|
UMRAH & HAJI IX, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by aziefa at 23-10-2010 23:25
Khabar Haji 2 menampilkan Imam Muda
ARAN (kiri) dan Azhar menjalani latihan pengacaraan bagi
program Khabar Haji 2 baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------
BULAN Syawal telahpun melabuhkan tirainya dan tidak lama lagi Zulhijjah pula yang muncul. Ia bermakna bulan yang dinanti oleh umat Islam untuk mengerjakan Rukun Islam yang kelima, menunaikan ibadat haji di Mekah semakin hampir.
Sekali lagi, saluran gaya hidup Islamik, Oasis (saluran 106, Astro) akan menyiarkan berita eksklusif dari Tanah Suci Mekah melalui program Khabar Haji yang telah masuk musim kedua.
Kejayaan program ini dan maklum balas yang positif pada tahun lalu mendorong Astro meneruskan kesinambungan Khabar Haji dengan pengisian yang lebih padat dan pelbagai pembaharuan untuk musim kedua pada tahun 1431 Hijrah ini.
Bermula 7 hingga 21 November ini, Khabar Haji 2 akan ditayangkan setiap hari pada pukul 10 malam dan disiarkan khas dari Arab Saudi untuk memberi gambaran visual perjalanan haji pada tahun ini.
Bukan sekadar sebuah program berita, penonton akan dibawa untuk lebih memahami perjalanan Rukun Islam yang kelima.
Manakala sempena kemuncak kepada ibadah haji bermula 9 hingga 11 Zulhijjah, siaran secara langsung selama sejam akan dibawakan dari Arafah.
Khabar Haji 2 menjanjikan liputan lebih terperinci menerusi beberapa segmen baru yang diperkenalkan.
Antaranya sidang telefon jemaah haji di Tanah Suci dengan kaum keluarga yang ditinggalkan di tanah air, menerokai aktiviti masyarakat setempat termasuk yang berasal dariMalaysia dan ziarah ke lokasi menarik seperti Kompleks Percetakan Quran Raja Fahd, kebun kurma Madinah dan banyak lagi.
Jika tahun lalu, Khabar Haji dikendalikan oleh Nazri Kahar dan Kamarul Ariffin Munajat, berubah angin, tahun ini dua orang peserta Imam Muda iaitu Ahmad Azran Ahmad Kamal (Aran) dan Muhammad Khairul Azhar Ghazali (Azhar) diberi amanah mengendalikan program ini.
Aran telahpun terbang ke Mekah pada 16 Oktober lalu manakala Azhar akan menyusul rakannya bersama-sama enam orang krew Khabar Haji 2 pada 30 Oktober ini.
Juara Imam Muda yang pertama, Muhammad Asyraf Mohd akan membuat penampilan khas di dalam program selama 30 minit setiap hari ini. Asyraf kebetulan berada di Mekah untuk menunaikan fardu haji.
Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, pemilihan Aran dan Azhar sebagai pengacara serta penampilan khas Imam Muda Asyraf bertepatan dengan usaha untuk menggalakkan golongan muda ke Tanah Suci.
"Program Imam Muda diikuti pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan remaja. Aran dan Azhar dipilih melalui satu sesi uji bakat yang diadakan ketika mereka berada di dalam program Imam Muda. Peserta-peserta lain juga akan diberi peluang mengendalikan program mereka sendiri.
"Semoga kehadiran mereka akan menambahkan minat remaja untuk mengerjakan haji di usia muda dan mengubah persepsi masyarakat yang ibadah haji hanya untuk orang tua.
"Pelbagai kisah eksklusif akan kami tampilkan dalam program ini, 2 antaranya tentang menara jam di Mekah dan model pembangunan kota Mekah tahun 2020.
"Program berita dalam Bahasa Malaysia ini juga akan disiarkan ke seluruh dunia hasil kerjasama Astro Oasis dan Iqraa TV, Arab Saudi sekali lagi.
"Malah, Khabar Haji 2 juga boleh ditonton di Arab Saudi menerusi saluran Iqraa TV juga sebahagian Amerika Syarikat, Eropah dan Asia yang mendapat capaian satelit Iqraa TV.
"Kerjasama kali kedua dengan stesen televisyen berpangkalan di Mesir ini membuktikan wujudnya permintaan daripada masyarakat antarabangsa terhadap program ini," ujarnya pada sidang akhbar Khabar Haji 2 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Khabar Haji 2 akan dibahagikan kepada beberapa buah segmen dan ketika Hari Wukuf dan Hari Melontar Jamrah akan disiarkan selama sejam dari Arafah dan Mina.
Segmen Berita yang merupakan segmen pertama ini memaparkan berita terkini dan laporan harian dari Tanah Suci termasuklah peristiwa setempat Arab Saudi yang berkenaan dengan ibadah haji.
Perkembangan dari Tabung Haji dan agensi kerajaan yang terlibat dengan pengurusan haji juga akan dilaporkan dari masa ke semasa.
Segmen Bingkisan yang merupakan segmen kedua ini lebih bersifat perkongsian cerita dan pengalaman serta pendapat.
Penonton akan dibawa untuk melihat sendiri perjalanan aktiviti haji serta peristiwa dan suasana ziarah
Turut dipaparkan sidang telefon jemaah haji di Tanah Suci dengan kaum keluarga di tanah air.
Segmen Laporan Khas pula akan melaporkan beberapa perkara yang menarik untuk diketahui.
Laporan lebih mendalam seperti lokasi-lokasi menarik untuk diziarahi, pencapaian pengurusan haji Malaysia, aktiviti harian penduduk setempat dan sebagainya akan di paparkan di segmen ini |
|
|
|
|
|
|
|
Moga Program di atas dapat menghilangkan rindu
atau mengimbas kemabli Nostalgia Haji.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo... ada meracau pasal Mekah ke?
Tapi lazimnya bila saya sudah pulang ke Malaysia...
Bila bang ...
ustaz Post at 23-10-2010 23:10
Assalamualaikum ustaz...
Saya meracau tu tak delah..
Tapi termimpi mimpi Mekah adalah..
Kadang kadang mimpi nak pi solat kat Masjid..
Sampai sampai aje bila nak solat..terjaga..
Tak sempat pun solat kat Masjidil Haram.. sedih.. |
|
|
|
|
|
|
|
saya masa baru blk umrah pun kerap meracau racau rasa masih di tanah suci bila cite dgn kawan yg pernah pergi beberapa kali rupanya perkara biasa...
dah tu style mimpi tu terus terduduk..tgk keliling..rasa mcm nak berlari..then baru tersedar aku dah ada kat malaysia..
bila lah lagi boleh ke sana... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 904# sunsuria3
copy-paste untuk renungan
Umrah di bulan Ramadhan : diantara keperluan dan keutamaan
Mengerjakan umrah didalam bulan Ramadhan merupakan satu trend umat Islam di negara kita. Mereka ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, termasuklah orang-orang kenamaan, artis-artis, ustaz-ustaz, golongan koperat dan sebagainya akan cuba mengerjakan umrah dibulan yang mulia ini.
Malah kerajaan Arab Saudi melaporkan bahawa jumlah jemaah di Makkah dan Madinah melebihi jumlah jemaah dimusim Haji. Cuma bezanya adalah jemaah tidak bergerak dari satu tempat ke satu tempat, dan juga kawasan tawaf tidak begitu sesak selepas solat Isya', kerana tumpuan diberikan kepada ibadat Solat Tarawih dan Iktikaf. Satu lagi fenomena umrah pada musim Ramadhan adalah, pada waktu pagi, Masjidil Haram tidaklah sesak, kerana sebahagian jemaah mula tidor selepas selesai solat subuh.
Ada juga kebenarannya fatwa yang dikeluarkan oleh Syiekh Nasyiruddin al-Albani bahawa tidak ada iktikaf (untuk 10 malam terakhir Ramadhan) melainkan hanya di 3 masjid; iaitu Masjid al-Haram, Masjid Nabawi dan Masjid al-Aqsa (berdasarkan hadith sahih yang dikeluarkan oleh al-Tahaawi, al-Ismaili dan Baihaqi - Lihat Risaalah Qiyaam Ramadhaan , Bab Syarat Iktikaf, ms 15, edisi internet). Mereka yang benar-benar ingin melakukan amalan iktikaf hendaklah masuk kedalam salah satu dari 3 masjid diatas bermula dari 20 Ramadhan sehinggalah ke malam Eid al-Fitr. Sudah tentu cuti yang akan diambil melebihi 14 hari, termasuklah perjalanan pergi dan balik. Amalan Iktikaf di tanah haram ini sesuai sangatlah dengan cuti panjang yang diambil dan menepati maksud hadith tersebut.
Pakej umrah di bulan Ramadhan biasanya terbahagi kepada 4 bahagian; Awal Ramadhan, Pertengahan Ramadhan, 10 hari terakhir beserta iktikaf dan akhir Ramadhan berserta Hari Raya. Yang membezakan diantara pakej-pakej ini adalah harganya. Makin hampir kepada hari raya, makin mahal harga pakejnya. Saya pernah berbincang dengan seorang mudir hotel disana mengenai harga sewa hotel. Kata beliau, selepas musim Haji, harga hotel boleh turun semurah 50 Riyal satu malam, dan boleh meningkat sehingga 400 Riyal bagi bilik yang sama dimusim Ramadhan. Bagi pengusaha hotel pada musim Haji, kebanyakkan hotel di Makkah akan disewa selama 3 bulan pada Muasasah Haji untuk kegunaan pakej jemaah Haji dan digelar Maktab. Puncak perniagaan bagi hotel-hotel di Makkah sebenarnya adalah pada bulan Ramadhan. Akibat dari kenaikkan sewa hotel dan kos-kos lain, pakej Umrah di bulan Ramadhan terlalu istimewa bagi mereka yang berkemampuan sahaja.
Kalau dilihat dari aspek kos pakej Umrah dimusim Ramadhan, ia hampir menyamai atau melebihi pakej asas haji. Kos Umrah yang tinggi ini tidak menghalang orang-orang yang berharta melakukan Umrah di bulan Ramadhan berkali-kali. Melihat dari sudut fiqh; apakah ianya sunnah melakukan Umrah sunat berkali-kali seperti ini? Sekali lihat, persoalan ini seolah-olah wujud perasaan tidak puas hati dari kalangan orang-orang miskin. Rupa-rupanya menurut Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, Imam Ghazali rh. juga pernah mengkritik sikap orang-orang kaya yang mengerjakan amakan Haji sunat berkali-kali sedangkan jiran tetangga didalam keadaan miskin, kebuluran dan kelaparan (Fiqh al-Aulawiyat, cet ke 4, 2000, ms. 212)..
Fiqh (Fekah) ini yang dinamakan Fiqh al-Aulawiyat menurut al-Qaradhawi. Ia merupakan fiqh yang melihat prioriti sesuatu amalan, yang mana lebih diutamakan. Beliau juga telah memetik dialog diantara Syeikh Bishir Ibn al-Harith dengan seorang lelaki. Lelaki tersebut memohon izin Syeikh al-Harith untuk pergi membuat Haji sunnat, katanya : "Aku telah berazam untuk menunaikan Haji (sunat), maka nasihatlah aku sesuatu?". Syeikh berkata :"Berapa jumlah nafkah kamu?". Jawabnya :"2,000 dirham". Berkata Bishir :"Apakah yang anda mahu apabila menunaikan Haji/Umrah? Ingin menjadi zuhud, atau rindukan Baitullah, atau mahu mendapat keredhaan Allah?". Jawab lelaki tersebut : "Aku inginkan keredhaan Allah". Berkata Syeikh lagi :"Jika kamu boleh mendapatkan keredhaan Allah ditempat kamu dengan membelanjakan 2,000 dirham, dan kamu yakin mendapat keredhaan Allah, Apakah kamu mahu begitu?". Berkata lelaki tersebut :"Ya".
Syeikh berkata : "Pergilah berikan (duit tersebut) kepada 10 golongan : Orang berhutang dilepaskan hutangnya, orang fakir agar ia dapat menjaga dirinya, orang yang banyak tanggungannya dicukupkan belanjanya, penjaga anak yatim digembirakannya, jika kuat hatimu, agihkanlah. Sesungguhnya mengembirakan hati seseorang Islam, menolong orang didalam kesusahan, kesempitan dan kesulitan hidup : lebih afdal dari melakukan 100 kali Haji sunat! Pergilah (bangunlah),maka keluarkan harta kepada golongan yang aku suruhkan tadi!......" (Fiqh al-Aulawiyat , ms 212. al-Qaradhawi memetik dari Ihya' 3/409).
Didalam buku yang sama juga, al-Qaradhawi menyelar orang-orang kaya yang hanya menyibukkan diri dengan ibadat badaniyah sahaja seperti solat, puasa, membaca al-Quran dan sebagainya, yang tidak melibatkan wang ringgit yang banyak. Menurut beliau, mereka ini adalah merupakan orang-orang yang terpedaya, kerana sifat bakhil dan kendekut menguasai diri mereka. Beliau mengumpamakan keadaan ini seperti orang yang dipatuk ular berbisa yang boleh membawa maut, apa yang dicarinya adalah ubat penyakit kulit, dan bukan ubat menawar racun ular tersebut. (Fiqh al-Aulawiyat , ms 211).
Benar sekali, secara realitinya manusia lebih suka membayar pakej Umrah yang mahal daripada mendermakan jumlah wang yang sama kepada mereka yang memerlukan. Biasanya, kalau nak bersedekah, jangan kata 10% dari jumlah wang pakej Umrah disedekahkan, RM20 pun susah. Bayangkan berapa ramai orang miskin yang dapat kita bantu dengan jumlah wang sebanyak RM5000?
Bagi mereka yang saban tahun menunaikan Umrah sunnat, marilah bermuhasabah dengan meletakkan prioriti amalan kita kepada sesuatu yang lebih di perlukan. Waduh, cuba bayangkan, dengan wang lebih dari RM5,000, banyak hati-hati yang dapat dihibur dan digembirakan. Ramai juga mereka yang akan mendo'akan kita agar dimurahkan reski dan dipanjangkan umur. Janganlah kita asyik mementingkan menambah pahala kita bersendirian sahaja. Marilah kita melakukan satu amalan yang boleh menjadi sedekah jariah (flowing donation) yang sudah pasti sampai ke alam barzah, dan mendapatkan keredhaan Allah swt. Jom sedekah!!
- kamin, 12 Nov 2006 / 20 Syawal 1427, 12:10am.
http://kaminms.blogspot.com |
| |
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau sy kata sy dh buat spt yg disaranksn sheikh tu? apakah sy x blh tambah amalan utk diri sendiri ?
dlm program tv9, issue ni pernah dikupas. Ust tu puji seorg sahabatnya siap sebut Nama lg... sahabatnya ni setiap tahun pegi umrah
satu hr dia tegur sama mcm anda tls di atas, di jwb sahabat tu
insyaallah Ust sy x penah lupa bersedekah tiap buln sy beri sumbngn pd rumah ank yatim dkt tmpt saya, Adik beradik sy pun sy bg melalui ibu saya, soh ibu bg takut adik2 segan terima duit sy, ibu yg bg mrk ingt duit ibu sy.
so insyaallah sy x mau riak but every month ada bahagian utk ank yatim dan fisabilillah selain Adik sendiri yg kekurangan. ank sy bljr di darul Quran mudah utk sy bg pd pljr kemboja yg susah di sana.
niat iktikaf tu rasa sy ada kekeliruan, nanti sy selak kitab hadis. di mana2 rmh Allah pun kita blh beriktikaf insyaallah |
|
|
|
|
|
|
|
bercakap pasal meracau2 ni atau termimpi2 nih kan..yang saya perasan,kalo kita nampak atau dengar pasal mekah madinah,serta merta hati tu jadi meronta2 nak pegi...sayu je ingat keadaan kat sana..
suami plan nak pegi buat umrah lagi next year..so kami tengah bertungkus lumus kumpul duit untuk 4 orang..saya,suami,mak saya dan mak mertua..doakan ye:cry: mak saya nak sangat pegi..turn lama lagi..2015..
kadang2 menyesal kenape tak register lepas spm dulu..tapi ye lahkan,time tuh takde keinginan lansung nak pegi.malah tak penah terfikir.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sayunya hati melihat rakan-rakan dan jiran yg dapat mengerjakan haji tahun ni. Bertuah sungguh mereka. Moga peluang kita untuk mengerjakan haji dimakbulkan secepat mungkin. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Sayunya hati melihat rakan-rakan dan jiran yg dapat mengerjakan haji tahun ni. Bertuah sungguh merek ...
norim Post at 24-10-2010 18:43
Amin ..Amin Ya Rabbalalamin |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum ustaz...
Saya meracau tu tak delah..
Tapi termimpi mimpi Mekah adalah...
aziefa Post at 23-10-2010 23:32
Wa'alaikumsalam kak azie...
Cerita pasal mimpi ni kan...
rasanya dulu ada rakan kita cerita...
dia mimpikan saya masa kat Mekah...
harap2 mimpi tersebut membawa maksud rezeki saya utk ke Mekah lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aziefa at 24-10-2010 22:36
[img]
[
Menara Jam di Mekah..
Photo...Terima kasih PDKM..
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 901# aziefa
bertuah peserta2 imam muda ni...Sambil bertugas, dapat gak menunaikan haji dlm usia dan muda. Beruntungnya mereka di pilih sbg duyufur rahmannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sayunya hati melihat rakan-rakan dan jiran yg dapat mengerjakan haji tahun ni. Bertuah sungguh merek ...
norim Post at 24-10-2010 18:43
hannipun mcm norim. Tiap kali kali tgk cerita ttg tanah suci kat Berita, pastinya hati merasa sayu. Hanni redha dgn perancangan Allah..Moga ada yg lebih baik menanti untuk hanni dan suami di masa depan.. |
|
|
|
|
|
|
|
he..he...
Betul..betul..
Amin ...Amin...ya rabbalalamin..
aziefa Post at 24-10-2010 19:12
terima kasih kak azie kerana mengaminkan...
saya teringin sangat nak ke sana lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau sy kata sy dh buat spt yg disaranksn sheikh tu? apakah sy x blh tambah amalan utk diri sendiri ...
sunsuria3 Post at 24-10-2010 09:44
Menarik perbincangan topik ni....Samada kita pergi umrah/haji byk kali, atau bersedekah kepada orang2 yang ada dikeliling kita yang lebih memerlukan.
Saya rasa sendiri kena hitung la kekuatan bersedekah diri sendiri. Saya ni mmg jahil bab agama, tapi sepengetahuan saya lah, dlm quran tu lebih kerap disebut utk bersedekah, belanja harta di jalan fisabilillah dari seruan utk menunaikan haji dan umrah.
Bila amalan tolong menolong ini kuat, kekuatan ummah juga akan terbina diatasnya. Kehidupan bermasyarakat akan lebih harmoni, semua itu akan menjadikan umat islam lebih dihormati, disanjungi dan dicontohi.
Tapi tu semua pada akhir zaman ni dah jadi sebagai teori saja. Realitinya sekarang semua lebih utamakan sendiri-sendiri. Hatta bab beribadat kpd Allah pun. Konsepnya harta sendiri, sendiri lah yang uruskannya. Sedekah sini sana sikit, bayar zakat tiap2 tahun, pastu yg lebih tu, mesti la sendiri nak guna, nak tambah amal ibadat sendiri, dengan keselesaan sendiri. Semua sendiri-sendiri.
Wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 917# larkin
itu pada theory anda semata hakikatnya ramai yg suka memberi pinjaman kpd Allah. ni hasil pergaulan dgn rakan2 yg sama2 Susah payah mengumpul Dana utk memberi bantuan kpd mrk yg memerlukan.
hanya org2 yg x mau merebut ganjaran sedekah jer yg liat utk bersedekah. |
|
|
|
|
|
|
|
apa yang lebih penting adalah ikhlas...
baru ni saya ada buat tabung utk badal haji utk bekas guru2 saya...
kebelakangan ini ramai bekas guru2 saya meninggal dunia...
apa yg lebih menyedihkan adalah ada yang tak sempat utk menunaikan ibadah haji...
dan ada waris mereka pun tidak buat badal haji untuk mereka pun...
jadinya dgn ada tabung sedemikan boleh buat badal haji utk mereka2 yg telah pergi..
dan juga mencukupkan tambang utk mereka2 yg masih hidup, tapi masih belum tunaikan haji...
kutipan tabung adalah dari bekas2 pelajar juga...
war2kan guna facebook je...
pemegang tabung adalah bekas guru juga...
jadi itulah jasa kita kepada guru2 kita... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 919# ustaz
satu usaha yg murni. kami lbh kpd bantuan kpd ank2 yg kekurangan. sbb masa dpn mrk ni pnjg utk disia2kan hanya kerana x mampu |
|
|
|
|
|
|
| |
|