|
RIANZ PARADISE VOL. 69 - VOTE LAGU2 BARU RIZ & NADIA
[Copy link]
|
|
Originally posted by joenjohana at 3-4-2009 23:12
perhatian!!!
YUN BERJAYA MASUK FINAL
ESOK TEAM DIA (LIPIS) AKAN LAWAN DGN TEAM TEMERLOH
DIA MNTA KITA DOAKN KEJAYAANNYE
GAME AKAN START KOL 8....AVERAGE TIME 3 HOURS (5 SET)
DIA AKAN CUBA ...
congrats yunt! |
|
|
|
|
|
|
|
sapiah x de gambar2 PLKN yg nak d kongsi dgn kita ker ek....
HIBURAN Jumaat April 3, 2009
Diana dilantik Timbalan Penghulu Wirawati PLKN
Oleh AU YEONG HOW
SUDAH dua minggu pelakon remaja, Diana Danielle, 18,menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 2 Siri 6/2009di Kem PLKN Princess Haliza di Sepang.
Dia kini sudah selesa dan tidak berasa janggal lagi setelah mendapati kawan-kawan dan para jurulatih sebenarnya sangat mesra.
"Bila jalan-jalan, ramai yang tegur saya `hi'. Saya tidak langsungdibuli serta diketepikan," kata Diana yang mengakui dia tidak diberiapa-apa keistimewaan sepanjang menjalani latihan di kem itu.
Terserlah sikap rajin Diana apabila berada di dalam PLKN.
Lebih menarik, pelakon comel ini turut diberi kepercayaan menjawatTimbalan Penghulu Wirawati yang antara lain menjadi `penjaga No. 2'kepada semua pelatih perempuan.
Ternyata, sifat kepimpinan yang ditunjukkan bintang muda ini berjaya menambat hati ramai di sana.
"Antara semua artis yang pernah saya jumpa, dia sangat humble dan baik.. Kepimpinannya cukup terserlah," kata komander kem itu, Mejar Muhammad Basri Abd. Rahman.
Diana telah menerima `wing' menandakan pelantikannya sebagaiTimbalan Penghulu Wirawati daripada Ketua Pengarah Jabatan LatihanKhidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil dalam majlisperasmian pembukaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 2Siri 6/2009, semalam.
Walaupun bergelar artis, Diana mesra dengan teman sebaya, yang sama-sama mengikuti PLKN.
Majlis itu turut merangkumi acara menandatangani MoU antara JLKN dan8TV untuk menerbitkan program realiti Project N.S yang akan memaparkankehidupan Diana serta dua artis remaja lagi, Suki dan Aliff di kemtersebut.
Ditanya tentang 'jawatan' yang diberikan itu, dalam nada ceria,Diana berkata jawatan tersebut bukannya datang bergolek begitu sahaja.
Luah Diana, dia sebenarnya perlu melalui sesi `uji bakat' terlebih dahulu.
Tiga orang artis - Diana, Suki dan Aliff terpaksa menjalani program khidmat negara selama 3 bulan.
"Jurulatih bertanya kepada kami siapa nak jadi pemimpin? Seramai 50peserta dipilih dan mereka tanya siapa boleh berkawad selain menguji`kelantangan' suara kami untuk memberikan arahan," katanya.
Antara tugas yang perlu dipikul Diana antara lain ialah memastikansemua peserta wanita hadir ke dewan pada masa yang ditetapkan sertapakaian adalah lengkap.
"Bagaimanapun, ia (Timbalan Penghulu Wirawati) tidak semudah yangdisangka kerana saya harus berhadapan dengan manusia. Kerjainimelibatkan interpersonal skill," ujarnya.
Rutinharian tiga artis - Diana, Suki dan Aliff sama seperti teman sebayamereka yang ditempatkan di dalam PLKN. Tiada layanan istimewa untukmereka.
Namun, tutur Diana, status artis serta jawatan yang diberikan itutidak langsung menjadi tiket untuk dirinya diberi layanan istimewa.
"Tidak ada istimewa. Saya pernah kena denda, ditegur dan dimarahi,"katanya yang turut mengakui jurulatih semakin `garang' dengan pesertadari hari ke hari.
Bercerita tentang rutin hariannya di kem, kata Diana, harinyabermula seawal jam lima pagi untuk bersembahyang Subuh berjemaah,sebelum `role call' dipanggil.
"Kemudian, kami diarah melakukan perbarisan dan senaman.Pembelajaran dalam kelas buat masa ini hanya melibatkan aktivitipembinaan karakter seperti koir dan permainan," katanya yang telahmencuba flying-fox di kem itu.
Ujar pelakon yang popular menerusi drama Air Mata Maria dan FarahSyakira ini, dia tidak menghadapi masalah untuk melakukan aktivitilasak kerana sememangnya meminati aktiviti luar sejak kecil lagi.
Diana tidak menghadapi masalah untuk melakukan aktiviti lasak kerana sememangnya meminati aktiviti luar sejak kecil lagi.
"Saya tidak sabar nak mulakan aktiviti sukan seperti kayak. Malahdulu, saya terlibat dalam aktiviti-aktiviti luar seperti rock-climbing.Jadi, tidak susah untuk melibatkan diri dalam aktiviti luar," katanya.
Disebabkan begitu sibuk dengan aktiviti di PLKN, Diana akuiadakalanya ia berjaya menghilangkan kerinduan terhadap bidang seni,keluarga dan kehidupan di luar.
Malah, kata pelakon jelita itu, dia kini menjadi lebih berdisiplin walaupun baru melalui latihan PLKN selama dua minggu.
"Dulu semua perkara telah diuruskan... sekarang, saya kena buatsendiri. Ini merupakan cabaran yang paling besar kepada saya," ujarDiana.
Berat badan makin menurun
Semenjak berada di kem, akui Diana, berat badannya telah menurun.Dia hanya makan dua kali sehari berbanding enam kali ketika diamula-mula memasuki kem.
"Sebelum masuk ke kem, saya makan banyak. Tetapi sekarang saya hanyamakan sebanyak dua kali walaupun kem menawarkan makanan sebanyak enamkali sehari," katanya.
Suki seronok 'bebas' seketika dari bidang seni
Sementara itu, juara program realiti One In A Million (OIAM) musimpertama, Suki atau Low Sook Yee, 20, berkata, dia baru saja melaporkandiri di kem terbabit kelmarin.
Kata Suki, dia terpaksa menangguhkan latihan PLKN tersebut dua tahunlepas kerana sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.
"Ini adalah keutamaan saya sekarang. Ia adalah tanggungjawab semua.Mereka yang dipilih menyertai PLKN sepatutnya gembira," katanya.
Menurut Suki, dia berasa tempoh latihan itu memberi ruang kepadanya untuk "bebas" daripada glamor dunia hiburan.
Ditanya sama ada dia telah menyesuaikan diri di kem, Suki dalam nadaberseloroh berkata, dia sudah terlupa menghitung berapa kali diamenegur "hai" dengan kawan-kawan baru di kem.
"Ketika masa makan, saya tidak tahu duduk di mana dan terdapatseorang gadis memperkenalkan dirinya dan mengajak saya bercampur gauldengan kumpulannya," katanya.
Aliff lega dapat 'bayar hutang
Sementara itu, finalis OIAM musim pertama, Aliff atau Muhammad AliffMohd. Satar, 19, berkata, dia teruja kerana dapat membayar `hutangpenangguhan latihan' PLKN.
"PLKN bukan nak susahkan remaja tetapi membantu mereka menjalani kehidupan dengan lebih baik.
"Objektif program ini sebenarnya bagus. Remaja sekarang terlalubanyak masa bersantai, tunggu dan lepak-lepak," katanya yang barumelaporkan diri semalam.
Dia turut menasihatkan mereka yang tidak terpilih agar memohon mengikuti program PLKN yang sangat berfaedah. |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhuhuhu.....
i xdpt plkn pon
|
|
|
|
|
|
|
|
elok plak Tok Ti pakai tudung litup kat Kelantan ek
Jumaat April 3, 2009
Siti bertemu Nik Aziz
MenteriBesar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah) menerima cenderahatidaripada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin (kiri) semasa berkunjungke Pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim. Turut sama suaminya DatukSeri Khalid Mohd Jiwa (kanan). -foto BERNAMA
SELEPAS menjayakan persembahan sempena Hari Keputeraan SultanKelantan, Tuanku Ismail Petra ke-59 di Kota Bahru, Kelantan pada 1April lalu, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suami,Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sempat melawat Menteri Besar Datuk NikAbdul Aziz Nik Mat di Pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Siti berkata kunjungannya itu bertujuan meluahkan rasa hormatnya terhadap Nik Aziz. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by phycaze at 4-4-2009 00:27
huhuhuhuhu.....
i xdpt plkn pon
x semua d panggil.. my BIL dolu pon x d panggil |
|
|
|
|
|
|
|
Nite2 loving Rianz have fun melalak esok:kiss: :kiss: :kiss: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sweetmm at 4-4-2009 00:34
Nite2 loving Rianz have fun melalak esok:kiss: :kiss: :kiss:
nite2 kak sweet |
|
|
|
|
|
|
|
nite2 rianz....
nite to nadia
nite to riz (walaopon bro kt australia skng )
nite to baby RIA (idhazwan) |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum
Gud morning.... wakey wakey...... |
|
|
|
|
|
|
|
maaf sistas semua, i dun think i can make it this afternoon... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hanyadiriku at 4-4-2009 01:17
sib baik riz balik dpd aussie sblm 14hb april
Riz balik dulu, family kendian sbb nak kejarkan ABP tu |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum..
xde org...huhu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|