|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V149'
[Copy link]
|
|
sfhzuraz replied at 29-6-2022 07:56 AM
tu la. tentu pihak sana makin rasa tak puashati
Hidup kn trs pandang ke dpn. Yg belakang tu dah tentu bayang2 |
|
|
|
|
|
|
|
sfhzuraz replied at 3-7-2022 09:37 AM
Assalamualakum
Waalaikumsalam
Morning |
|
|
|
|
|
|
|
sfhzuraz replied at 29-6-2022 07:59 AM
aah dia kata mcm tu je.
kaka tak sempat nk tanya kt adik.
masa dia antar anak kaka balik dia tak ...
Tp pungutan 39juta eh? Ingat2 lupa pulak. Tp bgs satu la si SOL ni diam2 kuar filem. Kira x ddk sj. |
|
|
|
|
|
|
|
sfhzuraz replied at 29-6-2022 08:02 AM
mmg dlm ais kt kedai ada chemical pun nov. masa kaka keje dulu ex bos ada bgtau. tp tak ingat jen ...
Ha ptt la minum byk rs perit tekak |
|
|
|
|
|
|
|
sfhzuraz replied at 29-6-2022 08:04 AM
perempuan pun nk kena keje mlm?
nasib baik wfh.
Lady boss kan perempuan mmg dia bangkang la |
|
|
|
|
|
|
|
sfhzuraz replied at 29-6-2022 08:06 AM
morning nov. dah sarapan?
Morning kaka
3hb br reply huhu
Mood moyan ke laut dlm
Nov sarap ns tomato hr ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mari bersama2 mohon ampunan Allah swt setiap hari dgn doa dibawah:
Dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku mohon ampun kepada Allah Yg Maha Agung 3x
Yang tiada Tuhan melainkan Dia, Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri. Aku bertaubat padaNya dari segala maksiat dan dosa. Aku bertaubat padaNya dari segala lisan, perbuatan, pendengaran, penglihatan, dan lintasan hati yang dibenci Allah.
Ya Allah, sesungguhnya aku mohon ampun padaMu dari dosa yang telah aku lakukan di masa lalu maupun yang kemudian nanti, yang melampaui batas, yang aku sembunyikan dan yang terang-terangan, serta dosa yang Engkau lebih mengetahuinya daripada aku sendiri. Engkau Maha Mendahulukan lagi Maha Mengakhirkan, dan Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah, sesungguhnya aku mohon ampun padaMu dari setiap dosa yang aku ulangi lagi setelah aku bertaubat padaMu. Aku mohon ampun atas apa jua amalan yang aku niatkan untukMu Yang Maha Mulia, akan tetapi aku telah mencampur niat amalan tersebut dengan sesuatu yang tidak Engkau redhai. Aku mohon ampun atas janjiku padaMu yang kemudian aku khianati. Aku mohon ampun atas perbuatan yang mengikut hawa nafsu yang aku kira keringanan dariMu, padahal terlarang padaMu.
Aku mohon ampun atas nikmat-nikmat yang Engkau berikan padaku tetapi aku gunakan untuk kedurhakaan. Aku mohon ampun atas segala dosaku yang tidak akan terhapus kecuali ampunan dari Engkau dan tidak ada yang mengetahuinya selain Engkau, tidak akan terhapus dosaku kecuali dengan rahmat dan kemurahanMu, dan tidak ada sesuatu pun yang dapat menyelamatkan aku dari dosa kecuali dengan keampunanMu.
Aku mohon ampun padaMu dari setiap pelanggaran sumpah yang telah aku ikrarkan terikat dengan sumpah itu di sisiMu. Aku mohon ampun padaMu, wahai Zat yang tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku tergolong dari orang-orang yang zalim. Aku mohon ampun padaMu, whai Zat yang tiada Tuhan selain Engkau, Maha Mengetahui yang ghaib maupun yang nyata, dari setiap kejahatan yang aku perbuat di waktu terangnya siang maupun gelapnya malam, kejahatan di saat makhlukMu penuh dengan kesibukan maupun diwaktu mereka kelapangan, yang tersembunyi maupun terang-terangan, dan Engkau melihatku ketika aku melakukannya, Engkau Maha Melihat kesalahan dan kedurhakaan yang pernah aku lakukan, samada sengaja, khilaf, maupun lupa, wahai Maha Penyantun lagi Maha Mulia!
Aku mohon ampun, wahai Zat yang tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku tergolong dari orang-orang yang zalim. Wahai Tuhan, ampunilah aku, kasihilah aku dan terimalah taubatku, Engkaulah Maha Penyayang di antara para penyayang. Ya Allah, aku mohon ampun padaMu untuk setiap kali aku meninggalkan kewajiban yang telah Engkau wajibkan kepadaku mengamalkannya sepanjang malam dan siang—samada sengaja, tersalah, lupa, atau lalai, padahal aku dituntut terhadap kewajiban tersebut. Aku mohon ampun padaMu kerana berulang kali meninggalkan sebahagian atau seluruh sunnah Nabi Muhammad SAW—junjungan para Rasul dan penutup para nabi, samada kerana lalai, malas, jahil atau lengah, sedikit maupun banyak.
Dan aku mohon ampun padaMu, wahai Zat yang tiada Tuhan selain Engkau, Tuhan semesta alam. KepunyaanMu segala kerajaan, milikMu segala pujian, dan bagiMu ucapan syukur. Cukuplah Engkau bagi kami, yang menjadi sebaik-baik Pemelihara, Pelindung dan Penolong kami. Tidak ada kemampuan dan kekuatan melainkan dari Allah, Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Semoga Allah melimpahkan shalawat dan kesejahteraan sebanyak-banyaknya kepada junjungan kami, Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya. Segala puji hanya milik Allah, Tuhan semesta alam.
(Ini adalah doa seorang pendosa yg dibacanya pada setiap bulan Rejab.
Namun disebabkan maksud doa ini sgt relevan setiap masa, maka di galakkan kita nembaca tak kira di bulan apa sekalipun). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cuaca cerah di semua negeri pagi ini
PETALING JAYA – Keadaan cuaca dilaporkan cerah dan panas bagi kesemua negeri di semenanjung pagi ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya di YouTube berkata, cuaca baik dan panas itu dijangkakan berlaku sehingga awal petang nanti.
Bagi di Sabah dan Sarawak pula, keadaan cuaca turut dilaporkan cerah di kesemua bahagian bagi kedua negeri berkenaan.
“Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada susulan cuaca panas dan banyakkan minum air serta mengurangkan aktiviti di luar rumah,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... -negeri-pagi-ini-3/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
2,527 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam
PUTRAJAYA – Kes harian Covid-19 mencatatkan sedikit penurunan apabila sebanyak 2,527 kes dilaporkan semalam berbanding 2,733 kes kelmarin dengan empat kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan di Malaysia sebanyak 4,533,586 kes.
Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 2,359 kes sembuh direkodkan semalam dengan jumlah keseluruhan sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,505,199 kes.
“Selangor terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi semalam iaitu sebanyak 798 kes diikuti Kuala Lumpur (726), Perak (201) dan Sabah (154) Negeri Sembilan (137) dan Pulau Pinang (127)
“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian semalam adalah Johor (79), Putrajaya (65), Melaka (58), Kedah (56), Pahang (43), Sarawak (40), Terengganu (18), Kelantan (14), Perlis (sembilan) dan Labuan (dua),” demikian maklumat tersebut hari ini.
Dalam perkembangan sama, tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah kematian kekal 35,771 kes.
Setakat ini, sebanyak 28,701 kes dikuarantin di rumah, 24 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,617 kes di hospital, 21 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 22 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... dilaporkan-semalam/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau chit tak ada selera nak makan nasi
cuba lah tukar menu pula macam makan mee,sup2 dll
|
|
|
|
|
|
|
|
siapa kah yang bertuah tekan butang report tu? hehee
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|