|
Me google jupe nI
Tak akan walikan nikah
Oleh Mohd Nasif Badruddin
KUALA LUMPUR: “Kalau dia tak minta maaf, saya tak akan jadi wali pada pernikahannya nanti.”
Demikian kata dua Nazaruddin Buyong, 54, yang berkecil hati dengan kelakuan anak kandungnya, pelakon Nisdawati Nazaruddin, 27, atau lebih dikenali sebagai Lis Dawati.
Belumpun reda kontroversi perkelahiannya dengan Rita Rudaini Moktar, 30, yang didakwa sengaja menampar pipinya sehingga mata kirinya sakit dan lebam sewaktu penggambaran drama Kau Yang Ku Sayang Ogos lalu, kini timbul pula cerita baru.
Nazaruddin mendakwa, anaknya itu tidak menjemputnya ketika bertunang dengan pelakon Fauzi Nawawi, 33, Sabtu lalu menyebabkan dia terkilan serta kecil hati.
Katanya, dia hanya diberitahu hari bahagia Lis oleh anak sulungnya, Muliadi, sehari sebelum Aidilfitri lalu.
Lebih menghancurkan hati Nazaruddin apabila Lis memintanya tidak menghadiri majlis yang diadakan di rumah anaknya itu di Kondominium Setapak Ria, Jalan Genting Klang di sini.
“Apa yang mengejutkan, anak sulung saya, Muliadi hanya berjumpa saya dan memberitahu Lis akan bertunang. Namun, dia minta saya tak datang kerana ‘emak beritahu jangan datang’.
“Sebagai seorang ayah yang membesarkan Lis dengan hasil titik peluh menjahit, memang saya sedih dan terkilan. Mana nak letak muka bila orang tanya sedangkan ketika kecil sayalah yang menjaganya. Mungkin dia malu mempunyai ayah yang hanya seorang tukang jahit,” katanya ketika ditemui di Maya Tailor di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, semalam.
Nazaruddin menafikan cuba meraih simpati dengan menceritakan kisah keluarganya kepada media.
Katanya, dia berbuat demikian supaya anaknya sedar dan tidak membelakanginya dalam apa juga perkara, apatah lagi urusan nikah kahwin.
Walaupun hubungan mereka sekeluarga ada pasang dan surut, Nazaruddin tetap wali sah kepada anaknya.
Sejak bercerai dengan ibu Lis, Risda Khalidi, 50, enam tahun lalu, anaknya menjauhkan diri darinya sehinggakan ketika Nazaruddin terlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) tiga bulan pada tahun lalu, Lis langsung tidak menjenguknya.
Katanya, bekas isterinya meminta untuk berpisah dengannya selepas mereka yang berhijrah dari Indonesia, mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia.
Dia mendakwa terpaksa menceraikannya setelah perangai Risda menjadi-jadi dengan menengking dan sering meminta diceraikan.
Walaupun sudah bercerai, Nazaruddin meminta Lis menghormatinya sebagai bapa yang masih hidup dan lebih mengecewakan, anaknya itu menukar nama Nisdawati kepada Lis Dawati bagi membuang huruf ‘N’ pada pangkalnya yang dikaitkan dengan Nazaruddin.
“Saya cuma minta Lis ubah sikap dan menerima kenyataan. Jangan belakangkan saya dan tahu asal-usulnya. Saya juga minta emaknya agar jangan ‘meracuni’ fikiran dan memutuskan hubungan silaturahim antara ayah dengan anak,” katanya.
Nazaruddin berkata, pada Aidilfitri lalu, tidak seorang pun anaknya menziarahinya mahu pun bertanya khabar, malah enggan menjawab telefon ketika dia menelefon anaknya, termasuk selepas majlis pertunangan.
Mengenai pertunangan Lis dengan Fauzi, tukang jahit itu berkata, dia tidak menghalang dan menerima jodoh anaknya itu kerana Lis sendiri yang memilih.
Lis sebelum ini pernah merangkul anugerah Pelakon Harapan Wanita FFM16-KL 2003 dan Pelakon Drama Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2005.
Dalam majlis pertunangan Sabtu lalu, rombongan keluarga Fauzi seramai 30 orang datang dari Pantai Remis, Perak diketuai abang sulungnya, Najib Nawawi dan ibunya, Siti Aminah Chin.
Mereka mengenakan persalinan rona putih bersulam emas sedondon dengan Fauzi berbaju Melayu dan Lis mengenakan kurung moden.
Fauzi membawa lima dulang hantaran termasuk sebentuk cincin bernilai RM1,000, sepersalinan baju nikah, selendang dan kerongsang, manakala Lis membalas tujuh dulang.
Cc @novlin and @fazila17 Last edited by mommymonster82 on 26-2-2014 11:32 AM
|
|