Originally posted by ahmad_dhani91 at 20-12-2007 01:48 AM
APESAL ADE THREAD MAMAT SINGA MENYEMAK KAT SINIH NIH
SORRY NIH MALAYSIA BUKAN SINGAFOOL
sorry. it's SINGAPURA bkn SINGAFOOL. haha. spelling pon fail. kesiaaan.......
thread ni dah lama ade kat sini kan. saya cuma hidupkan thread ni balek with my latest posting.
kalau tak minat, sudah. tkde orang pakse.
just continue to minat your ajai ok?
Berita Harian SG ada artikel tentang Taufik kan? Dia meremang bulu roma bila Hady dendangkan lagu Berserah di Asian Idol. Best lah 2 in 1. A beautiful song by the first idol sung beautifully by the second idol!!
takpe Taufik peminat2 akan sentiasa sokong kamu berdua kami semua bangga dgn kamu berdua...!
IDOLA
TERHARU & BANGGA
Taufik puas hati Hady bawakan lagu 'Berserah'
Oleh
Hanim Mohd Saleh
APABILA Hady Mirza membawakan lagu Berserah dalam pertandingan Asian Idol pada Sabtu lalu, tidak orang lain yang lebih terharu dan bangga daripada penggubah dan penyanyi asal lagu itu sendiri, Taufik Batisah.
'Bulu roma saya meremang apabila Hady membawakan lagu itu. Saya berasa sangat bangga kerana lagu saya dinyanyikan di persada peringkat serantau yang disaksikan jutaan penonton.
'Tak perlu saya berada di pentas itu kerana melihat Hady me- nyanyi dengan baik sudah cukup memuaskan hati saya. Apatah lagi beliau menang,' kata Taufik ketika dihubungi wartawan.
Ketika itu, beliau dalam perjalanan pulang ke rumah untuk bersiap-siap mengemaskan pakai- annya untuk berangkat ke Kuala Lumpur pada Selasa lalu.
Tetapi tidakkah beliau terkilan kerana gelaran Asian Idol bukan miliknya, sedangkan kemungkinan kemenangan juga berpihak kepadanya jika beliau yang dipilih untuk mewakili Singapura?
Kata Taufik, keputusan untuk menghantar Hady adalah keputusan yang dipersetujui semua pihak di syarikat pengurusannya di Hype, termasuk beliau sendiri.
Ternyata, Ken Lim dan anak- anak buahnya mengatur strategi tersendiri. Yang nyata, biarpun Taufik tidak ke sana, namanya turut disebut-sebut kerana lagu Berserah yang didendangkan Hady.
'Kemenangan Hady boleh membuka laluan kepada lebih ramai bakat tempatan termasuk penggubah untuk mengembangkan bakat di Asia,' ujarnya.
Sementara Taufik sendiri, hampir tak menang tangan untuk memenuhi banyak undangan, termasuk permintaan yang semakin meningkat di Kuala Lumpur.
Berikut adalah komen pengkritik Asian Idol mengenai kemena- ngan Hady:
Paul Moss
'Keputusan yang agak meme- ranjatkan, namun kita tidak boleh menyalahkan khalayak kerana mempunyai hak untuk memilih siapa yang mereka mahu. Dalam pertandingan ini saya melihat ada tiga peserta yang mempunyai kelebihan untuk memenangi hati penonton menerusi penampilan mereka.
'Asian Idol umpama pertembu- ngan antara tiga peserta yang mempunyai rupa dan tiga peserta yang memiliki vokal hebat. Hady mempunyai kelebihan kerana wajahnya enak dilihat ketika me- ngadakan persembahan. Mungkin kemampuan suaranya terhad tetapi persembahannya tidak terlalu mengecewakan.'
Anu Malik
'Mike dan Jac mempunyai suara yang baik tetapi saya suka dengan sikap Hady ketika membuat persembahan. Dia terlalu selamba, malah seperti tidak kisah jika kemenangan berpihak kepada- nya atau sebaliknya. Mungkin ke- rana itu dia menjadi pilihan penonton. Lagipun saya percaya setiap orang mempunyai harinya dan hari ini adalah milik Hady Mirza.'
Indra Lesmana
'Khalayak di Indonesia sudah mula menyukai Hady selain peserta negara sendiri, Mike. Itu yang memberi kelebihan kepadanya untuk meraih undian besar pada pertandingan ini. Dari awal saya yakin dia akan memperoleh undian yang tinggi dan ia terbukti pada malam ini.'
Originally posted by MakAndak at 22-12-2007 03:16 PM
Berita Harian SG ada artikel tentang Taufik kan? Dia meremang bulu romabila Hady dendangkan lagu Berserah di Asian Idol. Best lah 2 in 1. Abeautiful song by the first idol sung beautifully by the second idol!!
kau ikhlas kan andak. bkn menyelam sambil drink water. score a point for hady
Aku suka versi inggeris daripada versi melayu. Sayu mendengarnya. Berserah atau Holding On lagu ciptaan taufik adalah dari kisah pengalaman kehidupan susah yg pernah beliau lalui. Dari lyrik lagu jelas menunjokan taufik berserah pada tuhan ketika di dlm belenggu kesusahan ketika itu. Ni yg buat aku respek kat beliau. Tak semua org berjaya. Ada sesetengah tu kalau di dlm keadaan susah dia org akan resort to arak atau dadah. Taufik good boy
Andak pun peminat Taufik!! Dan juga peminat Hady. Salah ker Andak nak puji dua2?
I also prefer Taufik's english version. Cakap teranglah, jangan kecik hati antara peminat k. I just don't feel the intensitiy in his voice with Berserah altho the lyrics is much much more meaningful. i think it's the recording kutt. Same goes to Usah Lepaskan. I melted when I heard him sing LIVE! but on the album, it pales in comparison. I hope the next album, the recording quality is better.
Dalam baik kau yang menyindir eh ezy? hehehe. Takper... hmm cerita belum dipastikan. Andak takkan percaya unless I hear dari mulut yang empunya diri.
Mengikut ustazah Andak dulu, antara sifat manusia yang sejati ialah orang yang menutupi keaiban orang lain, lebih2 lagi jika ia hanya khabar2 angin. Andak pun byk cerita dalam kocek, cuma Andak lokek lah nak kongsi! Almaklum, ia tentang keaiban orang. Kadang2 Andak teruja jugak nak luahkan rasa! tapi...so far masih dapat bertahan.
andak andak pertanyaan aku kan mengenai keikhlasan kau. yg tersirat bkn yg tersurat. aku tahu kau juga minat taufik tp kau lebih berkhimat pd hady kan
aku pernah tanya kau mengenai album hady di dlm salah satu topik kat sini. kau tak jawab pong tp sebalik nya kau popat popet yg lain. napa mengenai album taufik walaupon tak tanya kau komen lak. ada yg tersirat kan
bagus la kalau member hapy hady bertambah. aku tumpang gumbira. member yg dtg bergolek n dgn usaha kan. aku pernah baca fan hady nyer thread kat site taufikbatisah mempelawa fiknatics jadi member dorang. kau gi la jengok. aku rasa masih ada lagi thread tu. bole camtu. tp fiknatics cool je n tak kasar pong pd hapy hady yg tersesat kat site taufik tu. imran pong ada pernah mintak support di site taufik sewaktu album dia di lancarkan dulu. cam ni punyer receptive pong kau beri gambaran fiknatics tu melampau
Tuhan sajalah yang tahu ikhlasnya Andak. Apa pun yang Andak kata, belum tentu ezy percaya, kan. Kalau ezy betul2 nak tahu. Ah ni Andak jawab ya. Panjang ni jawapan Andak, jangan ezy tertidur pulak baca. Almaklum, Andak dah tua, kuat membebel.
Andak dah minat pada Taufik dari zaman Singapore Idol lagi, tak pernah miss vote dia. Kira minat gilerrrrrr!! Dan Andak rajin pergi attend his events and birthday bashes. Again, Tuhan saja yang tahu betapa dedicatednya Andak dengan Taufik. Cuma tahun ini, Andak berkesempatan attend the Hi-Tea at Orchid Country Club saja.
Memang sekarang Andak beri lebih tumpuan pada Hady. Bukan kerana Taufik sudah tidak bagus, tapi kerana dia sudah terbang tinggi. Dan Andak rasakan peminat2 Taufik sangat ramai, berdedikasi dan mampu membawa Taufik to bigger success, InsyaAllah. He's a hardworking man with a mission. He'll go far! Andak masih ambil tahu tentang hal-hal Taufik dengan membaca berita terkini di kedua-dua fan site nya. Oh ya, kenapa ada dua fan site ya? Ada cerita ker? Kongsi sikit?
Dalam post Andak yang #910, Andak setakat berkongsi pendapat tentang nyanyian nya saja. Komen yang IKHLAS. Kalau Taufik sendiri yang baca, Andak tak rasa dia akan marah, sebab Taufik yang Andak kenal bukan jenis yang cepat melatah.
About Hady's album, rasanya Andak dah jawab dalam thread errr was it Imran or Hady's? Kalau tak cukup dengan jawapan tu. Ah ni Andak tambah. Memang album Hady tu tidak lah seberapa, sebab its a rushed album to capitalise his popularity after winning Singapore Idol. Sama macam album Taufik yang pertama dulu juga kan, a rushed job. Cuma dari segi penjualan, tentulah Taufik's album sold more. But secara peribadi, Andak suka album Hady sebab it's easy listening. Kena dengan halwa telingan Andak yang tua kutuk ni. Walau dah setahun usia album tu, Andak still listen to it back to back at least once a week. Tak kisah lah kalau orang nak kata Andak tone deaf! music kan subjective. one man's poison is another man's meat.
By the way, Andak tak kata semua fiknatics tak receptive (your word not mine), Andak kata, SOME, the FANATICAL ones yang rasa tergugat dengan pencapaian artis2 lain terutama artis2 Singapura seperti Imran, Syed Azmir, Aliff dan Hady. Cara ezy cakap seolah-olah peminat harus suka pada Taufik seorang and no one else. Andak rasa tak salah kalau peminat Taufik juga peminat Hady/Imran/Syed Azmir/Aliff, because there are many of them out there and one of them is ME!
If you havent notice, Hady's forum has separate threads on Taufik, Imran, Aliff, Syed Azmir, Anthony Callea, Hyrul Anuar, DidiCazli, Kelvin Tan (the blind singer) etc etc. You see they are receptive too and they don't call fans of other artistes tu, TERSESAT. Malah they are welcomed with open arms to promote diversity in taste of music and celebrities. Infact, one of the mod themselves posted that BERSERAH fan vid to let Hady's new fans from the Asian Idol countries to enjoy. Oh man! I totally respect that!! Imran tak der forum, sebab dia tak suka, katanya forum tempat penuh dengan gossip (which is kinda true). Andak can't comment on Syed Azmir and Aliff's coz Andak tak active di sana.
Andak harap, ezy puas hati dengan jawapan panjang lebar ni. Kalau tak puas jugak, hmmm tak tau lah apa yang Andak nak kata lagi. Yang penting ANDAK hapy!
[ Last edited by MakAndak at 27-12-2007 05:46 PM ]
taufik juga manusia biasa. menyedari manusia ni lemah. dia pernah berkata jika satu masa dia buat kesilapan dia berharap peminat memaafkan nya dan berharap agar mrk tidak menghentam nya keterlaluan. sikit lebih kurang halal more or less camtu la dia pernah kata
[ Last edited by ezy2blow at 28-12-2007 10:28 PM ]
da la tak payah nak gado2 peace ok..! sokong la dua2 siapa lagi klu tak kita nak naikkan melayu kan? kan?? check punya check terjumpa video ni...cool la..!