CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kakasotong2

Rumahku Nerakaku - Ziana Zain (UPDATE TERKINI 12/7/2018 - Ziana & Armin Sah

  [Copy link]
Post time 8-3-2018 10:52 AM | Show all posts
nini_azmi replied at 8-3-2018 09:42 AM
Hihi zz dok denai alam rumah yg mana tu?. Mulberry ke aster grove ke? Tak penah tau dia dok sana.  ...

tu lah..i dok denai tak penah nampak lak dia ni..selalu nampak amy search, intan sarafina..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2018 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
rosannazmia replied at 8-3-2018 08:48 AM
Typical reply from most men. Laki meols pon gitu komennya bila meols buka ceta psl kak ZZ ni.. Sia ...

Most men xsuka amalkan cara nabi dlm mndidik anak yg penuh perhatian dan kasih syg..dorg lebih suka cara org tua  dulu2 yg garang nk mampos dlm bantai membantai...dorg cuma suka sunnah kahwin 4 tu je #emojap
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 11:10 AM | Show all posts
aaz replied at 7-3-2018 08:03 PM
Tengok komen2 sebahagian netizen, tak pelik la byk budak mati kena dera, kena rogol ngan ayah sendir ...

Iye sis.. jaga aib sis..
ujung2 anak jd mangsa.. dgn alasan mak nak jaga aib.. nanti tak masuk sorga..

Bila kes jadi besar, anak depressed nak p bunuh diri ka, anak tu mati kena dera, pandai pulak karang netizen bodo tu kata apesal mak tak report..

Bangang abadi nak buat cemana..


Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 11:11 AM | Show all posts
samshik replied at 6-3-2018 08:49 PM
And ada yg ckp time depa kawin.. Pokcik ni sebenarnya dah ex kepada hakak jenna.. Tp sbb nak tutup ...

kerana kisah ni la isapelda selamat di dunia yang fana ni..... sebab tojib kena la backup... kalau tak isapelda pecah lobang... mau terkepit telur tojib
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Suami penyanyi Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini, mengikut Seksyen 324/326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan anaknya.

Sumber berita harian online
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
hencap28 replied at 8-3-2018 09:46 AM
pukul anak untuk mendidik xslah..tapi kena tgk jugak pukul yg mcm mana..kalau pukul mcm nak membunuh ...

Yess,  islam ade guideline okay nk didik anak tu mcm mne.  Eh siak tol laa netizen yg back up armin ni.  Xkan nk tgu jd kes yg budak mati awal tahun ni dlu bru nk kecoh.  Good choice kak jena,  we ol support kak jena!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2018 11:16 AM | Show all posts
hzln replied at 7-3-2018 02:01 PM
pakjen walo kepit2 gubah2 bunga jahit2 manik...sekali tempik kat cucu2 yg membuas level2 pak samad ...

really nok? aku pernah satu lif dgn parent zz masa pegi hospital klang a few years back.. senyum manis je mak paknya..beg kepit tu signature heols okay..siap borak..masa pintu lif nak tertutup ada org tetiba nak masuk melatah gak ler pakcik zain..  tapi mak zz mmg manis ler muka dia senyum..walau dah berumur..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
NAT_11 replied at 8-3-2018 09:00 AM
KEJUT ANAK PUKUL 4 PAGI NAK AJAR SOLAT THAJUD!
Reminds me of kes Lyle & Eric Menendez bunuh paren ...

Kes dulu2 tu bukan lame sebelum dia kawen armin ke? Atau mmg masa tgh hot tu dia terus kwen?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2018 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Congrats Ziana zain!!!
Kagum
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 11:35 AM | Show all posts
day2 replied at 7-3-2018 04:54 PM
Betul, bersyukur lah sapa rasa okay lepas kena belasah msa kecik2 dulu skrg jd orang. Tapi kena fi ...

apa yang terjadi kat adik you, sama dengan apa yang terjadi pada kawan I. yerp dia jadi orang yang bagus bila dah dewasa. dapat tittle Dr at 25yo, kawen, ada anak, semua and end up dengan depression sebab mak tak tunjuk kasih sayang, push dia untuk jadi apa yang mak dia nak, and yerp dia bagi apa yang mak dia nak. orang nampak life dia perfect. tapi jiwa dia sakit. sama jugak my friend pun tengah terapi sekarang. I doakan yang terbaik.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 11:37 AM | Show all posts
BoongaKertas replied at 7-3-2018 05:25 PM
kaka jul, meols setuju. joms bantai akak2 makcik2 bwg ni plak. rimas meols tgk! komen mcm x ingat  ...

Yes...ada jugak yang stuju kaka bantai acik bawang tu semua..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2018 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam artikel terbaru menyatakan:

1) Didakwa dlm dua seksyen kanun keseksaan;

        - 324
        - 326 (a)

2) Memang ZZ yg report polis Armin pukul anaknya. Just in case if ada forummers yg tertanya2 lg.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 11:44 AM | Show all posts
SUAMI Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, berdepan hukuman lebih berat selepas pihak pendakwaan meminda pertuduhan atas kesalahan mencederakan anaknya, 24 Februari lalu.

Armin yang memakai baju kelabu serta berseluar jeans, bagaimanapun tetap mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin selepas pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Armin yang berkerja sendiri, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Perbuatan berkenaan dilakukan di rumahnya di Denai Alam, Shah Alam, antara 8 malam hingga 10.30 malam, 24 Februari lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 326A KK.

Sabit kesalahan, dia yang diwakili peguam Muhammad Zufar Elias, boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda atau sebatan.

Raja Noor Adilla mengekalkan ikat jamin yang ditawarkan sebelum ini iaitu RM5,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 6 April depan sebagai tarikh serahan dokumen.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi.

Selasa lalu, di mahkamah sama, Armin mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 324 KK kerana mencederakan anak lelakinya berusia sembilan tahun itu.

Dia kemudian ditahan di Penjara Sungai Buloh selepas tiada rakan atau ahli keluarga yang datang membayar wang jaminan.

Difahamkan, laporan polis itu dibuat sendiri oleh Ziana pada 27 Februari lalu sebelum Armin ditahan pada Jumaat lalu.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 11:45 AM | Show all posts
nadna replied at 8-3-2018 11:14 AM
Suami penyanyi Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret Sha ...

Double charges ke mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 11:47 AM | Show all posts
alahaiiii..
apa sebenarnya yer...
satu lagi rumahtanggga yg akan .......
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 11:47 AM | Show all posts
NAT_11 replied at 8-3-2018 08:37 AM
Kesian Ziana Zain.
Tengok muka laki dia kat tahan polis tu, sekali imbas kita tahu,
HE IS A SCHIZO ...

yeahh i sokong hujah u ni....
bygkan dah berbelas tahun hidup sama
tp klu akhirnya dia buat report mesti dia dh abis sabar...
cerita isi kain dia pun jarang didengar xkan dia xtahu effect dia report somi dia...
zz bukan budak baru tumbuh bulu hokeyyy...
netizen yg ckp derhaka la...kejam la tu semua
netizen yg x fhm situasi pastu komen mcm rakib atiq plak..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2018 11:48 AM | Show all posts
kawahapi replied at 8-3-2018 11:45 AM
Double charges ke mcm mana?

Suami Ziana Zain hadapi tuduhan lebih beratOleh Norrasyidah Arshad dan Syafil Syazwan Jefri
[email protected]


Share


Tweet


Share






SHAH ALAM: Suami Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan pindaan mencederakan anaknya, 24 Februari lalu.

Armin yang tiba di mahkamah dengan memakai baju kelabu dan berseluar jeans, mengekalkan pengakuan tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin selepas pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Armin yang berkerja sendiri, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan di rumahnya di Denai Alam dekat sini, antara jam 8 malam hingga 10.30 malam pada 24 Februari lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, bekas ketua pramugara yang diwakili peguam Muhammad Zufar Elias itu boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda atau sebatan.

Di mahkamah sama kelmarin, Armin mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan anak lelakinya berusia sembilan tahun itu.

Seksyen terbabit memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau dua dari mana-mana seksaan itu.

Raja Noor Adilla mengekalkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 April ini sebagai tarikh serahan dokumen.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi.

Armin ditahan di Penjara Sungai Buloh selepas tiada rakan atau ahli keluarga datang membayar wang jaminan.

Laporan polis dibuat sendiri oleh Ziana pada 27 Februari lalu sebelum Armin ditahan pada Jumaat lalu.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.







Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 11:49 AM | Show all posts
hzln replied at 7-3-2018 09:41 PM
I really can't. Cakap dah sehabis tapis dah ni. Cakap secara general apa yg boleh dicakap saja, by ...

make it short mek. so mmg kecederaan budak dah buat selayaknya la zz report polis eh? tu je ... no need nak details kecederaan tu cam ne. meols faham
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik beradik sendiri taknak jamin..hmm
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 12:02 PM | Show all posts
Teruk la agaknya ek anak dia kena...that's why dakwaan di pinda ke lebih berat?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.714194 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list