CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

[MBC]╃Kill Me,Heal Me - WON CARI 2015 Drama of The Year

[Copy link]
Post time 20-9-2015 05:11 PM | Show all posts
baru dapat layan KMHK

berhantu la drama ni - view & sound

tak zabarrrr nak buat review
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2015 10:08 AM | Show all posts
alamak dh terjebak tgk cite ni..tp br ep 4..tp ost dia best gilaaaa....sakit dada dgr
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 04:34 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 21-9-2015 10:08 AM
alamak dh terjebak tgk cite ni..tp br ep 4..tp ost dia best gilaaaa....sakit dada dgr

eh...kena tengok cerita ni. memang best!
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 04:41 PM | Show all posts
aciklola replied at 28-9-2015 04:34 PM
eh...kena tengok cerita ni. memang best!

ep 1-5 iolss hampir give up sbb cite dia heavy sgt...iolss tak teruja nk tgk next ep..tp bila dh masuk ep 10 ke atas br best..iolss pening sbb byk sgt karekter si CDH..

iolss suka gila jisung dlm ni...hensem n comel...lg jd yoona ngn shin se gi...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 12:26 PM | Show all posts
@idakamaruddin watak se gi tu cool... mmg zanie dah suka pun... haha..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 01:34 PM | Show all posts
zanierpk replied at 30-9-2015 12:26 PM
@idakamaruddin watak se gi tu cool... mmg zanie dah suka pun... haha..

tgk la avvy ida dh tuka shin se gi..lagu dia best kan? lagu taeyang tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2015 04:04 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 30-9-2015 01:34 PM
tgk la avvy ida dh tuka shin se gi..lagu dia best kan? lagu taeyang tu

bila dia pki eye liner masa jadi Se Gi tu... mata dia dah rupa jang geun suk dalam you're beautiful...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 08:53 PM | Show all posts
[Claim Credit]
Reason: Review Submission

@dauswq  @ismaha  @eddlisa_uyuk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2015 02:16 PM | Show all posts
Review K Drama - Kill Me, Heal Me

[Claim Credit]
Reason: Review Submission

@dauswq  @ismaha  @eddlisa_uyuk



PS : tetiba rindu nak tgk muke shin se gi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 11:35 AM | Show all posts
Edited by rukiaichigo at 12-10-2015 11:41 AM

oleh kerana si @dauswq gigih ckp aku ada hutang dgn dia review citer ni, makanya aku pun gigih kan diri jugak la dgn review yg serba serbi carca merba & tunggang langgang utk submit!! review express la katakan!!!

1. CERITA (9/10)

Sebenarnyer aku taktahu / tak amik kesah sgt dgn drama ni masa mula2 dia keluar. Maybe sbb aku biasa2 je dgn hero&heroin dia, tu pasal tak amik kesah sgt kot. Lgpun, masa tu busy la tgk HJ&M yg konon nyer best tu. Tp biler kuar news psl HJ&M plagiat jalan citer KMHM, dr situ la aku dok search pasal drama ni. Ditambah pulak biler HJ&M dh makin buhsan, masa aku beralih arah pulak la ke KMHM… hihihi

Menurut Wikipedia:
A traumatic childhood experience causesthird-generation chaebol ChaDo-hyun to have memory lapses, and his personality fractures into sevendifferent identities. He tries to regain control over his life and is treatedsecretly by Oh Ri-jin, a first-year psychiatry resident, whoeventually falls in love with him.”

*ku malas nak translate,paham2 sndr la jalan cerita dia ye*

Maka, dari perenggan1 review aku ni, boleh agak la yg aku agak lmbt meroyan dgn drama ni. Member2 lain dh sibuk tunggang langgang meroyan, aku baru la terkedek2 nak catch-up! Masa tu dh tyg sampai 8 episod. Mmg gigih la marathon citer ni biler memasing ckp citer ni best! Masa mula2 tgk epi 1 tu, mmg agak blur2 la naper Jisung tu begitu. Tapi biler dh masuk epi 2 dan seterusnyer, aku terus melekat dgn citer ni. Sebelum2 ni, cuma tau penyakit bipolar je, kire seseorg itu ada DUA personality yang berbeza. Tak pernah la tau boleh cecah sampai 7 utk penyakit split personality ni!

Dari situ, jalan cerita kiter dah tau agak menarik! Unsur2 suspens & klimaks jgn ckp la,rasa nyer dlm setiap epi walaupun tak besar, sikit mesti ada. Terutamanyer biler Dohyun berubah personality dia yang lain! Ini membuatkan kiter tak sabar dan berdebar2 nak tahu siapa yg akan muncul dlm satu2 situasi tersebut! Walaupun drama ni dilabel sebagai “melodrama”, dengan ada nyer terselit sikit2 komeditu, membuatkan drama ni lebih colorful.

Walaupun dh byk kot drama2 sebelum ni yg masa childhood dorg berkawan baik la, first love la, yada yada, tapi mcmaner dorg pertemukan & kaitkan kembali hubungan antara dohyun & rijin agak menarik! Dan bagaimana hubungan antara dohyun & rijin berkembang dari completely strangers kepada seseorang yang penting dalam hidup mereka. Bukan sahaja penting as a lover but also dalam membongkar salasilah keluarga masing2!      

Secara keseluruhanyer,aku berpuas hati 150% dengan drama ni walaupun aku agak lmbt menonton kan. Well, better late than never kan?

2. KEBERKESANAN LAKONAN (9/10)

Kagum giler dgn keberkesanan lakonan JISUNG yang melakonkan TUJUH watak sekaligus. Ditambah lagi,watak2 yang dimainkan pulak bukan watak2 yang similar/hampir serupa tetapi mmg watak2 yg 360darjah berubah! Bukan calang2 org yang boleh membawak watak begini dengan jayanyer. HWANG JUNG-EUM plak, even aku biasa2 je dgn dia, tp mmg tabik jugak dgn lakonan dia dlm ni. Well, bg aku dlm secret love lg la aku nmpk bagaimana berkesan nyer lakonan dia. PARK SEO-JOON pun walaupun digandingkan dengan senior2 dia yg dah lama dlm bidang lakonan, dia sebagai pendatang baru memang bijak memainkan watak dia seiring dgn pelaon2 yang lebih berpengalaman!

Mmg well done sgt dgn production crew drama ni, brilliant kot biler dorg gabungkan kembali JS-HJE untuk citer ni, kimia dorg mmg superb!! Bukan itu shj, kimia semua pelakon2 nyer pun mmg best!!

*Macamaner KSH boleh dpt award for best actor utk Producer pun aku tak tahu, padahal aku tgk jugak kot citer tu. Even mmg xboleh disangkal la kebolehan KSH ni berlakon, tapi kalo nak dibandingkan dengan watak Jisung dlm KMHM ni, Jisung la yang lebih layak!! Maka dengan itu, disini aku ingin mencalonkan;

i)   JISUNG - BEST ACTOR [KILL ME HEAL ME]
ii)  HWANG JUNG-EUM - BEST ACTRESS [KILL ME HEAL ME]

3. ASPEK TEKNIKAL (8/10)

Tang ni mmg aku failed la nk komen. Cuma yang boleh disentuh sedikit adalah aku mmg berpuas hati dgn sinematografi, editing, instrumental, etc etc untuk drama ni. Semua pun diolah & disusun dengan begitu cantik sekali!


4. SKOR MUZIK (4/5)

Skor muzik untuk drama ni, mmg best. Satu lagu ni yg bg aku sgt “outstanding” & “evergreen” sampai skg la ada je dlm pendrive utk dimainkan masa drive kete!! Aku siap karaoke lagu ni kot biler aritu ternmpk lagu ni masa karok kat redbox!! Part rapping tu mmg byk la skipped!!

장재인 (Jang Jae In) -Hallucinations (환청) (feat. 나쑈)


5. KEBARANGKALIAN UNTUK TONTON SEMULA (4/5)

Minggu lepas budak ofis ni tetibe tanya website maner yg aku selalu tgk citer korea dgn subtitle. So aku ckp la boleh je tgk kat myasiantv,drama.net, etc etc. Lepas tu dia tnya la drama aper yang aku boleh rekoman kat dia. Memula nak suh dia tgk She Was Pretty tapi biler dia tgk citer tu still ongoing, dia nk citer yg dah habis tyg. Aku terus la suggest kan dia tgk KMHM. Aku siap pesan, if dia rasa KMHM ni buhsan, aku boleh ke suggest drama lain. Tp biler tgk dia layan je citer ni, kire tak salah la aku suggest kan citer ni kat dia. Siap biler tgk dia layan citer ni, aku pun terasa nak layan balik!!! Hihihihi….






nota kaki:
- Diharap pakcik @dauswq berpuas hati la dgn review aku ni ye. gigih la recall balik aper yg boleh disumbat dlm review aku yg ntahhapahapatah!!
- Calling for @nzhass79 , @eddlisa_uyuk sebab saya sudah menghantar review!!

Comments

TOTAL = 9.0 + 9.0 + 8 + 4 + 5= (8.75/10) Terima Kasih atas review Nomination: Ji Sung, Hwa Jum Eum  Post time 12-10-2015 01:29 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2015 01:27 PM | Show all posts
rukiaichigo replied at 12-10-2015 11:35 AM
oleh kerana si @dauswq gigih ckp aku ada hutang dgn dia review citer ni, makanya aku pun gigih kan d ...

wahh review mantop

kau dh suggest drama oh my ghost tak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 02:31 PM | Show all posts
dauswq replied at 12-10-2015 01:27 PM
wahh review mantop

kau dh suggest drama oh my ghost tak?

mantop amenda nyer? bahasa tunggang langgang, isi pun kurang!!! hahaha belum suggest lg OMG tu. nnt la lepas hbs KMHM ni aku suh dia tgk OMG plak!!


btw, thanks for the credit, daus!!!

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 09:00 PM | Show all posts
best drama ni....dah mula..mmg nak marathon sampai habis
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 07:52 PM | Show all posts
mushroom br habis tgk drama ni pastu habiskan drama secret
tp tak jumpalak benang secret..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2015 08:57 PM | Show all posts
mushroomsup replied at 20-10-2015 07:52 PM
mushroom br habis tgk drama ni pastu habiskan drama secret
tp tak jumpalak benang secret..

ni benangnye : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=748408&highlight=secret%2Blove
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 05:16 PM | Show all posts
Edited by tuna_sandwic at 31-10-2015 05:24 PM

Dah siap aku nyereview.. @dauswq .....

Rating Keseluruhan Drama: 9 + 8.5 + 9 + 5 + 4 = (8.9/10)

1. Cerita  (9/10)
   
Drama ini menyingkap psikologi manusia melalui perkembangan isu DID/Multiple Personaliti Disorder. Sekali lagi Ji Sung dan Hwang Jung Eum menjadi pasangan utama dalam siri ini. Namun begitu keserasian mereka agak tenggelam berbanding pasangan kembar HJE dan Park Seo Joon. Menonton drama ini tidak dapat tidak pasti terpaksa membandingkan lakonan JS dan HJE di dalam Secret Love. Tercari-cari momen indah mereka. Namun terasa sangat hambar.

Kisah dimulakan dengan babak-babak di hospital di mana pelbagai kerenah pesakit mental ditampilkan sebagai cabaran tugas seorang doktor psikiatri. Kerenah pesakit Heo Sook Hee membawa pertemuan ORJ bersama DHJ di sebuah kelab berprestij.


Do Hyun(CDH)/Shin Se Gi/Perry Park/Ahn Yo Sub/Ahn Yo Na/Nana/mr X:
CDH adalah anak orang kaya yang baru pulang ke Korea setelah bertahun tinggal di Amerika. Menghidap penyakit DID dengan 7 watak berlainan. Cha Do Hyun sebagai watak asal ketika normal. Bertukar menjadi watak ganas bernama Shin Se Gi apabila menghadapi ancaman. Watak Perry Park pula merupakan seorang fashionista dengan lenggok bahasa yang menarik.
Watak Ahn Yo Sub akan muncul apabila rasa kecewa dengan kehidupan. Sebagai remaja sekolah yang sangat ingin membunuh diri serta mempunyai pasangan kembar dinamakan Ahn Yo Na. Ahn Yo Na ini gadis cute dan gedik serta sangat obses dengan idol. Nana pula adalah watak rahsia yang sering ditemui bersama sebuah patung beruang. Dan akhir sekali watak Mr X sebagai penamat kepada jalan cerita ini.


Oh RiJin (ORJ): adalah seorang doktor pelatih di Hospital Mental/Sakit Jiwa. Hidupnya sangat bahagia bersama keluarga dan tanpa disangka beliau mempunyai titik hitam dalam sejarah lampau sehingga mengakibatkan kehilangan sebahagian memori silam.


Oh RiOn (ORO): merupakan abang kembar kepada ORJ. Pada episod awal digambarkan sebagai seorang yang tidak bekerja dan menumpang nasib melalui adik kembarnya dan juga kedua ibu bapanya. Namun begitu, ORO juga banyak menghasilkan pelbagai novel misteri dengan menggunakan nama samaran Omega.   


Ia sebuah drama yang menarik. Anda tidak harus meninggalkan drama ini dari senarai tontonan kerana banyak adegan menarik yang mencuit hati serta pelbagai kisah silam yang terbongkar satu persatu.








2.Keberkesanan Lakonan (8.5/10)


Tidak ramai watak dalam siri ini yang boleh diberikan pujian. Fokus cerita ini lebih kepada watak Ji Sung semata-mata.


Ji Sung[Pencalonan Best Actor]

Pujian harus diberikan kepada Ji Sung. Sememangnya 7 watak yang dibawa menjadi igauan terhadap penonton. Sering teringat-ingat watak Ahn Yo Na yang gedik terlampau serta Shin Se Gi yang kasar dan romantik. Loghat yang dilontarkan melalui watak Perry Park turut membuat kita sering tersenyum dan ternanti-nanti.


Hwang Jang Eum
Di dalam siri ini ternyata lakonan HJE kurang menyerlah. Seolah-olah ada gangguan di dalam lakonan beliau. Namun penghayatan beliau masih lagi terbaik. Gabungan HJE dan Park Seo Joon sangat serasi. Nampak cute dan romantik berbanding dengan Ji Sung.


Park SeoJoon
Lakonan yang sangat simple dan bersahaja. Tidak ada yang boleh dibanggakan sangat. Nice acting. Mungkin perlu mendapatkan skrip yang lebih mencabar bagi menonjolkan bakat lakonan beliau.


Kim SeulGi [Pencalonan Supporting Actress]
Lakonan Kim Seul Gi sebagai pesakit mental yang muncul dalam beberapa episod awal sangat memberi kesan. Sayangnya, watak beliau dimatikan lebih awal dan tiada penjelasan. Namun begitu, lakonan yang ditonjolkan dengan aksi dan mimik muka yang over sangat menjentik hati ini. Pujian patut diberikan kerana kehadiran beliau berjaya menyuntik elemen luar biasa di dalam babak permulaan drama ini.

Pencalonan:
1.   Park Ji Sung untuk Best Actor
2.   Kim Seul Gi untuk Supporting Actress




3. Aspek teknikal (Lakonlayar, teknik pengarahan, sinematografi)  (9/10)

Meskipun drama ini membawa topik yang agak berat tapi penyampaian jalan cerita sangat ringan dan bersahaja. Banyak adegan lawak yang memberikan keceriaan dalam siri ini.

Setiap plot digarap dengan sangat ringkas dan teratur. Editing yang cantik dan tersusun. Pengarah berjaya mengekalkan momentum untuk penonton meneruskan tontonan dengan mewujudkan banyak plot twist. Di antaranya,  Oh Ri Jin rupa-rupanya bukanlah adik beradik kembar Oh Ri On. Cha Do Hyun pula bukanlah nama sebenar Cha Do Hyun dan sebenarnya ia adalah nama sebenar Oh Ri Jin. Perry Park pula adalah nama sebuah kapal layar yang diidamkan oleh ayah Cha Do Hyun.


Sinematografi yang cantik dan bersesuaian dengan setiap babak yang dilakonkan. Terutamanya ketika flashback zaman kecil Cha Do Hyun bersama ayahnya ketika melihat kapal Perry Park.

Unsur flashback menjadi daya tarikan dalam drama ini. Menariknya setiap flashback memberikan kesan seram dan menakutkan. Pencahayaan dan sudut pandang kamera memberikan impak sedih dan sayu. Terutamanya scene Cha Do Hyun bersama Oh Ri Jin sewaktu kecil ketika bermain keretapi dan dimarahi ayahnya. Paparan bayangan/shadow berjaya menjentik rasa takut dan sedih yang dialami dua kanak-kanak tersebut.

Sedikit ketidak logikan ditonjolkan di dalam drama ini. Di mana watak Cha Joon Pyo (ayah Cha Do Hyun) dihidupkan selepas koma selama 20 tahun dan boleh terus bangun tanpa sebarang masalah. Bagi penonton yang berfikiran realistik akan merasa sangat terganggu dengan penampilan ini. Sebaiknya watak beliau dimatikan sahaja dan digantikan dengan penemuan beberapa bahan bukti kerana ia merosakkan keseimbangan drama ini. Jika tidak pun, tidak perlu koma selama 20 tahun, cukuplah koma selama 1-2 tahun sahaja. Itu sudah memadai.




4. Skor muzik (5/5)

Semua backgroundmusic/OST yang sangat-sangat best. Cukup serasi dengan plot dan jalan cerita. Ada rasa seram, sayu, sedih, gembira, kelakar, takut.
Memang best!


환청 (AuditoryHallucination) - 장재인 ft. 나쑈 (Jane Jang ft. NaShow) merupakan lagu yang membuat hati terasa sangat sayu, takut dan sedih dalam masa yang sama. Ia sering terngiang-ngiang dan membuatkan kita terbayang kembali babak-babak Oh Ri Jin bersama Shin Se Gi.  


PencalonanLagu Terbaik:
1.   환청 (AuditoryHallucination) - 장재인 ft. 나쑈 (Jane Jang ft. NaShow)


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)

Drama ini merupakan sebuah drama ringan dan agak menarik minat untuk tontonan semula. Terutama bagi peminat Ji Sung, pastinya tidak akan serik untuk mengulangi bahagian lakonan melibatkan Shin Se Gi dan Ahn Yo Na yang sangat menonjol dan memberi impak berbeza.

Comments

TOTAL = 9 + 8.5 + 9 + 5 + 4 = (8.9/10) Terima Kasih atas review Nomination: Ji Sung, Kim Seul Gi  Post time 1-11-2015 02:55 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2015 10:25 PM | Show all posts
tuna_sandwic replied at 31-10-2015 05:16 PM
Dah siap aku nyereview.. @dauswq .....

Rating Keseluruhan Drama: 9 + 8.5 + 9 + 5 + 4 = (8.9/10)

Sedikit ketidak logikan ditonjolkan di dalam drama ini. Di mana watak Cha Joon Pyo (ayah Cha Do Hyun) dihidupkan selepas koma selama 20 tahun dan boleh terus bangun tanpa sebarang masalah. Bagi penonton yang berfikiran realistik akan merasa sangat terganggu dengan penampilan ini. Sebaiknya watak beliau dimatikan sahaja dan digantikan dengan penemuan beberapa bahan bukti kerana ia merosakkan keseimbangan drama ini. Jika tidak pun, tidak perlu koma selama 20 tahun, cukuplah koma selama 1-2 tahun sahaja. Itu sudah memadai.

saya pun ade kritik keras pasal ni..
sayang teknik pengarahan yg silap gara2 pesakit yg baru pulih dr koma sepatutnya muscle dia tak brp kuat utk bingkas bangun (separa lumpuh)




Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 07:48 PM | Show all posts
Edited by milanhawkin at 3-11-2015 09:12 PM

Rating Keseluruhan Drama (8.87/10)

Kill me heal me (KMHM)

1.    Cerita (9/10)
Ini first time tengok drama Korea yg based on DID (Dissociative Identity Disorder) atau senang citer multiple personalities. I tengok drama ni sbb I really shipped the chemistry between Ji Sung and Hwang Jung Eum since drama Secret Love. Really love them together!

So cerita dia berkisar tentang Cha Do Hyun yg mengidap DID disebabkan pengalaman buruk yg dia alami masa zaman kanak2, tapi dia langsung xde memory pasal pengalaman tu. Cha Do Hyun terpaksa berkongsi hidup & badan dia dgn 6 personaliti lain namun dia betul2 berusaha untuk mengubat diri dia dan kembali hidup normal. Bila dia terpaksa balik Korea, dia terjumpa Oh Ri Jin dan Oh Ri Jin start rawat dia. Bermulalah kisah cinta antara mereka dan segala misteri masa zaman kanak2 mereka terungkai satu persatu.

Characters:
•    Cha Do Hyun (CDH) – gentle, baik hati, selalu strive untuk survive. Selalunya dia ni coward & teragak2, tapi bila dia start kenal Oh Ri Jin, dia slowly build balik dia punya self esteem.
•    Shin Se Gi (SSG) – the bad boy personality yg akan keluar bila CDH mengalami anything related to violence. SSG ni personality paling kuat dan paling lama ada dalam badan CDH. Sangat cool. On Ri Jin adalah cinta pertamanya.
•    Perry Park – pakcik yg suka minum, memancing dan pandai buat bom.
•    Ahn Yoo Sub – twin pada Yoo Na. Suicidal 17-year old guy.
•    Ahn Yoo Na – twin Yoo Sub. Extrovert, loud, gedik (lol) dan sangat sukakan lelaki kacak. Yoo Na jatuh cinta pandang pertama pada Oh Ri On.
•    Nana – budak pompuan kecik yg ada patung nama Nana.
•    Mr X – muncul pada saat2 akhir cerita je. Ayah pada Nana.
•    Oh Ri Jin – doctor pelatih dalam bidang psychiatrist. Jatuh cinta pada CDH bila dia cuba merawat CDH.
•    Oh Ri On – ‘kembar’ Oh Ri Jin. Sebenarnya dia cintakan Oh Ri Jin tapi mengalah pada CDH dan kembali jadi abang yg super duper prihatin dan awesome.

Memorable scenes:
•    Scene CDH jumpa Nana dan the main secret revealed.
•    Scene Oh Ri Jin start ingat balik memory masa kecik dia.
•    Scene first kiss between SSG dgn Oh Ri Jin. Masa ni tertanya2 kenapa SSG nangis masa kiss Oh Ri Jin.
•    Semua scene Yoo Na. Seriously sangat kelakar watak Yoo Na ni. Especially bila Yoo Na jumpa Oh Ri On.
•    Scene twin Oh performed Team Rocket punya chant. Giler lawak.


2.    Keberkesanan Lakonan (9/10)
•    Ji Sung (Cha Do Hyun/Shin Se Gi/Perry Park/Ahn Yoo Sub/Ahn Yoo Na/Nana/Mr X)
What can I say. Ji Sung ni mmg power lakonan dia. Mmg tabik spring. Setiap personality tu berbeza dan dia lakonkan dgn sangat berkesan. Bukan senang kan nak lakonkan 7 watak yg berbeza sekaligus. But he nailed it!

Nomination: BEST ACTOR

•    Hwang Jung Eum (Oh Ri Jin)
Hwang Jung Eum ni pun sgt sesuai jadi Oh Ri Jin. Dan chemistry dia dgn Ji Sung pun sangat power. Kalu bab nangis2 ni, boleh serah pada dia aje. Confirm dgn I sekali yg banjir.

Nomination: BEST ACTRESS

•    Park Seo Joon (Oh Ri On)
Selain memiliki wajah taraf2 Won Bin (lol), sebagai pelakon yg baru nak naik, Park Seo Joon ni boleh tahan gak lakonan dia. I boleh feel la masa dia jadi Oh Ri On dan suffer one sided love tu.

•    Park Jun Gyu (Oh Dae O) & Kim Hee Jung (Ji Soon Young) – The Parents
Rasanya tak lengkap kot kalau I x komen pasal the twin’s parent. Both Park Jun Gyu dan Kim Hee Jung adalah parents yg hebat dlm KMHM ni. Nampak sangat kemesraan diaorg, dan betapa sayangnya diaorg pada twin diaorg. Love both of them here.

3.    Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (8/10)
Okay, bab ni tak reti sangat. But secara kasarnya, perjalanan drama ni smooth je takde sangkut2. Setiap misteri dirungkaikan secara teratur dan berkesan.

4.    Skor music (5/5)
Manchurian Violet (Ji Sung) & Auditory Hallucination (Jang Jae In feat. NaShow)
I suka both OST drama ni. Siap download lagi. Sangat sesuai dgn setiap scene. Bila dgr lagu2 ni, confirm teringat balik scene2 dlm KMHM.

Nomination: BEST SONG

5.    Kebarangkalian untuk tontonan semula (4.5/5)
Of course! Dan I akan recommend drama ni pada my friends.

tag @dauswq atau @nzhass79  atau @eddlisa_uyuk


Comments

TOTAL = 9 + 9 + 8+ 5 + 4.5 = (8.88/10) Terima Kasih atas review Nomination: Ji Sung, Hwa Jum Eum   Post time 4-11-2015 12:33 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 04:01 PM | Show all posts
Calling @ismaha ker @dauswq


Sesi mengelim review yg dah submit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
[Claim Credit]
Reason: Review Submission

@dauswq @ismaha @eddlisa_uyuk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.237110 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list