ADalam setiap pembelajaran, pasti ade kekeliruan yang berlaku. Bukan sahaja pelajar di institusi rendah malah di peringkat tinggi juga akan mengalami masalah yang sama. Ini jugalah yang terjadi kepada pelajar Akademi Fantasia yang pasti ada kekeliruan yang mereka hadapi di dalam setiap kelas. Episod kali ini, menyaksikan kekeliruan yang dihadapi oleh pelajar di dalam kelas vokal teknikal dan vokal persembahan bersama Cikgu Syafi dan Cikgu Ning Baizura.
Sesi bersama Pengetua Amy telah dipaparkan dalam Diari AF9 episod terdahulu. Di dalam sesi tersebut, pelajar telah berkongsi masalah bersama Pengetua Amy berkaitan dengan pembelajaran dan latihan mereka di dalam kelas. Fina dan Kay telah menyuarakan kekeliruan mereka ketika menjalani latihan seni suara de dalam kelas Cikgu Ning dan Cikgu Syafi. Kekeliruan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada mereka. Oleh sebab itu, perjumpaan tergempar oleh Cikgu Syafi dan Cikgu Ning telah di dalam bilik vokal.
Perjumpaan tergempar ini melihatkan kekecewaan diva popular merangkap guru vokal persembahan terhadap beberapa orang pelajar yang dikatakan mengadu kekeliruan mereka kepada pengetua. Apakah penjelasan 7 pelajar tentang ketidakpuasan hati Cikgu Ning dan Shafi? Apakah kesudahan ketidakpuasan hati barisan guru ini? Jangan lupa saksikan Diari Akademi Fantasia 9, Isnin hingga Jumaat, 9 malam di Astro Ria (104)
Pembaca Murai, Sila Pilih Lagu Tugasan AF9 Sekarang!
KUALA LUMPUR, 12 MEI 2011: Setiap minggu sebaik saja pelajar Akademi Fantasia 9 (AF9) tamat menyanyikan lagu tugasan, acapkali kedengaran pengkritik tetap serta pengkritik undangan mempersoalkan tentang lagu yang diberikan kepada pelajar berkenaan.
Malah, ada di antara mereka yang secara terang-terangan memberitahu bahawa lagu tersebut tidak sepatutnya dipilih dalam persembahan yang bakal menyaksikan pelajar Top 5 AF9 ini merebut gelaran juara.
Dalam waktu yang sama, peminat juga ibarat seperti bersetuju dengan apa yang dibahaskan oleh pengkritik tersebut.
Jadi untuk menangani kelemahan tersebut, pihak produksi AF9 telah bersetuju untuk membuka peluang kepada peminat AF9 untuk memilih sendiri lagu yang dirasakan sesuai untuk dipersembahkan oleh setiap pelajar AF9 ini pada Konsert Minggu 7 AF9 yang akan disiarkan secara langsung dari Studio 1, Bukit Jalil pada 21 Mei depan.
Bagaimanapun, sebagai portal hiburan rasmi AF9, murai.com.my telah menyenaraikan 15 buah lagu yang dirasakan sesuai untuk dipersembahkan pelajar dengan merasakan lagu ini boleh mencabar kreadibiliti pelajar sebagai penyanyi yang berkualiti.
Pun begitu, daripada 15 lagu yang tersenarai ini, peminat perlulah memilih 6 lagu yang dirasakan paling sesuai dinyanyikan oleh pelajar AF9 dengan menghantarkan pemilihan tersebut ke webmaster@murai.com.my.
Pemilihan ini perlu dihantar sekarang sebelum jam 9 pagi esok (Jumaat). Anda juga boleh menghantar pilihan lagu berkenaan dengan mencadangkan siapakah pelajar yang patut menyanyikan setiap lagu tersebut.
Kemudian, portal murai.com.my akan menjalankan sesi undian untuk kesemua 6 lagu ini pada esok hari (Jumaat - 13 Mei 2011). Hanya 3 lagu yang meraih undian tertinggi saja yang akan dipilih. Undian juga akan ditutup sebaik saja berakhirnya konsert Minggu 6 AF9 yang kebiasaannya tamat pada jam 12 tengah malam.
Jadi, apa tunggu lagi. Pilihlah lagu yang sesuai dan siapa tahu pemilihan anda ini mampu merubah persepsi masyarakat terhadap pelajar yang tertentu.
Kehadiran seorang diva pastinya dinanti- nantikan oleh pelajar Akademi Fantasia. Namun, tanpa mereka sedari seorang diva sentiasa hadir ke dalam Akademi Fantasia. Diva yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan sentiasa berkongsi pengalaman bersama mereka. Oleh kerana salah seorang pelajar bakal menyanyikan lagu daripada seorang diva terkemuka Malaysia, pihak Akademi Fantasia telah memebawa masuk Diva yang telah mempopularkan lagu Curiga, lagu yang akan bakal dipersembahlan oleh Lena pada Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Keenam iaitu Ning Baizura.
Ning Baizura binti Sheikh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ning Baizura merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang terkenal di Malaysia. Ning Baizura dilahirkan pada 28 Jun 1975 di Kajang, Selangor. Ketika beliau berusia sembilan tahun, beliau sudah mula memasuki kelas vokal "Soprano" yang telah diajar oleh seorang Pemuzik Profesional Indonesia, Siti Chairani. Setelah digilap bakatnya, akhirnya Ning telah berjaya menyertai pertandingan Voice Of Asia di Kazakhstan dan telah berjaya memenangi tempat ketiga. Lagu pertama yang telah melonjakkan nama beliau ialah Curiga. Selain itu, bakat luar biasa yang dimiliki oleh penyanyi kelahiran Kajang ini telah membawa namanya hingga merentasi ke beberapa negara seperti di Jepun, Singapura, Indonesia, Brunei dan beberapa lagi negara lain. Ia sekaligus mengiktiraf Ning sebagai artis antarabangsa setanding dengan Anita Sarawak dan Datuk Sharifah Aini.
Kehadiran Ning Baizura sebagai "Diva Jemputan" adalah bertujuan untuk memberi semangat terhadap persembahan Lena. Curiga merupakan lagu pertama yang mengangkat nama Ning Baizura di persada seni sewaktu umurnya baru mencecah 18 tahun. Oleh itu, Ning Baizura amat berharap agar Lena akan membawa lagu ini dengan baik. Lena yang ketika itu sedang mengalami sakit tekak sangat gembira dengan kehadiran Cikgu Ning Baizura sebagai "Diva Jemputan". Selain berkongsi cerita dan pengalaman, Ning Baizura juga menyanyikan lagu Curiga secara "live" di hadapan semua pelajar. Bagaimanakah reaksi pelajar apabila melihat guru mereka masuk ke Akademi Fantasia sebagai "Diva Jemputan"? Jangan lupa saksikan Diari Akademi Fantasia 9, Isnin hingga Jumaat, 9 malam di Astro Ria (104)