wirazam posted on 24-9-2012 09:16 PM ![](static/image/common/back.gif)
betul...nak sgt baca artikel maserati dgn kasut tu...apa kaitan yek
dari Bipop - Ahad
B★POP − AHAD23 SEPTEMBER 2012 ← Nur Fazura Twitter: @missfazura
MASERATI LAWAN KASUT
Assalamualaikum dan salam sejahtera ke­pada semua peminat Faz dan pembacaB*POP yang setia.Harap jangan terperanjat dengan tajuk artikel kali ini, kerana untuk artikel Faz ketujuh ini, Faz ingin mencoretkan pengalaman yang agak lucu tetapi boleh dijadikan pengajaran untuk kita semua.
Ia bermula dengan beberapa gambar Faz bersama sebuah kereta Maserati yang telah dimuat naik ke akaun Instagram Faz. Gambar itu diambil ketika penggam baran filem terbaru terbitan Red Communications berjudul Kami Histeria dan kereta itu adalah satu prop filem.
Sebaik saja gambar itu dimuatnaik, tentulah akan ada banyak komen peminat dan pengikut Instagram Faz. Itu adalah satu kebiasaan kerana Faz banyak berkongsi maklumat dan berinteraksi dengan peminat melalui Instagram danTwitter. Ada banyak komen menarik mengenai gambar itu. Ada peminat yang komen mengenai kereta, ada yang mengulas pasal kasut serta ada juga bertanya soal filem yang sedang menjalani penggambaran itu.
Agak berbeza Tidak Faz sangka pula, kali ini agak berbeza sedikit dan Faz tidak menyangka cerita yang kurang enak didengar berkaitan gambar itu bertebaran ibarat empangan pecah, terutama diinternet. Kadar sebaran cerita nya juga agak meluas dan cepat, boleh mengalahkan pecutan Usain Bolt.
Antara tuduhan yang dilemparkan termasuklah kereta itu adalah hadiah daripada orang teristimewa untuk Faz, Faz diberikan hadiah kereta mewah dan rumah besar, diberikan seseorang untuk memikat Faz. Ada yang siap paparkan harga kereta lagi. Pelik, kan?
“SEDANGKAN FAZ SUDAH NYATAKAN DALAM TWITTER DAN INSTAGRAM ,KERETA MASERATI ITU CUMA PROP FILEM"
Sedangkan Faz sudah nyatakan dalam Twitter dan Instagram, kereta Maserati itu cuma prop filem. Sudah terang lagi bersuluh tapi masih lagi nak lemparkan lumpur? Lebih pelik lagi, selang beberapa hari Faz bergambar pula dengan kereta Perodua Kancil yang sering dipandu abang Faz, lengkap dengan gaya dan kasut yang sama serta kemudian dimuat naik ke Instagram.
Melainkan komen peminat Faz mengenai kasut dan tukang kebun dalam gambar itu, tiada pula kedengaran kisah dongeng seperti ‘Kekasih hadiahkan Kancil kepada Fazura' atau ‘Kancil EZ850 khas dari VVVIP untuk Faz'.
Pelik dan lucu juga, tiada siapa mahu sensasikan gambar itu dengan fitnah. Lazimnya, Faz tidak begitu ambil kisah dengan rentetan fitnah diinternet kerana sudah lali dan di luar kawalan serta tidak pula menyebabkan Faz mahu saman­ menyaman atau berdebat di merata tempat. Jauh sekali hendak menyeksa orang lain dengan memaksa mereka menunggu kenyataan rasmi. Faz bukan Puteri.
Niat tidak baik Masalahnya ialah pada zaman sekarang, siapa saja boleh tulis mengenai pelbagai perkara dan berselindungdi sebalik internet. Pihak berkuasa di serata dunia juga sedar akan masalah ini kerana kandungan internet tidak dapat dikawal secara mutlak. Kalau wartawan hiburan menulis tentang dunia hiburan kerana menjalankan tugas mereka, kinil ebih ramai pula ‘wartawan hiburan jadian' di internet yang menulis dengan niat tidak baik tanpa ada akauntabiliti kepada sesiapa. Maka dengan penuh histeria mereka menulis.
Jika mereka sanggup mencela orang lain mengapa mesti lempar batu sembunyi tangan? Beberapa tahun lalu, ada individu seperti ini yang tidak terbabit dalam bidang kewartawanan dan melemparkan celaan kepada Faz diinternet. Salah seorang artis senior telah memaklumkan Faz, beliau juga pernah menjadi mangsa kepada si penulis ini.
Selepas Faz selidiki, Faz dedahkan identiti si penulis ini, juga di internet, biarkan buku bertemu dengan ruasnya. Maka berderetlah permohonan maaf daripada si penulis tadi mengingatkan Faz yang nabi juga ampunkan umat. Masa dia tulis, dia tak teringat pula pesan nabi tentang fitnah sesama umat? Oh my Maserati!
Lucu betul pendirian si penulis itu! Apa sebenarnya motif mereka ini? Apa yang mereka inginkan? Memang tidak keterlaluan jika kita anggap mereka ini sama seperti orang yang membuat filem menghina Rasullulah SAW baru-­baru ini, ketika membuat maksiat secara sembunyi dia seronok tapi bila didedahkan identitinya, baru tahu panik.
Pertahan kebenaran Bagaimanapun, tidak semua begitu. Ramai juga peminat Faz dan pelayar internet lain yang mempertahankan kebenaran, begitu juga ada yang menyatakan mereka sedar cerita itu semuanya fitnah. Faz hargai individu begini kerana jika tiada orang waras begini melayari internet, maka akan berleluasalah cerita tidak betul. Pedomannya, kita kena jaga sikap dan hati kita setiap masa.
Mungkin pada masa depan, Faz perlu letakkan tanda amaran kesihatan pada gambar yang bakal dimuatnaik untuk tatapan umum. Cuba bayangkan Faz bergambar dengan jet Gulfstream, kapal layar dua tingkat atau singgahsana emas bertatahkan intan permata dari tujuh benua. Mungkin ada yang pengsan atau sakit jantung bila menatap gambar itu, sedangkan ia juga boleh jadi sebahagian dari prop filem!
Jangan lupa, nantikan Faz bersama kereta Maserati dan kasut bertumit tinggi dalam Kami Histeria. Faz juga ingin ucapkan sekalung tahniah kepada Rosyam Nor atas pengurniaan Ijazah Sarjana Kehormat dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK), sememangnya beliau artis contoh.
Jumpa lagi semua, wassalam.
![](static/image/smiley/default/1.gif)
Last edited by chekshu on 26-9-2012 09:19 AM
|