembaca Berita Harian di Johor Bahru
SELEPAS tiga tahun meninggalkan Plaza Angsana Johor Bahru, bermula esok dan Ahad ini, sesi kembara promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 kembali menggegarkan pusat beli belah popular itu. Kepada warga Johor Bahru, ini peluang anda untuk melepaskan rindu menyaksikan kemeriahan acara ini.
Ini masanya untuk kembali menjamu mata dan bertemu mesra mendekati artis popular tanah air yang turut tercalon dalam ABPBH 2009. Seramai 28 artis dijangka memeriahkan siri jelajah ini antaranya seperti Mawi, Liyana Jasmay, Saiful Apek, Diana Danielle, Bunkface, Aaron Aziz, Adam, Hafiz AF7, Akim, Isma, Dira Abu Zahar dan Black Mentor.
Kumpulan Bunkface, 6ixth Sense, Meet Uncle Hussain dan Hijjaz juga boleh ditemui peminat nanti. Begitu juga, Fizz Fairuz dan Fizo Omar tak ketinggalan mengikuti siri jelajah kali ini selepas bersama-sama sejak di Sungai Petani dan Kemaman, Terengganu. Buat julung kalinya juga, pelakon drama Nur Kasih yang memegang watak Nur Amina iaitu Tiz Zaqyah dan Remy Ishak dapat meluangkan masa bagi merasai keseronokan berterusan acara ini sebelum menjelangnya malam kemuncak ABPBH 2009 pada 4 April depan di Arena Of Stars, Genting Highlands.
yeaaahhhhhhoooooo...trio NUR KASIH turun JB.. ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
885# nazihamrun
wah....serbu !!!! |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu gambar terbaru pic berdua remy & tiz... .... still hoping...hahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu gambar terbaru pic berdua remy & tiz... .... still hoping...hahaha..
supbunjut Post at 19-3-2010 10:24 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
yeah still hoping !!!!!!!!! bagi kekawang yg serbu dijohor mailah share gambar2 dgn kami nie nun yg jauh khennnn |
|
|
|
|
|
|
|
MH terbaru ade lagi cite Remy... cite mak dia sakit sebab dengar kisah dia ngan Maya. Pasal Tiz pon ade gak, Remy kate Tiz dah ade boyfriend. Diaorg berkawan biasa tetapi dia selalu gak jemput and hantar Tiz balik coz Tiz takde kete...gitulaa![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
selalu gak jemput and hantar Tiz balik coz Tiz takde kete
wah..wah...b'jmput...b'anto...baiknye abg adam ni kannnn.... |
|
|
|
|
|
|
|
890# adifrs
eloklah depa berbaik2 kannnnnn... |
|
|
|
|
|
|
|
amik mud...NK the movie kotttt![](static/image/smiley/default/shy.gif)
xlah kekok nanti katenyer...![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
892# adifrs
bijaknye diaaaa...![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
893# nazihamrun
ehem...ehem....anak sapo lah tuuuu ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu kami di Plaza Angsana!
Oleh Zaidi Mohamad
[email protected]
2010/03/1928 artis popular akan rai peminat, pembaca Berita Harian di Johor Bahru
SELEPAS tiga tahun meninggalkan Plaza Ang ...
nazihamrun Post at 19-3-2010 09:18 AM ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
harus g angsana wiken nie... |
|
|
|
|
|
|
|
MH terbaru ade lagi cite Remy... cite mak dia sakit sebab dengar kisah dia ngan Maya. Pasal Tiz pon ade gak, Remy kate Tiz dah ade boyfriend. Diaorg berkawan biasa tetapi dia selalu gak jemput and han ...
mnaa Post at 19-3-2010 10:18 PM ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
baikknye anak hj hassan & mak jah nie... dpt didikan yg bgs...![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dvd NK dh djual d speedy video..
x slp hg 99.00..;) |
|
|
|
|
|
|
|
MH terbaru ade lagi cite Remy... cite mak dia sakit sebab dengar kisah dia ngan Maya. Pasal Tiz pon ade gak, Remy kate Tiz dah ade boyfriend. Diaorg berkawan biasa tetapi dia selalu gak jemput and han ...
mnaa Post at 19-3-2010 22:18 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
wah...berambik berhantar......ni training utk scene NK the movie kot...hehehe...i likeeeeeeee... |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://www.nurkasih.com.my/main.gif)
apakah? |
|
|
|
|
|
|
| |
|