CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V174'

[Copy link]
 Author| Post time 10-1-2023 10:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2023 10:21 AM | Show all posts
hebat mereka pemyumbang kecemerlangan sukan malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2023 10:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2023 10:22 AM | Show all posts
semoga maklumat diatas berguna kepada pengguna pengangkutan udara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2023 10:22 AM | Show all posts
jangan lagi jika ada penerbangan tertunda berjam jam tanpa kita pengguna mendapat hak kita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2023 10:23 AM | Show all posts


Antara 25 lokasi yang terpilih untuk tayangan skrin besar aksi separuh akhir kedua Piala AFF antara Thailand menentang Malaysia malam esok.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-1-2023 10:24 AM | Show all posts
kepada peminat bola sepak malaysia, boleh lah ramai2 menonton di kawasan2 anda
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2023 10:29 AM | Show all posts
Ringgit semakin mengukuh, data ekonomi menggalakkan
Januari 10, 2023 @ 10:12am


Permintaan bertambah baik untuk ringgit - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan permintaan yang bertambah baik untuk mata wang tempatan.

Menurut peniaga ActivTrades, selain itu ringgit turut disokong oleh pengukuhan data ekonomi yang menunjukkan pemulihan daripada krisis COVID-19 yang semakin baik, termasuk kadar pengangguran yang menurun dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat 20 mata asas kepada 4.3700/3760 berbanding dolar AS daripada penutupan Isnin pada 4.3720/3765.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, walaupun angka inflasi di Malaysia tinggi pada 4.0 peratus pada November 2022, ia masih lebih rendah berbanding inflasi di AS, yang kali terakhir dibaca 7.1 peratus pada bulan yang sama.


"Kesemua angka ini menunjukkan keadaan ekonomi yang menggalakkan di Malaysia, yang sepatutnya menggalakkan kemasukan modal asing ke dalam negara dan menyebabkan gandingan dolar-ringgit AS merosot dalam beberapa bulan akan datang.

"Dari sudut teknikal, sekiranya dolar AS-ringgit menembusi di bawah paras 4.3650, ia mungkin turun serendah 4.2400 sebelum menemui beberapa sokongan yang lebih penting," kata Diniz kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit menyusut nilai berbanding dolar Singapura menjadi 3.2835/2885 daripada 3.2793/2832 dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.3184/3235 daripada 3.3009/3045 sebelumnya.

Mata wang tempatan turut susut berbanding pound Britain kepada 5.3196/3269 daripada 5.3124/3179 pada penutup Isnin dan rendah berbanding euro kepada 4.6877/6941 daripada 4.6636/6684.

-BERNAMA
https://www.bharian.com.my/bisne ... konomi-menggalakkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2023 10:29 AM | Show all posts
semoga ekonomi malaysia semakin baik
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 10:32 AM | Show all posts
tengok news byknya eksiden smlm kt perak
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 10:33 AM | Show all posts
Edited by sfhzuraz at 10-1-2023 10:53 AM

kt hiway gopeng, kt kuala kangsar, kt ipoh
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 10:38 AM | Show all posts
Kerajaan akan aktifkan pelan hadapi cuaca panas, kering

Oleh Rafidah Mat Ruzki - Januari 10, 2023 @ 10:02am  [email protected]




Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad. - Foto NSTP




PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) akan diaktifkan bagi persediaan menghadapi cuaca panas dan kering pada tahun ini.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pengaktifan pelan itu membolehkan semua kementerian, jabatan dan agensi terbabit mengambil langkah pencegahan pembakaran terbuka, pemantauan berterusan, tindakan penguatkuasaan dan pemadaman kebakaran sekiranya berlaku.

Beliau berkata, ia bertujuan mengelakkan pencemaran udara dan jerebu.

"Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga akan mengaktifkan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka dan Pelan Tindakan Operasi (PTO) Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut membabitkan semua negeri bagi memastikan kesiapsiagaan infrastruktur tanah gambut untuk mencegah kebakaran.

"Kerajaan juga akan melaksanakan pemantauan berterusan melalui sistem pemantauan kebakaran tanah dan hutan dalam negara serta di rantau ASEAN yang dibangunkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) iaitu Fire Danger Rating System (FDRS).

"FDRS sudah digunakan oleh semua negara ASEAN sejak ia diperkenalkan pada 2003, bagi memantau kemungkinan berlakunya insiden kebakaran hutan dan tanah gambut," katanya kepada BH.

Nik Nazmi berkata demikian ketika mengulas laporan media sebelum ini iaitu Kerajaan Indonesia menjangkakan tahun ini lebih kering berbanding tiga tahun lalu, yang berkemungkinan membawa risiko kebakaran hutan lebih teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Laporan yang memetik Ketua Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), Dwikorita Karnawati, sebagai berkata Ayunan Selatan El Nino dan Dipol Lautan Hindi dijangka berada pada fasa neutral pada 2023, bermakna kepulauan itu akan mengalami penurunan hujan berbanding 2022.

Nik Nazmi berkata, NRECC juga akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan yang dipengerusikannya, membabitkan lebih 40 kementerian, jabatan dan agensi berkaitan.

Beliau berkata, mesyuarat itu bakal mengatur strategi dan memastikan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi cuaca panas dan kering serta kemungkinan berlakunya jerebu.



NRECC akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan bagi mengatur strategi dan memastikan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi cuaca panas dan kering serta kemungkinan berlakunya jerebu. - Foto hiasan NSTP


"Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan akan diaktifkan berdasarkan pemantauan Indeks Pencemar Udara (IPU) dan tindakan semua kementerian, jabatan dan agensi terbabit akan dilaksanakan sebagaimana yang digariskan melalui pelan ini.

"IPU dan maklumat kualiti udara boleh dirujuk melalui portal Air Pollutant Index Management System (APIMS) atau melalui aplikasi MyIPU," katanya.

Memandangkan isu jerebu adalah bencana alam sekitar yang turut dihadapi negara ASEAN, beliau berkata, pentadbiran negara serantau juga komited dalam pencegahan kebakaran berskala besar yang boleh menyebabkan jerebu merentas sempadan.

Katanya, ia selaras dengan Perjanjian ASEAN Mengenai Jerebu Merentas Sempadan (AATHP) yang dipersetujui
pada 2002.

Beliau berkata, pelbagai usaha berterusan di peringkat nasional dan serantau juga sudah dilaksanakan termasuk perkongsian amalan dan teknologi terbaik, pembangunan kapasiti dalam pengurusan tanah gambut serta
pencegahan kebakaran dan pemadaman.

Nik Nazmi berkata, pemantauan cuaca dan titik panas serta pelaporan di peringkat ASEAN ketika musim panas dan kering turut dilakukan secara harian atau mingguan bagi mengelak kejadian kebakaran berskala besar yang menjadi punca utama jerebu merentas sempadan.

"Komitmen dalam pencegahan pencemaran jerebu merentas sempadan dibincangkan secara berkala dalam mesyuarat peringkat pegawai dan mesyuarat peringkat menteri melalui Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) dan Jawatankuasa Pemandu peringkat Menteri di Sub-Wilayah (MSC) mengenai Pencemaran Jerebu Rentas
Sempadan.

"Mesyuarat itu membabitkan lima negara iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand, diadakan sebelum bermulanya cuaca panas dan kering pada setiap tahun bagi membincangkan persediaan negara berkenaan.

"Perbincangan juga dibuat melalui Mesyuarat Jawatankuasa dan pihak terbabit dalam Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan membabitkan 10 negara bagi melaporkan semua tindakan dan membuat ketetapan serta hala tuju berkaitan isu atau pelaksanaan AATHP ini," katanya.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata, lazimnya selatan rantau ASEAN akan berhadapan dengan Monsun Barat Daya (MBD) dengan cuaca yang lebih kering berbanding Monsun Timur Laut dan fasa peralihan monsun, sekitar Mei hingga September setiap tahun.

Ketika itu, katanya, angin yang bertiup adalah secara konsisten dari arah barat daya dengan keadaan atmosfera lebih kering dan kelembapan udara rendah serta menyebabkan pembentukan awan yang kurang mengakibatkan kekurangan taburan hujan.

Beliau berkata, faktor itu turut memberi kesan kepada peningkatan kes pembakaran terbuka khususnya membabitkan kawasan yang mudah terbakar seperti tapak pelupusan sampah, belukar, hutan dan tanah gambut.

"Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk meramal kemungkinan berlakunya cuaca panas dan kering yang ekstrem semasa MBD pada tahun ini.

"Berdasarkan semakan MET Malaysia dan laporan terkini Climate Prediction Center, National Oceanic and AtmosphericAdministration (NOAA) pada 3 Januari 2023, menunjukkan cuaca lembab (La Niña) sudah berkurangan dan kebarangkalian berlakunya cuaca panas dan kering (El-Niño) pada Julai hingga September 2023 adalah sekitar 49 peratus.

"Pun begitu, data dan kajian terdahulu menunjukkan bahawa kesan fenomena cuaca panas kering terhadap negara adalah unik dan berbeza-beza," katanya.





Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 10:51 AM | Show all posts
Kerajaan Arab Saudi lulus 31,600 kuota haji jemaah Malaysia

Oleh Samadi Ahmad - Januari 10, 2023 @ 10:39am   [email protected]




Kerajaan Arab Saudi meluluskan sebanyak 31,600 kuota haji jemaah Malaysia bagi 1444H/2023M berbanding 14,306 kuota tahun lalu. - Foto fail




PUTRAJAYA: Malaysia menerima kuota haji untuk penghantaran seramai 31,600 jemaah daripada Kerajaan Arab Saudi, tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, berkata kelulusan itu diberikan Menteri Haji dan Umrah, Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabia ketika beliau menghadiri mesyuarat bersempena Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 yang dianjurkan Kerajaan Arab Saudi, semalam.

Menurutnya, mesyuarat khas itu berlangsung dengan penuh mahabbah (taqwa, keadilan, kejujuran, amanah dan bertanggungjawab) khususnya bagi membincangkan aspek persiapan musim haji tahun ini.

Katanya, pada mesyuarat itu Dr Tawfiq Fawzan juga memuji Malaysia khususnya Lembaga Tabung Haji (TH) atas pengendalian haji yang baik, sistematik dan tahap layanan jemaah haji yang perlu dijadikan contoh kepada pihak lain.

"Saya menegaskan, TH akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah haji Malaysia dan akan mematuhi ketetapan diadakanKerajaan Arab Saudi," katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Pada tahun lalu, Kerajaan Arab Saudi meluluskan 14,306 kuota haji Malaysia iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima dan terpakai kepada semua negara.

Jemaah haji yang dibenarkan pula adalah berusia 65 tahun ke bawah, tiada penyakit kronik, mempunyai sijil vaksinasi COVID-19 dan perlu mengemukakan keputusan negatif ujian calitan (PCR) dalam tempoh 72 jam daripada masa berlepas.

Mohd Na'im berkata, bagi pihak Kerajaan Malaysia beliau menzahirkan rasa bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi atas kuota diberikan itu.

Katanya, beliau yakin penilaian sudah dibuat oleh Kerajaan Arab Saudi dari semua aspek bagi memastikan keselamatan bakal jemaah haji dari seluruh dunia terjamin ketika menunaikan rukun Islam yang ke lima.

"Saya memohon kepada semua umat Islam dapat bersama-sama berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan perjalanan haji tahun ini serta mendoakan pihak TH dapat menguruskan jemaah haji Malaysia dengan baik dan lancar," katanya.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2023 10:54 AM | Show all posts


salah sebuah beca yang dihias indah untuk menggamit pelanggan di sekitar Kuala Terengganu semalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 10:57 AM | Show all posts
amiraira replied at 9-1-2023 05:25 PM
tahannya mata zura

kalau mira dh pening dh ni

tp skrg dah tak tahan mana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2023 10:59 AM | Show all posts


Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri pagi ini

    Oleh NURUL IZZATI ZAINI
    10 Januari 2023, 8:19 am


PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga pukul 9 pagi ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, negeri-negeri tersebut adalah Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.

“Di Selangor, kawasan yang dijangka berdepan dengan cuaca buruk ini adalah Kuala Langat dan Sepang manakala di Negeri Sembilan hanya kawasan Port Dickson sahaja.

“Situasi sama turut diramalkan di seluruh Melaka manakala kawasan di Sarawak yang terlibat dengan ribut petir dan hujan lebat pula adalah Miri (Subis dan Beluru),” katanya.

Tambah MetMalaysia, bagi kawasan lain di sekitar Semenanjung dan Sabah, cuaca diramalkan dalam keadaan baik ekoran tiada ribut petir dan hujan lebat dicerap setakat ini.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... -negeri-pagi-ini-2/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2023 10:59 AM | Show all posts
berhati hati dengan cuaca sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 11:00 AM | Show all posts

bestnya dpt pegi tmpt yg tak ramai org.
kt sini jgn harap.
sebelum subuh pun dah ada yg dtg nk amik nombor.

sb dulu2 zura rajin dtg awal pagi klu appt kul 8am.
sampai 6.45 (lps subuh) pun dah ada ahso2/apek2/amma2 dah susun letak  kad.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 11:00 AM | Show all posts
dtg awal tu bukan apa, selain nk nombor awal sb nk senang dpt parking.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2023 11:05 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.168954 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list